You are on page 1of 9

PENGENALAN BAHASA merupakan alat perhubungan yang amat penting dalam kehidupan manusia sehari-hari.

Melalui bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, gagasan, pengetahuan mendapatkan maklumat, menambahkan ilmu pengetahuan, memahami orang lain dan sebagainya. Semakin baik penguasaan seseorang itu terhadap kemahiran-kemahiran bahasa maka semakin tinggilah keupayaannya untuk berkomunikasi secara berkesan sama ada secara lisan, bacaan mahupun penulisan. Maka dengan itu sudah menjadi hakikat yang nyata bahawa bahasa tidak dapat wujud tanpa adanya masyarakat. Hubungan antara kedua-duanya begitu erat dan tidak dapat dipisahkan. Semakin luas bahasa digunakan maka semakin banyak pula penggunanya. Dengan yang demikian bahasa itu merupakan wahana komunikasi yang digunakan untuk memperkatan bermacam-macam hal, aspek, bidang dan peristiwa. (Kamaruddin Haji Hussin 1995: 1). Bahasa juga sebagai bahagian kebudayaan yang dihasilkan oleh manusia demi untuk keperluan manusia itu sendiri dengan menggunakan perbendaharaan kata mengikut struktur dan ayat-ayatnya dan sebagainya. Begitu juga bahasa terkategori sebagai perlakuan yang dipelajari atau diperolehi (learned/acquired behaviour). Cara begini haruslah melalui pendedahan kepada penggunaan sesuatu bahasa yang digunakan. Bahasa juga bersifat simbolik, bersifat dinamik dan tidak statik iaitu berkesinambungan dan mengalami perubahan. Selain itu bahasa juga boleh berkembang dari dalam dan juga boleh berkembang dari luar disebabkan oleh pengaruh luar. Semua penyataan ini menunjukkan bahawa bahasa itu merupakan sebagai suatu entiti budaya untuk tujuan manusia berkomunikasi. DEFINISI BAHASA Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang digunakan oleh manusia dalam keadaan semula jadi. Beberapa bahasa Eropah mempunyai dua perkataan untuk menterjemah perkataan language : cf. language dalam bahasa Perancis, linguaggio : lingua dalam bahasa Itali, language: lengua dalam bahasa Sepanyol. Hingga ke takat tertentu, perbezaan antara dua perkataan tersebut berkaitan dengan perbezaan antara dua pengertian langage dalam bahasa Inggeris bagi setiap masalah tersebut. Contohnya, perkataan langage dalam bahasa Perancis merujuk bahasa secara am dan perkataan langue pula merujuk sesuatu bahasa yang khusus. Ini berlaku kerana bahasa Inggeris membenarkan penuturnya menyatakan bahawa bukan sahaja seseorang itu boleh menguasai sesuatu bahasa seperti Inggeris, Cina, Melayu, Swahili dan lain-lain tetapi ia juga boleh menguasai bahasa. Ahli falsafah, psikologi dan bahasa biasa menyatakan bahawa penguasaan bahasalah yang paling nyata membezakan antara manusia dengan binatang. Seseorang itu tidak boleh menguasai (atau menggunakan) bahasa asli tanpa penguasaan (atau penggunaan) sesuatu bahasa asli yang khusus.

