LATAR BELAKANG
• Menulis persamaan kimia merupakan satu masalah yang dihadapi oleh kebanyakkan pelajar.
• Masalah ini telah menimbulkan perasaan di kalangan pelajar yang menganggapkan bahawa
KIMIA
ini sebagaisatu mata pelajaran yang susah.
OBJEKTIF
Latihan ini disediakan bertujuan untuk membantu para pelajar,
• menguasai kemahiran menulis formula sebatian-sebatian kimia,
• menguasai kemahiran menulis persamaan kimia yang seimbang.
PENDAHULUAN
Apabila disuruh menulis persamaan kimia bagi suatu tindak balas, pelajar-pelajar biasanya akan cubamenceraikan huruf-huruf dalam formula yang diberikan dan cuba menyusun atau mengabungkan semula huruf-huruf tersebut untuk menghasilkan sesuatu "
formula
" yang mereka sendiri pun tidak faham.
Misalnya apabila diminta menulis persamaan bagi tindaka balas antara asid sulfurik cair dengan natriumhidroksida, pelajar-pelajar mungkin memberikan jawapan seperti berikut.
HSO
4
+ NaOH -------> NaSO
4
+ H
2
O
H
2
SO
4
+ NaOH ---------> NaO
4
+ H
2
SOH
Pelajar-pelajar yang membuat demikian disebabkan mereka tidak faham atau tidak tahu langsung tentang
peraturan
untuk menulis persamaan kimia.
Seperti pemainan bola sepak, badminton, hoki, dan sebagainya, setiap pemainan mempunyai peraturannya yangtersendiri. Begitu juga untuk menulis persamaan kimia, anda mesti tahu peraturannya dahulu
!
Jika tidak, andatidaklah layak untuk mengambil bahagian dalam
"pemainan"
yang menarik ini.
PERATURAN UNTUK MENULIS PERSAMAAN KIMIA
Berikut ialah langkah-langkah yang patut diikuti semasa menulis sesuatu persamaan kimia.
1. Meramalkan hasil tindak balas dengan tepat.2. Menulis formula yang betul bagi bahan tindak balas dan hasil tindak balas.3. Seimbangkan persamaan kimia itu.
Setiap langkah tersebut akan dibincang dengan teliti dalam bahagian-bahagian yang berikut.
1. Meramalkan hasil tindak balas.
Untuk meramalkan hasil bagi sesuatu tindak balas anda perlu menggunakan pengetahuan yang sudah dipelajari.
Misalnya,
Asid + Alkali ----------> Garam + air
maka,
asid sulfurik cair (asid) + natrium hidroksida (alkali) ---> natrium sulfat (garam) + air
Sekiranya anda tidak ada pengetahuan langsung tentang sesuatu tindak balas, maka adalah tidak mungkin untuk meramalkan apakah hasil tindak balas itu. Seterusnya anda tidak dapat menulis persamaan kimia tindak balastersebut.
2. Menulis formula yang betul
(a) Setiap unsur, molekul, sebatian atau ion mempunyai formula yang tersendiri. Formula tersebut adalah tetapdan tidak boleh diubah. Misalnya formula bagi natrium hidroksida ialah
NaOH
, maka anda tidak boleh menulisformulanya sebagai NaH, NaOOH, Na(OH)2 dan sebagainya. Anda perlu menghafalkan formula bagi beberapaunsur, molekul dan ion yang umum.
(b)
Formula bagi sebatian ionik
Jumlah cas dalam formula bagi sesuatu sebatian ionik adalah neutral. Jadi kita boleh menentukan formula bagisesuatu sebatian ionik, misalnya magnesium klorida, seperti berikut.
Magnesium klorida
Leave a Comment