Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
2Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Maahad Darussalam

Maahad Darussalam

Ratings:

5.0

(2)
|Views: 206 |Likes:
Published by kamalizat

More info:

Published by: kamalizat on Jun 14, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/23/2013

pdf

text

original

 
ASRAMA ANAK-ANAK YATIM DAR’US-SALAM TAMBUN
Asrama Anak-Anak Yatim Dar’us-Salam bermula dengan penubuhan Maahad Dar’us-SalamTambun telah di asaskan pada tahun 2001 sebagai sekolah agama rakyat (persendirian) diatas sebidang tanah yang diwakafkan seluas 1 ekar 17 pol. Tanah ini diwakafkan bersama-sama dengan sebuah bangunan kayu iaitu bekas kilang batik dua tingkat dengan keluasan 120kaki panjang dan 20 kaki lebar, yang di ubahsuai menjadi bilik-bilik darjah, bilik guru, pejabat, asrama dan bilik penginapan pengetua.Pada peringkat awalnya maahad ini mempunyai 31 orang murid peringkat rendah dan 11orang pelajar peringkat menengah, yang sebahagian besarnya adalah anak-anak sekitar Ipoh.Sementara tenaga pengajar seramai 6 orang untuk peringkat rendah /menengah sesi pagi,dan 2 orang guru sukarela yang datang mengajar sebelah petang khas untuk peringkatmenengah. Pada 2004, maahad ini terpaksa menghentikan peringkat menengah kerana faktor kewangan dan mengekalkan peringkat rendah hingga kini. Pada penghujung 2007, hasil ziarah ke sebuah asrama anak-anak yatim di Sungai Siput dan beberapa siri perbincangan berkaitan masalah pembelajaran sebahagian anak-anak yatim diasrama tersebut, satu persetujuan dicapai dimana seramai 11 orang anak-anak yatim telahdihantar belajar di maahad ini pada bulan Februari 2008.Dengan perkembangan ini, dan dengan jumlah anak-anak yatim yang meningkat menjadi 25orang setakat ini, maahad ini kini ke arah menjadi Sekolah Berasrama Penuh Anak-Anak Yatim. Oleh kerana ruang asrama yang terhad, pihak pentadbiran memutuskan untuk menghadkan pengambilan 40 orang anak-anak yatim sahaja dalam satu masa, sehingga prasarana yang kondusif dapat disediakan.Buat masa ini anak-anak yatim yang berjumlah 25 orang ini merangkumi 10 orang lelaki dan15 orang perempuan di mana 12 orang daripada mereka adalah berasal dari Perak DarulRidzuan sementara 13 orang lagi berasal dari Kedah. Sistem pendidikan dan makan minum warga anak yatim di asrama ini adalah percuma danmereka dilayan seperti penghuni sekolah berasrama penuh. Mereka disediakan 5 kali sajiansetiap hari iaitu sarapan pagi, jamuan rehat, makan tengahari, minum petang dan makanmalam.
 
Oleh kerana latar belakang yang terbiar dan tercicir, sebahagian dari anak-anak yatim initidak dapat menulis dan membaca di awal kedatangan mereka di samping hilang minat belajar. Mereka juga tidak tahu membaca Al-Quran dan hal yang berkaitan dengan solat.Alhamdulillah dengar berkat kesabaran guru-guru, mereka sekarang sudah berminat semula belajar sama ada rumi atau jawi dan seramai lima orang sudah mampu membaca Al-Quran.Pihak pentadbiran sedang memantau perkembangan mereka dari segi minat dankecenderungan di mana murid yang tidak dapat menguasai akademik akan disalurkan ke bidang kemahiran dalam mengikut minat masing-masing. Bagi mereka yang mempunyaikecenderungan agama akan diwujudkan kelas tahfiz Al-Quran. Diharapkan dengan cara inimasa depan mereka cerah dan mampu berdikari.Perbelanjaan pentadbiran dan pengurusan keseluruhan melibatkan kira-kira sejumlahRM6000.00 sebulan. Ini semua tidak termasuk kos pembangunan dan perbelanjaan luar  jangka. Sumber kewangan utama adalah dari bayaran yuran murid-murid luar (yang berulang), sumbangan pengasas serta sumbangan orang ramai. Sumbangan secara berkaladengan jumlah yang tidak tetap sejak penubuhan maahad hingga kini di usahakan olehsekumpulan anggota PGA Ulu Kinta yang banyak menyumbang dalam bentuk tenaga danwang.Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri telah memutuskan penjadi penyumbang tetap RM500.00setiap bulan. Selain LHDN sumbangan derma sempena Ramadhan juga datang dari POSMalaysia, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Audit Negara, Jabatan Akauntan, BPR, dan beberapa pertubuhan, kelab, persatuan kebajikan seperti Hospital Pantai Puteri, DewanUlama’ Pas, Penduduk Islam Sunway, Lost World of Tambun, Kelab Sukan, PuspanitaLHDN, UTP, UPSI, PUO, Carsem, UITM, PEKIDA dan Persatuan Wanita dan lain-lain.Pihak pentadbiran amat mengalu-alukan sumbangan dari mana-mana pihak yang prihatindengan warga yatim dan miskin yang terbiar dan tercicir ini. Dan kami menggalakkan andadatang sendiri mengusap kepala mereka dan melihat sendiri penempatan mereka. Semogakita terselamat dari orang yang dikecam Allah dalam Surah al-Maaun.

Activity (2)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->