You are on page 1of 4

30 Perkembangan Fizikal dan Kognitif Peringkat Kanak-kanak Individu akan mengalami perkembangan sepanjang hayat mereka iaitu perkembangan

fizikal (pertumbuhan fizikal akan terhenti apabila seseorang mencapai kematangan). Perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami individu dan bersifat kualitatif tetapi jelas berubah melalui peredaran masa. 3.1 Perkembangan Fizikal Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagianbahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia.1 Semasa pembesaran kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian, berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks. Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung (Hurlock, 1978). Secara langsung, perkembangan fizikal menentukan kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu, misalnya keupayaan mereka bersaing dengan rakan sebaya dalam sukan atau permainan. Walaupun bentuk dan saiz tubuh manusia adalah lebih banyak disebabkan oleh pengaruh-pengaruh bukan kebakaan seperti pemakanan, iklim, senaman dan juga pekerjaan, baka merupakan satu faktor yang mempengaruhi perkembangan aspek fizikal seseorang itu. Biasanya anak-anak daripada ibu bapa yang besar badan adalah lebih tinggi dan lebih berat daripada anak-anak ibu bapa yang kecil. Warna kulit, warna mata dan warna rambut juga dipengaruhi oleh trait fenotaip. Umur panjang atau pendeknya juga dipengaruhi oleh faktor persekitaran, tetapi pengaruh baka juga memainkan peranan penting. Kajian mendapati kanak-kanak yang kembar seiras mempunyai persamaan dalam tahap aktiviti, emosi dan kebolehsesuaian berbanding dengan kanak-kanak yang terdiri daripada anakanak kembar lain uri. Kajian ini membuktikan baka mempunyai pengaruh yang besar ke atas pertumbuhan dan perkembangan individu.2 3.2

Perkembangan Kognitif Perkembangan kognitif merupakan proses peningkatan keupayaan pemikiran, pengetahuan dan keintelektualan seseorang kanak-kanak dan kemampuan menjana akal budi dalam pelbagai aktiviti penyelesaian masalah, memahami, menganalisa, dan membentuk pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman yang dilaluinya. Perkembangan kognitif merupakan salah satu daripada proses tumbesaran yang dilalui oleh setiap kanak-kanak. Proses ini sangat penting kerana ia akan mempengaruhi kehidupan dan masa depan seseorang kanak-kanak. Perkembangan kognitif sering dikaitkan dengan proses perkembangan intelek seseorang. Proses kognitif melibatkan perubahan-perubahan dalam kemampuan dan pola berfikir, kemahiran berbahasa, dan cara individu memperoleh pengetahuan dari lingkungannya. Aktivitiaktiviti seperti mengamati dan mengklasifikasi, menghafal sajak atau doa, memecahkan soal-soal matematik, dan menceritakan pengalaman, merupakan proses kognitif dalam perkembangan anak. Dalam konteks ini, kita tidak boleh lari daripada membincangkan teori perkembangan kognitif yang diutarakan oleh Jean Piaget. Beliau berpendapat pemikiran sebagai satu proses yang disedari
dan berkembang secara berperingkat-peringkat. Pada peringkat ini, perkembangan motor kanak-kanak adalah lebih baik dan menunjukkan koordinasi yang lebih baik. Kemahiran motor yang telah dikuasai pada peringkat awal kanak-kanak seperti berlari, memanjat, melompat, dan sebagainya sudah mencapai tahap yang lebih mantap di samping beberapa jenis kemahiran yang baru telahpun dikuasai. Kemahiran-kemahiran ini adalah seperti lompat tali atau skipping, berenang, menunggang basikal dan meluncur (skating). Misalnya,kanak- kanak yang berusia 6 tahun sudah boleh melakukan aktiviti seperti mengetuk, mengikat tali kasut, memakai pakaian, melukis dengan menggunakan pensel untuk menggantikan krayon, dan tulisan mereka menjadi semakin kecil. Kanak-kanak antara 8 hingga 10 tahun pula boleh menggergaji, mengendalikan alatan untuk berkebun dan menjahit. Bagi mereka yang sudah berusia antara 10 hingga 12 tahun, tulisan mereka semakin kecil dan kemas, dan mereka telah pun menunjukkan kemahiran manipulatif yang hampir sama dengan orang dewasa seperti bermain alat muzik. Ibu bapa dapat mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak dengan memindahkan pengetahuan berkenaan maklumat dan budaya dalam menunjuk ajar mereka melalui tingkah laku ibu bapa itu sendiri.

