You are on page 1of 8

PANDUAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS PENYELIDIKAN TINDAKAN II PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

1.0 PENGENALAN Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian adalah satu program latihan perguruan praperkhidmatan untuk melatih bakal guru dalam pelbagai bidang khusus untuk pendidikan sekolah rendah. Kursus Penyelidikan Tindakan II dalam program ini adalah bertujuan melahirkan guru-guru yang mempunyai kemahiran dan keterampilan melaksana dan melaporkan Penyelidikan Tindakan sebagai wahana meningkatkan profesionalisme guru. Amalan Penyelidikan Tindakan dalam kalangan guru akan memberikan impak yang positif kepada perubahan yang terancang ke arah peningkatan amalan pedagogi dan inovasi dalam kalangan guru. Penyelidikan Tindakan juga boleh membina keupayaan intelek yang dapat membantu guru melihat proses pengajaran dan pembelajaran sebagai sesuatu yang dinamik dan berkembang sejajar dengan perkembangan ilmu keguruan dan pendidikan.

2.0 RASIONAL Proforma Kursus Penyelidikan Tindakan II PISMP memberikan penekanan khusus kepada usaha untuk melahirkan pelajar yang berkeupayaan dan berketrampilan mempraktikkan kemahiran penyelidikan yang diperolehi. Usaha bagi mengekalkan tahap penguasaan kemahiran dan pengetahuan perlu dinilai dari masa ke semasa secara sistematik. Penilaian Kerja Kursus adalah satu kaedah yang sesuai digunakan dalam usaha mengekalkan tahap dan pencapaian pelajar sepanjang pengajian di IPG. Justeru, Panduan Pentaksiran Penyelidikan Tindakan II ini disediakan sebagai satu garis panduan pelaksanaan dan pentaksiran Kerja Kursus berbentuk pelaksanaan kajian (amali) dan pelaporan bagi memastikan pelajar-pelajar mencapai tahap penguasaan kemahiran yang diperlukan dalam melaksanakan Penyelidikan Tindakan. Melalui panduan ini juga diharapkan, pentaksiran Penyelidikan Tindakan II dapat dilaksanakan dengan sistematik serta meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran tersebut.

3.0

PANDUAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS PENYELIDIKAN TINDAKAN ll 3.1 Panduan pelaksanaan pentaksiran Penyelidikan Tindakan ll ini digunapakai untuk semua kursus major berdasarkan hasil pembelajaran yang terkandung dalam proforma kursus major. Sehubungan itu guru pelatih perlu mengaitkan fokus kajian mereka kepada major masing-masing. Kerja Kursus bagi Kursus Penyelidikan Tindakan Il ini telah diselaraskan bentuk dan format penulisan laporan dan pembentangan Penyelidikan Tindakan untuk semua kursus major.

3.2

4.0

STRUKTUR KERJA KURSUS


KERJA KURSUS BIL KURSUS KOD KREDIT PEP PROJEK 1. Penyelidikan Tindakan ll Pendidikan Islam Pendidikan Rendah (Pelaksanaan dan Pelaporan) Penyelidikan Tindakan ll Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah (Pelaksanaan dan Pelaporan) Penyelidikan Tindakan ll Pendidikan Prasekolah (Pelaksanaan dan Pelaporan) Penyelidikan Tindakan ll Matematik Pendidikan Rendah (Pelaksanaan dan Pelaporan) Penyelidikan Tindakan ll Sains Pendidikan Rendah (Pelaksanaan dan Pelaporan) Penyelidikan Tindakan ll Penyelidikan Tindakan ll Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (Pelaksanaan dan Pelaporan) PEMBENTANGAN PELAPORAN CATATAN

PIM3115

3 (0+3)

30%

70%

2.

PJM3119

3 (0+3)

30%

70%

3.

PRA3115

3 (0+3)

30%

70%

4.

MTE3115

3 (0+3)

30%

70%

5.

SCE3115

3 (0+3)

30%

70%

6. 7.

