Cerpen : 20 April 2004
20 April 2004, 8.30 malam.Tarikh ini aku bergelar isteri. Kalau suatu ketika dulu impianaku untuk mendirikan rumahtangga sebelum usia menjangkau 25 tahun, kini impiankutercapai tatkala usiaku baru 24 tahun 7 bulan. Walaupun bagi orang lain hari perkahwinanmerupakan hari paling bertuah dalam hidup tetapi aku punya penafsiran tersendiri.Mungkin kerana apa yang aku alami membuatkan aku takut untuk melalui hari depankuyang kini bergelar seorang isteri. Hakikat tanggungjawab isteri sememangnya telah lamaaku ketahui tetapi keenggannan abang menerima kehadiranku membuatkan aku teringatsatu lagi impianku dulu. Aku ingin memilih orang yang menyayangiku bukan orang yangaku sayang. Cuma impianku itu tinggal kenangan. Itulah ketentuan dari-Nya. Tak semuaimpian akan jadi kenyataan kerana sesungguhnya Dia-lah perancang terbaik dan Dia-lahyang mengetahui sesuatu yang terbaik untuk hambaNya. Tetapi terlintas juga di fikiran bagaimana aku akan menghadapi semuanya.Berapa lama agaknya tempoh yang akan abang ambil untuk menerima kehadiranaku. Itulah satu-satunya persoalan yang muncul sebaik sahaja abang ucapkan kata-kataini,"Meskipun kita dah disatukan tapi Ina kena tahu satu perkara, saya belum bolehterima kehadiran Ina. Semua nie berlaku terlalu pantas dan saya cuma tak mahumenghampakan harapan kedua ibubapa saya. Mungkin Ina terlalu istimewa di hatimereka tapi tidak pada saya. Ina ada hak untuk marah dengan tindakan saya tapi ia takkanmerubah atau melembutkan hati saya. Kalau Ina rasa Ina nak beritahu pada mak dan ayahIna, saya takkan menghalang. Tapi saya rasa Ina sendiri tahu apa akibatnya nanti, so lebihelok kalau Ina terima semuanya memandangkan Ina yang dah terima lamaran ibu danayah saya. Ina boleh buat apa sahaja yang Ina suka selagi tak melanggar hukum syaraq.Saya takkan ambil peduli dan jangan minta apa-apa bantuan dari saya. Anggapsaja saya tak pernah wujud dalam hidup Ina. Mulai malam nie kita tidur berasingan. Katilnie hak Ina, biar saya tidur bawah." sayu rasa hati bila ingatkan kata-kata abang.Walaupun dah hampir 6 bulan usia perkahwinan kami, abang masih macam dulu. Kadangkala aku rasa seolah aku tidak pernah bergelar isteri. Sebaik masuk ke rumah ini dulu,abang terus menunjukkan bilikku yang terletak berhampiran biliknya. Aku terpaksa
Leave a Comment