You are on page 1of 12

KEPEMIMPINAN GURU

Konsep Asas Kepemimpinan


Merangkumi segala bentuk aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi. Kepimpinan membawa erti keupayaaan memimpin dan kepemimpinan pula keupayaan sebagai pemimpin, daya seseorang pemimpin (Kamus Dewan, 2002). Robbins (2003), menjelaskan konsep kepemimpinan sebagai kebolehan untuk mempengaruhi ahli-ahli kumpulannya untuk mencapai sesuatu matlamat.

Konsep Asas Kepemimpinan


Kim dan Maubourgne (1992), mendefinisikan kepemimpinan sebagai kebolehan seseorang untuk mengispirasikan keyakinan dan sokongan dalam kalangan sekumpulan manusia yg diperlukan untuk mencapai matlamat organisasi.

Jenis-jenis kepemimpinan
1) Kepemimpinan Semula Jadi: Dlm mana-mana bentuk kumpulan manusia. Akan muncul seorang yg berpengaruh utk mengetuainya, walaupun beliau bukannya dilantik secara formal. Seseorang akan dianggap dan dipatuhi arahannya sebagai ketua mungkin disebabkan org yg paling tua, paling berpengalaman, mempunyai kemahiran tertentu serta mempunyai identiti dan interpersonal yang dikagumi dan dihormati.

2) Kepemimpinan Berkarisma: Max Weber (1947) menyatakan seseorang ketua dianggap oleh pengikutnya mempunyai kualiti istimewa dan luar biasa yg mampu memyelesaikan segala masalah serta pengikut memberikan taat setia yg sepenuhnya.

House & Howell (1992) menyatakan terdapat tret-tret personaliti tertentu yg dimiliki oleh pemimpin berkarisma iaitu: Keyakinan diri yg tinggi Berani menanggung risiko Berorientasikan pencapaian Berorientasikan kreativiti dan inovasi Bertenaga & stamina diri yg tinggi Menggunakan pengaruh terhadap pengikut Bertimbangrasa, peka & responsif

3) Kepemimpinan Birokratik: Max Weber (1989) menyatakan Kepemimpinan Birokratik dilantik ke jawatan yg disandang secara rasmi dlm sesebuah organisasi & bertindak menggunakan kuasa yg ada bertujuan memaksimakan kecekapan serta mengurus organisasi menggunakan pendekatan rasional.

Kepemimpinan Birokratik memberi penekanan kpd: Organisasi yg berorientasikan matlamat Pembahagian bidang pengkhususan Struktur berhierarki Mementingkan peraturan & tatatertib Mempunyai prosedur kerja yg amat teknikal Perjawatan berdasarkan kelayakan & kecekapan bidang.

3) Kepemimpinan Birokratik: Packwood (1989) menyatakan dlm sesebuah organisasi yg besar & kompleks, pentadbiran secara birokrasi adalah suatu ciri yg umum. Pemimpin birokratik berorientasikan tugas & memastikan segala prosedur yg diamalkan oleh organisasi dipatuhi oleh setiap ahlinya serta bertanggungjawab mencapai matlamat organisasi.

3) Kepemimpinan Birokratik: Ciri2 kepemimpinan birokratik dlm organisasi sekolah adalah: Guru Besar/Pengetua menduduki hierarki tertinggi dlm struktur organisasi sekolah. Semua guru memiliki kepakaran dlm bidang masing-masing Pematuhan kpd peraturan sekolah & jadual waktu akademik Penolong Kanan/Ketua Bidang/Ketua Panitia bertanggungjawab memastikan segala aktiviti kurikulum & kokurikulum dilaksanakan mengikut garis panduan & sukatan yg tlh ditetapkan.

4) Kepemimpinan Teragih: Kepemimpinan diagihkan dlm suatu jaringan interaktif antara pemimpin dgn semua ahli & dpt menimbulkan semangat kerjasama serta keakraban sesama rakan setugas.

Dianggap sebagai jenis kepemimpinan yg paling sesuai utk organisasi sekolah kerana sebhg besar ahlinya terdiri drpd golongan profesional yg mempunyai autoriti dlm bidang kepakaran masing-masing.

4) Kepemimpinan Teragih: Brown, Boyle & Boyle (1989), menyatakan melalui kolaborasi & amalan rakan sekerja, mrk memperoleh manfaat drpd sokongan & kepelbagaian kepakaran rakan sekerja.

Perkongsian visi & misi merupakan asas kpd hasil keputusan bersama yg meningkatkan keberkesanan pelaksanaan tugas.

You might also like