You are on page 1of 10

TUGASAN INDIVIDU

PRA 3108

SOALAN TUGASAN: TAJUK SOALAN TIGA(3): BINCANGKAN AKTIVITI YANG BOLEH DIJALANKAN BAGI MEMUPUK SIKAP BERDIKARI DALAM KALANGAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH.

1.0

Pendahuluan

Istilah berdikari boleh didefinisikan sebagai Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. Kamus Dewan edisi yang keempat pula menyatakan berdikari itu sebagai, berdiri atas kaki sendiri, tidak mengharapkan orang lain untuk menolongnya :belajar hidup. Konsep berdikari ini terkandung dalam tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) ini amat penting bagi pemupukan nilai Islam dan nilai murni masyarakat berbilang kaum bagi melahirkan rakyat Malaysia yang percaya kepada Tuhan, berperibadi mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai ini mengandungi Pendidikan Islam untuk murid Islam dan Pendidikan Moral untuk murid bukan Islam. Pendidikan Islam memberi fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan kepada AlQuran dan As-Sunnah. Pendidikan Moral memberi fokus kepada penyampaian ilmu untuk menjadikan seseorang insan yang berakhlak mulia dan bermoral.

2.0

TUNJANG KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI

2.1 Kurikulum Pendidikan Islam

Dalam tunjang ini terkandung kurikulum Pendidikan Islam prasekolah yang merangkumi aspek keimanan,kemanusiaan, kemasyarakatan dan

ketatanegaraan.Tumpuan khusus kurikulum adalah kepada pembentukan akidah dan bimbingan asas Fardhu Ain, pemupukan amalan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah yang dituntut oleh syariah Islam, penyuburan adab dan akhlak Islamiah ke dalam diri kanak-kanak, berteraskan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai
Noradilah Bt Hj Nain (PPG PRAB/013/06/11) Halaman 1

TUGASAN INDIVIDU

PRA 3108

contoh yang terbaik, pengenalan kepada asas Bahasa Al-Quran dan surah-surah pendek dari Juzu Amma dan pengenalan kepada tulisan jawi Melalui ilmu, kemahiran dan amalan yang disarankan, Kurikulum Pendidikan Islam dapat menyumbangkan ke arah melahirkan murid Islam yang berilmu, berakhlak mulia,bertaqwa dan beramal soleh. Pendidikan Islam prasekolah dapat disampaikan melalui aktiviti bercerita,tunjuk cara, latihan amali, nyanyian lagu nasyid, permainan, lakonan, penjelajahan, pemerhatian alam sekitar dan melihat kegiatan manusia. Sekolah digalakkan mengadakan lawatan di persekitaran sekolah, kebun bunga, tempat bersejarah dan mengadakan perkelahan di kawasan pemandangan semula jadi. Dengan cara ini, mereka dapat menikmati keindahan alam sambil mengenali tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan dan kebesaran Tuhan dan menjadikan pendidikan agama sebagai amalan dan perlakuan.
2.2 Pendidikan Moral Pendidikan Moral prasekolah memberi fokus kepada perlakuan moral yang dipupuk secara berterusan sepanjang masa murid berada di prasekolah. Pendidikan Moral tidak dijalankan melalui aktiviti yang spesifik tetapi diterapkan melalui kesemua aktiviti yang dijalankan dalam prasekolah. Nilai-nilai murni Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan adalah seperti kepercayaan kepada Tuhan, baik hati, bertanggungjawab, berterima kasih, hemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang, keadilan, keberanian, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, toleransi, berdikari dan berdisiplin.