PKU3115

3 (0+3)

30%

70%

PKB3115

3 (0+3)

30%

70%

5.0

PANDUAN FORMAT PENULISAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN Penulisan laporan penyelidikan tindakan hendaklah mengikut format berikut: 1.0 PENDAHULUAN 1.1 1.2 1.3 2.0 Pengenalan Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Pengumpulan Data Awal

FOKUS KAJIAN 2.1 2.2 Huraian Fokus Kajian Intervensi

3.0

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN 3.1 Objektif Kajian 3.2 Soalan Kajian KUMPULAN SASARAN PELAKSANAAN TINDAKAN 5.1 Prosedur Pelaksanaan 5.2 Cara Mengumpul Data DAPATAN: ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA PERBINCANGAN DAN REFLEKSI CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA SENARAI RUJUKAN

4.0 5.0

6.0 7.0 8.0 9.0

LAMPIRAN

6.0 6.1 BIL 1.

KRITERIA PENTAKSIRAN PENYELIDIKAN TINDAKAN ll PELAPORAN (WAJARAN : 70%) BENTUK TUGASAN Laporan KRITERIA PENTAKSIRAN PENDAHULUAN Pengenalan Refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu Sorotan Literatur (berdasarkan refleksi) 10 Membincangkan andaian, nilai dan kepercayaan terhadap P&P dalam refleksi pengalaman P&P berdasarkan sorotan literatur Mengemukakan perbincangan mengenai andaian, nilai, kepercayaan dengan hujjah dan kupasan yang mendalam dengan merujuk kepada sorotan literatur yang relevan, tepat dan baik. Membuktikan wujudnya jurang antara andaian/nilai/ kepercayaan dengan amalan P&P yang dilaksanakan Pengumpulan Data Awal 5 Menghuraikan cara pengumpulan data awal untuk membuktikan masalah/isu wujud. a) Mengenal pasti dan menghuraikan fokus kajian yang berkait dengan pengalaman pengkaji dan relevan kepada keperluan murid Dapat menilai pemilihan fokus berdasarkan: Kebolehtadbiran Kepentingan kolaborasi Membuat ulasan karya secara kritikal serta dengan merujuk kepada sorotan literatur yang relevan, tepat dan baik.
4

MARKAH

PETUNJUK PRESTASI

Memberi gambaran menyeluruh tentang bidang kajian Menghurai dan menilai kembali pengalaman P&P yang berkaitan dengan fokus kajian

FOKUS KAJIAN a) Huraian Fokus Kajian 10

BIL

BENTUK TUGASAN

KRITERIA PENTAKSIRAN

MARKAH

PETUNJUK PRESTASI Membuat perkaitan dengan kajian lampau yang relevan dengan fokus kajian

b) Intervensi *(Langkah-langkah pelaksanaan intervensi tidak perlu dihuraikan di sini)

10

b) Mengaitkan fokus kajian dan peluang penambahbaikan dengan amat jelas Memperihalkan intervensi dengan mengemukakan teori atau prinsip yang menjadi asas kepada intervensi secara amat jelas Membuat perkaitan dengan kajian lampau yang relevan dengan intervensi yang dilaksanakan secara amat jelas.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN Objektif Kajian 5 Soalan Kajian

Penyataan objektif kajian tindakan merangkumi: fokus tindakan pencapaian tindakan Soalan kajian amat relevan dengan objektif kajian Memerihalkan ciri-ciri responden berdasarkan bilangan jantina nama kelas / jawatan prestasi akademik ciri-ciri unik yang lain Memperincikan langkah-langkah/aktiviti intervensi (P&P) Memberi rasional terhadap intervensi yang dilaksanakan Kaedah pengumpulan data yang sesuai untuk menjawab soalan kajian Instrumen kajian tindakan dijelaskan dan dilampirkan

KUMPULAN SASARAN 5

PELAKSANAAN INTERVENSI Prosedur Intervensi Cara Mengumpul Data

5
5

BIL

BENTUK TUGASAN

KRITERIA PENTAKSIRAN DAPATAN: ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

MARKAH

PETUNJUK PRESTASI Kaedah analisis data amat sesuai bagi data yang dikumpul

10

Analisis data telah dijelaskan dengan amat baik Menginterpretasi semua data dengan amat lengkap (boleh memasukkan refleksi semasa tindakan sebagai sebahagian data dan interpretasi )

PERBINCANGAN DAN REFLEKSI 10

Dapat menilai intervensi yang diambil secara kritis (refleksi keseluruhan kajian) Dapatan kajian yang dilbincangkan relevan dengan soalan kajian . Menghubungkaitkan kajian lepas dengan dapatan kajian secara amat jelas