Apabila perkataan 'bahasa' digunakan kepada bahasa Inggeris, Cina, Melayu, Swahili dan sebagainya maka perkataan itu digunakan dengan tepat. Tetapi jika sekiranya perkataan 'bahasa' digunakan kepada berbagai-bagai sistem komunikasi, sistem simbol atau pengiraan, ketetapan dapat dipersoalkan. Contohnya, ahli matematik, logik dan komputer biasa mencipta sesuatu simbol untuk pelbagai tujuan tertentu. Persoalan yang timbul ialah sama ada sistem simbol ini patut disebut sebagai bahasa atau tidak. Yang jelas ialah sistem simbol ini lebih berbentuk rekaan daripada asli. Bahasa adalah suatu keseluruhan, suatu prinsip klasifikasi dengan sesuatu yang dikuasai dan konvensional yang seharusnya terkebawah daripada naluri semula jadi. Whitney berpendapat bahasa adalah salah satu institusi sosial dan menganggap bahawa kita menggunakan alat ujaran sebagai wadah bahasa hanyalah secara kebetulan sahaj, untuk kesenangan sahaja: manusia boleh sahaja memilih bahasa isyarat dan lambang tampak dan bukan lambang akustik. BEBERAPA DEFINISI 'BAHASA' (i) Menurut Sapir (1921:8): 'Bahasa adalah semata-mata suatu kaedah yang bukan naluri untuk manusia menyampaikan idea, emosi dan keinginan melalui ciptaan simbol-simbol yang lahir secara sedar'. Definisi ini mempunyai beberapa kekurangan. Walau bagaimana luas sekalipun kita menganalisis istilah dea', mosi', dan 'keinginan', jelas sekali istilah ini tidak dapat mencakupi banyak daripada perkara yang dikomunikasi oleh bahasa. Istilah dea' terutamanya adalah tidak jelas sekali. Di samping itu, didapati bahawa banyak simbol yang lahir secara sedar itu hanya dianggap sebagai bahasa secara metafora atau perluasan sahaja. Contohnya, apa yang biasa dirujuk sebagai 'bahasa tubuh' iaitu yang menggunakan gerakan tangan dan kepala, gaya tubuh, renungan mata dan sebagainya. (ii) Menurut Bloch & Trager pula dalam Outline of Linguistic Analysis (1942:2) 'Bahasa' ialah suatu sistem simbol arbitrari untuk sesuatu kumpulan sosial bekerjasama'. Definisi ini berbeza dengan definisi Sapir kerana definisi ini menanamkan cirri-ciri arbitrari dan dengan jelas ia menghadkan bahasa kepada bahasa percakapan sahaja. Yang menariknya tentang definisi ini ialah definisi ini tidak merujuk fungsi komunikasi bahasa, cuma ia menyentuh secara tidak langsung dan melalui implikasi sahaja. Sebaliknya definisi ini menekankan fungsi sosial. Dengan demikian, definisi ini mengambil suatu pandangan yang agak sempit tentang peranan yang dimainkan oleh bahasa dalam masyarakat. Setakat ini, apa yang perlu dinyatakan berkenaan dengan bahasa asli hanyalah bahawa terdapat suatu hubungan yang rapat antara bahasa dan pertuturan. Secara logiknya, pertuturan mencerminkan bahasa. Seseorang tidak boleh bercakap dengan tidak menggunakan bahasa (iaitu dengan tidak menggunakan sebarang bahasa tertentu untuk bercakap) tetapi seseorang boleh menggunakan bahasa dengan tidak bercakap. Akan tetapi, sekiranya bahasa tidak bergantung kepada pertuturan secara logik, maka terdapat alasan yang baik untuk mengatakan bahawa bagi semua bahasa asli yang diketahui, pertuturan lahir lebih awal daripada tulisan sama ada dari segi sejarah mahupun secara biologi.