Noradilah Bt Hj Nain (PPG PRAB/013/06/11)

Halaman 2

TUGASAN INDIVIDU

PRA 3108

3.0 SIKAP BERDIKARI Sikap berdikari ialah salah satu nilai murni yang perlu dipupuk dalam diri kanakkanak di Prasekolah. Berdikari ialah kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa perlu bergantung kepada orang lain. Kanak-kanak yang berdikari perlu memiliki ciri-ciri seperti sentiasa bersikap positif, tabah hati, sabar dalam melakukan tugasan, berusaha sendiri tanpa mudah berputus asa, tidak bergantung kepada orang lain dan mempunyai daya ketahanan mental yang tinggi. Anak merupakan anugerah Tuhan kepada semua ibu bapa. Sudah menjadi tanggungjawab kepada ibu bapa untuk mencorak anak-anak mereka agar menjadi insan yang berguna dengan menyemaikan sifat-sifat yang baik dan menjadikan diri mereka sebagai contoh yang paling unggul. Ibu bapa harus menggalakkan anak mereka supaya dapat berdikari dan jelaskan kepada mereka bahawa menyuruh mereka tidak bermaksud ibu bapa mahu melepaskan tanggung jawab tetapi sebaliknya membentuk diri mereka ke arah sikap berdikari di masa hadapan.

Bagi menyediakan kanak-kanak dengan sikap berdikari, ibu bapa dan guru perlu memberikan latihan, bimbingan, dan pengawasan yang berterusan supaya apa jua yang dilalui oleh kanak-kanak dalam usia dua tahun atau tiga tahun, berupaya menyemaikan tabiat serta nilai yang baik untuk mereka menguruskan diri sendiri. Setelah berumur lima tahun dan enam tahun, tabiat yang baik ini telah pun ada dalam diri mereka, cuma sekali sekala ibu bapa atau guru perlu mengingatkan mereka tentang perlakuan mereka itu.Tegur dan bimbinglah kanak-kanak agar mereka melakukan setiap tugas dan tanggungjawab dengan sebaik-baik mungkin. Berikan galakan dan pujian sekiranya kanak-kanak menunjukkan usaha yang bersungguh-sungguh. Sikap bertanggungjawab perlu diterap sejak anak-anak kecil lagi. Setiap perlakuan yang dilakukan haruslah dipikul sendiri. Sebagai contoh, setiap kali selepas bermain, nasihati anak agar mengemas permainan itu sendiri atau selepas makan mereka haruslah mengangkat pinggan sendiri ke sinki, dan sebagainya.

Noradilah Bt Hj Nain (PPG PRAB/013/06/11)

Halaman 3

TUGASAN INDIVIDU

PRA 3108

3.1

Aktiviti-Aktiviti Yang Boleh Memupuk Sikap Berdikari Dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah Sebagai seorang guru, kita bukanlah sekadar memberi ilmu pengetahuan

kepada kanak-kanak tetapi kita juga mendidik mereka secara tidak langsung agar menjadi seorang yang bertanggungjawab dan mampu berdikari di masa hadapan. Peraturan-peraturan yang dibuat oleh guru di sekolah bukan sahaja bertujuan untuk mendisiplinkan kanak-kanak malah ianya dapat membentuk peribadi kanak-kanak itu. Bagi tujuan tersebut guru bolehlah menjalankan aktiviti-aktiviti berikut di kelas Prasekolah. Diantaranya ialah melalui aktiviti rutin di awal pagi. Semasa kanak-kanak datang ke sekolah pada waktu pagi, guru perlu mengingatkan mereka agar menyusun kasut di rak kasut yang disediakan dengan kemas. Apabila perlakuan itu dilakukan sendiri oleh kanak-kanak setiap hari secara berulang, mereka akan cepat mengingat dan akan melakukannya walaupun tanpa disuruh oleh guru sama ada di sekolah atau di rumah. Bagi mengukuhkan lagi ingatan mereka untuk melakukan perbuatan tersebut guru bolehlah memuji mereka dengan mengatakan mereka bagus, pandai, rajin dan sebaginya. Situasi ini boleh menggalakkan sikap berdikari pada diri mereka. Selain daripada itu melalui aktiviti rutin pagi juga, guru boleh meminta murid untuk membaca doa belajar dan al-fatihah secara bergilir-gilir bagi mendidik mereka menjadi seorang pemimpin. Guru perlu yakinkan murid bahawa mereka boleh melakukannya dengan kata-kata semangat terutamanya kepada murid yang pemalu dan pendiam. Dengan cara itu keyakinan murid akan bertambah dan mereka akan melakukannya dengan rela tanpa dipaksa oleh guru. Ini juga dapat menimbulkan semangat ingin bersaing dan berdikari di antara murid. Melalui aktiviti mengemas dan menyusun alatan permainan yang telah digunakan, guru juga dapat menyemai sikap berdikari dalam diri kanak-kanak. Walaupun waktu persekolahan di kelas prasekolah bermula jam 8.00 pagi, tetapi ada juga ibubapa yang menghantar anak mereka lebih awal. Kebiasaanya sementara menunggu untuk sarapan dan waktu pengajaran dan pembelajaran bermula, kanakNoradilah Bt Hj Nain (PPG PRAB/013/06/11) Halaman 4

