• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • 1
    CommentGo Back
Download
 
Ada
Apa Dengan
Cinta
?Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan,tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta disitu ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~Mahatma GhandiTuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, duatelinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhanhanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikansekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa airmata yg satu lagi," Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapitelah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu," Saya airmata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai sayaberlalu begitu sahaja."Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mamputersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekalimengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapatmelupakannya.Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapiapabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta ituberubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun merekatelah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telahdikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telahdisakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dankeyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
 
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salahsebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimanaberterima kasih atas kurniaan itu. Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu. Janganmelarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akanteringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukanmengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukanmelemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -HamkaCinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadibening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dankemarahan menjadi rahmat.Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamumemikirkannya hatimu hancur berkeping.Dan hanya dengan mendengar kata "Hai" darinya, dapat menyatukan kembalikepingan hati tersebut.Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkanairmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu harinanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitukerana CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemahsehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya. Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga,prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir denganperkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhirkepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkansegala kemanisan cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terusbersama Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti.Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.
 
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa diasebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainyasetulus hati.Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu,namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnyakerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang DeirTerdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlahsehingga dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahajakamu berada.Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlahmenunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmuMinat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukanbermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukancinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta.Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinyasendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak,kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksanasetitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yangberlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah olehkerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lainperkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akantumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lainperangai yang terpuji.~ HamkaKata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampumelumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yangikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.Cinta dan kasih sayang adalah jawapan yang dapat menyembuhkan segala penyakit,dan jalan yang menuju kepada rasa cinta dan kasih sayang hanyalah melaluikemaafan.
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...

cintA NAFAS kehidupan.... hingga akhir hayat..dan terus berlanjut kesurga..

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...