(iii) Dalam Essay on Language (1978:158), Hall menegaskan bahawa bahasa ialah nstitusi untuk manusia berkomunikasi dan berinteraksi melalui simbol-simbol lisan pendengaran yang arbitrari mengikut tabiat'. Dua perkara dapat diperhatikan di sini. Pertama, kedua-dua istilah iaitu komunikasi dan interaksi digunakan dalam definisi ini (Istilah nteraksi' adalah lebih luas dan dalam hal ini lebih sesuai daripada istilah 'bekerjasama'). Kedua , istilah 'lisan pendengaran' dapat disamakan dengan istilah 'bersuara'. Perbezaannya hanyalah istilah 'lisan pendengaran' merujuk pendengar dan juga penuturnya (iaitu kepada penerima dan penghantar isyarat bersuara yang disamakan dengan ujaran bahasa). Serupa juga seperti Sapir, Hall, menghuraikan bahasa sebagai suatu institusi manusia. Istilah nstitusi' memberikan pandangan yang jelas bahawa bahasa yang digunakan oleh sesuatu masyarakat akan juga dianggap sebagai sebahagian daripada kebudayaan masyarakat tersebut. Hall menganggap bahasa sebagai 'simbol' isyarat bersuara yang sebenarnya dihantar oleh penghantar kepada penerima dalam proses komunikasi dan interaksi. Secara am, suatu hakikat yang paling penting tentang bahasa ialah bahawa tidak terdapat sebarang hubungan antara sesuatu perkataan dengan sesuatu situasi penggunaan. Dengan perkataan lain, kehadiran perkataan tertentu tidak dapat diramalkan daripada situasi itu sendiri. Ini berbeza daripada perilaku yang menjadi tabiat. Kita tidak akan mengeluarkan sesuatu ujaran mengikut tabiat. Katakan ujaran yang mengandungi perkataan 'burung setelah kita melihat seekor burung. Mungkin kita tidak akan menggunakan perkataan 'burung' pada situasi tersebut ataupun situasi-situasi lain. Bahasa tidak bergantung kepada rangsangan. (iv) Robins (1979a:9-14) tidak memberikan sebarang definisi bahasa formal. Beliau menyatakan definisi sedemikian 'bersifat remeh-temeh dan tidak memberikan maklumat tambahan, cuma untuk mengandaikan beberapa teori am tentang bahasa dan analisis linguistik'. Beliau menghuraikan bahasa sebagai 'sistem simbol yang hampir keseluruhannya berdasarkan peraturan semata-mata atau secara arbitrari'. Tetapi beliau lebih menitikberatkan keupayaan bahasa itu disesuaikan. Secara logik, pandangan yang diutarakan oleh Robins dan pandangan yang memandang bahasa sebagai sistem tabiat ('tabiat seperti yang ditafsirkan dalam pengertian tertentu itu bukan tidak cocok). (v) Petikan definisi yang terakhir itu telah memberikan huraian yang jauh bezanya: 'Bermula dari sekarang, saya akan menganggap bahasa sebagai set ayat (finit atau infinit). Setiap satu set ini mempunyai had panjang dan tersusun dengan menggunakan satu set unsur yang terhad'. Definisi ini diambil daripada buku Syntactic Structures (1957:13) Chomsky. Berlainan daripada definisi-definisi lain, definisi ini bertujuan meluaskan bidang liputannya selain bahasa-bahasa asli. Menurut Chomsky, semua bahasa asli, sama ada dalam bentuk pertuturan atau tulisan, adalah bahasa dari segi pengertian definisinya. Ini adalah kerana (a) setiap bahasa asli mempunyai jumlah bunyi yang terhad (dan jumlah huruf yang terhad dalam abjad - atas andaian bahawa bahasa-bahasa itu mempunyai sistem tulisan abjad) dan (b), walaupun terdapat berbagai-bagai jenis ayat yang tidak terhad jumlahnya dalam sesuatu bahasa, setiap ayat tersebut boleh diwakili oleh suatu urutan bunyi (atau huruf) yang terhad jumlahnya.4 Sifat-sifat bahasa

