You are on page 1of 18

BENAR KATA AYAH (RIA ASMIRA) TEMA Cerpen ini bertemakan perjuangan seorang ayah melaksanakan tanggungjawab dalam

mengubah sikap dan pendirian anaknya. Contoh: Ayahnya mahu anaknya Karim menjadi insan yang memiliki jati diri Melayu yang kuat, cinta akan negaranya, menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh ikutan dan menjadi tuan di tanah air sendiri. PERSOALAN Persoalan kasih sayang seorang ayah kepada anaknya. Contoh: Kasih sayang ayah Karim terbukti menerusi pendekatannya dalam menasihati Karim dengan lembut tanpa menggunakan kekerasan agar Karim dapat mengubah cara kehidupannya yang tidak mahu bekerja dan hidup berpeleseran tanpa tujuan. Persoalan perjuangan bangsa Melayu yang jauh keciciran. Contoh: Kegagalan bangsa Melayu untuk bersaing dengan bangsa asing akibat sikap bangsa Melayu itu sendiri yang tidak lagi berpegang kepada tuntutan agama, sikap malas serta tidak mahu berusaha dan bersaing dengan warga asing. Persoalan kegigihan seorang usahawan memartabatkan bangsa. Contoh: Ayah Karim berusaha dengan gigih hingga menjadi usahawan yang berjaya dan mampu bersaing dengan usahawan asing. Dia juga berupaya menerajui syarikatsyarikat besar yang menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara seperti berjaya membangunkan mercu tanda kebanggaan negara iaitu Menara Berkembar Petronas. Persoalan kesediaan generasi muda berubah ke arah kebaikan. Contoh: Generasi muda seperti Karim perlu memantapkan jati diri dengan menimba ilmu pengetahuan selain daripada mencontohi akhlak Rasulullah SAW serta berpegang kepada budaya dan tatasusila bangsa Melayu yang mementingkan adab dan kesopanan. Persoalan menghormati pandangan orang yang lebih tua. Contoh: Karim menerima teguran ayahnya tentang sikap malasnya yang boleh membawa kesan buruk kepada masa depannya. WATAK DAN PERWATAKAN KARIM Watak utama Seorang yang pemalas. Contoh: tidak bekerja dan selalu berpeleseran tanpa tujuan. Seorang yang insaf.

Contoh: Karim awalnya tidak mempunyai wawasan hidup, namun berubah dan insaf setelah dinasihati ayahnya. Seorang yang berjaya dalam kehidupan. Contoh: Karim muncul sebagai seorang usahawan yang berjaya dalam perniagaannya. Seorang anak yang mengenang jasa. Contoh: Karim selalu mengenang jasa ayahnya dan mengabadikan nama ayahnya pada bangunan perusahaannya. AYAH Ayah kepada Karim. Mempunyai seorang isteri. Seorang pemimpin masyarakat. Seorang yang bertanggungjawab. Contoh: ayah bertanggungjawab terhadap keluarga terutama menasihati Karim supaya berubah dalam kehidupan. Seorang yang penyayang. Contoh: tidak berputus asa menegur anaknya Karim supaya bersikap lebih positif dalam hidupnya. Seorang yang tegas. Contoh: Ayah tegas mendisiplinkan anak-anak seperti Karim agar berjaya dalam kehidupan. Seorang yang mempunyai pegangan agama yang kuat. Contoh: Ayah selalu mengingatkan Karim supaya bersolat subuh. IBU Seorang wanita yang sangat menyayangi keluarganya. Ibu kepada Karim. Wanita ini meletakkan harapan yang tinggi terhadap Karim agar mencontohi keperibadian suaminya dalam memartabatkan bangsa Melayu. JONED Sahabat Karim yang sering mengajaknya mengikuti ceramah yang disampaikan oleh Encik Khalid berkaitan tanggungjawab para belia di negara ini. PEMANDU KARIM Seorang lelaki yang ditugaskan untuk membawa Karim menguruskan perjalanannya. Dia juga seorang yang setia mendengar cerita daripada Karim tentang kehebatan ayah. TEKNIK PLOT Dialog.

