Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
4Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Cerpen : Memori Katak Pisang

Cerpen : Memori Katak Pisang

Ratings:

4.5

(2)
|Views: 636 |Likes:
Published by onemahmud

More info:

Published by: onemahmud on Jun 16, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2011

pdf

text

original

 
Cerpen : Memori Katak Pisang
Teratai-teratai berwarna merah jambu terapung di permukaan menyerikan ketenangankolam di petang yang hening ini.“Raya nie dia orang nak datang..” terngiang-ngiang suara emak di telinga. Aduh.. sejak  pulang ke kampung ini petang kelmarin hatinya semakin sesak. Ikutkan hati mahu sajadia balik ke Kuala Lumpur semula. Bukannya apa, dia baru nak membuka mulut bertanya berita si Suhana alih-alih kisah Suhaimi pula yang disebut. Aduhai.. tolonglah aku!“Dah termenung kat sini kenapa?” Suara mak jelas kedengaran di belakang. Aku cepat-cepat bangun sambil tersengih malu.“Bukan termenung mak.. ni tengah pikir ni nak balik pagi raya ke nak balik sebelumraya..”“Hah.. jangan nak buat benda bukan-bukan.. “ ugut emak membuatkan aku tersenyum.Seram jugak mak dengar apa yang aku cakap. Aku mengeluh bosan dan melangkah kehalaman. Kelihatan adik-adik aku sedang sibuk memasang pelita panjut yang bakalmenyerikan malam Tujuh Likur nanti.“Mak ni bukan apa Jun, tu pak lebai tu teringin sangat nak berbesan dengan mak nie.. ““Ala mak nie.. kalau iye pun nak berbesan kenapa mesti jodohkan Jun dengan Suhaimitu?” Aku menarik muncung. Bosan betul bila menyebut nama lelaki itu. Ah.. lelakimacam tikus tu. Eii.. tak sanggup aku nak tengok keadaan dia yang tak serupa orang tu.Dahlah kurus melengking.. lembik nak mampus pulak tu..“Tak naklah kalau dengan dia mak!” Terpacul saja perkataan itu dari mulutku. Emak yangsedang melayur daun pisang menjeling.“Nak atau tidak, cubalah kau jumpa dia dulu.. tak lama lagi… 5 hari lagi jer..” Akumengeluh lagi. Patutlah mak tanya tanya soalan yang tak logik hari tu.“Kerja kau macammana sekarang nie Jun?”“Okey.. dah confirm pun.. mak toksah risau la.. tahun depan dah boleh pakai kereta..” jawabku sambil ketawa.“Umur kau pun dah nak masuk 24 tahun depan kan?” soal mak lagi sambil sibuk mengacau daging masak lemaknya.“Kawan kau si Mastura tu dah dua anak dia.. Hah.. Aton yang selalu mengaji dengan kau
 
dulu pun dah nak beranak tak lama lagi.. “ Alamak.. dah menyimpang tajuk nie..“Mak ari tu kan Jun ada baca dalam surat khabar cara-cara nak awet muda.. mak bolehlahamalkan petua tu.. nanti Jun pegi ambil,”“Eh.. orang cakap pasal dia dia sibuk cakap nak awet mudakan kita pulak.. tunggu dulu!”Alamak..Aku duduk semula di kerusi.“Mak nie dah nak masuk 50 dah Jun.. tengok jiran-jiran kita tu.. teringin jugaklah mak nie nak menimang cucu…”“Err.. mak nak suruh si Aishah kawin ke?”“Mengarut ye cakap ngan mak? Aishah tu baru darjah 5! Kau tu la mak nak suruhkawin..” Aku tertawa melihat mak memasamkan muka. Aduii.. mati aku kali ni..“Mak nie.. macammana la Jun nak kawin.. dulu masa sekolah ada orang minat kat Junmak tak kasi layan. Masa saham Jun tengah naik masa sekolah menengah pun mak warning jangan nak menggatal bercinta. Dulu ada mat saleh nak kat Jun masa kat UK dulu mak larang jugak.. Dah tu macammana Jun nak kawin, boyfriend pun tak de…” Akumencapai pisau dan memotong sayur kacang.“Itu dulu.. sekarang nie takkan tak ada apa-apa kot..” mak senyum. Aku menggelengkepala.“Sapa nak kat Jun nie mak.. bukan selawa mana pun.. tambahan pulak Jun nie pakaitudung. Orang lelaki sekarang nie mana nak pandang sangat orang pakai tudung nie..”sengaja aku memberi alasan.“Itu kau tak payah bimbang.. bulan lepas, ada orang merisik kau,” Adoii!! Akumencampak pisau ke tepi. Jari telunjuk yang terhiris tadi kutekup dengan hujung bajukurung kedah.“Buat kerja tu lain kali hati-hati sikit.. “ mak menggeleng kepala sambil mengambilserbuk kopi dan menghulur kepadaku.“Siapa pulak yang nak menempah malang tu mak risik Jun nie..” soalku.“Ala.. Lebai Sahak..” Lebai Sahak?“Untuk siapa? Untuk Badrul ke?” soalku lagi. Terbayang wajah pensyarah muda itu diruang mata.“Bukan.. untuk Suhaimi…” Apa??
 
