dikata diri ini yang terlebih sudu dari kuah. Saerah seperti tidak berpuas hati denganreaksiku."Abang tak pernah jatuh cinta, sebab tu tak dapat berikeputusan," ungkitnya apabila aku menyarankan agar diamelupakan Mail untuk seketika dan tumpukan pada pelajaran.Malah, Saerah juga turut menuduh aku cemburu dengan perhubungan mereka. Sumpah! Sikitpun aku aku tak cemburudengan hubungan mereka yang terjalin kira-kira dua tahun.Sejak itu, Saerah bagaikan mengelak apabila bertemudenganku. Jika aku menegurnya, sikitpun aku tak dilayannya. Malah kalau aku mahu bertemu, doa menolak dengan alasan sibuk. Tetapi apa yang aku lihat dia semakin intimdengan Mail. Pernah sekali aku terserempak dengan mereka di Pekan. Lagaknya bagaikan suami isteri dan berpelukan tanpa menghiraukan orang di sekeliling. Aku cuba juga menegur perbuatannya itu tapi dibalas dengan cemuhan."Saerah taulah apa yang Saerah buat. Yang abang sibuk tu apasal? Jagalah tepi kainsendiri sebelum jaga tepi kain orang," tengkingnya bagaikan aku ni pengemis. Ketika itumahu saja aku menampar mulut lancang Saerah, tetapi memikirkan apa hakku, aku batalkan saja niat itu."Abang bukannya apa, cuma nak ingatkan Saerah yang SPM dah makin dekat. Janganterlalu rapat sangat dengan Mail, nanti kau lalai," nasihatku padanya. Sayang kalauSaerah cuai dalam pelajarannya memandangkan dia seorang yang rajin dan pandai."Ah! Sudahlah. Abang cemburukan tengok hubungan rapat kami. Saerah dah agak yangabang memang ada hati pada Saerah. Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.Cerminlah muka tu sikit."Sakitnya hati aku mendengar cemuhan yang keluar dari mulut comel Saerah. Ternyata dia begitu membenci aku, tidak seperti dulu. Sejak hari itulah aku malas nak ambil tahu lagihal Saerah. Bagiku antara aku dengan dia sudah tidak punya apa-apa hubungan kecualihubungan sedarah. Lagipun peperiksaan STPM akan bermula tidak lama lagi. Tetapi, berita yang aku terima dari teman sekelasku pagi tadi mengubah hidupku."Hoi, Man! Orang kampung sibuk cari kau pagi tadi," terkocoh-kocoh Isnin datangmemberitahuku ketika waktu rehat."Apa halnya? Nak suruh aku kejar kerbau ke," gurauku pada Isnin memandangkan kalauorang kampung mencari aku sebab nak suruh aku kejar kerbau. Itulah sahaja kebolehanyang boleh aku banggakan."Eh! Aku serius ni Man. Mereka nak kerjakan kau sebab kau dah buntingkan Saerah."Jawapan yang Isnin buat aku ketawa. Terasa lucu apabila benda yang tak pernah terfikir
Leave a Comment