• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Cerpen : Kesatlah Airmatamu Wahai Wanita
Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya,menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia - si gadis dengan sifat sopandan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang,kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami."Bait-bait kata itu aku tatapi dalam-dalam. Penuh penghayatan. Kata-kata yangdinukilkan dalam sebuah majalah yang ku baca. Alangkah indahnya jika aku bisamenjadi perhiasan dunia seperti yang dikatakan itu. Ku bulatkan tekad di hatiku. Akuingin menjadi seorang gadis yang sopan, anak yang taat kepada ibu bapaku dan aku jua ingin menjadi seorang isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan danketaatan hanya untuk suami, kerana Allah.Menjadi seorang isteri....kepada insan yang disayangi.....idaman setiap wanita.Alhamdulillah, kesyukuran aku panjatkan ke hadrat Ilahi atas nikmat yangdikurniakan kepadaku.Baru petang tadi, aku sah menjadi seorang isteri setelah mengikat tali pertunangan 6 bulan yang lalu. Suamiku, Muhammad Harris, alhamdulillah menepati ciri-ciriseorang muslim yang baik. Aku berazam untuk menjadi isteri yang sebaik mungkinkepadanya."Assalamualaikum," satu suara menyapa pendengaranku membuatkan aku gugupseketika."Waalaikumusalam," jawabku sepatah. Serentak dengan itu, ku lontarkan satusenyuman paling ikhlas dan paling manis untuk suamiku. Dengan perlahan diamelangkah menghampiriku."Ain buat apa dalam bilik ni ? Puas abang cari Ain dekat luar tadi. Rupanya kat sini buah hati abang ni bersembunyi. `'Aku tersenyum mendengar bicaranya. Terasa panas pipiku ini. Inilah kali pertama akumendengar ucapan `abang' dari bibirnya.Dan itulah juga pertama kali dia membahasakan diriku ini sebagai `buah hati' nya.Aku sungguh senang mendengar ucapan itu. Perlahan-lahan ku dongakkan wajahkudan aku memberanikan diri menatap pandangan matanya.Betapa murninya sinaran cinta yang terpancar dari matanya, betapa indahnyasenyumannya, dan betapa bermaknanya renungannya itu. Aku tenggelam dalamrenungannya, seolah-olah hanya kami berdua di dunia ini.Seketika aku tersedar kembali ke alam nyata. "Ain baru je masuk. Nak mandi.Lagipun dah masuk Maghrib kan ? `' ujarku.`' Ha'ah dah maghrib. Ain mandi dulu. Nanti abang mandi dan kita solat Maghribsama-sama ye ? `'Dia tersenyum lagi. Senyum yang menggugah hati kewanitaanku.Alangkah beruntungnya aku memilikimu, suamiku.
 
Selesai solat Maghrib dan berdoa, dia berpusing mengadapku. Dengan penuh kasih,ku salami dan ku cium tangannya, lama.Aku ingin dia tahu betapa dalam kasih ini hanya untuknya. Dan aku dapat merasaitangannya yang gagah itu mengusap kepalaku dengan lembut. Dengan perlahan akumenatap wajahnya."Abang....." aku terdiam seketika. Terasa segan menyebut kalimah itu di hadapannya.Tangan kami masih lagi saling berpautan. Seakan tidak mahu dilepaskan. Erat terasagenggamannya."Ya sayang..." Ahhh....bicaranya biarpun satu kalimah, amat menyentuh perasaanku."Abang... terima kasih atas kesudian abang memilih Ain sebagai isteri biarpun banyak kelemahan Ain. Ain insan yang lemah, masih perlu banyak tunjuk ajar dari abang. Ainharap abang sudi pandu Ain. Sama-sama kita melangkah hidup baru, menujukeredhaan Allah." Tutur bicaraku ku susun satu persatu."Ain, sepatutnya abang yang harus berterima kasih kerana Ain sudi terima abangdalam hidup Ain. Abang sayangkan Ain. Abang juga makhluk yang lemah, banyak kekurangan. Abang harap Ain boleh terima abang seadanya. Kita sama-sama laluihidup baru demi redhaNya."