You are on page 1of 2

ABSTRAK

Tugasan ini merupakan tugasan projek bagi mata pelajaran Pentaksiran Kemahiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMM 3103). Tugasan ini merupakan tugasan wajib bagi subjek BMM 3103 pada semester ini. Tugasan ini terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian A merupakan tugasan di mana guru pelatih perlu menghasilkan bahan grafik berkaitan penilaian , pengujian dan pentaksiran. Guru pelatih perlu mengenalpasti dua kaedah penilaian kemahiran bahasa dan cara melaksanakannya. Seterusnya, bahagian B merupakan tugasan di mana guru pelatih perlu menyediakan JSU yang berkaitan soalan peperiksaan akhir tahun mata pelajaran Bahasa Melayu. Guru pelatih perlu membuat 30 soalan objektif berpandukan aras taksonomi Bloom. Akhir sekali, pelajar perlu membuat satu penulisan refleksi secara individu berkaitan dengan tugasan projek. Dalam penulisan refleksi ini, guru pelatih perlu menceritakan pengalaman sendiri semasa melakukan tugasan ini. Guru pelatih juga perlu menceritakan masalah yang dihadapi dan cara untuk mengatasinya di samping menghuraikan bagaimana pengalaman guru pelatih dalam menjalankan tugasan ini mampu meningkatkan kefahaman guru pelatih tentang pentaksiran Bahasa Melayu.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia serta izinnya saya diberi kemudahan dalam melaksanakan tugasan pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMM 3103) ini. Sepanjang proses melaksanakan tugasan ini, saya ingin berikan penghargaan kepada pensyarah pembimbing bagi subjek ini iaitu Tuan Syed Hasan kerana beliau telah banyak membimbing dan memberikan tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan sepanjang melaksanakan tugasan ini. Penerangan yang jelas dan berkesan mengenai tugasan daripada beliau juga dapat memastikan kami mematuhi kehendak tugasan dan tidak bercanggah daripada tajuk yang diberikan. Tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa yang telah banyak memberikan sokongan dan bantuan kewangan kepada kami serta rakanrakan sekelas yang telah banyak membantu kami dalam menyiapkan kerja kursus ini terutamanya dari segi perkongsian maklumat. Diharap melalui kerja kursus ini akan meningkatkan kefahaman dan penambahan ilmu tentang cara yang baik dan berkesan bagi mengajar subjek bahasa Melayu dengan menggunakan kemahiran pengajaran yang betul. Ini secara tidak langsung dapat membantu kami mengaplikasikannya semasa bergelar sebagai seorang guru nanti. Sekali lagi, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam menjayakan tugasan ini. Jasa baik semua tidak akan kami lupakan sampai bila-bila Sekian, terima kasih.

ii

You might also like