(a) Bahasa adalah suatu objek tertentu dalam kumpulan perilaku kumpulan pertuturan yang heterogen. Ia boleh ditentukan dalam segmen tertentu dalam litar percakapan dengan gambaran pendengaran dihubungkan dengan sesuatu konsep. Bahasa dari sudut sosialnya, di luar individu yang tidak akan dapat mencipta mahupun mengubahsuaikannya sendiri, ia hanya wujud berdasarkan semacam suatu kontrak yang dipersetujui oleh para anggota sesuatu komuniti. Bahasa adalah suatu yang berbeza sehinggakan seseorang yang tidak bercakap pun masih dapat menyimpannya asalkan dia memahami tanda vokal yang didengari. (b) Bahasa, berlainan daripada percakapan, merupakan sesuatu yang boleh dikaji secara terasing. Walaupun kita tidak lagi bercakap dalam bahasa yang pupus, kita masih berupaya untuk mengasimilasikan sistem linguistiknya. Kita boleh mengenepikan untuk pertuturan; malahan, sains bahasa juga mungkin dapat beroperasi jika unsur lain diketepikan. (c) Jika pertuturan itu bersifat hetrogen, bahasa, seperti yang didefinisikan adalah Homegen. Ia satu sistem tanda dan yang penting adalah cantuman antara makna dengan gambaran bunyi, dan kedua-dua bahagian daripada tanda itu bersifat psikologis. (d) Bahasa adalah sesuatu yang konkrit, sama jugalah seperti percakapan; Tanda-tanda linguistik, walaupun secara asasnya bersifat psikologi, bukanlah abstraksi; asosiasi yang memerlukan persetujuan kolektif dan apabila dicantumkan menjadi bahasa ia menjadi realiti yang bertempat di otak. Di samping itu, tanda linguistik adalah nyata; ada kemungkinan untuk menurunkannya ke dalam lambang tulisan, sedangkan ia tidak mungkin untuk memberikan satu potret yang terperinci tentang perilaku bertutur. Penyebutan kata yang paling kecil pun sebenarnya mewakili pergerakan otot yang tidak terjumlah bilangannya yang hanya bersusah payah barulah dapat digrafiskan. Dalam bahasa, hanya terdapat gambaran bunyi dan ia dapat dipindahkan kepada satu gambaran tampak yang tetap. Adanya kemungkinan untuk memerikan hal yang berkaitan dengan bahasa dalam bentuk graf membolehkan kamus dan tatabahasa untuk merumusnya secara tepat. Ini adalah kerana bahasa merupakan gedung gambaran bunyi dan tulisan adalah bentuk yang konkrit bagi gambaran itu.5 Tetapi dengan berdasarkan definisi yang diberikan oleh Bloch & Trager itu, maka bahasa apa pun di dunia ini mempunyai sifat-sifat umum seperti berikut: (1) Bahasa terdiri dari bunyi-bunyi. Bunyi di sini bermaksud bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan manusia saja sama ada dalam atau melalui rongga mulut, hidung dan rongga tekak yang disertai dengan hembusan udara dari paru-paru. Bunyi-bunyi dalam bahasa adalah lambanglambang yang dikonsepsikan melalui pendengaran. Berdasarkan konsep ini, bunyi dalam pengucapan lebih dipentingkan dari tulisan. Bahasa dalam linguistik ialah pa yang dituturkan' (bloomfield) dan bukan tanda-tanda yang dapat dilihat seperti tulisan. Tulisan bukannya bahasa tetapi hanya suatu pemetaan pertuturan dengan menggunakan tandatanda yang dapat dilihat seperti huruf-huruf dan sebagainya.

Dalam ilmu lingusitik, bunyi-bunyi dari bahasa itu adalah lambang-lambang pertuturan. Apa yang diucapkan oleh manusia itu merupakan lambang-lambang kepada objek atau peristiwa yang berlaku. Maksudnya, apa yang diucapkan itu ada mempunyai erti yang tertentu, ada fungsi perhubungan atau tindak balas daripada orang lain terhadap bunyibunyi yang disebut itu. (2) Bahasa dilambangkan secara struktur. Bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan satu demi satu, atau sekelompok demi sekelompok, yakni sejajar dengan pergerakan alat-alat pertuturan satu mengikuti yang lain. Misalnya dalam menyebut suka, bunyi-bunyi yang dihasilkan ialah s diikuti oleh u, k dan a. Dan jika satu struktur itu dapat menggambarkan susunan beberapa bentuk pengucapan, maka terjadi pula apa yang dikatakan pola-pola dalam bahasa. Sesuai dengan sifat bahasa itu mempunyai struktur, unsur-unsur yang membina bahasa itu adalah dihasilkan satu demi satu secara mendatar. Sekelompok pengucapan dari unsur-unsur inilah membentuk struktur yang difahami oleh penutur-penutur dari masyarakat bahasa itu. Satu bahasa tidak mempunyai struktur yang sama dengan bahasa yang lain. Ia ada unsur-unsur persamaan dalam cara penggabungan yang dibuat untuk menghasilkan ayat-ayat, tetapi struktur bagaimana ayat-ayat itu dibina boleh berlainan sekali dalam bahasa-bahasa yang berlainan. (3) Bahasa mempunyai sistem. Bahasa apa pun mempunyai sejumlah unit-unit (seperti fonem, morfem, kata, rangkai kata, klausa dan ayat) dan tiap-tiap bahasa itu merupakan hasil