Contoh: Perbualan antara ayah dengan Karim tentang kelewatannya bangun pagi (hlm. 81) Monolog. Contoh: Karim bermonolog dengan dirinya tentang kebijaksanaan Encik Khalid (hlm 88) Imbas kembali (sorotan kembali). Contoh: Karim mengingati semula pesanan ustaz Hanafi tentang kepentingan bekerja yang dituntut dalam Islam. (hlm 87) Kejutan. Contoh: Kemunculan ayah Karim di biliknya untuk mengejutkannya bangkit dari tidur. (hlm 80). Pemerian. Contoh: Penceritaan tentang sikap ayah mengikut pendapat Karim. STRUKTUR PLOT Permulaan. Ayah Karim memarahinya kerana sikapnya yang tidak mahu berubah. Karim digambarkan seorang yang suka membuang masa di rumah dan berpeleseran di rumah. Perkembangan. Ayah Karim memanggilnya ke pejabat dan menasihati agar Karim mengubah sikap dan membina wawasan hidup. Ayah Karim mahu menjadikan Karim sebagai seorang yang berguna kepada keluarga, bangsa, agama dan negara. Karim teringat sewaktu ayahnya menitiskan air mata kerana ramai generasi kini yang lupa diri dan lalai terhadap kesenangan yang bersifat sementara. Selain itu, ramai remaja yang terpesong akidahnya kerana terpengaruh dengan budaya negatif. Klimaks Karim berjaya menjadi seorang usahawan perniagaan yang berjaya atas dorongan ayahnya. Karim juga berjaya membina bangunan yang dinamakan sebagai Bangunan Karim dan Keluarga demi cintanya kepada bangsa Melayu. Dia juga berazam mengembangkan perniagaannya ke serata dunia. Peleraian Karim berusaha untuk meneruskan perjuangan ayahnya membangunkan semangat anak watan. LATAR Latar Masa Sekitar abad ke 21.

Contohnya: Kewujudan Menara Berkembar Petronas (KLCC) (hlm 87) Waktu Subuh. Contoh: Karim bangun untuk mengerjkan solat subuh (hlm 80) Waktu Pagi. Contoh: Karim dikejutkan oleh ayahnya pada suatu pagi (hlm 80). Waktu Malam. Contoh: Pemandu Karim datang menjemputnya untuk pulang setelah mendapati hari sudah lewat. Latar Tempat Bilik Karim. Contoh: Karim disergah oleh ayahnya ketika sedang tidur di biliknya. Di pejabat ayah. Contoh: Karim diminta oleh ayahnya untuk datang ke pejabatnya bagi membincangkan masa depan Karim yang tidak mahu berdikari. Di Padang Belia Daerah Pokok Sena. Contoh: Perhimpunan belia telah diadakan di Padang Belia Daeran Pokok Sena untuk mendengar ceramah Encik Khalid. Latar Masyarakat Masyarakat kota yang mempunyai kesedaran yang tinggi. Contoh: Karim dan ayahnya berusaha memajukan ekonomi negara demi kepentingan bangsa. Masyarakat usahawan yang berjuang demi kemajuan bangsa, agama dan negara. Contoh: Karim berusaha meneruskan perjuangan ayahnya, untuk memajukan ekonomi dan berusaha melebarkan empayar perniagaannya ke pelosok dunia. Masyarakat yang lalai dengan kemewahan dunia. Contoh: Karim pada zaman remajanya yang lalai dengan kemewahan yang dimiliki keluarganya dan tidak mahu berusaha untuk memajukan diri. Masyarakat remaja yang tiada wawasan hidup. Contoh: Ayah Karim menyatakan kekecewaannya terhadap golongan remaja kini yang tidak menimba ilmu pengetahuan dan mudah terpengaruh dengan anasir negatif yang dibawa dari barat sehingga merugikan bangsa itu sendiri. Masyarakat kota yang hidup selesa akibat kemajuan ekonomi. Contoh: Kesungguhan Karim untuk meneruskan kejayaan yang dimulakan oleh bapanya sehingga membawa kepada kecemerlangan syarikat perniagaannya.

