You are on page 1of 4

HASIL KAJIAN

Asal – Usul Sebelum Sekolah


Nama SMK Mohd Khalid diambil sempena nama seorang tokoh yang telah
banyak berjasa dalam meletakkan batu asas perkembangan pendidikan awal
sekolah melayu di Negeri Johor Darul Takzim. Beliau adalah Mohd Khalid Bin
Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi. Beliau dilahirkan di Kampung Pali, Melaka
pada awal tahun 1850. Beliau pernah dilantik menjadi Guru Besar Sekolah
Melayu Johor Bahru dan menjadi Nazir pertama Sekolah-Sekolah Melayu
Johor. Beliau juga telah dilantik menjadi setiausaha Jabatan Pelajaran Johor
dan pemeriksa sekolah-sekolah Johor Bahru dan Endau pada tahun 1913.
Apabila Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor diwujudkan, Mohd Khalid
dilantik sebagai setiausaha Jabatan Agama dan Pelajaran (ecclesiastical and
Education Department).

Mohd Khalid telah menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 1917 dan
dikebumikan di Tanah Perkuburan Mahmoodiah Johor Bahru. Bagi mengingati
jasa dan sumbangan beliau dalam pembangunan Pendidikan Melayu di
Negeri Johor, nama beliau diukir di sebuah institusi pendidikan guru mulai 1
Julai 1974, iaitu Maktab Perguruan Mohd Khalid. Namun maktab ini telah
ditutup pada Januari 2000.
Latar Belakang Selepas Sekolah
SMK Mohd Khalid merupakan sebuah sekolah kawalan di Daerah Johor Bahru.
Bangunan sekolah ini pada asalnya adalah Maktab Perguruan Mohd Khalid dan telah
dibangunkan kembali menjadi sebuah sekolah premier bermula pada tahun 2006 oleh
Jabatan Pelajaran Negeri Johor khusus bagi membuka peluang kepada anak-anak
yang cemerlang dalam peperiksaan untuk bersaing dengan rakan-rakan yang memiliki
pencapaian setara dengan mereka.

Pada 3 Januari 2006, SMKMK telah menempa sejarah apabila satu Majlis Penyerahan
Plak Pengoperasian Sekolah telah disempurnakan oleh Ketua Sektor Pengurusan
Perkhidmatan Pendidikan JPNJ, Tn. Hj. Zakaria bin A. Shukor. Dengan penyerahan
plak ini, maka bermulalah sesi persekolahan sekolah ini bagi Tahun 2006 dengan
rasminya. Buat sementara waktu, SMKMK beroperasi di SMK Tasek Utara dan mula
berpindah ke premis baru mulai 3 Julai 2006.Tenaga penggerak perintis SMK Mohd
Khalid diterajui oleh Pengetua, Hj. Suleiman bin A. Rahman bersama 3 orang Guru
Penolong Kanan serta 13 orang guru penolong dan dibantu oleh 4 orang staf sokongan.

Penubuhan sekolah ini telah mendapat sokongan padu daripada Persatuan Ibubapa
dan Guru yang sentiasa memberikan sumbangan dalam bentuk idea dan kewangan
sekaligus turut sama memacu ke arah kecemerlangan dan kegemilangan sekolah ini.

You might also like