You are on page 1of 8

SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP DI MALAYSIA Sejarah Pengakap di MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.

Sands menubuhkan pasukan Pengkap KanakKanak (cubs) di Singapura pada tahun 1910 ( Dua tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England). Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal. Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915. Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar. Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong. Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia. Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap 1910 Singapura F.C. Sands 1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman 1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff 1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker 1926 Perak I.R. Wheeler 1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone 1926 Selangor Ameen Akbar 1928 Johor 1927 Terengganu A.J. Gracle 1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong 1931 Perlis.

UNDANG-UNDANG PENGAKAP
Pertama Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya. Kedua Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orangorang diatas dan orang-orang yang dibawahnya. Ketiga Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa. Keempat Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun. Kelima Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi. Keenam Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang. Ketujuh Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan. Kelapan Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan. Kesembilan Pengakap itu jimat dan cermat Kesepuluh Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

PERSETIAAN PENGAKAP
Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara Menolong orang pada setiap masa Menurut undang-undang pengakap

Matlamat
1. Mengembangkan kebolehan mental, minat, bakat serta perkembangan rohani dan jasmani mereka; 2. Mengukuh dan memperkayakan pengalaman yang dipelajari di dalam bilik darjah; 3. Menyediakan mereka dalam proses penyesuaian bermasyarakat dengan cara memberi pengalaman untuk berhubung, bergaul dan bekerjasama; 4. Memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran muri-murid dalam bidang-bidang tertentu; 5. Menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif di kalangan mereka selaras dengan hasrat Rukunegara; 6. Melatih murid mengisi masa lapang dengan gerakerja yang berfaedah di samping dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan diri mereka; dan 7. Menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dan memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat.

LAUNG AGUNG
Laung Agung merupakan: 1. Tradisi dalam Istiadat Pengakap Kanak-Kanak. 2. Diamalkan di seluruh dunia. 3. Mengingatkan Pengakap Kanak-Kanak supaya BUAT HABIS BAIK 4. Untuk menghormati tetamu. 5. Melahirkan semangat setiakawan,perpaduan serta membina displin. Bila diadakan? 1. Setiap kali diadakan perjumpaan 2. Setiap kali semasa menamatkan perjumpaan. ISTIADAT LAUNG AGUNG 1. AKELA (Pemimpin) berteriak PEK.. (semua PKK berdiri dalam keadaan sedia) 2. AKELA (Pemimpin) berteriak PEK,PEK,PEK. (semua PKK mengelilingi AKELA sambil menyahut PE.K. 3. AKELA memerintah PKK membentuk satu bulatan besar dengan memegang

tangan. Bila bulatan telah sempurna PKK menjatuhkan tangan. 4. AKELA mendepakan tangan >>> PKK mengangkat tumit. 5. AKELA merapatkan tangan ke paha>> a) PKK mencangkung. b) Kedua belah tangan mencecah ke tanah. c) Kepala dilangutkan dan terus berkata>> A K E L A, KITA BUAT HABIS BAIK. d) Selepas sebutan BAIK PKK bangun dalam keadaan sedia. 6. Petugas mencabar dengan hormat kepada AKELA dengan kata-kata:- KAMU BUAT HABIS BAIK 7. Semua PKK hormat AKELA dengan menjawab KAMI BUAT HABIS BAIK 8. AKELA membalas hormat PKK. 9. PKK menjatuhkan tangan setelah AKELA selesai memberi hormat.

CERITA HUTAN
MOWGLI Di pedalaman India pada zaman dahulu ada seekor harimau tua yang tempang kakinya dan paling dibenci oleh binatang-binatang yang hidup aman dalam sebuah kawasan hutan. Harimau ini bernama Shere Khan. Pada suatu malam ketika dia menghendap-hendap mencari makanan Shere Khan ternampak sebuah khemah pemotong kayu. Di dalam khemah itu, pemotong kayu suami isteri dan seorang anak meeka yang masih kecil sedang tidur dengan nyenyak. Di sisi khemah itu, unggun api menyala dengan maraknya. Kerana terlalu gembira menemui mangsanya itu Shere Khan terus menerkam. Malangnya Shere Khan terpijak bara unggun api yang ada di sisi khemah itu. Dia pun melolong kesakitan sehingga menggemparkan satu keluarga serigala yang tinggal dalam sebuah gua batu tidak jauh dari situ. Sedang Bapa Serigala berlari keluar dari guanya hendak menyiasat kejadian itu, tiba-tiba dia terdengar sesuatu merayap di dalam semak. Apabila dia bersedia hendak menerkam, dia ternampak seorang anak manusia sedang merangkak ke arahnya dengan berani. Budak itu adalah anak pemotong kayu yang tertinggal di dalam khemah ketika ibu bapanya melarikan diri apabila terdengar lolongan Shere Khan tadi. Bapa serigala menggonggong budak itu dan membawanya ke dalam gua. Ibu serigala kasihan dan tertarik hati kepadanya kerana budak itu sedikit pun tidak takut kepada mereka malah berebut-rebut dengan anak serigala yang lain menghisap susu Ibu Serigala. Kedua-dua Ibu dan Bapa Serigala bersetuju menerima budak itu sebagai anak mereka sendiri dan menamakannya Mowgli. Anak-anak serigala yang lain juga sayang kepadanya dan menganggap Mowgli sebagai saudara mereka sendiri.