GAYA BAHASA Diksi.Bahasa ringkas, padat dan mudah difahami. Pemilihan kosa kata yang ringkas memudahkan pembaca memahami jalan cerita. Contoh: Ayah bukan omong kosong.. Ayat Pendek. Contoh: Ibu tiada. Metafora. Contoh: Kolam pengorbanan, Bunga kehancuran. Hiperbola. Contohnya, halilintar membelah bumi. Simile. Contoh: bagaikan halilintar membelah bumi. Repetisi. Contoh: unsur pengulangan kata digunakan pada baris halaman 84, baris 6. Misalnya pengulangan kata dah. Contoh yang kedua, frasa harapan ayah pada halaman 3. Sinkof. Contoh: Penyingkatan perkataan dalam kalangan watak. Contohnya, penggunaan kata dah pada halaman 84. Peribahasa. Contoh: Penggunaan peribahasa iaitu macam pahat dengan penukul. (hal 84) NILAI Nilai kerajinan. Contohnya: kerajinan seorang remaja telah membuatkannya berjaya mencapai kejayaan. Nilai berdikari. Contohnya: Ayah menasihatkan Karim agar sentiasa berusaha dengan sendiri tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain. Nilai pengorbanan. Contohnya: Karim sanggup berkorban demi mencapai kejayaan yang disasarkan kepadanya. Nilai bertanggungjawab. Contohnya: setiap individu harus bertanggungjawab terhadap bangsa, agama dan negara.

Nilai bersatu padu. Contohnya: Manusia yang bersatu padu akan mempunyai kelebihan untuk berjaya pada masa hadapan. PENGAJARAN Kita hendaklah sentiasa berusaha untuk memperoleh sesuatu dengan usaha sendiri. Contoh: ayah gigih berusaha sehingga jutawan. Kita hendaklah menjadikan individu yang berjaya sebagai model untuk dicontohi. Contoh: Karim menjadikan ayahnya model untuk melakar kejayaannya. Kita hendaklah berfikiran terbuka dan bersedia menerima sebarang perubahan. Contoh: ayah menasihati Karim agar berfikiran terbuka dan mengikut perubahan zaman. Kita hendaklah menghormati pandangan orang yang lebih tua daripada kita. Contoh: Karim akur dengan nasihat ayahnya. Kita hendaklah berpegang teguh kepada ajaran agama dalam menjalani kehidupan seharian. Contoh: ayah selalu mengejutkan Karim agar mengerjakan solat subuh. SUDUT PANDANGAN Mengunakan sudut pandangan orang pertama. Pengarang bercerita sendiri atau terlibat dalam cerita sebagai watak utama atau watak sampingan. Sudut pandangan ini disebut sebagai gaya aku, iaitu cerita itu dibawakan seluruhnya oleh watak aku, orang pertama, secara subjektif. Maknanya pengarang terlibat secara aktif. Teknik ini digunakan untuk menjadikan cerita lebih realistik.

TAGUNG (WITER GUNIK) TEMA Bertemakan usaha untuk mempertahankan alat muzik tradisional warisan budaya. Contoh: Atuk cuba menghidup semula permainan tagung dengan mencadangkan agar tagung digunakan dalam pesta keamatan. PERSOALAN Persoalan tentang kepupusan penggunaan alat muzik tradisional akibat perubahan zaman. Contoh : Tagung yang dulu digunakan dalam majlis keramaian semakin dilupakan oleh generasi muda.

Persoalan tentang kesedaran untuk menghargai warisan kebudayaan tradisional. Contoh : Ito memilih untuk membuat kajian tentang penggunaan alat muzik tagung dalam kebudayaan masyarakat di Borneo. Persoalan tentang keruntuhan nilai murni akibat kemajuan teknologi. Contoh : Cucu-cucu atuk tidak mempedulikannya yang sedang mencari pemalu tagung kerana memberi perhatian kepada permainan komputer. Persoalan tentang pertentangan pandangan generasi muda dengan generasi tua Contoh : Ursula berasa malu dan marah dengan sikap ayahnya yang ingin mempertahankan permainan tagung dalam Pesta Kaamatan. Persoalan kasih sayang suami terhadap isteri. Contoh: Atuk sering merindui isterinya yang telah meninggal hampir setahun lalu. WATAK DAN PERWATAKAN AKU Ayah kepada Ursula. Berbangsa Kadazandusun. Isterinya Leona telah meninggal dunia setahun yang lalu. Mempunyai empat orang cucu. Selalu menghabiskan masa di buaian. Kecewa dengan sikap generasi baru yang tidak lagi berminat dengan warisan budaya leluhur mereka. Seorang penempa dan pemain tagung yang handal ketika zaman mudanya. Seorang yang gigih mempertahankan alat muzik tradisional. Contoh : Aku cuba menghidupkan semula muzik tradisional tagung dengan memasukkan acara paluan tagung ketika sambutan Pesta Kaamatan. Aku juga mencadangkan pemuda Kadazandusun yang hendak berkahwin hendaklah memenuhi syarat iaitu pandai memalu tagung dan menjadikan tagung sebagai barang hantaran. Seorang yang penyayang. Contoh: masih merindui isterinya Leona yang meninggal hampir dua tahun yang lalu. Seorang yang tabah. Contoh: Atuk tabah melayan sikap cucu yang meminggirkannya. Seorang yang penyabar. Contoh : Aku bersabar dengan sikap anak dan cucu-cucunya yang tidak menghormati orang tua. URSULA Anak tunggal aku.

