You are on page 1of 2

: Apakah tindakan Universiti?

*
Menggalakkan kolaborasi penyelidikan antara pelajar Malaysia dan pelajar antarabangsa di universiti pen-

yelidikan tersohor dunia.


Menawarkan program PhD dalam bidang-bidang perintis sains dan teknologi serta memfokuskan penyelidi

kan yang bersifat indigenous-based. Mewujudkan mod program PhD bukan-konvensional, seperti program penyelidikan gunaan berdasarkan industri. Mewajibkan nisbah penyelia: pelajar PhD kepada 1:5. Mewajibkan pengalaman penyelidikan di makmal luar negara kepada pelajar PhD (bagi bidang pengajian yang relevan). Mengusahakan kolaborasi dengan industri bagi memberi pengalaman kepada ahli akademik agar penyelidikan yang dijalankan relevan dengan keperluan dan fokus industri.

Mewujudkan kolaborasi antara universiti dan makmal penyelidikan komersil di sektor swasta dan institut

penyelidikan. Memberi insentif kepada ahli akademik yang berjaya mengkomersilkan dan mempatenkan produk. Memastikan penyelia PhD mempunyai kompetensi penyeliaan yang tinggi. Mengambil pelajar cemerlang dari seluruh pelusuk dunia untuk pengajian PhD di IPT Malaysia. Mengambil profesor tersohor dunia sebagai staf universiti untuk menarik lebih ramai pelajar terbaik dunia mengikuti pengajian PhD di Malaysia. Menetapkan sasaran bilangan pelajar PhD, bilangan paten dan pengkomersilan produk yang jelas. Memberi pemberat yang signifikan kepada penerbitan berwasit, dan output penyelidikan yang boleh dipaten dan dikomersilkan (untuk disiplin yang relevan) sebagai kelayakan kenaikan pangkat. Membiayai penyelidikan berimpak tinggi yang boleh menghasilkan penemuan dan ciptaan penting, dengan tujuan meraih hadiah-hadiah berprestij dunia, seperti Hadiah Nobel pada pasca-2020.

*Cadangan. Bantuan dan sokongan KPT dan agensi pusat akan diberi berdasarkan keperluan. KPT sedang dalam perbincangan dengan kementerian-kementerian dan agensi-agensi berkaitan untuk tujuan penetapan polisi.

*Pejabat Pengurusan Program (PMO) di KPT akan bertanggungjawab untuk memantau perkembangan projek dan inisiatif.

PEJABAT PENGURUSAN PROGRAM KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI ARAS 3, BLOK E3, PARCEL E, KOMPLEKS E, 62505 W.P. PUTRAJAYA TEL: 03-8883 5146 FAX: 03-8883 5325

Kementerian Pengajian Tinggi 2008

MEMACU INOVASI, MEMANDU EKONOMI

APAKAH

FAEDAH

MyBrain15 adalah salah satu agenda kritikal yang digariskan dalam Pelan Tindakan Transformasi Pengajian Tinggi Negara. Objektif MyBrain15 adalah untuk melahirkan bilangan pemegang ijazah PhD yang secukupnya sebagai pemacu kepada inovasi yang akan memandu masa depan ekonomi negara yang berdaya saing. MyBrain15 berfungsi sebagai landasan bagi pembentukan critical mass dan graduan berpengetahuan tinggi yang terkenal di peringkat antarabangsa melalui penciptaan dan inovasi produk dan perkhidmatan mereka.

Kepada Sektor Swasta Untuk memacu penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan melalui inovasi dan kolaborasi. Untuk memberi lebih peluang kepada pelajar Malaysia untuk mengikuti program PhD yang baru dan mod pengajian PhD bukankonvensional. Untuk membolehkan pengambilan tenaga kerja daripada talent pool negara yang berkelayakan tinggi Kepada IPT Awam dan Swasta Malaysia Untuk memberi lebih peluang kepada usaha penyelidikan dan pembangunan melalui penubuhan pusat-pusat kecemerlangan, kolaborasi dengan industri dan penambahan bilangan geran penyelidikan. Untuk meningkatkan kualiti dan standard penyelidikan dan pengajaran dengan pertambahan bilangan ahli akademik yang mempunyai ijazah PhD. Untuk menghasilkan critical mass bagi meningkatkan bilangan output penyelidikan, bilangan paten dan pengkomersilan produk, perkembangan keusahawanan dan penubuhan pusat inkubasi (RDCEP). Untuk menambah feeder pool bagi pengajian PhD melalui pewujudan tabung khas pelajar cemerlang.

Kepada Negara Untuk mewujudkan talent pool negara berkelayakan tinggi yang dapat memacu daya saing negara dalam inovasi dan produktiviti, lantas melonjakkan ekonomi negara kepada tahap lebih tinggi. Kepada Pelajar Pasca-Siswazah Malaysia Untuk menambah bilangan dan nilai bantuan kewangan untuk pelajar sarjana dan doktor falsafah. Untuk menyediakan prasarana penyelidikan yang mencukupi dan memuaskan melalui perkongsian dan akses kepada peralatan dan kemudahan yang kritikal yang terdapat di pusat -pusat kecemerlangan di IPT Malaysia, dan melalui usahasama penyelidikan dengan industri. Untuk mendedahkan pelajar kepada ilmu pengetahuan terkini yang terhasil daripada penambahan bilangan aktiviti penyelidikan. Kepada Sektor Awam Untuk mendapat faedah daripada pertambahan bilangan dan nilai bantuan kewangan bagi rakyat Malaysia yang terlibat dengan usaha R&D. Untuk memberi lebih peluang kepada rakyat Malaysia mengikuti pengajian tinggi, dan membekalkan mereka dengan kemahiran penyelidikan. Untuk meningkatkan kolaborasi penyelidikan antara IPT Malaysia dan industri tempatan dan antarabangsa, serta dengan institut-institut penyelidikan. Untuk membolehkan pengambilan tenaga kerja daripada talent pool negara yang berkelayakan tinggi.

SITUASI MASA KINI

Sehingga kini, kerajaan Malaysia, melalui KPT, JPA, MARA dan MOSTI, telah memberi bantuan biasiswa dan dana untuk tujuan pengajian pasca-siswazah graduan Malaysia. ISU-ISU Bagaimanapun indikator input bagi Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) negara menunjukkan bahawa Malaysia jauh ke belakang berbanding beberapa negara saingan. Pada 2004, peratus GERD/GDP hanya berada pada 0.63%, amat kurang daripada sasaran 1.5% dalam RMK-9. Bagi penerbitan dalam bidang Sains dan Teknologi (S&T) dalam jurnal berwasit, Malaysia berada di kedudukan terbawah berbanding dengan Taiwan, Korea, Finland dan Singapura, iaitu sebanyak 993 penerbitan. Malaysia juga berada pada tempat terbawah berbanding dengan Taiwan, Korea, Finland dan Singapura dari segi bilangan paten, di mana hanya 98 paten dianugerahkankan pada 2006. Malaysia berhasrat untuk menjadi pelopor dan perintis dalam bidang-bidang kritikal seperti Bioteknologi, Sains BioPerubatan, Hab Halal, dan Kewangan Islam. Justeru, bilangan pemegang ijazah PhD negara perlu ditambah memandangkan jumlah 8,000 orang pada masa kini tidak akan dapat menyokong keperluan negara dalam pembangunan bidang-bidang kritikal tersebut.

CADANGAN

You might also like