You are on page 1of 15

Sejarah Perkembangan Ilmu Linguistik Zaman Yunani

Sejarah Perkembangan

Tokoh

Kelebihan

Kelemahan

Plato (427-437 SM)

Aristotle (384 322 SM)

Kaum Stoik

a) Sejarah Perkembangan
Bermula sejak 500 SM. Bahasa melambangkan ketinggian tamadun dan dikaji bagi menerangkan segala kejadian alam. Unsur bahasa seperti kata dan makna dikaji pembentukannya sama ada terbentuk secara semulajadi atau kebiasaan.

Jika bahasa itu terbentuk secara semulajadi maka kita haruslah menerimanya sebagaimana ia terbentuk, tetapi jika ia terbentuk menurut kebiasaan, maka kita boleh memperbaikinya jika ada kekurangan (O.Jespersen, 1959)

b) Tokoh
Karya : Crystalus Mengkaji hubungan benda dengan nama benda samada bersifat tabii atau sepakat. Ayat ialah logos yang merupakan rentetan kata yang mempunyai idea yang sempurna. Logos terbahagi kepada dua iaitu onoma (benda) dan rhema (cerita) Membezakan kata nama dan kata kerja Mengenali bunyi konsonan geseran, letupan dan sebagainya (fonetik)
Plato (427-437 SM)

Memperkenalkan kata hubung dan sistemk ala tense (past tense, present tense)

Aristotle (384 322 SM)

Kaum Stoik
Membezakan antara bentuk dan makna. Pembahagian kata : kata nama, kata kerja, kata hubung dan artikel (kata nama khas, kata ganti nama) Memperkenal klasifikasi unsur-unsur fleksi seperti dalam Bahasa Inggeris (go:went:gone) Memperkenal perbezaan bentuk aktif dan pasif, dan di antara kata kerja transitif dengan tak transitif.

c) Kelebihan
Pelopor sejarah perkembangan kajian ilmul inguistik

Menganggap bahasa ialah lambang ketinggian tamadun dan dikaji untuk menerangkan segala kejadian alam

d) Kekurangan
Menganggap bahasa Yunani itu adalah termulia dan semulajadi, jadi harus dipatuhi oleh setiap penuturnya jika inginkan taraf dan kemuliaan dalam kehidupan mereka.

Akibatnya bahasa itu dianggap tetap, tidak boleh berubah dan tidak perlu diperbaiki.

Sejarah Perkembangan Ilmu Linguistik Zaman Iskandariah

Sejarah Perkembangan

Tokoh

Kelebihan

Kelemahan

Dionysius Thrax

a) Sejarah Perkembangan
Merupakan salah satu tanah jajahan Yunani Sejak abad ke-3 telah berkembang menjadi pusat penyelidikan sastera dan linguistik. Melanjutkan usaha sarjana Yunani. Pengaruh bahasa Yunani dibawa oleh Crates dari Malus pada 167 SM

Kemudian dikembangkan oleh Derrentusvaro dalam karyanya De Lingua Latina. Percaya bahawa bahasa yang dicatatkan dalam teks mereka adalah paling tulen, betul dan murni berbanding dengan bahasa koloquil mereka seharihari. Menumpukan kepada bahasa bertulis berbanding lisan. Melanjutkan usaha ahli tatabahasa kaum Stoik.

b) Tokoh
Karya : Techne Grammatike. Mengkaji berdasarkan bahasa yang betul seperti yang digunakan oleh Homer dalam puisinya. Mengajar di Rhodes dan Rom. Asas tatabahasa dalam Techne Grammatike menjadi asas penulisan buku tatabahasa Eropah kini. Menggolongkan kata kepada 8 : kata nama, gantinama, kata kerja, kata adjektif, kata adverba, kata sendi, kata partikel dan kata seru

Dalam bidang fonetik beliau membezakan maksud bunyi dengan maksud bentuk. Bunyi digolongkan menurut prinsip-prinsip sebutan. Membezakan bunyi r dengan l. Dalam bidang sintaksis beliau mentafsirkan ayat sebagai unit deskriptif yang terdiri daripada urutan perkataan yang mempunyai maksud lengkap.

c) Kelebihan
Berkembang sebagai pusat penyelidikan kesusasteraan dan linguistik sejak abad ke-3

d) Kelemahan
Kerja-kerja mencari asal teks daripada bukti-bukti yang ada menyebabkan timbulnya kepercayaan bahawa bahasa yang dicatitkan di dalam teks mereka adalah paling tulen, betul dan murni. Menumpukan kajian terhadap bahasa bertulis sahaja. Tiada usaha untuk membezakan secara tetap antara bunyi dengan huruf yang melambangkan bunyi itu.

You might also like