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Cadangan untuk kajian lanjutan dibincangkan dengan amat jelas

PENGOLAHAN / KEJELASAN PENULISAN

10

Kesemua isi telah diolah dengan amat baik Urutan idea yang teratur Penggunaan bahasa amat sesuai dengan penulisan ilmiah

FORMAT DAN SENARAI RUJUKAN 5

Menyenaraikan lebih daripada 10 rujukan yang berkaitan Penulisan rujukan adalah konsisten dengan gaya rujukan American Psychological Association (APA) Semua rujukan yang digunakan amat relevan dan berkredibiliti Cara penulisan rujukan dalam teks mengikut format APA Persembahan jadual dan rajah mengikut format APA

BIL 2.

BENTUK TUGASAN Sikap dan Sahsiah

KRITERIA PENTAKSIRAN Tindakbalas terhadap komen atau kritikan

MARKAH

PETUNJUK PRESTASI - Menunjukkan tindakbalas yang amat positif terhadap komen atau kritikan - Menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menyelesaikan tugasan - Mengamalkan etika penyelidikan (dengan melampirkan bukti, cth: borang kebenaran menjalankan kajian dan sebagainya) - Menunjukkan tahap penglibatan yang cemerlang (melampirkan borang kolaborasi sebagai bukti)

5 Komitmen Etika penyelidikan Tahap penglibatan (Kekerapan perjumpaan dengan penyelia diambilkira) JUMLAH 100

6.2 BIL 1

PEMBENTANGAN BENTUK TUGASAN PEMBENTANGAN

(WAJARAN: 30%) KRITERIA PENTAKSIRAN 1.0 Penyampaian Pengkaji berkomunikasi secara berkesan 20 MARKAH PETUNJUK PRESTASI Membentangkan hasil kajian dengan amat jelas dan yakin Nada yang amat sesuai. Penggunaan bahasa yang tepat dan menarik. Fokus kajian sangat jelas. Menyokong dapatan dengan bukti yang amat tepat. Bukti dari pelbagai sumber Penggunaan media sangat berkesan 2.0 Pengolahan Pembentangan Pengkaji menunjukkan pengolahan secara teratur 30 Memperkenalkan topik secara amat jelas dan kreatif. Isi-isi disusun secara koheren. Membuat kesimpulan yang amat baik berasaskan bukti. Fokus kajian sangat jelas.

BIL

BENTUK TUGASAN

KRITERIA PENTAKSIRAN 3.0 Isi Kandungan Menerang & menjelaskan dapatan kajian 4.0 Soal Jawab Soalan penilai hanya berhubung dengan kajian yang dilaksanakan (Hanya melibatkan penilai dan pembentang sahaja)

MARKAH

PETUNJUK PRESTASI Menyokong dapatan dengan bukti yang amat tepat.

25 Bukti dari pelbagai sumber Menjawab soalan dengan amat jelas 20 Berpengetahuan yang sangat baik dalam kajian yang dibentang

2.

SIKAP DAN SAHSIAH 5

Menepati masa Penampilan diri yang sangat menarik. Sangat yakin

JUMLAH

100

7.0

SYARAT LULUS PENTAKSIRAN PELAKSANAAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 7.1 Pelajar lulus 7.1.1 Kehadiran 100% dalam pengajaran dan pembelajaran 7.1.2 Pelajar wajib menghasilkan pelaporan Penyelidikan Tindakan dan membentangkan dengan lengkap mengikut formatdan kriteria yang ditetapkan 7.1.3 Mencapai markah keseluruhan sekurang-kurangnya 40% 7.2 Pelajar Gagal 7.2.1 7.2.2 7.2.3 7.2.4 7.2.5 Tidak Melengkap dan Menyempurnakan pelaporan dan pembentangan Penyelidikan Tindakan Tidak mencapai markah 40% ke atas Pelajar yang tidak melengkap dan menyempurnakan pelaporan dan pembentangan Penyelidikan Tindakan dikehendaki mengulang. Pelajar dikehendaki mengulang pentaksiran tersebut pada tarikh yang ditetapkan. Pelajar yang lulus pentaksiran ulangan hanya diberi gred lulus sahaja. 8

You might also like