You are on page 1of 3

BAHAGIAN A (-10MS) Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan inovasi dan perubahan dalam sistem pendidikan untuk meningkatkan

kualiti pembelajaran dan penilaian ke arah yang lebih berfokus dan holistik. Usaha ini bertujuan untuk perkembagan potensi individu dan pembinaan modal insan. Sejauhmanakah anda menyediakan diri untuk merealisasikan hasrat KPM utk menjadi guru mtplrn yg berkesan sek rendh. Pendidikan merupakan suatu proses yang berlaku sepanjang hayat. Pendidikan juga menggambarkan sesebuah masyarakat yang bertamadun.

Pendidikan bukan sekadar memberi ilmu pengetahuan, malah ia bertujuan untuk mendidik anak bangsa, membentuk peribadi, rohani, emosi dan jasmani yang selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial iaitu (JERIS). Guru memainkan peranan dan tanggungjawab yang berat bukan sahaja mengajar malah mendidik anak-anak bangsa agar menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara serta melahirkan generasi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Anak-anak bangsa inilah yang merupakan modal insan kepada negara dan merupakan agen perubahan kepada kemajuan dan kestabilan Negara.

Menurut Ronger E. Miller (1971) inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang di anggap baru oleh seseorang. Manakala Spencer (1994) menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang di anggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu. Glosari Teknologi Pendidikan (1995) pula merujuk inovasi sebagai idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan. Manakala Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya pada Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan menyatakan inovasi bermaksud pembaharuan, modifikasi, atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi cita rasa tertentu atau memenuhi pasaran tertentu.Berdasarkan pendapat beberapa tokoh di atas, saya dapat merumuskan bahawa inovasi merupakan satu penghasilan baru. Proses penghasilan inovasi ini boleh berlaku secara radikal atau secara berperingkat-

peringkat sehingga terhasil perubahan kepada proses atau perkhidmatan. Inovasi merupakan satu penstrukturan semula yang memberikan manfaat kepada

masyarakat dan mempunyai nilai yang diutamakan.

Pendidikan ialah asas dalam pembinaan modal insan bagi sesebuah negara. Kecemerlangan negara sangat bergantung kepada pendidikannya yang mampu melahirkan pemikir yang dapat memajukan negara. Pembinaan modal insan yang merangkumi proses yang lengkap dalam membentuk tenaga kerja yang berilmu, berakhlak, berkemahiran, berdaya saing dan berdaya tahan. Terdapat pelbagai reformasi pendidikan yang telah dirancang dan

dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, antaranya matapelajaran sains dan kajian tempatan digantikan dengan Alam dan Manusia di Sekolah Rendah pada tahun 1995, pembukaan sekolah Bestari pada tahun 2000, pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (2003), Martabatkan bahasa Melayu

memperkukuhkan bahasa Inggeris (2011)dan Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR) yang berkuat kuasa pada 2011. Bagi memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menjadi guru yang berkualiti setanding dengan negera-negara lain yang melahirkan guru-guru yang berkualiti seperti negara Jepun, Amerika Syarikat dan sebagainya. Untuk menjadi seorang guru yang berinovasi, tidak kiralah sama ada dalam pengajaran dan pembelajaran mahupun semasa aktiviti diluar mahupun di dalam sekolah. Saya perlu melengkapkan diri terlebih dahulu supaya segala yang dirancang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dapat dicapai.

BAHAGIAN B (6MS) Guru sek rendah di malaysia menghadapi isu dan cabaran beban tugas yg menimbulkan stres. Beri justifikasi anda setuju degn pernyataan diatas

BAHAGIAN C (3) Refleksi anda mengurus tekanan emosi yang dihadapi semasa di institusi pendidikan guru kampus di malaysia.

You might also like