/  13
 
Cerpen : Hadiah Di Hari Jadi Fiqa
 RINGGG.... sekali lagi telefon itu berbunyi. Pasti dia. Alangkah malas...alangkah bosannya untuk aku menjawab panggilan itu. Apa lagi yang dia hendak? Tidak tahukahdia di antara kami sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi. Segala-galanya kembalikepada normal...zero! Lupakan dia akan perbuatannya dulu? Aduhai lelaki... aku tidak selemah dulu"Fiqa...kenapa tak angkat telefon tu?" Suara emak menerjah ke cuping telingaku. Kalauemak tahu siapa yang mengganggu aku itu, pasti haru jadinya. "Hei budak ni... entah apasaja yang diangankan...""Eh... tak apa mak, biar Fiqa yang angkat." Kelam kabut aku dibuatnya. Aku tidak mahuemak tahu manusia itu wujud semula di dalam hidup aku. Tentu emak akan berceramah panjang. Hmm.... tak sanggup aku mendengarnya."Hello... siapa tu? Nak cakap dengan siapa?" Sengaja aku kasarkan suara aku yang merduini. "Hoi Fiqa... akulah. Dah kenapa dengan kau ni?" Alamak tersilap dugaanku. Buatmalu saja."Apa mimpi kau ni. Tengah hari buta macam ni telefon aku... dah tak ada kerja lain ke?"Sebenarnya aku malas bercakap dengan sesiapa hari ini. Aku nak bersendirian.Tenangkan fikiran yang sedang berserabut ini."Kita keluar Fiqa, aku boringlah.""Oh... kalau boring baru nak ajak aku keluar. Kalau happy... batang hidung pun tak nampak."
 
"Kalau kau tak sudi... tak apalah. Maklumlah aku ni siapa. Hidung tak mancung pipitersorong-sorong."Kah..kah..kah... tergelak besar aku mendengarnya. Dah buang tabiat ke budak ni? Tak  pernah-pernah dia merendahkan dirinya yang tongjang itu. Inilah first time. Mahu tak kelakar."Anything happened pada kau Hafiz? Tentu ada sesuatu sampai kau berubah macam tusekali. Frust lagi ke...?""Frust-frust... malam sikit la kak long ye. Dalam sejarah hidup aku, mana pernah akuditinggalkan awek. Kalau meninggalkan tu selalulah."Cis... ego! Lelaki memang begitu. Tidak pernah ditinggalkan konon. Tunggulah suatuhari nanti."Malaslah aku nak layan kau Hafiz. Banyak lagi kerja lain yang aku nak buat.""Kau nak keluar ke tak?"Aikk.... kenapa sayu je aku dengar. Sah! Memang dia frust, tak mengaku konon. Sekilasikan di air, aku tahu jantan betinanya. Cewah!"Sorry ye Hafiz. Hari ni aku betul-betul tak nak keluar...""Kenapa?""Eh... tanya pulak. Ikut suka akulah nak keluar ke tidak.""Alamak... terlupa pulak status aku. Aku ingatkan aku ni boyfriend kau. Okeylah... bye!"
 
Merajuk ke Hafiz ni? Alah, malaslah nak layan. Esok lusa redalah tu. Merajuk Hafiztidak pernah berpanjangan. Kerana keistimewaannya itulah maka hubungan kami dalamdiam tak diam sudah menjangkau empat tahun.Hari minggu! Boring di rumah aku pergi shopping kompleks. Itupun sekadar windowshopping. Hilang juga tension yang menghantu minda. Tiba-tiba mataku menangkapsekujur tubuh yang amat aku kenali. Buat apa dia di sini? Perlahan-lahan aku hampiri dia."Warghhh..""Opocot..." Aku tergelak. Terkekeh aku ketawa menahan geli hati. Mengalahkan orang perempuan."Kau ni Fiqa... kalau aku lemah jantung, kat sini jugak aku mati, kau tahu?" Wajahnyamerah. Wah! semakin handsome jejaki seorang ini."Sebab aku tahu kau sihat walafiatlah,maka aku berani sergah kau." Aku terdiam bila matanya terus merenung mata aku. Aikk...marah ke dia ni? Lain macam je aku tengok. "Kau buat apa kat sini? Ponteng kerja ya?" Aku terus mengekori langkahnya. "Aku off lah. Saja nak relax. Eh... minggu depan birthday kawan aku. Bolehlah kau tolong pilihkanhadiah untuk dia.""Special ke..?" Aku cuba mengorek rahsia sambil tersenyum. "Something like that. Tapiaku tak tahulah sana ada aku ni special atau tidak pada dia." Aku tergelak."Kiranya bertepuk sebelah tangan lah ni..." Aku dengar dia hanya mengeluh. Kesian!Tapi... padan muka. Hari itu ego bukan main. Selepas membeli hadiah, kami pergiminum. Dialah yang teringin benar nak belanja aku. Aku apalagi... rezeki jangan ditolak.Lagipun aku tak tahu nak ke mana. Nak balik rumah pun boring. Maklumlah aku anak tunggal.

Share & Embed

More from this user

Add a Comment

Characters: ...

This document has made it onto the Rising list!