TUGASAN INDIVIDU

PRA 3108

kanak akan diberi peluang untuk bermain dengan alat permainan atau membaca buku cerita dan bahan-bahan bacaan lain yang disediakan di dalam kelas

prasekolah. Setelah mereka selesai menggunakan alatan tersebut, mereka dikehendaki mengemas dan menyimpannya semula di tempat asal. Tingkahlaku ini sebenarnya merangsang kepada kemahiran sikap berdikari di kalangan mereka. Sikap berdikari juga dapat dipupuk melalui aktiviti pengurusan diri seperti memberus gigi selepas makan, Murid-murid akan dilatih memberus gigi dengan cara yang betul dan membersihkan kelengkapan memberus gigi selepas digunakan. Guru akan meminta murid membasuh berus gigi yang telah diguna dengan bersih, serta menyimpan cawan dan menggantung tuala kecil di tempatnya semula. Guru perlu memastikan semua murid melakukan apa yang telah diarahkan dan berilah pujian kepada murid-murid yang melakukan kerja tersebut dengan kemas seperti Bagus! kamu pandai menyusun cawan itu dengan kemas. Pujian daripada guru akan membuat murid lebih bersemangat untuk melakukan perbuatan tersebut dengan lebih baik lagi di masa akan datang. Aktiviti lain yang boleh dilakukan oleh guru dalam memupuk sikap berdikari dan bertanggunjawab di kalangan kanak-kanak ini ialah melalui aktiviti semasa sarapan pagi dan makan waktu rehat. Kanak-kanak perlu mengambil sendiri makanan yang dihidangkan. Seorang murid ditugaskan membaca doa secara bergilir-gilir setiap hari. Mereka dikehendaki mengangkat sendiri pinggan dan cawan yang telah digunakan. Kanak-kanak juga ditugaskan untuk membersihkan meja makan setiap hari secara bergilir-gilir.

Melalui aktiviti kebersihan diri, kanak-kanak di prasekolah dilatih untuk sentiasa berada di dalam keadaan yang kemas dan bersih. Satu ruang khas yang dilengkapi dengan cermin muka, sikat rambut, bedak, minyak rambut dan tisu untuk merapikan diri sendiri disediakan. Mereka juga diajar untuk membersihkan diri selepas mereka membuang air kecil atau besar di tandas serta cara-cara untuk mencuci tangan dengan cara yang betul.