Menurut Piaget pula, pada peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak, Pemikiran Olahan Konkrit meliputi olahan mental yang membolehkan kanak-kanak melakukan aktiviti mental yang terdahulu dilakukan secara fizikal. Olahan ini membolehkan kanak-kanak melakukan pemikiran pembalikan dan juga menunjukkan kemahiran klasifikasi. Daripada segi ingatan pula Ingatan Jangka Panjang (IJP) meningkat dan strategi seperti latihan akan memberikan kesan kepada IJP kanak- kanak. Cara kanak-kanak berfikir dan menyelesaikan masalah. Kanak-kanak pada peringkat pra sekolah banyak menggunakan simbol dalam perbualan untuk menunjukkan keupayaan penggunaan bahasa. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak menunjukkan peningkatan yang pesat dalam memahami persekitaran dan pemikiran sesuatu benda yang berada di sekeliling. Kanak-kanak sudah mula berfikir perkara akan datang dan berbincang perkara lepas. Mereka tidak lagi hanya menumpukan pada perkara yang berkaitan dengan masa depan. Perkembangan kognitif kanak-kanak pada peringkat ini, menggunakan simbol bagi menunjukkan sesuatu objek dan membuat perbandingan antara satu sama lain. Keupayaan mereka menggunakan simbol ini ditunjukkan melalui bermain, mengingat dan kemahiran menggunakan bahasa. Sebagai contoh, seorang kanakkanak dapat meniru perbuatan rakannya yang menari ballet walaupun mereka melihat beberapa hari yang lepas. Ini kerana keupayaan mereka menunjukkan sesuatu objek agak terhad dalam bahasa dan mereka cuba menyampaikan maksud dengan menggunakan simbol.

Pendidikan awal yang berkualiti amat perlu bagi meningkatkan perkembangan menyeluruh seorang kanak-kanak. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menggariskan enam komponen utama yang menyumbang kepada perkembangan menyeluruh. Ia merangkumi bahasa dan komunikasi, perkembangan kognitif, kerohanian moral, perkembangan emosi, perkembangan fizikal serta kreativiti dan estetika. Manakala perkembangan kognitif pula melibatkan pemerhatian, perbandingan dan diskriminasi, ramalan, konsep masa, konsep ruang dan penyelesaian masalah, pengelasan, padanan satu dengan satu konsep nombor, operasi nombor dan pengukuran.3 Kanak-kanak pada tahap ini juga mempunyai kecenderungan untuk melakukan aktiviti yang berbentuk menyusun objek, tahu bagaimana untuk meletakkan objek yang sama berdasarkan kriterianya. Kanak-kanak ini juga sudah mula menggunakan bahasa untuk mengkategorikan barang. Selain itu, nombor dan warna sudah mula difahami. Kesimpulannya ialah, kanak-kanak pada tahap ini sudah mula memahami apa yang tidak difahaminya sebelum ini. Perkembangan ini sangat penting untuk menjadikan kanak-kanak berkeadaan baik dalam segala aspek.

Peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah dan ibu bapa sangat penting untuk memastikan perkembangan kognitif tidak tersekat atau terganggu. Kanak-kanak akhir pula sudah mula memahami aspek yang melibatkan logik dan mampu untuk menggabungkan perkara logik dengan pemikiran yang abstrak. Pada tahap ini juga, kemampuan pemikiran yang baru juga akan didapati contohnya ialah memikirkan perkara yang abstrak, memikirkan proses dalam pemikirannya dan juga mereka melihat sesuatu perkara sebagai relatif lebih daripada yang jelas. Pada tahap ini juga, kanak-kanak sudah mula mempraktikkan kemampuan baru melalui lawak dan pergaduhan dengan ibu bapa dan dengan yang lain.

You might also like