Cerpen : Kebaya Pendek Warna Biru
HARI RAYA menjelang lagi. Aku masih seperti dulu, berkebaya pendek, pastinya bewarna biru. Sudah empat tahun aku berhari raya dengan berkebaya pendek. Ramaiyang merasa pelik dengan sikapku. Kaum keluarga tidak putus-putus menanyakantentang bajuku yang seolah-olah tidak bertukar saban tahun. Biarlah ibu bertanya, biar Kak Long dan Kak Ngah mencebik baju baruku. Yang penting aku puas. Hanya aku yangmengerti apa yang aku lakukan. Setiap tahun aku bertukar baju. Cuma warna danfesyennya sahaja yang tidak berubah. Kerana apa? Kerana aku tidak pernah berubah.Sama seperti kasih sayang yang pernah aku tanamkan. Tak mungkin hati aku akan berubah.Lamunanku terhenti apabila mendengar bunyi deruan enjin kereta. Aku mengintaidaripada jendela rumahku. Sebuah kereta Mercedes berwarna hitam megah berteduh di bawah pepohon ceri. Dua buah kereta mewah mengekori Mercedes hitam. Aku tahu siapayang bertandang ke rumahku. Sudah lama mereka tidak ke mari. Biasanya hari raya beginilah baru berpeluang untuk bertandang ke rumah saudara mara."Mak! Mak Long, Kak Midah, Abang Halim dengan Kak Rina datang." Aku menjeritkecil memanggil ibu yang sibuk di dapur. Sementara itu aku menyambut Mak Long dananak beranaknya di muka pintu."Pak Long, Mak Long, Kak Midah, Kak Rina, Abang Halim AbangMan masuklah. Dah lama tak datang. Eh.. eh Suffian, Jeffri dengan Nina pun ada. Masuklah". Aku tersenyum. Kuhulur salam kepadasemua yang bertandang."Hai Su, apa khabar". Sapa Mak Long sambil menjeling ke arahku."Baik," aku hanya tersenyum tawar. Aku bagaikan sudah terfikir apa yang bakaltersembur keluar dari bibir Mak Long Eton. Aku hanya tertunduk, malas untuk
Add a Comment
Sahari_Cso_5658left a comment