Hasil perkahwinannya dengan David, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Uji, Ito, Atom dan Atin. Mempunyai kelulusan ijazah dari universiti. Seorang yang mudah mempercayai cerita orang lain. Contoh : Dia mempercayai bulat-bulat cerita Annie berhubung dengan sikap ayahnya ketika mesyuarat. Seorang yang tidak menyokong perjuangan ayahnya. Contoh : Ursula tidak menyokong cadangan ayahnya untuk menghidupkan semula tagung di kalangan masyarakat Kadazandusun. ITO Anak lelaki sulung Ursula dan David. Belajar di universiti luar negara. Balik ke kampung ketika cuti semester dan hendak mengkaji tagung. Seorang yang penyayang. Contoh : Ito sangat menyayangi adik-adiknya dan membeli permainan komputer yang diminati oleh mereka. Ito juga sangat menyayangi aku Seorang yang menghargai warisan bangsanya. Contoh : Ito membuat keputusan untuk mengkaji tagung sebagai satu warisan budaya. ATIN DAN ATOM Anak-anak Ursula dan David. Belajar di sekolah menengah. Gemar bermain permainan di komputer. Tidak menghormati orang tua. Contoh : Mereka tidak mengendahkan pertanyaan aku dan asyik bermain komputer. TEKNIK PLOT MONOLOG Contoh:Monolog antara watak dengan dirinya sendiri dalam cerpen ini ini berlaku semasa aku sibuk mencari tagung yang tak tahu di mana. IMBAS KEMBALI Contoh: Aku mengingat kembali kenanganya mersama Leona, mendiang isterinya yang begitu menghargai tagung KONFLIK Contoh: Wujud konflik antara aku dengan ahli mesyuarat kerana mereka menolak cadangan aku untuk menghidupkan semula tagung.

KEJUTAN Contoh: Pembaca dikejutkan apabila Ito pemuda yang telah melanjutkan pengajian ke luar negara memberitahu bahawa dia mahu membuat kajian tentang tagung dalam suasana aku telah berputus harapan kerana semua orang menolak cadangannya. STRUKTUR PLOT PERMULAAN Pengarang memulakan cerita dengan peristiwa aku mencari tutuntung. Aku tidak dipedulikan oleh dua orang cucunya iaitu Atom dan Atin kerana mereka sibuk bermain permainan di komputer. PERKEMBANGAN Pengarang mengembangkan cerita dengan kekecewaan aku dengan sikap cucu cucunya yang tidak acuh dengan tagung. Cucu-cucunya lebih gemar bermain komputer. Pengarang turut menggarap teknik imbasan kembali apabila aku teringat mendiang isterinya Leona ketika dia memainkan alat muzik tradisional tagung. Aku turut teringat peristiwa dia menghadiri mesyuarat sempena Pesta Kaamatan. Aku telah mencadangkan supaya tagung dijadikan hantaran perkahwinan dan dan lelaki harus pandai memalu tagung. Ahli mesyuarat salah anggap dengan cadangan aku dan ada di antaranya beranggapan aku cuba mengaut keuntungan hasil daripada cadangannya. Konflik semakin rumit apabila aku bertikam lidah dengan anaknya Ursula. Ursula malu dengan tindakan bapanya ketika mesyuarat. PUNCAK/KLIMAKS Cerita ini mencapai klimaks apabila Ito pulang bercuti dari pengajiannya di luar negara dan menyatakan hasratnya untuk mengkaji tagung sebagai warisan kebudayaan di Borneo. PELERAIAN Aku bersyukur kerana Ito cucunya menghargai tagung sebagai warisan kebudayaan leluhurnya. LATAR LATAR MASA Pengarang tidak menggunakan latar masa yang spesifik dalam cerpen ini. Namun, pengarang memberi gambaran kebanyakan peristiwa yang berlaku dalam cerpen ini berkisar kepada persiapan kaum Kadazandusun untuk membuat persiapan sambutan Pesta Kaamatan.