dari percantuman unit-unit tersebut. Percantuman unit-unit itu pula terjadi menurut dasar-dasar tertentu. Dari bilangan unit yang begitu banyak dalam sesuatu bahasa, percantuman tidak boleh terjadi tetapi ada cara-cara dan peraturan-peraturan mengenainya. Tugas sistem ini ialah satu aturan yang telah ditetapkan oleh susunan bahasa itu. (4) Bahasa mempunyai erti. Tiap-tiap yang dituturkan oleh penutur-penutur sesuatu bahasa itu mempunyai makna bagi pendengar dalam masyarakat bahasa yang sama. Pendengar dapat mengerti apa yang dimaksudkan atau dipercakapkan sesuai dengan struktur yang teratur yang diucapkan. Makna berhubung erat dengan pengucapan, malah terdapat kaitan yang amat rapat antara bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia dengan keadaan kebudayaan di sekeliling. Hubungan antara makna dan pengucapan inilah menghasilkan perhubungan. (5) Bahasa adalah arbitari. Lambang-lambang pertuturan adalah bunyi yang terhasil oleh ayat-ayat artikulasi. Bahasa yang merupakan lambing-lambang pertuturan yang arbitari membawa erti bahawa bunyi bahasa yang diucapkan itu tidak semestinya ada hubungan hayati di antara bunyi yang dilafazkan dengan benda atau objek atau peristiwa yang dimaksudkan. 6

4.0 Variasi Bahasa Melayu 4.1 Pendahuluan: Variasi Bahasa dan Bahasa Baku Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya.'Makin besar jumlah penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan makin banyak pula perbezaan Yang wujud dari segi pengunaannya. Dalam rangka Malaysia, Di Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-bagai dialek, seperti dialek Kelantan, Terengganu, pahang, negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Demikian juga terdapat variasi-variasi Bahasa Melayu yang wujud oleh sebab factor-faktor social, seperti latar belakang Pendidikan, jenis pekerjaan dan kedudukan sosio ekonomi penutur yang berbeza-beza. Satu variasi lagi ialah kelainan antara individu-individu, iaitu yang diistilahkan sebagai idiolek. Kelainan antara individu-individu ini kelihatan walaupun mereka yang berkenaan itu dari daerah sama dan daripada latar belakang social yang sama. Keadaan ini disebabkan, antara lain oleh sifat fisiologi atau alat pertuturan individu itu. Hakikat bahasa dengan variasi-variasinya sudah lama diakui oleh ahli-ahli bahasa. Namun apabila mereka merujuk sesuatu bahasa tertentu, misalnya bahasa Melayu atau bahasa Inggeris, mereka mempunyai gambaran tentang satu kesatuan bahasa, walaupun mempunyai berbagai-bagai kelainan, masih terdiri daripada satu keseluruhan. Dari[ada beberapa variasi satu bahasa, satu variasi tertentu dipilih sebagai mewakili bahasa tersebut dan variasi inilah yang menjadi ukuran apabila kita merujuk sifat umum bahasa Tersebut. Dalam bidang ilmu bahasa, variasi yang dipilih untuk mewakili satu bahasa secara menyeluruh itu disebut bahasa Standard atau bahasa baku. 7. Seperti halnya tidak ada masyarakat yang uniform, demikian pula bahasa itu mempunyai variasi-variasi. Variasi-variasi bahasa dituturkan oleh factor waktu, factor tempat, factor sosiokultural, factor situasi dan factor medium pengungkapan. Faktor waktu menimbulkan perbezaan bahasa dari masa ke semasa, jadi Bahasa Melayu Sriwijaya tidak sama dengan Bahasa Melayu Abdullah Munsyi walaupun keseluruhan variasi itu satu bahasa juga. Variasi regional membezakan bahasa yang dipakai di satu tempat dengan yang ada di tempat lain, walaupun variasi-variasi itu satu bahasa jua; tiap variasi disebut dialek regional atau dialek geografis. Ciri-ciri bahasa yoleh para sarjana, para pemuda, para petani dan lain-lain masing-masing menandai suatu dialek social. Variasi situasional timbul kerana pemakai bahasa memilih cirri-ciri bahasa tertentu dalam situasi tertentu. 8 4.3 Ragam Bahasa Za'ba, dalam bukunya Ilmu Pengarang Melayu, membincangkan ragam bahasa dalam dua bab. Dalam bab 7 beliau menyebut dua gaya bahasa yang utama, iaitu 'gaya cakap mulut', yakni bahasa Melayu Lisan dan 'gaya surat', yakni bahasa Melayu tulisan.

