Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
5Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Cerpen : Cinta Sejati

Cerpen : Cinta Sejati

Ratings: (0)|Views: 6,476|Likes:
Published by onemahmud

More info:

Published by: onemahmud on Jun 16, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

11/15/2012

pdf

text

original

 
Cerpen : CINTA SEJATI
Di keheningan pagi raya, kelihatan seorang lelaki sedang membongkok membersihkansebuah kubur yang kelihatan agak lama. Walaupun kelihatan agak usang, kubur tersebut bersih dan terjaga rapi. Tanpa menghiraukan sesiapa, lelaki itu terus sibuk sambiltangannya yang kasar pantas mencabut rumput-rumput liar yang tumbuh di sekitar kubur tersebut.Setitik demi setitik air mata suam kelihatan menitis mengalir turun menuruni pipinya.Setelah selesai kubur tersebut dibersihkan, lelaki tersebut duduk bersila sambil membacaYasin dan doa dipanjatkan. Selesai membaca Yasin, dicapainya bekas air berisi rendaman bunga mawar lalu dicurahkan ke atas batu nisan sambil tangannya menyapu-nyapu bersih batu nisan tersebut. “Zura, Selamat Hari Raya sayang. Abang datang lagi hari ni, macam biasa. Abang masih lagi sayangkan Zura dan abang akan sayangkan Zura hingga ke akhir hayat abang” lelaki tersebut tiba-tiba bersuara, sayu. Lelaki tersebut menarik nafas panjang. Matanya yang berair itu memandang ke arah batu nisan di kuburan itu dengan pandangan yang kosong.Fikiran beliau mengimbau ke suatu masa sepuluh tahun yang lepas.Sepuluh tahun lalu....Tangan Zack menggenggam erat tangan Azura bagaikan tidak akan dilepaskannya.Keadaan Terminal Bas Putra yang penuh sesak dengan orang dan dalam keadaan tolak-menolak itu bagaikan tidak dapat menguraikan pasangan kekasih itu. Mata Zack merenung tajam ke mata Azura. “Abang, kenapa pandang Zura macam tu?” Zack hanyatersenyum. “Abang rasa berat hati untuk lepaskan Zura. Terasa macam abang tak akandapat jumpa Zura lagi” jawab Zack.“Jangan cakap macam tu, Zura balik kampung sekejap aje. Hari raya ke-5, Zura balik semula ke KL. Abang jangan risau la.”
 
Zack hanya tersenyum sahaja mendengar jawapan kekasihnya. Tangannya makin eratmenggenggam tangan Azura.“Tapi, abang janji, jangan lupakan Zura tau.” Azura berkata pada Zack sambil tersenyum.“Abang janji sayang.” jawab Zack sambil tangannya makin erat menggenggam tanganAzura.Tiba-tiba kedengaran suara dari pembesar suara mengumumkan ketibaan bas memasukiterminal. Zack segera memimpin tangan Azura menuju ke bas yang berhenti di hadapansekali sambil tangannya yang sebelah lagi menjinjing beg pakaian Azura. Tertera padatingkap bas tersebut ‘No. 5 KL-KB’. Zack membaca pada tiket di tangannya. Memangsah inilah bas yang perlu Azura naiki. Kaki Zack melangkah naik ke tangga bas sambilmemandu Azura menuju ke tempat duduk. Kelihatan seorang perempuan tua sedangduduk bersebelahan dengan tempat duduk Azura. Zack tersenyum lega. “Nasib baik makcik ni yang duduk sebelah awek aku, kalau lelaki, kenalah aku ikut Zura balik sekali,” bisik hati Zack. Zack segera memberi salam pada perempuan tua tersebut.“Makcik, ni awek saya, Zura. Dia duduk sebelah makcik. Mintak makcik tolong tengok-tengokkan dia ye” sapa Zack. Azura dengan segera menghulurkan tangan pada makcik itusambil memperkenalkan diri.“Eloklah tu nak. Sekurang-kurangnya ada juga teman makcik berbual. Sila duduk nak,” jawab makcik tersebut sambil tersenyum.Setelah meletakkan beg Azura, Zack segera turun dari bas sambil diekori oleh Azura dari belakang. “Zura, bas dah nak bergerak. Abangpun tak boleh lama di sini. Bila Zurasampai kampung nanti, kirim salam abang pada mak dan ayah Zura. Jangan lupa padaadik Zura juga tau,” pesan Zack.“Baiklah abang. Abangpun sama tau, kirim salam sayang Zura pada mak dan ayahabang,” jawab Azura kembali. Enjin bas tiba-tiba dihidupkan. Azura memandang ke arah
 
Zack. Dengan cepat Azura memegang dan terus mencium tangan Zack. “Abang, Zura pergi dulu ye. Ingat pesan Zura tadi. Jangan lupakan Zura ye. Zura sayangkan abang.”Kata Azura sambil tersenyum. Zack hanya memandang ke arah Azura. Tangan Azuradigengam erat. Perlahan-lahan Zack melepaskan sebuah ciuman pada dahi Azura. MukaAzura tiba-tiba menjadi merah. Azura tersipu-sipu malu. “ Zura, walau apapun terjadi,abang tetap sayangkan Zura hingga ke akhir hayat abang. Zura ingat kata-kata abang tuye.” Azura hanya menganggukkan kepala sambil linangan air mata bergenang dimatanya. “Zura akan ingat abang sampai bila-bila. Zura pergi dulu bang. Janji janganlupakan Zura ye” jawab Azura sambil menarik tangannya dari tangan Zack yang bagaikan tidak mahu melepaskan tangan Azura dan terus melangkah masuk ke dalam perut bas.Pintu bas ditutup sambil bas tersebut bergerak perlahan-lahan keluar dari terminal sambildiperhatikan oleh Zack hingga hilang dari pandangan mata. Zack berdiri tegak bagaikanmengelamun. “Kenapa hatiku bagaikan ada sesuatu yang tak kena?” bisik hatinya sambilkakinya melangkah pergi ke ruang letak motorsikal. Setelah mengenakan topi keledar,Zack terus menunggang motorsikalnya keluar dari Terminal Bas Putra menuju ke rumah.Keadaan ibukota malam itu bagaikan pesta dengan lampu berkilauan di kiri kanan jalan.Tapi hati Zack direnggut risau mengenang apa yang tak pasti.Di rumah Zack, lampu pelita bergemerlapan menanti ketibaan Aidilfitri. Zack pula berehat di luar rumah setelah penat membantu ibubapanya menyiapkan persiapan hariraya. Kelihatan kanak-kanak bising sambil bermain bunga api. Zack hanya memandangdengan pandangan kosong. Keriuhan kanak-kanak langsung tidak menarik perhatiannya.Hatinya yang tadi penuh kerisauan mula berdebar-debar bagai ada sesuatu yang akan berlaku. Zack bangun dan terus masuk ke rumah menuju ke biliknya. Tanpa berlengah,dia ke bilik air mengambil wuduk. Sejadah di bentangkan dan Zack terus menunaikansolat sunat sebelum masuk tidur. Namun Zack tidak boleh tidur.Fikirannya melayang memikirkan Azura sahaja. Walaupun matanya tak mahu pejam,dipaksakan juga hingga terlelap. Pagi esoknya, Zack terbangun setelah azan Subuh

Activity (5)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Krisna Satria liked this
Hamim Saulius liked this
are_ein liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->