LATAR TEMPAT RUMAH URSULA Contoh: Aku mencari tutuntung tetapi tidak diendahkan oleh Atom dan Atin yang asyik bermain komputer. Contoh: Aku mencari Uji cucu perempuannya untuk bertanyakan tutuntung. Bagaimanapun, aku teringat Uji telah mengikut ibunya ke lapangan terbang menyambut kedatangan Ito dari luar luar negara. DI BUAIAN Contoh: Tempat aku selalu menghabiskan masanya dan mengimbas kembali kenangannya bersama dengan mendiang isterinya Ursula. BALAI RAYA Contoh:Tempat mesyuarat untuk membuat persiapan menyambut Pesta Kaamatan. Contoh: Aku mencadangkan supaya tagung dihidupkan kembali. Pemuda kampung yang hendak berkahwin hendaklah pandai memalu tagung dan menjadikan tagung sebagai hantaran perkahwinan. Contoh: Cadangan aku telah diselahertikan oleh ahli mesyuarat dan beranggapan aku hendak mengaut keuntungan hasil daripada cadangannya. LATAR MASYARAKAT Masyarakat yang menghargai alat muzik tradisional. Contoh : Aku begitu mencintai kesenian warisan tradisional dan mahu menghidupkannya semula. Masyarakat muda yang masih meminati muzik tradisional. Contoh : Ito mahu membuat kajian tentang tagung yang menjadi warisan bangsanya. Masyarakat yang suka kepada muzik moden. Contoh : Pesta Kaamatan dan majlis perkahwinan meminggirkan pertunjukan tagung kerana dianggap tidak menarik lagi. Masyarakat yang lalai dengan perkembangan komputer. Contoh : Cucu-cucu aku begitu berminat dengan permainan komputer dan tidak tertarik dengan permintaan akunya untuk permainan tagung. Masyarakat yang tidak menghormati orang tua. Contoh : Perbezaan pendapat antara aku dengan Ursula yang menentang cadangan ayahnya untuk menghidupkan permainan muzik tagung. Begitu juga dengan sikap yang ditunjukkan oleh Atin dan Atom yang mengeluarkan kata-kata tidak sopan kepada aku.

GAYA BAHASA Kata ganda. Contoh : kartun-kartun, mengangguk-angguk, bersama-sama Sinkof. Contoh : ku, nak, ni Simpulan bahasa. Contoh : membuang muka Personifikasi. Contoh : Permainan computer itu telah menelan roh jasad kedua-dua cucu itu. Metafora. Contoh : Jejarum tawa, bongkah kelu Pemilihan diksi Bahasa Inggeris. Contoh : band, survey, Pemilihan diksi bahasa Kadazandusun. Contoh : tagung, aki Inversi Contoh : Berhartakan warisan budaya sebagai kekayaan, memang kejam amat. Sepatutnya amat kejam. NILAI Nilai kesabaran. Contoh : Aku sentiasa bersabar dengan kerenah cucunya Atin dan Atom yang tidak mengendahkannya. Dia juga bersabar dengan tindakan ahli mesyuarat yang salah anggap dengan cadangannya, begitu jugan dengan tindakan Ursula anaknya yang menentang tagung. Nilai kegigihan. Contoh : Aku gigih mempertahankan tagung sebagai satu warisan bangsanya. Nilai tanggungjawab. Contoh : Aku bertanggungjawab untuk mempertahankan tagung daripada terus pupus di kalangan generasi muda. Nilai menghargai. Contoh: Ito merupakan cucu aku yang masih menghargai tagung dengan tindakannya yang mahu membuat kajian tagung sebagai warisan budaya masyarakat di Borneo.

