Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
46Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Bab 1- Pengenalan Falsafah

Bab 1- Pengenalan Falsafah

Ratings: (0)|Views: 3,619 |Likes:
Published by Hassan Mohd Ghazali
Pengenalan Falsafah adalah nota untuk kelas teori-teori pendidikan seni. Membincangkan skop falsafah secara keseluruhan
Pengenalan Falsafah adalah nota untuk kelas teori-teori pendidikan seni. Membincangkan skop falsafah secara keseluruhan

More info:

Published by: Hassan Mohd Ghazali on Jun 15, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/06/2013

pdf

text

original

 
Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni
 
Hassan Mohd Ghazali
1
Topik 1:Teori-teori pendidikan seniOleh: Hassan Mohd Ghazali
Fakulti Seni dan Muzik 
Pengenalan Falsafah
Secara umumnya istilah falsafah adalah berasal dari negara barat iaitunegara yang mengembangkan ilmu ini Yunani Kuno. Kata filsafatberkaitan erat dengan segala sesuatu yang boleh difikirkan oleh manusia,malah sentiasa diperbahasakan oleh manusia melalui ilmu pengetahuan.Oleh sebab itu hakikat falsafah kebiasaannya menggunakan akal fikirantetapi tidak semua proses berfikir itu adalah falsafah.Sebelum kedatangan Islam, orang Arab tidak mengandungifalsafah, namun mereka mempunyai hikmah dan
hukama
yang berertibijaksana atau ahli bijak pandai. Sebenarnya ilmu ini adalah datangnyadari pengaruh Yunani kuno.Seorang tokoh Islam Al-Farabi telah mendefinisikan falsafah yangdiambil daripada perkataan Yunani
‘philosophia’
yang kemudiannyadihuraikan sebagai
‘Philos’
yang bererti pencinta, dan ‘
 sophia
’ yangbererti bijaksana. Secara rangkumannya pengertian falsafah ialah‘pencinta bijaksana’.Plato (427-348 SM) menyatakan bahawa falsafah adalah ilmupengetahuan yang berhasrat untuk mencari dan mencapai hakikatkebenaran yang hakiki.Sementara itu Sidi Gazalba dalam bukunya bertajuk 
Sistematika
 Filsafat menterjemahkan perkataan.
‘philosophia’
sebagai ‘cinta kepadapengetahuan bijaksana’. Pengetahuan dan kebijaksanaan sebagai anak kunci kepada pembuka rahsia kebenaran. Mencari kebenaran adalah suatuperkara yang harus ada dalam diri seseorang ahli falsafah.Oleh yang demikian falsafah bolehlah diertikan juga usaha mencarihakikat sesuatu, berusaha mencari sebab dan akibat, dan berusahamentafsirkan pengalaman-pengalaman manusia. Dengan dasar itu ahlifalsafah dapat memberikan pendapat dan keputusan yang bijaksana.
Bidang-bidang Falsafah
Aristotle talah membahagikan bidang falsafah kepada ilmu metafizika,logika, retorika, etika, ekonomi, politik dan estetika. Sementara itu Dr.Oemar Amin Hoesin (1975) pula telah membuat pembahagian ilmufalsafah kepada ilmu kosmologi yang bersifat umum dan khusus,
 
Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni
 
Hassan Mohd Ghazali
2antropologi, etika dan logika. Profesor Abdul Jalil Hassan (1973) pulamembahagikan cabang-cabang ilmu falsafah kepada falsafah Insaniyah(kemanusian) dan falsafah Latar tabiat. Menurutnya lagi bagi falsafahinsaniyah dari segi maknawi mengandungi tiga cabang kecil kepadamanusia iaitu akhlak, ilmu mantik (logik) dan ilmu jiwa (psikologi).Manakala falsafah Latar tabiat pula ialah falsafah yang membahaskansegala kejadian iaitu ilmu tabiat (kejadian alam), ilmu jiwa dan ilmuIlahiyah (ketuhanan). Profesor Muhamud Muhammad al-Hudzari (1967)pula menyatakan falsafah terbahagi kepada ilmu mantik, ilmu falsafahsosiologi, ilmu falsafah tabiat, ilmu falsafah agama, ilmu falsafah sejarahdan ilmu sejarah falsafah.Dari kenyataan beberapa tokoh penulis yang menyenaraikanpembahagian ilmu falsafah, maka jelas menunjukkan bahawa bidang iniamat luas. Namun demikian bidang yang dikenal pasti ialah ilmu etika,logik, teologi, estetika, metafizik dan kosmologi.
1.
 
