Elektrolisis Leburan Plumbum(II) Bromida
Nota Ringkas
Teori Ion
Elektrolit terdiri daripada sebatian ionik yang lebur atau terlarutdalam air. Dalam leburan atau larutan akueus, sebatian ionik teruraikepada ion positif dan ion negatif. Ion-ion yang bebas bergerakinilah yang mengalirkan arus lelktrik.
Semasa elektrolisis leburan plumbum(II) bromida berlaku,
•
ion plumbum(II)
bergerak kekatoddan
•
ion bromida
bergerak keanod.Ion bromida menyahcassecara membuangelektronnya kepada anod.2Br
-
- 2e ---> Br
2
Dua atom bromin akanmembentuk satu molekuldwiatom bromin.Wap bromin berwarna perangterbebas pada anod.Ion plumbum(II) menyahcassecara menerima 2 elektrondari katod.Pb
2+
+ 2e -----> PbLogam plumbum berwarnakelabu kilat terbentuk.
Mengapakah pepejal plumbum(II) bromida tidak mengalirkan arus elektrik ?
Dalam pepejal plumbum(II) bromida, ionPb
2+
bercas positif dan ionBr
-
yang bercas negatif diikat bersama oleh daya tarikan elektrostatik yang kuat. Ion -ion itu hanya bergetar dan berputar pada kedudukan yang tetap,
tidak boleh bergerak bebas.
Jadi, pepejal plumbum(II) bromida tidak mengalirkan aruselektrik.
Dalam leburan plumbum(II) bromida, dayatarikan elektrostatik yang kuat sudah diatasioleh tenaga haba yang diserap.IonPb
2+
bercas positif dan ionBr
-
yang bercas negatif adalah
bebas bergerak.
Ion-ion yang bebas bergerak inilah yang bertanggungjawab ke atas pengaliran aruselektrik.
Leave a Comment