Nilai kasih sayang. Contoh : Atuk masih merindui isterinya yang telah meninggal dua tahun lalu. PENGAJARAN Kita hendaklah sentiasa menghargai warisan yang melambangkan jati diri bangsa. Contoh : Ito mahu membuat kajian tentang tagung yang dimainkan oleh aku. Kita hendaklah sentiasa menghormati orang tua dan tidak melukakan hati mereka. Contoh : Atin dan Atom sepatutnya menghormati aku walaupun sibuk bermain komputer Kita perlulah belajar mewarisi permainan alat muzik tradisional bagi kesinambungan warisan budaya pada masa akan datang. Contoh : Mesyuarat Pesta Kaamatan sepatutnya menerima cadangan aku agar tagung dibudayakan semula di kampung mereka. Kita perlulah mencontohi perjuangan insan yang mempertahankan warisan budaya daripada pupus ditelan zaman. Contoh : Perjuangan dan kegigihan aku mempertahankan tagung harus dicontohi. Kita perlu memanfaatkan masa depan dengan sebaik-baiknya dengan melakukan perkara yang mendatangkan faedah. Contoh : Perjuangan aku untuk menghidupkan kembali permainan tagung perlu diajar kepada generasi muda agar tidak hilang. SUDUT PANDANGAN Pengarang menggunakan sudut pandangan orang pertama dengan menggunakan watak aku. Pengarang memfokuskan keadaan perasaan dan fikiran watak utama. Gambaran ini diberikan secara terperinci berbanding dengan gambaran terhadap watak lain. Pengarang juga turut mengalhkan fokus kepada watak sampingan seperti Ursula, Ito juga Atin dan Atom. CERPEN AKSI SANG JERUT (ZAID HAJI MOHD SAMAN) TEMA Cerpen Aksi Sang Jerut ini bertemakan kerakusan sikap manusia yang ingin mengaut keuntungan sehingga mengorbankan pihak lain. Contoh: Tauke Wong rakus mengejar keuntungan untuk restorannya sehingga sanggup mempergunakan Ah Peng yang cacat dan lurus bendul untuk menangkap ular sawa hidup-hidup supaya boleh dijadikan makanan yang amat mahal dan menguntungkannya. Dia langsung tidak mempedulikan nyawa Ah Peng atau hidupan liar.

PERSOALAN Persoalan memburu binatang liar /haiwan untuk tujuan komorsial. Contoh: Tauke Wong meminta Ah Peng menangkap ular sawa hidup-hidup dan menjualkan kepadanya dengan harga RM1500 untuk dimasak di restorannya. Persoalan eksplotasi ke atas golongan kurang upaya. Contoh: Tauke Wong mempergunakan Ah Peng yang cacat dan lurus bendul, untuk menangkap Sang Jerut bagi kepentingan restorannya. Persoalan persahabatan yang tidak jujur. Contoh: Persahabatan antara Sang Jerut dan Ah Peng. Ah Peng hanya berbaik-baik dengan Sang Jerut sebagai sahabatnya hanyalah kerana niat dia untuk menangkap Sang Jerut kerana upah yang lumayan. Persoalan sikap manusia yang materialistic/ mementingkan kebendaan. Contoh: Ah Peng menipu Sang Jerut, sahabatnya semata-mata untuk mendapat ganjaran sebanyak RM1500. Persoalan kemusnahan hutan akibat tindakan manusia. Contoh: Hutan tempat kediaman Sang Jerut semakin kecil sehingga Sang Jerut susah untuk mencari tempat kediaman. WATAK DAN PERWATAKAN : Sang Jerut Seekor ular sawa yang berbadan besar dan panjang. Mempunyai sikap pemarah dan amat mendendami manusia kerana manusia merosakkan habitatnya. Tinggal di hutan yang telah diterokai manusia. Dia adalah binatang yang pendendam oleh itu bila berdendam, dia membunuh apa saja yang berkaitan dengan manusia. Contoh: Memakan binatang ternakan milik manusia. Sangat mempercayai sahabat: Contoh: Ah Peng yang telah dianggapnya sebagai sahabat sehingga apabila Ah peng menyuruhnya masuk ke dalam guni pun dia sanggup kerana tidak menyangkah Ah Peng sanggup menipunya. Memandang rendah terhadap keupayaan orang yang cacat. Contoh: Dia mengandaikan dia dapat mengalahkan Musa Asli dengan mudah kerana lebih cacat daripada Ah Peng, tapi akhirnya dia telah dibunuh oleh Musa Asli.