Tetapi tidak lama kemudian Shere Khan datang ke mulut gua itu dengan dipandu Tabaqui, seekor rubah (jackal), yang memang hidupnya memakan sisa tangkapan binatang-binatang lain. Tabaqui terdahulu daripada itu telah dapat mengesan ke mana budak kecil pemotong kayu itu pergi dan mengharap dapat makan sisa-sisa Shere Khan jika harimau tempang itu memakan budak itu nanti. Bagaimanapun apabila Shere Khan menuntut supaya Bapa Serigala menyerahkan budak itu, yang didakwanya sebagai haknya, Bapa dan Ibu Serigala menentang. Shere Khan cuba hendak mengambil budak itu dari dalam gua, tetapi badannya tidak muat melalui pintu gua. Dengan marah dia akhirnya meninggalkan gua itu tetapi bersumpah yang suatu hari nanti budak itu akan tetap menjadi mangsanya. Semenjak itu, Mowgli tinggal bersama-sama keluarga serigala itu dan benar-benar sebagai anak serigala di dalam hutan.

DITERIMA SEBAGAI AHLI KUMPULAN SERIGALA Ada suatu adat Kumpulan Serigala yang tinggal di hutan itu. Apabila anak-anak serigala sudah agak besar, mereka mestilah ditunjukkan kepada semua anggota Kumpulan. Mereka mengadakan Sidang Kumpulan sebulan sekali pada malam bulan purnama di kawasan berbatubatu yang dipanggil Batu Sidang. Di sinilah nasib anak-anak serigala ditentukan, sama ada diterima sebagai anggota Kumpulan atau sebaliknya. Apabila seekor anak serigala sudah diterima sebagai anggota Kumpulan, tidak seekor serigala lain pun boleh membunuhnya, dan jika ada yang membunuh, hukumannya ialah bunuh juga. Bapa Serigala menunggu sehingga anak-anaknya termasuk Mowgli, sudah boleh berlari lari. Kemudian, pada suatu malam bulan purnama, Bapa dan Ibu Serigala pun membawa anakanak mereka ke Batu

Sidang itu. Apabila semua anggota Kumpulan sudah berada di situ dengan anak masing-masing, Ketua Kumpulan, seekor Serigala Jantan yang gagah lagi bijaksana bernama Akela, mula menyuruh ibu-ibu serigala menunjukkan anak masing-masing untuk dilihat oleh anggota-anggota Kumpulan. Akhirnya tibalah kepada giliran Mowgli. Dia sedikit pun tidak menunjukkan rasa takut sebaliknya bergurau dengan anak-anak serigala lain seolah-olah dia pun serigala juga. Apabila Akela menyuruh anggota-anggota Kumpulan melihat Mowgli dan membuat keputusan, tiba-tiba Shere Khan mengaum dari belakang batu besar. "Anak manusia milikku. Berikan dia kepadaku semula kerana anak manusia tidak layak hidup bersama kumpulan Serigala!" katanya. Setelah senyap seketika, mulalah beberapa ekor anak serigala yang sudah agak dewasa menyatakan rasa tidak setuju mereka menerima Mowgli. Mengikut Undang-undang Hutan, apabila timbul perselisihan begitu, dua anggota Kumpulan yang bukan ibu atau bapa kepada anak serigala itu mestilah bercakap menyokongnya baru dia diterima menjadi anggota Kumpulan. "Siapakah antara anggota Kumpulan yang bersedia menyokong?" tanya Akela, Ketua Kumpulan. Tidak seekor pun anggota Kumpulan itu bersuara dan Ibu Serigala pun bersedia hendak bertempur bermati-matian untuk mempertahankan Mowgli. Seekor binatang lain yang bukan anggota Kumpulan itu tetapi dibenarkan bercakap dalam Sidang Kumpulan ialah Baloo, seekor beruang tua yang menjadi guru mengajar anakanak serigala Undang-undang Hutan. Setelah tidak ada serigala yang lain bercakap, Baloo berdiri di tempatnya di belakang Batu Sidang dan menyokong supaya Mowgli diterima sebagai anggota Kumpulan.

Dia sendiri berjanji akan mengajar Mowgli. Tetapi Mowgli memerlukan lagi satu suara menyokongnya. Ketika Akela meminta sokongan lagi, Bagheera, seekor Harimau Kumbang yang tangkas tetapi baik hati, tiba-tiba bercakap. Walaupun dia tidak berhak bersuara, tetapi mengikut Undang-undang Hutan, nyawa seekor anak serigala boleh ditebus dengan seekor buruan. Dia akan menghadiahkan seekor lembu jantan yang baru dibunuhnya dan disembunyikan tidak jauh dari situ untuk menebus nyawa Mowgli supaya diterima sebagai anggota Kumpulan. Anggota-anggota Kumpulan segera bersetuju menerima Mowgli sebagai anggota apabila mendengar hadiah lembu jantan yang ditawarkan oleh Bagheera itu. Mereka turun dari bukit dan pergi beramai-ramai mendapatkan buruan itu dan tinggallah Akela, Bagheera, Baloo dan keluarga Mowgli saja di Batu Sidang itu. Shere Khan mengaum lagi sekuat hatinya, terlalu marah kerana budak itu tidak diserahkan kepadanya. Tetapi Akela berkata keputusan itu amat baik kerana manusia dan anak mereka memang baik dan Mowgli akan dapat memberi pertolongan kepada suatu hari kelak.

" Kekuatan sesebuah enam sekawan adalah ahli sekawannya dan kekuatan ahli sekawan terletak pada enam sekawannya "

You might also like