Noradilah Bt Hj Nain (PPG PRAB/013/06/11)

Halaman 5

TUGASAN INDIVIDU

PRA 3108

Kanak-kanak juga dilatih untuk menjaga kebersihan bilik air dan tandas. Selepas menggunakan tandas mereka diajar untuk membersihkannya sendiri seperti menarik flush. Pada peringkat awalnya kanak-kanak akan dibimbingan oleh Pembantu Pengurusan Murid tetapi apabila mereka sudah pandai melakukannya sendiri, maka bimbingan tersebut tidak diperlukan lagi. Selalunya apabila membuang air kecil atau besar, kanak-kanak akan menanggalkan seluar mereka seluruhnya dan menggantungnya pada penyangkut. Dalam situasi seperti ini, mereka akan diajar dan dilatih untuk memakai seluar itu semula dengan cara yang betul tanpa bantuan guru. Semasa waktu pulang mereka juga dikehendaki memakai sarung kaki dan kasut sendiri. Guru hanya menjadi pemerhati dan sesekali menegur kanak-kanak yang mengenakan kasut terbalik.

Sikap berdikari di kalangan kanak-kanak juga boleh diterapkan melalui aktiviti Pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Diantaranya ialah melalui Bermain bebas. Bermain merupakan salah satu aktiviti yang paling sesuai digunakan semasa mengajar kanak-kanak prasekolah. Mengikut Freud , main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dapat mengawal keadaan yang dikatakan dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar. Terdapat banyak kajian terkini ke atas pentingnya bermain di kalangan kanak-kanak tadika atau prasekolah ( Jensen,2000 ,2001; Shore, 1997; Christie, 2001; Frost, Wortham, & 2001). Kajian mereka menyatakan play is a scaffold for development, a vehicle for increasing neural structures, and a means by which all children practice skills they will need in later life

Melalui bermain mereka belajar sendiri cara untuk berkomunikasi dengan rakan sebaya. Semasa bermain mereka meneroka sendiri untuk memperkembangkan kemahiran berbahasa dan bersosial dalam diri mereka. Ini bermakna mereka belajar berdikari untuk menyesuaikan diri dengan rakan dan kemahiran ini boleh digunakan oleh kanak-kanak untuk berkomunikasi dengan orang disekeliling mereka.

Noradilah Bt Hj Nain (PPG PRAB/013/06/11)

Halaman 6

TUGASAN INDIVIDU

PRA 3108

Main peranan adalah salah satu aktiviti bermain. Namun ia mempunyai struktur yang lebih terarah berbanding dengan bermain bebas. Sikap berdikari dapat dipupuk melalui aktiviti ini kerana kanak-kanak diberi peluang memilih, melontarkan pendapat serta menunjukkan daya kreativiti sendiri. Sebagai guru kita perlu memberi peluang kepada kanak-kanak untuk bersuara dan selalulah bersikap ramah kepada murid. Mereka juga diberi peluang untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah sendiri dengan bimbingan yang amat sedikit ataupun tidak diperlukan langsung.

Selain daripada itu guru juga boleh memupuk sikap berdikari kepada kanakkanak prasekolah melalui aktiviti Projek. Biasanya ia digunakan apabila mengajar tunjang sains dan teknologi terutamanya awal sains. Contohnya projek menanam pokok bunga. Guru perlu membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan memberi penjelasan tentang aktiviti projek . Selebihnya serahkan kepada kanakkanak sendiri untuk menetapkan ketua kumpulan dan tugas setiap ahli kumpulan. Biarkan mereka menjalankan projek dan menyelesaikan sendiri permasalahan yang mereka hadapi. Aktiviti ini dapat mendidik kanak-kanak berdikari sepenuhnya.

Melalui aktiviti gotong-royong juga, sikap berdikari dapat dibina dalam diri kanak-kanak. Semasa merancang aktiviti gotong-royong ini guru boleh meminta pendapat kanak-kanak tentang aktiviti yang akan dijalankan. Misalnya aktiviti gotongroyong menceriakan bilik kelas. Guru boleh membahagikan murid kepada beberapa kumpulan. Beri kebebasan kepada mereka untuk melantik sendiri ketua kumpulan dan menyatakan pendapat serta menunjukkan kreativiti mereka. Setiap pandangan dan buah fikiran kanak-kanak tersebut perlu diambil kira dan diberi pujian oleh guru. Ini memberi keyakinan kepada kanak-kanak untuk lebih berdikari.