Ah Peng Seorang lelaki yang gila-gila bahasa dan bernafsu besar mengikut Sang Jerut. Sahabat Sang jerut yang bersikap individulistik dan materialistik. Sanggup menipu Sang Jerut sahabatnya semata-mata tamakkan upah lumayan daripada tauke Wong. Seorang yang lurus bendul. Contoh: Dia mudah terpedaya dengan kata-kata Sang jerut supaya melepaskannya daripada guni dengan alasan hendak mengurut Ah Peng seperti yang dijanjikannya dulu. Dia terus melepaskan Sang Jerut sehingga akhirnya dia mati dijerut. Seorang yang boleh berbahasa ular sawa. Contoh: Ah Peng boleh berkata-kata dengan Sang Jerut. Sang Jerut juga meminta Ah Peng sampaikan mesejnya kepada orang ramai supaya hentikan tindakan mereka memusnahkan hutan kerana hanya Ah Peng sahaja yang memahami bahasanya. Tauke Wong Seorang tauke Restoran Makanan Cina. Dia yang mengupah Ah Peng untuk menangkap Sang Jerut hidup-hidup dengan bayaran RM 1500. Seorang yang tidak berperikemanusiaan. Contoh: Dia sanggup menyuruh Ah Peng yang cacat melakukan pekerjaan yang berbahaya seperti menangkap ular sawa hidup-hidup tanpa memikirkan keselamatan Ah Peng. Seorang yang materialistik Contoh: Dia gembira apabila Ah Peng sanggup menangkap ular sawa untuk dijual kepadanya kerana dia akan dapat keuntungan berlipat ganda. Seorang yang melanggar peraturan. Contoh: Dia sanggup menangkap ular sawa untuk dijadikan makanan sedang dia telah melanggar peraturan Akta Perhilitan. Musa Ali Digelar juga sebagai Pahlawan Rimba. Lelaki kurang upaya kerana kakinya layur (lemah) dan tidak boleh berjalan tetapi bergerak dengan merangkak. Seorang yang mempunyai keupayaan yang luar biasa. Contoh: Mempunyai ludah yang berbisa. Mata Sang Jerut menjadi kabur setelah diludah Musa Asli. Kakinya yang layur juga berjaya mencabut nyawa Sang Jerut dengan sekali hentakan sahaja. Seorang yang tidak mudah panik. Contoh: Apabila badannya dijerut oleh Sang Jerut dia tidak menjerit kerana dia tahu menjerit akan melemahkan kudratnya, tetapi dia berdoa dan menunggu sehingga kepala ular sawa berdepan dengan mukanya.

PLOT Permulaan. Ceritanya dimulakan dengan perbualan antara Sang Kodok dengan Sang Jerut tentang perasaan marahnya terhadap manusia dan sebab-sebab kemarahan dan dendamnya itu timbul. Dendamnya ini akibat daripada perbuatan manusia yang rakus meneroka hutan sehingga ruang kediaman Sang Jerut semakin kecil. Perkembangan. Cerita ini dikembangkan dengan wujudnya konflik antara manusia dengan ular Sawa. Watak Sang Jerut mertancang hendak membunuh Ah Peng yang sering berlegar tidak jauh dari rumahnya. Pengarang juga memaparkan rancangan Ah Peng untuk menangkap Sang Jerut hidup-hidup supaya dijual dengan harga yang mahal kepada Tauke Wong. Cerita ini terus dikembangkan setelah Ah Peng dibunuh oleh Sang Jerut. Puncak/ Klimaks. Klimaks cerita ini berlaku semasa pergelutan antara Sang Jerut dengan Musa Asli. Musa Asli telah dijerut oleh Sang Jerut dan Musa Asli berusaha untuk hidup. Peleraian. Cerita ini dikembangkan dengan kejayaan Musa Asli mengalahkan Sang Jerut. Sang Jerut akhirnya mati dibunuh dengan parang Musa Asli. TEKNIK PLOT Teknik Pemerian. Contoh: Letusan suara nafsu nesar seorang tauke, tanpa ada pun sedikit lintasan naluri perikemanusiaan. Teknik Imbas Muka Contoh: Sang Jerut mengandaikan dia akan kenyang tiga minggu selepas makan manusia. Teknik Monolog. Contoh: Ah, tiga minggu akan kenyang. Daging manusia pastinya lebih enak sebab dosanya banyak. Sang jerut bermonolog. Teknik Imbas Kembali. Dia teringat bahawa telah dua minggu dia tidak makan kerana manusia pandai dan tidak melepaskan ternakan mereka. Teknik Dialog. Contoh: Apa tu, Peng? Gembira nampaknya kau. Apa yang kau cakap sendirian itu, Peng? 1500 tu apa, Peng? Sang Jerut menduga lagi. LATAR

