• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Cerpen : Antara cinta dan kesetiaan
TIADA paksaan, tiada desakan ketika aku menerima pinangan Nazrin beberapa tahunlalu, yang membawa kepada pernikahan kami. Majlis pernikahan kami berlangsungdalam suasana sederhana.Walaupun kami kini telah dikurniakan dua orang cahaya mata, namun sejak akhir-akhir ini aku semakin tidak mengerti dengan diriku sendiri. Bagai ada suatu perasaananeh yang sentiasa menerjah dalam benakku. Dalam pada waktu-waktu tertentu, entahmengapa tiba-tiba datang perasaan benci yang amat sangat terhadap suamiku itu.Benci sebenci-bencinya, sehinggakan ketika itu kalau boleh aku tidak ingin langsungmenatap wajahnya. Malah semahunya aku ingin menjauhkan diri daripadanya.Akibat dan perasaan itu, aku seringkali enggan bermesraan dengannya, bahkanseringkali pula aku mengabaikan tanggungjawabku sebagai seorang isteri!Lebih teruk lagi, aku kerap bertanya-tanya sendiri mengapa aku boleh jatuh cinta,menerima lamaran, bernikah dan hidup sebumbung dengan Nazrin. Mengapa puladulu aku menerima pinangannya? Sedangkan ketika itu tiada sesiapa pun yangmemaksa atau mendesak aku menerimanya sebagai teman hidupku.Tetapi bila aku mengenangkan apakah nasib yang akan menimpa pada kedua-duaanak kami yang masih kecil sekiranya rasa benci terhadap suamiku itu terus berlanjutan, aku terpaksa berbuat sesuatu. Maka, aku membuat keputusan untuk membincangkan perkara yang melanda diriku itu dengan Nazrin. Aku tak ingin terusmenerus merasakan ada jurang dalam kehidupan rumah tangga kami. yang berkemungkinan akan menjadi retak!Aku benar-benar tidak sanggup membayangkan kenyataan yang memedihkan itu!Jika aku meluahkan perasaan yang terbuku ini, adakah Suamiku akan dapatmenerimanya dengan tenang? Atau haruskah aku biarkan kebencian pada suamiku ituterus bersarang? Sudah tentu aku tidak sanggup terus hidup dalam lingkarankebencian terhadap orang yang menyara makan pakaiku serta ayah kepada kedua-duaorang anakku. Aku tidak boleh membiarkannya berlarutan.Dan... akhirnya aku benar-benar nekad. Aku mesti meluahkan perasaan ini biarpunnanti ia mungkin akan menyakitkan hati suamiku.Suatu malam, ketika kami hanya berdua-duaan di dalam bilik, aku memulakan bicara.Aku luahkan tentang perasaanku yang seringkali secara tiba-tiba berubahmembencinya dengan suara tersekat-sekat dan linangan air mata.Ketika itu aku dapat merasakan bagaimana pedihnya perasaan suamiku sebaik diamendengar pengakuanku itu. Namun aku tahu dia cukup dewasa menerima kenyataanitu. Dan dari saat itulah misteri yang membelenggu kehidupan kami terungkap."Sebenarnya memang abang dah sedar ada sesuatu yang tidak kena dengan hubungankita berdua," getus suamiku mengulas kembali pengakuanku yang pedih dan sekaligusamat menyakitkan hatinya itu. Namun dari nadanya, suamiku seperti menyedari akansuatu kesilapan yang pernah dilakukannya sebelum ini. Dalam ungkapannya ada rasakesal yang teramat sangat.Aku mengambil langkah membisu seribu bahasa, membiarkan suamiku untuk meluahkan apa yang terbuku di hatinya pula."Abang tak salahkan awak bila dengan secara tiba-tiba dan pada waktu-waktu yangtertentu awak membenci abang," dia terhenti lalu menarik nafas dalam-dalam. Ke-mudian menyambung, "Awak tentu masih ingat, masa kita belum kahwin... awak memang membenci abang, awak memang secara terang-terang menolak cinta abang.Tapi ketika itu abang tak dapat menerima kenyataan bahawa awak menolak cinta yangcuba abang hulurkan. Abang terlalu menyintai awak... hingga akhirnya abang buat
 