Sebenarnya bahasa Melayu mempunyai berbagai-bagai variasi dan ragam. Selain yang disebut oleh Za'ba itu, terdapat lagi variasi atau ragam bahasa melayu yang wujud sejak bahasa moden, bahasa yang memperkatakan bidang-bidangbaharu. Beberapa banyak antara bidang bahar ini bersifat khusus, sehingga wujudlah ragam-ragam bahasa khas semata-mata untuk memperkatakannya; misalnya bahasa Melayu yang digunakan olehpara doctor untuk memperkatakan hal-hal yang berkaitan dengan bidang perbuatan. Dalam bidang ilmu bahasa, variasi-variasi seperti ini di beri nama 'laras'.9. Linguistik mempelajari bahasa manusia, yakni sistem bunyi bermakna yang digunakan untuk berkomunikasi oleh kelompok manusia. Jadi bahasa, primer, adalah bunyi; tulisan yang diangap sebagai gambaran bunyi. Fungsi bahasa ialah ia menjadi alat perhubungan. Apabila kita menyentuh alat perhubungan, ternyata bukan manusia sahaja boleh berhubung antara satu sama lain malah binatang juga boleh berhubung. 5.1 Bahasa manusia Bahasa ialah satu alat penting dalam kehidupan kita. Tetapi kebanyakkan kita hanya menganggap bahawa kebolehan bertutur itu sebagai salah satu daripada kebolehan asasi manusia. Pendapat Chomsky (1973) dalam Linguistic Theory, menyatakan bahawa penguasaan bahasa tidaklah berupa pembelajaran rumusan semata-mata , tetapi rapat perhubungan dengan keupayaan berbahasa iaitu terletak pada kebolehan kreatifnya yang semulajadi. Otak manusia telah dibekalkan dengan kebolehan terpendam untuk menguruskan kebijaksanaan akalnya untuk berbahasa. Proses ini hendaklah berlaku dalam suasana kebudayaan bahasa itu. Penguasaan bahasa tidaklah berlaku dalam suatu kekosongan. Tetapi J. Pinget (1955) dalam terjemahan bukunya The Language and Thought of the child, dan B.F Skinner (1957) dalam Verbal Behaviour, memberi pendapat yang tidaklah begitu melampau. Mengikut mereka mulamulanya kanak-kanak akan mengeluarkan bunyi-bunyi vocal dan konsonan sahaja. Kemudian ia mengeluarkan sukukata dan seterusnya perkataan, hinggalah ia bertutur dalam ayat penuh. Pertuturan itu hanyalah menggunakan alat-alat yang sedia ada di dalam rongga mulut. Bahasa yang digunakan dalam pertuturan itu sebenarnya merupakan satu alat perhubungan yang penting di atnara manusia dengan manusia. Bahasa juga boleh menggunakan bunyi suara. Daripada bunyi suara itulah pula diterbitkan lambing-lambang yang berlainan yang boleh digambarkan di atas kertas dari lain-lain seperti tulisan. Ia juga boleh dijadikan tanda isyarat untuk sesuatu sistem perhubungan tertentu, misalnya isyarat-isyarat yang dipakai oleh pengakap. 5.2 Bahasa Binatang