Latar Masa. Waktu pagi Sang Jerut keluar mencari makan. Sang Jerut mengambil masa tiga hari memerhatikan gerak geri Musa Ali yang sering masuk ke hutan. Latar Tempat. Hutan Hutan yang mula diterokai manusia dan merupakan habitat kepada Sang Jerut dan Sang Kodok. Contoh: Kampung Putera Tempat tinggal masyarakat orang asli dan Restoran makanan Cina milik Tauke Wong. Latar Masyarakat. Masyarakat terdiri daripada pelbagai bangsa. Contoh: Masyarakat cina iaitu Ah Peng dan Tauke Guan, masyarakat orang asli diwakili oleh Musa Asli. Masyarakat Kampung yang diwakili oleh Ah Peng dan Musa Asli. Contoh: Musa Asli mencari rezeki di dalam kampung. Masyarakat peniaga. Contoh: Diiwakili oleh Tauke Wong, beliau mempunyai restoran. Masyarakat binatang (haiwan liar) yang habitat mereka diganggu oleh manusia. Contoh: Diwakili oleh Sang Jerut dan Sang Kodok. Masyarakat yang lebih mementingkan kekayaan daripada alam sekitar. Contoh: Hutan tempat kediaman ular sawa semakin kecil akibat daripada tindakan manusia yang asyik menebang hutan belantara. GAYA BAHASA Bahasa kesat/ sarkasme. Contoh: Tak sampai hati aku nak telan kau ni, Peng. Kenapalah kau manusia yang lurus ni menjadi mangsa eksploitasi manusia cerdik jahanam macam tauke Wong itu. Bahasa pinjaman bahasa Inggeris. Contoh: best okey. Inversi: Contoh: Gembira nampaknya kau? Bahasa pengulangan. Contoh: Ada ke, Peng? Lu cakap-cakap ni, ada ke Peng? Sinkof

Contoh: Sebab apa pula dia nak tangkap kau? NILAI Nilai Rasional. Contoh: Sang Kodok menasihatkan Sang Jerut supaya jangan menjerut semua manusia kerana bukan semua manusia yang bersalah membinasakan hutan belantara. Nilai setiakawan. Contoh: Ah Peng dan Sang Jerut adalah sahabat, oleh itu Sang Jerut mempercayai katakata Ah Peng bahawa guni yang dibawanya adalah hadiah kelambu untuk sang Jerut. Nilai keberanian. Contoh: Musa Asli tidak berasa gentar atau takut ketika dijerut oleh Sang Jerut, tetapi dengan tenang berdoa dan berfikir cara mengatasi Sang Jerut. PENGAJARAN Kita janganlah kejam terhadap orang lain atau pada binatang kerana sikap ini adalah dilarang oleh agama. Contoh: Tauke Wong sanggup menyeksa ular sawa dengan bercadang mendapatkan ular hidup-hidup supaya pelanggannya dapat menghirup darahnya hidup-hidup. Dia juga tidak mempedulikan keselamatan Ah Peng yang cacat dengan menyuruhnya menangkap ular sawa. Kita haruslah menjaga alam sekitar kita supaya habitat haiwan tidak terganggu. Contoh: Sang Jerut marah pada manusia kerana manusia telah membinasakan hutan tempat kediamannya. Kita haruslah jujur dan ikhlas dalam persahabatan kerana pengkhianatan dalam persahabatan akan menyebabkan hilangnya kepercayaan antara dua insan. Contoh: Sang Jerut telah hilang kepercayaan terhadap Ah Peng sahabatnya setelah mengetahui Ah Peng hendak menjualkannya kepada Tauke Wong. Akhirnya dia telah membunuh Ah Peng. Kita haruslah menjaga makhluk Allah kerana pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan dan alam sekitar adalah tanggungjawab kita. Contoh: Manusia telah merosakan hutan menyebabkan ular sawa marah dan bertindak terhadap manusia. Kita jangan mudah panik apabila berhadapan dengan masalah. Contoh: Apabila Musa Asli dijerut oleh Sang Jerut, dia tidak menjerit kerana dia tahu menjerit akan melemahkan kudratnya, tetapi dia berdoa dan menunggu sehingga kepala ular sawa berdepan dengan mukanya. SUDUT PANDANGAN

Pengarang menggunakan sudut pandangan orang ketiga terbatas. Terdapat penggunaan kata ganti diri orang ketiga iaitu engkau, dia dan mereka. Pembaca hanya mengetahui perasaan Sang Jerut watak utama melalui perbualannya dengan Sang Kodok dalam cerpen. Watak-watak seperti Ah Peng, Tauke Wong dan hanya diceritakan secara ringkas sahaja. Perasaan dalaman watak Musa Asli hanya digambarkan ketika dia bergelut dengan Sang Jerut.

You might also like