keputusan untuk mencari cara lain untuk memenangi hati awak.""Cara lain? Maksud abang?" aku merenungnya. Rasa ingin tahu mendesak-desak didalam dada. Sekali lagi aku mendengar suamiku menghela nafas yang panjang danmelepaskannya perlahan-lahan. Wajahnya redup tapi jelas tergambar kekesalan yangamat sangat."Waktu itu abang benar-benar rasa kecewa. Abang rasa tak boleh hidup tanpa awak.Lalu abang pergi menemui seorang bomoh untuk meminta bantuan. Abang mintak minyak guna-guna. Abang tahu apa yang abang lakukan itu salah. Tapi ketika itu yangada dalam fikiran abang hanya satu, ingin memiliki awak dan ingin menjadikan awak isteri," bagaikan halilintar menyambar seluruh tubuhku ketika mendengar  pengakuannya yang jujur itu.Dan dalam perasaan yang semakin berbaur itu, aku mulai mengimbas kembali saat-saat awal perkenalanku dengannya...WAKTU itu kami sama-sama menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi di ibukota. Aku dan Nazrin merupakan rakan sekuliah. Tidak dinafikan ketika itu ramai pelajar-pelajar lelaki lain yang tertarik denganku. Tapi semua itu tidak menghairankankerana ramai rakan-rakan mengatakan aku ini memang menarik dan memang menjadiigauan jejaka.Di antara ramai-ramai mahasiswa yang cuba merapatiku adalah Nazrin. Memang dikampus dia tergolong kategori mahasiswa yang rajin dan bersungguh-sungguh ketikamenghadiri kuliah. Dan dia jugalah antara mahasiswa yang paling bersungguh-sungguh merapatiku, hingga boleh dikatakan hampir setiap minggu dia mengirimsurat padaku untuk menyatakan isi hatinya.Aku rimas dan kurang senang dengan semua itu. Aku membencinya kerana sikapnyaitu. Dan tidak pernah sekalipun aku membalas surat-suratnya, malah kadangkala akutidak membaca langsung surat yang dikirimkannya. Memang sesekali terbetik jugarasa kasihan terhadapnya, namun perasaanku cepat-cepat menolak. Mana mungkinaku menerima seseorang itu hanya kerana perasaan kasihan.Memang Nazrin jenis lelaki yang tidak pernah putus asa dan pantang menyerah. Suatumasa dia dengan berani bersemuka dengan ku dan meluahkan perasaannya. Aku jadimarah dan meninggalkan dia termangu sendirian. Kemudian aku menyuruh seorangrakan mengatakan kepadanya bahawa aku sudah punya kekasih lain. Sedangkanhakikat sebenarnya tidak begitu, tak ada seorang jejakapun yang mengisi ruanghatiku.Rupa-rupanya Nazrin berasa benar-benar kecewa dan sakit hati dengan cara akumenolak cintanya. Dan, diam-diam dia mula mencari cara lain untuk melembutkanhatiku.Perkara itu bermula pada suatu malam. Tiba-tiba aku terjaga dari tidur kerana berlakusesuatu yang aneh. Aku termenung mengenangkan apa yang aku alami dalam tidurkusebentar tadi. Aku tak pasti sama ada itu mimpi atau sebaliknya. Yang aku ingat akutelah didatangi seorang lelaki tua berjanggut panjang. Lelaki tua itu datang dengantiba-tiba lalu meludah kearah mukaku. Kemudian dia mengangkat dan seperti hendak mencampakkan katil tempatku berbaring. Ketika itulah aku menjerit ketakutan dankemudiannya terjaga dari tidur. Peluh dingin membasahi sekujur tubuhku, manakalake palaku terasa pening.Mimpi yang serupa berulang-ulang aku alami. Lebih menghairankan, sejak mengalami mimpi itu aku semakin kasihan melihat Nazrin.Dan aku tiba-tibamelayaninya dengan baik setiap kali kami bertemu sama ada di kampus atau dirumah. Kemudian secara perlahan-lahan tapi jelas, aku mulai jatuh cinta kepadanya.
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...