You are on page 1of 2

REFLEKSI

Guru dan Cabaran Semasa ( EDU 3109 ) adalah salah satu kursus yang amat penting bagi saya untuk semester ini. Ini kerana kursus ini memberi pendedahan kepada saya mengenai cabaran-cabaran yang dihadapi guru-guru sekolah di negara kita. Kebanyakan guru pelatih kurang diberi pendedahan mengenai pengajaran e-learning, cabaran guru dalam pelaksanaan e-learning, pendekatan yang menarik dalam pengajaran dan pembelajaran e-learning di dalam kelas, kelebihan dan kelemahan pendekatan elearning dan pelbagai lagi. Saya sendiri hanya mendapat info pendekatan ini melalui pengalaman praktikum dan internship di sekolah. Namun, apabila mempelajari kursus ini, saya memperolehi banyak info secara fakta dan terperinci. Apabila melihat semula pembentangan rakan-rakan dan syarahan yang dikongsi oleh pensyarah sepanjang kuliah, sudah cukup menggambarkan bahawa pembelajaran yang interaktif dan efektif bukanlah hanya mengajar secara komunikasi lisan sahaja. Malahan terdapat beberapa alternatif dan kaedah yang boleh diaplikasikan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknologi maklumat terkini. Saya ingin memberi pujian kepada pensyarah saya iaitu Dr. Hilmi Ahmad bin Shaghir kerana sudi berkongsi pengalaman dan ilmu beliau mengenai cabaran yang sering dihadapi oleh guru dewasa ini kepada kami. Ianya merupakan pendedahan yang sangat berguna dan bermakna sebelum kami menamatkan pengajian tidak lama lagi. Kesannya kami dapat membuat persediaan terhadap cabaran yang bakal dihadapi oleh kami selepas tamatnya pengajian. Setelah belajar dan mengkaji tajuk tajuk dalam kursus ini, ianya telah membuka mata saya kepada cabaran dalam kerjaya kita sebagai seorang guru. Jika berbekalkan hanya pengalaman daripada Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ), Praktikum dan Internship semata mata, saya tidak dapat melihat cabaran yang dihadapi guru dengan secara realiti. Guru sering menghadapi masalah dalam penggunaan bahan bantu mengajar yang intreraktif di dalam kelas akibat kurang pendedahan terhadap teknologi maklumat dalam pengajaran. Oleh itu, melalui pembacaan yang mendalam dalam kerja kursus ini dapat meningkatkan pengetahuan mengenai ciri-ciri pendekatan yang sesuai untuk diaplikasikan. Selain itu, kursus ini memberi motivasi kepada saya untuk terus berkembang dan mengumpul seberapa pengalaman yang boleh walaupun belum memulakan kerjaya. Apa tidaknya saya berasa semangat dan tidak sabar untuk menamatkan pengajian dan menerima ucapan Selamat Pagi Cikgu daripada murid murid. Selain memberi motivasi MUHAMMAD SHAFIQ BIN GHAZALI 900605-04-5329 PISMP SEMESTER 8 AMBILAN JANUARI 2010 RBT/ PJ / BI KUMPULAN 4

untuk terus berkembang, kursus ini dapat memberi motivasi kepada saya untuk mengharungi pahit getir bekerja sebagai guru. Hal ini kerana apabila saya menghadapi stress dan burnout ketika bekerja, saya sedar perjalanan saya masih jauh dan dugaan yang saya terima amat kecil berbanding guru mahir dan guru pakar yang telah berjaya. Secara tidak langsung, saya akan bangun daripada masalah yang mengganggu perjalanan kerjaya saya. Bagi saya, Bahagian Pendidikan Guru telah menyediakan kursus ini sebagai persediaan kepada bakal guru untuk menempuh cabaran luar biasa di masa akan datang. Memetik kata kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud, "Guru bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem pendidikan negara dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang intelek, berdaya saing, berjati diri kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat," ( Utusan Malaysia, 14 Mei 2013 ) telah menunjukkan bakal guru berhadapan dengan cabaran yang sangat mencabar. Guru perlu berhadapan dengan murid yang kadangkala lebih bijak daripada guru dalam penggunaan teknologi ketika ini, oleh itu, guru sentiasa perlu bersedia dengan keadaan seperti itu. Tambahan lagi, kursus ini berjaya memberi hala tuju yang jelas kepada bakal guru seperti saya. Guru perlu menolak persepsi sempit yang mengatakan guru hanya mengajar dan status serta gaji tidak akan berkembang. Kerajaan telah membuat pelbagai dasar untuk membantu dan memberi kebajikan kepada guru berdasarkan kata kata Ketua Pengarah Pelajaran "Keprihatinan ini disalurkan menerusi pelbagai usaha seperti menubuhkan jawatankuasa mengkaji beban tugas guru, cadangan wujudkan jawatan pembantu guru, menambah baik infrastruktur sekolah, menyediakan peluang melanjutkan pelajaran dan menambah kuota pengetua serta guru cemerlang sehingga peringkat JUSA C " pada Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2013. Secara kesimpulannya, kursus ini memberi kesan positif kepada bakal guru seperti saya bahkan kepada guru lama yang tidak mengetahui mengenai penggunaan persembahan Power Point dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Walaupun semua informasi mengenai penggunaan medium elektronik dalam pembelajaran dewasa ini sudah diketahui umum tetapi bagi saya masih banyak yang perlu dipelajari lagi. Saya mestilah peka dengan dasar pihak kerajaan untuk memahirkan diri dengan pelbagai teknik pembelajaran menggunakan teknolgi terbaru supaya pelajaran mereka lebih senang, menarik perhatian, interaktif dan mudah difahami oleh pelajar. Bak kata orang tua-tua "usaha tangga kejayaan" memberikan kita satu peringatan bahawa kejayaan dalam apa jua bidang memerlukan usaha yang gigih untuk mendapatkannya. MUHAMMAD SHAFIQ BIN GHAZALI 900605-04-5329 PISMP SEMESTER 8 AMBILAN JANUARI 2010 RBT/ PJ / BI KUMPULAN 4

You might also like