Himpunan Mutiara Kata
Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu hebat. Tetapi andainya kita bolehmenjadikan orang lain seperti kita, itu baru hebat sangat –DR. HM TUAHISKANDAR al-HajTak mampu buat semua jangan tinggal semua – DR. HM TUAH ISKANDAR al-HajJangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit sebabkadang-kadang yang pahit itu ubat sedang yang sedap itu racun – DR. HM TUAHISKANDAR al-HajTengok awan usah terlupa pada bumi yang dipijak – DR. HM TUAH ISKANDAR al-HajAir mata untuk kekasih, untuk sedih dan untuk rasa pedih, tentu lebih berharga air mata tatkala gembira, berjaya dan ternama – DR. HM TUAH ISKANDAR al-HajBila kapal besar lalu, perahu kecil tentu terbuai ombak – DR. HM TUAHISKANDAR al-HajBerubah itu mungkin mudah, tapi kekal dengan perubahan yang dibuat itu mungkin payah – DR. HM TUAH ISKANDAR al-HajLebih baik memandai-mandai daripada langsung tak pandai – DR. HM TUAHISKANDAR al-HajLantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadisempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahandi sebalik suatu kekuatan – DR. HM TUAH ISKANDAR al-HajKaya di mata orang belum tentu kaya di mata sendiri – DR. HM TUAH ISKANDAR al-HajKaya itu bukan sahaja kerana wang, boleh jadi kaya hutang, kaya anak, kaya musuhatau kaya perasaan – DR. HM TUAH ISKANDAR al-HajBiar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kaya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj"Tidak perlu merayu pada orang yang sudah tiada simpati. Hati kita milik kita.Bawalah hati itu dan pergilah dari situ.""Ada waktunya, sepi menjadi lebih indah kerana di saat itu kita ada ruang untuk mengingati, merindui.""Usah sangka kereta jenama paling mahal tidak memberikan masalah. Ada kalanyameragam juga. Usah sangka orang yang serba kekurangan itu tidak membahagiakan,ada kalanya dia lebih mengerti."
Leave a Comment
sy ske sgt2 dr.hmtuah. bnyk bku beliau sy dh bce. amt memotivasikn!
salam,,sye suke sangat2 kata2 dri Dr.HM Tuah ni...buku pertame yg d bace.."Nak ke tak nak"...smase umur 14 tahun...
suka