Solat terawih sudah pun selesai. Aku mengekor di belakang emak yang asyik berbual- bual dengan Mak Tih Kiah depan rumah kami.“Ini ke si Jun?” satu tepukan lembut di belakangku membuatkan aku terperanjat beruk.Wanita bertelekung putih itu tersenyum sambil mengusap belakangku mesra.“Iye la kak Aji.. sapa lagi kalau bukan anak dara ceruk dapur saya nie..” sahut emak sambil mengerdip-ngerdip mata. Alah.. apa lak mak nie main bahasa-bahasa mata ni?Seketika cubitan halus hinggap di punggungku. Adoii..aku menjeling mak geram.“Salam..” bisik emak. Ohh.. segera aku menghulurkan tangan.“Dah lama sangat tak jumpa.. iyelah.. orang belajar tinggi.. jauh pulak tu..”“Hmm.. nak buat macammana kak aji.. dia orang nie bukannya macam kita nak mengenalsaudara.. hari raya pun buat tak tahu saja..”“Suhaimi tak balik lagi?” soal mak. Yearlkk.. ak u terasa tekak sudah mula bergelodak  bila mendengar nama itu.“Entahlah.. dulu dia talipon nak balik hari melemang.. tak tau la Long Zah.. orang kerjedrebar nie payah sikit nak dapat cuti.. “ Apa? Driver? Aduii.. mak ni biar betul nak  jodohkan aku dengan driver.“Buat apa la dia pergi kerja dengan orang putih tu iye Kak Aji..nak cuti raya pun susah..dah lama jugak dia tak balik beraya rasanya..” amboi mak nie..“Hmm.. entahlah Long.. tak tahu jugak la nak cakap.. “ keluh Mak Aji Som.“Jun kerja di mana sekarang ni?” soalnya.“Di Putrajaya mak Aji..”“Ohh.. kerja kat tempat PM.. baguslah tu.. kerja la elok-elok.. err.. mak aji balik dululahye.. datang ke rumah Jun bual-bual dengan Suhana.. dia dalam pantang tu.. “ pesannyasebelum beredar. Aku Cuma mengangguk. Dalam hati sabar ajelah.. Si Suhaimi tu bukanaku tak kenal. 24 jam bersongkok.. anak pak lebailah katakan. Pulak tu lembiknyamacam katak pisang. Eii.. Masih kuingat lagi zaman kami kecil-kecil dahulu. Aku sebayadengan Suhana adiknya. Selalu sangat si Lembik tu kena buli dengan budak-budak.. dantukang backingnya siapa lagi kalau bukan aku. Kalau kita bercakap dengan dia macam bercakap dengan dinding. Mulut tu macam ada berlian. Hari-hari berkepit denganmuqaddam.. pasal apa nak tau? Pasal bebal sangat. Dahlah lembik nak mampus.. kalaumengaji tak pernah lancar. Padahal 24 jam mengepit Muqaddam. Hemm.. tu baru story

Activity (4)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Feby Polymorpa liked this
Wynda Fred liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->