Kajian telah membuktikan bahawa binatang juga dapat berhubung atau mempunyai 'bahasa'sendiri. Burung, lebah, labah-labah, ikan lumba-lumba dan beruk telah dikaji dan mereka menunjukkan bahawa mereka juga mempunyai sistem perhubungan tetapi sistem perhubungan itu terhad. Mereka dapat menyampaikan meklumat seperti ketakutan, kegembiraan dan amaran. 10 6.0 KESIMPULAN Bahasa merupakan alat yang amat penting di dalam kehidupan manusia untuk berkomunikasi. Walaupun bahasa tidaklah boleh dianggap sebagai sesuatu alat yang dipakai untuk berkomunikasi. Malahada banyak cara lain misalnya seperti gerak geri, simbol, kod telegraf, muzik gambaran dan sebagainya. Tetapi bahasalah yang semulajadi dan paling sempurna. Dengan ebrbahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk menyampaikan ide, pandangan, pendapat, pengalaman, pengetahuan dan sebagainya. Dalam berbahasa juga seseorang penutur itu mestilah tahu menggunakan laras bahasa mengikut situasi social yang tertentu supaya orang yang dengannya bercakap akan faham apa yang dicakapkan. Adapun bahasa itu bersifat dinamik, berkesinambungan dan boleh mengalami perubahan. Ini kerana, sebagai contoh Bahasa Melayu khasnya berkembang mengikut perkembagnan budaya melayu. Dzul, 2002, Pelita Brunei, htm.2; John Lyons, 1992, Bahasa dan Linguistik Satu pengenalan, Cambridge University Press hlm.2-3. Buku ini asalnya berjudul Language and Linguistics dan diterjemahkan oleh Ramli Salleh dan Toh Kim Hoi; Ferdinant de Saussure, 1993, Pengantar Linguistik Umum, 8 Grafton Street, London WIX 3LA, England, hlm.13. Buku ini diterjemah dari buku Course in General Linguistics oleh Ajid Che Bob. 4 John Lyons, 1992, Bahasa dan Linguistik Suatu Pengenalan, Cambridge Universiti Press hlm. 4-9. 5 Ferdinand de Saussure, 1993, Pengantar Linguistik Umum, 8 grafton Street, London WIX 3LA, England, hlm. 17-18; 6 Arbak Othman, 1983, Permulaan Ilmu Linguistik, Penerbitan Sarjana (M) Sdn. Bhd, hlm. 8-12; 7 Pengarang-pengarangnya terdiri dari Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood, 1993, Tatabahasa Dewan Edisi Baru, Perpustakaan Neagra Malaysia hlm. 29-30; 8 Harimut Kridalaksana, 1974, Fungsi Bahasa dan Sikap Bahasa, Penerbit Nusa INdah, hlm. 12-14;

9 Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid mahmod, 1993, Tatabahasa Dewan Edisi Baru, Perpustakaan Negara Malaysia, hlm. 31; 10 Abdullah Hassan, 1980, Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia, Penerbit Fajar Bakti, hlm.14-17 BIBLIOGRAFI: -Abdullah hassan, 1980, Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia, Petaling Jaya: Fajar Bakti. -Arbak Othman 1983, Permulaan Ilmu Linguistik, Penerbitan Sarjana (M) Sdn. Bhd Malaysia; - Dzul, 27 November 2002, Petikan dari tajuk Berbahasa'dalam kehidupan Sehari-hari, Pelita Brunei, bilangan 48.' -'Ferdinand de Saussure, 1993, Pengantar Linguistik Umum, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. -Harmurti Kridalaksana, 1974, Fungsi Bahasa dan Sikap Bahasa, Penerbit Nusa Indah Indonesia. - John Lyons, 1992, Bahasa dan Linguistik Satu Pengenalan, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. - Nik Safiah karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood, 1993, Tatabahasa Dewan Edisi Baru, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

You might also like