Naik 30 sen
Cuba, mari kita renung2kan. Sekadar tiga keping syiling sepuluh sen. Kalaudicampakkan ke lantai, bukan saja Bill Gates taknak ambil, malah kanak-kanak pun tidak pandang kerana 30 sen itu tidak cukup untuk mereka membeli kadmainan Naruto atau Pokemon dan seumpamanya.Kenapa kita yang perlu bising dengan kenaikan 30 sen itu sedangkan budak kecik pun tak pandang?Setiap liter petrol menambahkan kos 30 sen. Untuk setiap tangki penuh 45liter, kita telah berbelanja lebih RM13.50 . Jika sebulan kita isi tangki penuh 5 kali, ini bermakna kita telah membelanjakan RM67.50 lebih banyak dari kos biasa. (Boleh dapat setangki penuh lagi!)Sudah pasti pesta kenaikan harga barang akan berlaku.Katakan segelas minuman dinaikkan sebanyak 20 sen. Dan makanan dinaikkan 50sen. Maknanya setiap kali makan kita akan membelanjakan 70sen lebih daripada biasa. Seminggu bekerja 5 hari, maka 70sen x 5 hari = RM3.50. Maknanyasebulan sebanyak RM14 penambahan kos perlu ditanggung oleh seseorang.Anggaplah makan di luar sekali sahaja hanya pada waktu bekerja.(RM67.50 + 14= RM81.50)Harga barang pasti akan naik. Menteri nak bagi amaran tembak peniaga sampaimati pun, tak ke mana. Harga barang lambat laun perlu dinaikkan juga.Katakanlah satu kilo ikan naik RM1, dan kita membeli 10 kilo ikan sebulan,maka penambahan kos yang ditanggung ialah RM10. Beli ayam, katakan ayam naik RM1 jugak. Sebulan kita beli 10 ekor ayam, katakan 1 kilo seekor. Lagi RM10 perlu dibelanjakan untuk menanggung kos.(RM67.50 + 14 + 20 = RM101.50)Tu baru ikan dan ayam. Sayur, udang, sotong dan sewaktu dengannya belummasuk kira. Misalkan semua tu kita anggap naik 10%, jika sebelum ni kita belanjakan RM100 sebulan untuk itu semua, sekarang kena tambah RM10 lagi.(RM67.50 + 14 + 20 + 10 = RM111.50)Katakanlah harga barang runcit naik 10%. Jika sebelum ini kita membelanjakanRM300 untuk barangan runcit, sekarang kita perlu belanjakan RM 330. LebihRM30 perlu ditanggung.(RM67.50 + 14 + 20 + 10 + 30 = RM141.50)
Leave a Comment