Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
335Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
PORTFOLIO PENDIDIKAN SENI VISUAL

PORTFOLIO PENDIDIKAN SENI VISUAL

Ratings:

4.0

(5)
|Views: 32,375|Likes:
Published by Hassan Mohd Ghazali

More info:

Published by: Hassan Mohd Ghazali on Jun 15, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/13/2014

pdf

text

original

 
PORTFOLIOPENDIDIKAN SENI VISUAL
Hassan Mohd Ghazali
hassan@fsm.upsi.edu.my 
Pengenalan
 Dalam Pendidikan Seni Visual, penyimpanan atau dokumentasi bahan bukti prosespembelajaran pelajar adalah digalakkan. Bahan bukti ini mengandungi pengetahuan,kemahiran dan pemikiran serta penyataan perasaan pelajar. Bahan ini dikumpulkan dandipersembahkan secara terancang.
Rakaman Proses Pembelajaran
Rakaman proses pembelajaran ini merangkumi beberapa kecerdasan dan ia dikaitkandengan alat penilaian benar. Melalui portfolio Pendidikan Seni Visual, semua pihak dapatmelihat:
Himpunan rakaman urutan proses hasilan kerja pelajar
Contoh hasil kerja pelajar
Penyataan perasaan pelajar semasa proses pembelajaran Pendidikan Seni Visualberlaku
Hasil penulisan, ilustrasi atau gambar yang menjadi sebahagian peristiwa pentinguntuk dikongsi bersama pihak lain
Petunjuk keupayaan dan refleksi pelajar tentang proses kerja serta hasil kerja seniDari segi konsep, portfolio Pendidikan Seni Visual berasaskan kepada kemahiran berfikirsecara kritis dan kreatif, yang turut melibatkan proses penyelesaian masalah danmembuat keputusan. lni disebabkan portfolio Pendidikan Seni Visual, selainmendokumenkan urutan proses kerja, turut menuntut kemahiran mencetuskan ideasecara kritis untuk melakukan penggubahan secara kreatif, sama ada melalui alat, bahanatau teknik tertentu. Pelajar patut dapat merancang proses kerja dengan memastikanmasalah yang akan ditempuh sebelum dan sepanjang melakukan kerja dan berupayapula menentukan keputusan muktamad dalam membuat pilihan bagi mendapat hasil kerjayang terbaik. Proses ini dirakamkan dalam portfolio supaya ia menjadi bahan bukti untuktatapan dan mampu juga menjadi salah satu alat penilaian benar dalam prosespembelajaran pelajar.
Bentuk Portfolio
Portfolio Pendidikan Seni Visual lebih merupakan portfolio dokumentasi proses sepanjangkerja seni dilakukan dan bukan sekadar portfolio persembahan. Justeru, bentuk portfoliomenampakkan kajian, perancangan, eksperimen dan penentuan berhubung dengan hasilyang hendak dibuat. Secara umumnya bentuk portfolio yang dicadangkan mengandungi 4aspek:
 
 
I . Kajian 
Pemerhatian dan pengamatan
Koleksi bahan serta rekod daripada bahan rujukan yang sesuai dengan kegiatan
Rumusan dan pertimbangan dalam membuat pemilihan
2. Lakaran 
 
Eksperimentasi melalui lakaran dan lukisan sebelum mendapat idea yangkonstruktif Pewujudan idea
Perkembangan lakaran berkaitan tema atau tajuk
3. Rangka Sebenar 
Merangka reka cadang atau model
Menentukan alatan dan bahan
Prototaip (jika berkaitan)
4. Persembahan Portfolio 
Ringkas, menjimatkan, menarik dan tepat
Mengikut urutan
Bersih, kemas dan mudah digunakanKeempat-empat aspek yang meliputi kajian, lakaran, rangka sebenar dan persembahanboleh dihasilkan melalui sebarang bentuk, bergantung kepada keupayaan dankemampuan fizikal pelajar, sekolah dan kemudahan yang ada. Kemungkinan besarpelajar akan menyediakan portfolio dalam bentuk seperti:
Jurnal
Diari
Laporan
Kompilasi catatan yang dijilid
Beberapa helaian kertas yang di kokot
Ataupun mungkin disket/cakera padatTerdapat beberapa kegunaan portfolio secara umum. Antaranya:
Untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada hasil kerja dan pencapaianpelajar
Untuk membantu pelajar membuat refleksi terhadap hasil keria sendiri
Untuk membantu ibu bapa, pentadbir dan guru lain mengetahui
kemajuan pembelajaran pelajar
Memberi peluang kepada pelajar bersama mengusahakan hasil kerja sendiri
Menentukan kriteria bagi membandingkan hasil kerja seorang pelajar denganpelajar lain atau dengan piawai tertentu
Cadangan Kandungan Portfolio

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->