`'Insya Allah abang....Ain sayangkan abang. `'`'Abang juga sayangkan Ain. Sayang sepenuh hati abang.''Dengan telekung yang masih tersarung, aku tenggelam dalam pelukan suamiku.Hari-hari yang mendatang aku lalui dengan penuh kesyukuran. Suamiku, ternyataseorang yang cukup penyayang dan penyabar. Sebagai wanita aku tidak dapat laridaripada rajuk dan tangis.Setiap kali aku merajuk apabila dia pulang lewat, dia dengan penuh mesramemujukku, membelaiku. Membuatku rasa bersalah. Tak wajar ku sambutkepulangannya dengan wajah yang mencuka dan dengan tangisan.Bukankah aku ingin menjadi perhiasan yang menyejukkan hati suami? SedangkanKhadijah dulu juga selalu ditinggalkan Rasulullah untuk berkhalwat di Gua Hira'.Lalu, ku cium tangannya, ku pohon ampun dan maaf. Ku hadiahkan senyumanuntuknya. Katanya senyumku bila aku lepas menangis, cantik!Ahhh....dia pandai mengambil hatiku. Aku semakin sayang padanya. Nampaknyahatiku masih belum sepenuhnya terikat dengan Allah. Lantaran itulah aku masih belum mampu menyerahkan seluruh kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanyauntuk suami.`' Isteri yang paling baik ialah apabila kamu memandangnya, kamu merasa senang,
 
apabila kamu menyuruh, dia taat dan apabila kamu berpergian, dia menjagamaruahnya dan hartamu .`'Aku teringat akan potongan hadis itu. Aku ingin merebut gelaran isteri solehah. Akuingin segala yang menyenangkan buat suamiku. Tuturku ku lapis dengan sebaik mungkin agar tidak tercalar hatinya dengan perkataanku. Ku hiaskan wajahku hanyauntuk tatapannya semata-mata.Makan minumnya ku jaga dengan sempurna. Biarpun aku jua sibuk lantaran aku juga berkerjaya. Pernah sekali, aku mengalirkan air mata lantaran aku terlalu penatmenguruskan rumah tangga apabila kembali dari kerja. Segalanya perlu aku uruskan.Aku terasa seperti dia tidak memahami kepenatanku sedangkan kami sama-samamemerah keringat mencari rezeki. Namun, aku teringat akan kisah Siti Fatimah, puteri Rasulullah yang menangis keranaterlalu penat menguruskan rumah tangga.Aku teringat akan besarnya pahala seorang isteri yang menyiapkan segala keperluansuaminya. Hatiku menjadi sejuk sendiri.Ya Allah, aku lakukan segala ini ikhlas keranaMu. Aku ingin mengejar redha suamikudemi untuk mengejar redhaMu. Berilah aku kekuatan, Ya Allah." Ain baik, cantik. Abang sayang Ain.`' Ungkapan itu tidak lekang dari bibirnya.Membuatkan aku terasa benar-benar dihargai. Tidak sia-sia pengorbananku selamaini. Betapa bahagianya menjadi isteri yang solehah.Kehidupan yang ku lalui benar-benar bermakna, apatah lagi dengan kehadiran 2 orang putera dan seorang puteri. Kehadiran mereka melengkapkan kebahagiaanku.Kami gembira dan bersyukur kepada Allah atas nikmat yang dikurniakan kepadakami. Namun, pada suatu hari, aku telah dikejutkan dengan permintaannya yang tidak terduga."Ain.....abang ada sesuatu nak cakap dengan Ain.""Apa dia abang?" tanyaku kembali. Aku menatap wajahnya dengan penuh kasih. `'Ain isteri yang baik. Abang cukup bahagia dengan Ain. Abang bertuah punya Ainsebagai isteri," bicaranya terhenti setakat itu. Aku tersenyum. Namun benakkudihinggap persoalan. Takkan hanya itu?"Abang ada masalah ke?" Aku cuba meneka."Tidak Ain. Sebenarnya......," bicaranya terhenti lagi. Menambah kehairanan danmencambahkan kerisauan di hatiku. Entah apa yang ingin diucapkannya."Ain......abang.....abang nak minta izin Ain......untuk berkahwin lagi," ujarnya perlahan namun sudah cukup untuk membuat aku tersentak. Seketika aku kehilangan
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...