You are on page 1of 2

akuislam.

com

http://akuislam.com/blog/kisah-tauladan/kerana-sebuku-roti/#axzz1zQQudbYV

Kerana Sebuku Roti


Perkongsian Tentang ISLAM. Hidup dan Matiku hanyalah kerana Allah

October 17, 2010 in Kisah Mukmin with

Abu Burdah bin Musa Al-Asyari meriwayatkan, bahawa ketika menjelang wafatnya Abu Musa pernah berkata kepada puteranya: Wahai anakku, ingatlah kamu akan cerita tentang seseorang yang mempunyai sebuku roti? Dahulu kala di sebuah tempat ibadah ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah kepada Allah. Ibadah yang dilakukannya itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun. Tempat ibadahnya tidak pernah ditinggalkannya, kecuali pada hari-hari yang telah dia tentukan. Akan tetapi pada suatu hari, dia digoda oleh seorang wanita sehingga dia pun tergoda dalam pujuk rayunya dan bergelumang di dalam dosa selama tujuh hari sebagaimana perkara yang dilakukan oleh

pasangan suami-isteri. Setelah dia sedar, maka dia bertaubat, sedangkan tempat ibadahnya itu ditinggalkannya, kemudian ia melangkahkan kakinya pergi mengembara sambil disertai dengan mengerjakan solat dan bersujud. Akhirnya dalam pengembaraannya itu dia sampai ke sebuah pondok yang di dalamnya sudah terdapat dua belas orang fakir miskin, sedangkan lelaki itu juga ingin untuk menumpang bermalam di sana, kerana sudah sangat letih dari sebuah perjalanan yang sangat jauh, sehingga akhirnya dia tertidur bersama dengan lelaki fakir miskin dalam pondok itu. Rupanya di samping kedai tersebut hidup seorang pendita yang ada setiap malamnya selalu mengirimkan beberapa buku roti kepada fakir miskin yang menginap di pondok itu dengan masingmasingnya mendapat sebuku roti. Pada waktu yang lain, datang pula orang lain yang membahagibahagikan roti kepada setiap fakir miskin yang berada di pondok tersebut, begitu juga dengan lelaki yang sedang bertaubat kepada Allah itu juga mendapat bahagian, kerana disangka sebagai orang miskin. Rupanya salah seorang di antara orang miskin itu ada yang tidak mendapat bahagian dari orang yang membahagikan roti tersebut, sehingga dia berkata kepada orang yang membahagikan roti itu: Mengapa kamu tidak memberikan roti itu kepadaku. Orang yang membagikan roti itu menjawab: Kamu dapat melihat sendiri, roti yang aku bahagikan semuanya telah habis, dan aku tidak membahagikan kepada mereka lebih dari satu buku roti. Mendengar ungkapan dari orang yang membahagikan roti tersebut, maka lelaki yang sedang bertaubat itu mengambil roti yang telah diberikan kepadanya dan memberikannya kepada orang yang tidak mendapat bahagian tadi. Sedangkan keesokan harinya, orang yang bertaubat itu pun meninggal dunia. Di hadapan Allah, maka ditimbanglah amal ibadah yang pernah dilakukan oleh orang yang bertaubat itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun dengan dosa yang dilakukannya selama tujuh malam. Ternyata hasil dari timbangan tersebut, amal ibadat yang dilakukan selama tujuh puluh tahun itu dikalahkan oleh kemaksiatan yang dilakukannya selama tujuh malam. Akan tetapi ketika dosa yang dilakukannya selama tujuh malam itu ditimbang dengan sebuku roti yang pernah diberikannya kepada fakir miskin yang sangat memerlukannya, ternyata amal sebuku roti tersebut dapat mengalahkan perbuatan dosanya selama tujuh malam itu. Kepada anaknya Abu Musa berkata: Wahai anakku, ingatlah olehmu akan orang yang memiliki sebuku roti itu! About CEO: Assalamualaikum, saya CEO blog ini. Terima kasih kerana sudi bertandang di blog AkuIslam. Semoga artikel yang anda baca mampu memberi kebaikan. Jika bermanfaat, mari kita share dan sebarkan ilmu ini kepada orang lain. Semoga Allah Redha.. :)
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline

You might also like