Ilmu Etika
Ilmu etika ialah satu cabang ilmu yang membicarakan mengenaitingkah laku manusia dari pandangan buruk dan baik yang ditentukanoleh akal fikiran. Perkataan Etika adalah dari bahasa Latin
 Ethos
 disebut
 Mores
yang berasal daripada kata moral (sekarang maknamoral berbeza dari sudut etika).Moral lebih sesuai dengan idea-idea yang umum diterima tentangmanusia, mana yang baik dan wajar. Etika pula lebih bersifat teori danlebih bersifat menyelidik, memikir dan mempertimbangkan tentangyang baik dan buruk. Etika dalam erti kata yang lain ialah melihattingkah laku manusia untuk menentukan nilai baik dan buruk mengikut budaya sesuatu kelompok. Menurut
 New American Encylopedia,
Etika ialah ilmu tentang falsafah moral – ia tidak berkaitan dengan sifat manusia tetapi tentang idea.
2.
 
Ilmu Logik
Ilmu Logik adalah ilmu yang menentukan sesuatu kebenaran atau ilmuberkata benar dan berfikiran benar. Istilah logik berasal daripadabahasa Yunani iaitu
 Logos
yang membawa maksud ‘kata ataufikiran’. Menurut Al-Farabi ilmu ini ialah ilmu yang memberi tenagafikiran dan kemampuan membezakan sesuatu dan merupakan alatkepada falsafah. Menurutnya lagi falsafah tidak akan dapat mengajak manusia berfikir tanpa logik. Al-Farabi sangat terpengaruh denganpemikiran Aristotle yang meletakan asas ilmu logik sebagai ‘alat’untuk berfikir melalui bukunya berjudul
Organon
yang membawamaksud ‘Alat’.Ilmu Logik lebih menjurus kepada pemikiran yang boleh diterima olehorang lain tentang sesuatu kebenaran. Secara umumnya ilmu inimempunyai dua cabang iaitu:
 
Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni
 
Hassan Mohd Ghazali
3
 
Membahaskan fikiran manusia dengan tujuan untuk mengetahui kaedah dan syaratnya bagi mendapatkan fikiranyang betul
 
Mencantumkan kaedah-kaedah itu dengan pelbagai fikiranuntuk mengetahui dan membezakan fikiran yang betul danyang salah.
3.
 
Ilmu Teologi
Istilah teologi adalah daripada perkataan ‘
Theos
’ dalam bahasa Yunanibermaksud ‘Tuhan’ dan ‘
 Logos
’ pula membawa maksud ‘ilmu’. Ilmuteologi ialah ilmu tentang Ketuhanan. Teologi adalah membahaskansoal ketuhanan dan kewajipan manusia melalui sumber wahyu danakal. Akal sebagi daya berfikir yang ada dalam diri manusiadianugerahkan oleh Tuhan. Wahyu adalah sebagai sumberperkhabaran daripada alam metafizik dari Tuhan yang diturunkankepada manusia sebagai pedoman hidup dan kewajipan manusiaterhadap Tuhan. Menurut Al-Ghazali bahawa akal tidak dapatmembawa sifat kewajipan bagi manusia, kewajipan ditentukan olehwahyu.Sebenarnya falsafah teologi Islam dijiwai oleh tauhid. Tauhid ialahkeyakinan kepada Yang Maha Esa. Oleh yang demikian berbeza ahlifalsafah Islam dengan ahli falsafah Yunani bahawa tauhid menjadipenentu kepada kewujudan tunduk dan patuh kepada Allah. Bagi ahlifalsafah Yunani ilmu teologi tidak jelas dari segi ketuhanan. Sebagicontoh Aristotle sangat kabur kerana dia mempercayai sifat-sifatketuhanan itu berada antara keesaan
monoteisme
dan bilangan tuhanyang banyak iaitu
 politeisme
. Ia tidak dapat menentukan sama adatuhan itu satu atau banyak.
4.
 
Ilmu Estetika
John Cohn (1869-1947) seorang ahli falsafah Jerman mendefinisikanestetik sebagi teori tentang keindahan dan seni. Namun demikian MazDessoir pula mengatakan bahawa estetika jauh lebih luas persoalannyaberbanding daripada bidang keindahan itu sendiri kerana estetikabanyak mempersoalkan persoalan sedih dan lucu, bergaya dan muliabahkan yang buruk pun boleh dikaitkan dengan keindahan yang relatif.Mereka berpendapat hakikat seni menentukan estetika. Estetika ialahilmu yang membahaskan tentang keindahan dan kesenian. Falsafahestetika meliputi nilai-nilai keindahan dan seni, nilai retorika, suasanahati dan lain-lain yang ada hubungan dengan nilai kecantikan. Platomelihat estetika dari sudut teori metafizik yang mana estetika ialahsuatu realiti semacam sejenis hakikat yang abadi dan tidak akanberubah-rubah. Sebenarnya sejak Socrates lagi perbincangan mengenaimasalah hubungan keindahan dengan sesuatu objek menjadiperbincangan.

Activity (46)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Charles Ting liked this
Radhiyah Baharom liked this
Nurul Hashimah liked this
Nanie Yonmadlin liked this
jessica_low_22 liked this
Teng Yt liked this
Syahadat Mohd liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->