You are on page 1of 2

Kerajaan Turki Uthmaniyah. (a) Latar belakang kemunculan Kerajaan Turki Uthmaniyah.

Kelemahan Kerajaan Abbasiyah dan pemerintahan khalifah menyebabkan munculnyakerajaan kecil seperti Saljuk di Turki. Salah sebuah pemerintahan (kerajaan Uthmaniyah) di bawah pengaruh Saljuk terletak di barat Anatolia, tetapi pemerintah Anatolia bebas mentadbir. Kemudian kerajaan kecil Anatolia ini menguasai kerajaan lain hingga membentuk kerajaanTurki Uthmaniyah. Uthmaniyah berasal dari nama pengasas kerajaan ini iaitu Uthman b. Ertughrulbin b. Sulaiman Shah. Beliau ialah amir (gabenor Saljuk) di kawasan barat Anatolia yang bersempadan empayar Byzantine (Rom Timur) oleh itu ancaman di sini amat tinggi. Kemudian Byzantine ditumpaskan oleh Uthman, maka ramai ghazi (pahlawan tentera) dan pemimpin masyarakat bersatu di bawah uthman memperluaskan taklukan. (b) Perluasan empayar Kerajaan Turki Uthmaniyah.

Empayar bermula di sekitar Anatolia, kemudian Bursa dijadikan ibu negeri ketika pemerintahan Uthman. Penggantinya iaitu Orhan I meluaskan jajahan seperti Marmara, Ankara. Kemudiannya Murad I dan Bayezid I menguasai jajahan seperti utara Bulgaria, Sofia, utara Albania, Kosovo, Salonica, Philippopolis, Wallachia, Balkan Selatan. Mehmed II pula berjaya menawan Istanbul (Constantinople) iaitu ibu kota Ron Timur. Zaman pengukuhan empayar Uthmaniyah bermula semasa pemerintahan Mehmed II. Pengukuhan ini berlanjutan dari tarikh penguasaan Istanbul hingga ke tarikh kematian Suleiman I. Pada awal abad ke-20, empayar ini merosot keranan pemimpin lemah, keruntuhan sistem cukai dan pemberontakan. (c) Sumbangan Kerajaan Turki Uthmaniyah Bertahan selama 600 tahun sebagai empayar Islam sehingga berperanan membentuk kesatuan orang Islam seluruh dunia. Istanbul menjadi pusat pentadbiran Dunia Islam. Apabila Sultan Selim I menguasai Makkah kerajaan ini dianggap pelindung umat Islam seluruh dunia.

Kanun Suleiman diperkenalkan sebagai perundangan yang melindungi nyawa, harta dan kehormatan individu tanpa mengira bangsa dan agama. Kerajaan ini memperkenalkan sistem jawatan seperti kadi dan mufti. Jawatan Sheikh-ulIslam pula ialah ketua ulama yang mengeluarkan fatwa. Dari segi ekonomi- Istanbul menjadi kota perdagangan Timur dan Barat, Dunia Islam dan Dunia bukan Islam. Jalinan perdagangan Turki meliputi pelabuhan di sepanjang Laut Mediterranean, Tengah, Merah dan Hindi lalu membentuk Jalinan Perdagangan Dunia Islam berpusat di Istanbul. Menukarkan sistem bangsawan berasaskan keturunan dalam susun lapis masyarakatkepada sistem yang menggalakan kecemerlangan individu membawa kepada mobiliti sosial meluas khasnya di jajahan Eropah. Sistem pendidikan sistem madrasah [paling berpengaruh], sekolah pendidikan akademik, sekolah sastera, maktab tentera, maktab teknik, kolej perubatan. Penulisan ensiklopedia berkaitan sains Islam. Perpustakaan ditubuhkan di masjid, hospital, rumah. Seni bina masjid Sultan ahmed (masjid biru) di Istanbul. Tokoh seni bina-Mimar Sinan

You might also like