Segugus Harapan
Alhamdulillah, dengan izin Allah swt kita dapat menganjurkan program‘Malam Air Mata Palestin’dengan kerjasama ipada pelbagai pihak yang pri-hatin khususnya di Negeri Sembilan ini untuk bersama melaksanakan satutanggungjawab yang murni, demi membela nasib umat yang seagama den-gan kita.Membela Palestin juga bererti membela Islam kerana ia bukan sekadartanah milik bangsa Palestin atau mana-mana bangsa, juga bukan orang-orang Islam dahulu sahaja tetapi Palestin adalah tanah milik keseluruhanumat Islam, samada generasi dahulunya, kini dan yang akan datang.‘Malam Air Mata Palestin’adalah manifestasi keprihatinan, kemanusiaan dankeinsafan terhadap erti persaudaraan sejagat sesame Muslim yangdiasaskan di atas tautan aqidah yang satu. Realiti Umat Islam di Palestin kiniadalah amat pahit lagi menyedihkan sebagaimana yang kita saksikan didada-dada akhbar dan lensa media. Yahudi Zionis membunuh dan menyik-sa mereka, memusnahkan rumah kediaman dan ladang-ladang pertanianserta berusaha menjadikan umat Islam merana dengan dihalau dari kam-pung-kampung halaman mereka dengan segala sarana keganansan.Justeru itu sebagai umat Islam, marilah kita sama-sama menyemai rasa pri-hatin dan menginsafi penderitaan yang mereka alami. Pelbagai bentuk sum-bangan boleh kita berikan samada dalam bentuk tenaga, buah fikiran dankewangan. Paling minimumnya, kita boleh menyedarkan kepada masyarakattentang isu ini selain mendoakan kesejahteraan barisan pejuang gigih danrakyat Palestin yang menderita.Akhir kata, isu Palestin adalah isu penting umat Islam. Mereka perlu dibantuuntuk mengembalikan kembali maruah dan harga diri Umat Islam secarakeseluruhannya. Dengan kesempatan bersama program ‘Malam Air MataPalestin’ini, marilah kita menghayati keperitan dan kesusahan mereka den-gan menyumbang dalam perbagai cara demi kelangsungan kehidupan danperjuangan mereka serta mempastikan kelangsungan Islam itu sendiri.Salam Perjuangan
Dr Zainur Rashid bin Zainuddin
Pengarah, Malam Air Mata Palestin