Noradilah Bt Hj Nain (PPG PRAB/013/06/11)

Halaman 7

TUGASAN INDIVIDU

PRA 3108

4.0 Rumusan Mengikut trend terkini dalam sistem pendidikan prasekolah, kanak-kanak telah menjadi topik perbualan penting terutama jika isu pendidikan ditimbulkan. Isu kanakkanak telah menjadi fokus utama untuk segala pelakuan pihak-pihak yang tertentu baik ibu bapa maupun pembuat dasar polisi, individu perseorangan dan badan tertentu. Trend sebegini telah membawa kepada kedinamikan perancangan dan pengurusan prasekolah, khususnya dalam konteks di Malaysia. Kurikulum

Kebangsaan Prasekolah sering dijadikan sebagai panduan untuk proses pengajaran dan pembelajaran prasekolah. Malangnya kurikulum yang menjadi garis panduan unuk Ibu bapa dan gurulah yang memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sikap dan akhlak yang baik bagi kanak-kanak pada peringkat umur ini. Hargailah kerja dan usaha yang dibuat oleh mereka. Kanak-kanak belajar daripada apa yang dilihat dan jika perbuatan mereka wajar, mereka akan tahu setelah ibu bapa atau guru memuji mereka. Oleh itu, sebagai ibu bapa dan guru seharusnya kita berusaha untuk menyelami hati, melihat gerak geri dan menunjukkan contoh teladan yang baik kepada mereka. Hal ini sudah pasti dapat menyediakan persekitaran tumbesaran yang penuh dengan kebaikan kepada kanak-kanak. Kanak-kanak juga perlu belajar melakukan banyak perkara tanpa bantuan ibubapa apabila mereka melangkah ke alam persekolahan. Memindahkan rasa pergantungan terhadap ibubapa kepada guru adalah perkara biasa. Seorang guru yang bijak akan dapat mengurangkan rasa kebergantungan itu sedikit demi sedikit dengan cara yang berhemah tanpa kanak-kanak sedari mereka sudah mampu melakukan banyak perkara tanpa bantuan sesiapa. Pastinya ia dapat dilakukan

melalui aktiviti yang dirancang dengan teliti dengan mengambil kira beberapa faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak itu.

Noradilah Bt Hj Nain (PPG PRAB/013/06/11)

Halaman 8

TUGASAN INDIVIDU

PRA 3108

Bibliografi

Nik Rosila Nik Yaakob.(2010) Pendidikan Kerohanian Dan Moral Prasekolah. Selangor : PTS Profesional Publishing. Nordin Mamat.(2005) Asas Sosial Kanak-kanak. Kuala Lumpur : Pusaka Salam Sdn.Bhd.

Norhashimah

Hashim

dan

Yahya

Che

Lah.(2003)

Panduan

Pendidikan

Prasekolah,Kuala Lumpur : PTS Publiation &Distributors Sdn Bhd

Rohaty Mohd Majzub & Abu Bakar Nordin .(1989) Pendidikan Prasekolah. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Siti Farah Idayu. 2009. Perkembangan Kanak-kanak. Diperoleh pada 1 April 2013 dari http://www.scribd.com/doc/14682336/Perkembangan kanak-kanak

http://www.kpwkm.gov.my/uploadpdf/definisiPKK.pdf

( 30 March 2013)

Noradilah Bt Hj Nain (PPG PRAB/013/06/11)

Halaman 9

TUGASAN INDIVIDU

PRA 3108

Lampiran Contoh aktiviti memupuk sikap berdikari dikalanan kanak-kanak.

Kanak-kanak dilatih mengemas mainan selepas bermain

Kanak-kanak diajar cara makan yang betul dan menyuap makanan sendiri

Kanak-kanak diajar cara menjaga kebersihan diri Memberus gigi

Noradilah Bt Hj Nain (PPG PRAB/013/06/11)

Halaman 10

You might also like