You are on page 1of 1

Hobi Saya Setiap orang tentu mempunyai hobi mereka yang tersendiri pada masa lapang.

Begitu juga saya. Hobi yang baik ialah hobi yang mendatangkan faedah. Antara hobi yang berfaedah ialah mengumpul setem, bermain badminton, memancing ikan, dan sebagainya. Hobi saya ialah mengumpul setem. Saya mula meminati mengumpul setem sejak saya berumur tujuh tahun. Saya suka mengumpul setem kerana saya berminat melihat setemsetem yang cantik dan berwarna-warni. Ibu bapa saya juga menggalakkan saya mengumpul setem. Mereka mengajar saya cara-cara untuk mengumpul setem. Mengumpul setem merupakan aktiviti yang memanfaatkan. Saya dapat menambahkan ilmu pengetahuan saya tentang identiti sesebuah negara melalui setem-setem yang saya simpan dari dalam negara dan dari luar negara. Saya juga dapat mengetahui namanama negara di dunia ini. Selain itu, saya dapat melihat pelbagai jenis corak yang terdapat pada setem-setem itu. Saya menyimpan setem-setem dalam album setem. Kini, saya sudah mempunyai tiga buah album setem. Pada masa lapang, saya akan membelek-belek album-album saya itu. Saya berasa seronok apabila melihat setem-setem yang saya kumpul itu. Saya memperoleh setem-setem tersebut daripada surat-surat yang diterima oleh ibu bapa saya. Kadangkala, saya bertukar-tukar setem dengan kawan saya yang juga berminat mengumpul setem. Saya juga sering berutus surat dengan sahabat pena saya dari luar negara untuk mendapatkan setem dari luar negara. Di samping itu, saya juga membeli setem-setem yang baru dikeluarkan oleh pejabat pos. Dengan mengumpul setem, saya dapat mengisi masa lapang saya dengan perkara yang berfaedah. Saya berharap hobi saya akan berterusan hingga ke akhir hayat saya.

Hobi Saya Setiap orang tentu mempunyai hobi mereka yang tersendiri pada masa lapang. Begitu juga saya. Hobi yang baik ialah hobi yang mendatangkan faedah. Antara hobi yang berfaedah ialah mengumpul setem, bermain badminton, memancing ikan, dan sebagainya. Hobi saya ialah mengumpul setem. Saya mula meminati mengumpul setem sejak saya berumur tujuh tahun. Saya suka mengumpul setem kerana saya berminat melihat setemsetem yang cantik dan berwarna-warni. Ibu bapa saya juga menggalakkan saya mengumpul setem. Mereka mengajar saya cara-cara untuk mengumpul setem. Mengumpul setem merupakan aktiviti yang memanfaatkan. Saya dapat menambahkan ilmu pengetahuan saya tentang identiti sesebuah negara melalui setem-setem yang saya simpan dari dalam negara dan dari luar negara. Saya juga dapat mengetahui namanama negara di dunia ini. Selain itu, saya dapat melihat pelbagai jenis corak yang terdapat pada setem-setem itu. Saya menyimpan setem-setem dalam album setem. Kini, saya sudah mempunyai tiga buah album setem. Pada masa lapang, saya akan membelek-belek album-album saya itu. Saya berasa seronok apabila melihat setem-setem yang saya kumpul itu. Saya memperoleh setem-setem tersebut daripada surat-surat yang diterima oleh ibu bapa saya. Kadangkala, saya bertukar-tukar setem dengan kawan saya yang juga berminat mengumpul setem. Saya juga sering berutus surat dengan sahabat pena saya dari luar negara untuk mendapatkan setem dari luar negara. Di samping itu, saya juga membeli setem-setem yang baru dikeluarkan oleh pejabat pos. Dengan mengumpul setem, saya dapat mengisi masa lapang saya dengan perkara yang berfaedah. Saya berharap hobi saya akan berterusan hingga ke akhir hayat saya.

You might also like