Cerpen : Cinta Yang Pudar
Selepas perkahwinan Kak Long, majlis perkahwinan akulah yang dianggap palingmeriah. Sekurang-kurangnya meriah bagi seluruh keluarga. Semua anggotanya hadir.Akulah yang paling gembira. Gembira, walaupun saat-saat bahagia itu ku nanti dengan penuh debar. Dan yang paling utama inilah kali pertama aku dapat merasakan semuaorang memberi perhatian kepada ku.Kerana aku lelaki, kenduri di pihak ku kecil sahaja. Tetapi di pihak bakal isteri ku, akutahu, pasti lebih besar lagi. Masakan tidak. Anak bongsu mereka merupakan anak kesayangan keluarga. Dan untuk melepaskan anak perempuan termuda mereka tentulahmemerlukan perbelanjaan yang agak besar.Tetapi bukanlah soal belanja itu yang penting. Aku tidak pernah mempersoalkannyawalaupun ibu menentang keras pada mulanya. Bagi ku soal kebahagiaan ku yang lebihutama. Lagi pun aku bukannya tidak mampu. Gaji empat angka ku tentunya tidak menimbulkan sebarang masalah.Yang menimbulkan masalah ialah bagaimana hendak memelihara kebahagiaan yangterbina itu. Berapa lama ? Atau setakat mana ?Ketika Kak Teh, kakak ku yang keempat dalam keluarga dan adik perempuan ku, sibuk membuat bunga telur dengan rakan-rakannya, aku cuba menolong. Aku bukanlah pakar di bidang itu. Cuma kerana sudah tiada kerja lain yang dapat ku lakukan, ku cuba juga.Emak menyuruh aku berihat saja malam itu. Malam esok, saat yang menggembira danmendebarkan itu akan bermula."Abang tak payah tolonglah," tingkah adik perempuan ku sambil merampas bunga telur yang hampir siap di tangan ku. "Tengok ni. Macam bunga dimakan ulat saja," tambahnya.
Leave a Comment