You are on page 1of 2

KERTAS CADANGAN PROJEK PAPAN KENYATAAN REKOD KEHADIRAN MURID SEKOLAH MENENGAH SAINS LAHAD DATU 1.

Latar Belakang Kemudahan memaparkan dan mendapatkan maklumat berkaitan kehadiran murid ke sekolah dan asrama adalah amat penting. Selain daripada data yang direkodkan di dalam Buku Rekod Kehadiran Sekolah dan Buku Rekod Kehadiran Asrama, adalah difikirkan perlu maklumat tersebut dipaparkan kepada umum secara mudah dan menyeluruh iaitu menggunakan papan kenyataan. Walau bagaimanapun keadaan ini tidak berlaku di SM Sains Lahad Datu. Maka, difikirkan amat wajar hal ini dilaksanakan di sekolah ini. 2. Objektif a. Mewujudkan papan kenyataan Rekod Kehadiran Sekolah dan Rekod Kehadiran Asrama di lokasi yang strategik di kawasan sekolah. b. Memudahcara bagi sesiapa saja mendapatkan maklumat di atas pada setiap masa. 3. Format Papan Kenyataan Sila rujuk lampiran 4. Pertanggungjawaban Penyeliaan dan pemantauan adalah tanggungjawab Penolong Kanan HEM. Pengemaskinian data harian adalah tanggungjawab guru kelas dan dibantu oleh ketua kelas. 5. Anggaran Kos Dianggarkan kos yang diperlukan bagi menempah papan kenyataan tersebut adalah RM430.00. (Rujuk kotasi) 6. Penutup Semoga dengan adanya papan kenyataan ini dapat mencerminkan ketelusan, kecekapan dan profesionalisma kakitangan SM Sains Lahad Datu. Berusaha kita bersama menjadikan SM Sains Lahad Datu sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi. Disediakan oleh :

( AHMAD BIN MAT ALI ) Penolong Kanan HEM SM Sains Lahad Datu

You might also like