• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • 2
    CommentGo Back
Download
 
PENDAHULUAN
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak.Kedatangan Ramadhan sangat dinanti-nantikan oleh seorangMukmin yang berazam untuk melakukan sebanyak mana yangmungkin kebajikan dalam bulan yang dipenuhi dengan keberkatanini. Mukmin muttaqin akan berusaha untuk mencapat matlamatyang dijanjikan oleh Allah SWT dalam bulan ini sebagaimana yangdinyatakan oleh hadis Rasulullah SAW; awalnya adalah rahmah,pertengahannya adalah keampunan dan akhirnya adalah pembe-basan dari api neraka.Madrasah Ramadhan yang datang hanya setahun sekali, meru-pakan satu tempoh yang amat singkat bagi orang mukmin.Bilangan harinya adalah sama dengan bilangan hari bulan-bulanyang lain. Walau bagaimanapun, bulan ini amat berbeza denganbulan-bulan lain apatah lagi ianya merupakan satu-satunya bulanyang disebut dalam al-Quran tidak yang lainnya. Pada masa yangsama, kedatangan bulan yang diwarnai dengan peristiwa-peristiwabersejarah kepada umat Islam ini, amat dinantikan agar ianyadapat mengembalikan semula "zikrayat" (kenangan) kehebatandan kemenangan umat Islam. Justeru, umat Islam perlu merancangdan melaksanakan segala perancangan dengan teliti denganmengkaji kehebatan umat Islam pada masa lalu.
KEISTIMEWAAN RAMADHAN
Sesungguhnya bulan Ramadhan mempunyai kelebihan dankeistimewaan yang banyak dan tidak terdapat di bulan-bulan yanglain. Keistimewaan ini adalah dari sudut pelaksanaan ibadah dankelebihan menghidupkannya. Di antara keistimewaan bulan iniialah:
a. Keistimewaan ibadah puasa.
Ibadah puasa berfungsi untuk menyemai dan menyuburkan ketak-waan dan sifat kehambaan kepada Allah SWT. Puasa juga meru-pakan ibadat yang difardhukan kepada umat yang terdahulu dantermasuklan umat Nabi Muhammad SAW. Ketaatan untuk melak-sanakannya merupakan "ta'abbud" kepada Allah dan jika dilak-sanakan dengan penuh keikhlasan dan penghayatan yang baik,maka kesan yang terhasil amat hebat iaitu lahirnya individu-individumuslim yang mempunyai jati diri yang kental.
1
 
b.Kelebihan dan keistimewaan Lailatul Qadar.
Rebutlah peluang untuk mendapatkan malam yang lebih baik dari1000 bulan atau 83 tahun ini. Malam yang hanya berlaku setahunsekali ini adalah dipenuhi dengan keistimewaan kerana Allah SWTmenganugerahkan keberkatan, kemuliaan, kerahmatan dan kese- jahteraan kepada umat Nabi Muhammad SAW yang berusahamendapatkannya dengan amal ibadat seperti solat, membaca al-Quran, iktikaf dan zikir kepadaNya. Prof Dr Hamka mengungkapkandalam Tafsir al-Azhar; Lailatul Qadar bererti malam kemuliaan yangtinggi dari Allah kepada Nabi Muhammad SAW kerana itulah per-mulaan Malaikat Jibril as menyampaikan wahyu kepadanya.
c.Khabar gembira daripada Rasulullah SAW.
Kedatangan bulan Ramadhan telah dinyatakan sebagai khabargembira daripada Allah SWT kepada Rasulullah SAW dan umatnyasebagaimana hadis baginda:
"Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan di mana telah diwajibkan kepada kamu berpuasa. Di bulan inilah pinu langit dibuka seluas-luasnya, ditut- up rapat pintu neraka, diikat pula pergerakan syaitan, di bulan iniah juga terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Jadi sesiapa yang terlepas akan keberkatan dan kebaikan malam tersebut maka dia adalah orang yang rugi dan terlepas dari segala kebaikan malam itu" 
d.Keampunan daripada Allah SWT.
Kedatangan Ramadhan merupakan penghapus dosa yangdilakukan oleh manusia jika bulan tersebut dipenuhi dengan amalanyang mendekatkan diri kepada Allah SWT. Malah kedatangannyapada tahun ini akan menghapuskan dosa yang lalu selama seoranghamba tidak melakukan dosa-dosa besar. Hadis Rasulullah SAWada menyatakan:
"Solat lima waktu, satu Jumaat ke Jumaat yang akan datang,dari satu Ramadhan ke Ramadhan yang akan datang adalah penghapus dosa bagi seorang muslim selama mana dia men-  jauhi perbuatan dosa besar" 
e.Pintu syurga ar-Rayyan dibuka dan dikhaskan kepada orangyang berpuasa.
Pintu syurga yang bernama ar-Rayyan disediakan khas bagi orangyang berpuasa, akan berhias dan mengindahkan suasana di syurgabila menjelang kedatangan Ramadhan. Rasulullah SAW adabersabda:
2
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...

salam. nak minta copy ni boleh tak? emelkan kepada nurulizzati.bahauddin@gmail.com. terima kasih :)

Boleh insyaAllah akan saya email. Wassalam

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...