You are on page 1of 20

DISEDIAKAN OLEH:

1. Sediakan sebuah petikan yang berorientasikan isu atau persoalan yang sudah dikenal pasti. ( Bahasa, Budaya, Bangsa, Teknologi Maklumat dan komunikasi, Teknologi Nano, Media, Teknologi Nuklear, Teknologi Laser, Jenayah, Alam Sekitar, Pendidikan, Sukan, Semangat Patriotik, Penjajahan Minda, Kesihatan ) 2. Isu boleh dipetik dan diubah suai dari surat khabar, majalah dan internet ( Sertakan senarai rujukan atau lampiran yang berkaitan) 3. Kepanjangan petikan tidak kurang daripada 500 1000 patah perkataan atau 2 hingga 4 halaman ( dalam bentuk kertas A 4 ) 4. Tugasan ini berbentuk individu ( Sila tulis nama, no. matriks, kumpulan & tarikh hantar ) disebelah atas penjuru kanan tugasan anda ) 5. Tarikh hantar selewat-lewatnya 31 JANUARI 2008 (KHAMIS) sebelum pukul 4.00 petang.

Kefahaman merupakan keupayaan atau kemampuan

seseorang akan sesuatu perkara, isu atau persoalan yang diketahui, dipelajari atau difahami sama ada secara lisan (verbal) atau penulisan.

Kefahaman melibatkan pengetahuan dalam fikiran

seseorang yang dapat melahirkan sesuatu reaksi atau maklum balas sama ada bersetuju / menyokong atau membangkang / menolak dengan penuh yakin dan dapat menyatakan pandangan dan membuat penaakulan berkaitan sesuatu isu atau persoalan yang diperkatakan oleh seseorang pengarang.

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN

PEPERIKSAAN KEFAHAMAN BAHASA MALAYSIA IV Baca petikan berikut dengan teliti dan jawab semua Soalan di atas kertas jawapan yang disediakan

MAKHLUK BARU ABAD KE-21


Kita hari ini sering kagum melihat kemajuan luar biasa yang dicapai oleh manusia dalam bidang sains dan perubatan, teknologi komunikasi, dan dalam pelbagai bidang lain. Manusia boleh diterbangkan ke bulan, mesin-mesin terbang yang canggih dapat meninggalkan bumi beratus-ratus ribu kilometer jauhnya, merayau-rayau di angkasa lepas, di alam maya, mengelilingi bintang Maret dan Jupiter, untuk meninjau rahsia apakah yang ada di kawasan indera kayangan itu, entahkan ada makhluk di situ untuk dijadikan bahan kajian ahli sains, entahkah ada sumber tenaga di sana yang lebih baik daripada yang terdapat di dunia selama ini untuk dipergunakan oleh manusia bagi mengatasi kemungkinan kehabisan sumber tenaga dan kekayaan di muka bumi, entahkan ada tempat di situ yang dapat digunakan sebagai kawasan strategik tentera kuasa besar untuk melancarkan perang Star Wars. Kita juga kagum melihat kemajuan yang dicapai oleh manusia dalam bidang perubatan. Hati manusia yang sihat boleh dipotong sebahagiannya (tidak perlu seluruhnya) untuk dipindahkan ke dalam badan kanak-kanak yang rosak hatinya. Urat daripada betis manusia dapat dicabut untuk menggantikan urat atau saluran darah yang tersekat di kawasan dada manusia.

Ilmu perubatan kejuruteraan ini sudah sampai ke tahap yang lebih tinggi. Baka (atau gene / DNA) manusia dikatakan boleh dibega-bega menurut pilihan manusia seperti orang menyolek fesyen muka di klinik pakar solek wajah. Kalau ibu bapa mahu anaknya yang bakal lahir berwajah cantik seperti bintang Hollywood pujaan mereka, ilmu kejuruteraan genetik dikatakan dapat menciptakan rupa seperti itu. Baka kambing dan baka kerbau boleh dicantumkan untuk melahirkan sejenis haiwan/binatang baru yang barangkali bolah disebut kambau, kambing pun bukan, kerbau pun bukan. Suatu hari nanti gene manusia mungkin boleh dicantumkan, diadun-adunkan, dengan gene atau baka manusia untuk melahirkan makhluk baru yang boleh diberi nama manusia kuda yang tangkas, tahan lasak, dan bertenaga luar biasa dan boleh berfikir seperti manusia. Kejuruteraan genetik ini khabarnya dapat juga mengubah umur biologi manusia. Orang yang berumur 60 tahun boleh dimudakan sehingga menjadi 40 tahun dari segi kesihatan, semangat, tenaga, dan wajahnya. Tidak payah makan jamu awet muda, tidak perlu pakai susuk. Bukan dalam bidang sains, perubatan, dan teknologi sahaja manusia telah mencapai kemajuan yang luar biasa itu. Dalam bidang wacana akliah misalnya, tamadun dunia telah melahirkan ratusan pemikir dan ahli falsafah yang dikagumi sejak lebih 2500 tahun dahulu. Mereka memperlihatkan kegeligaan otak berfikir tentang berbagai-bagai masalah manusia dan tentang rahsia alam ini, baik alam nyata mahu pun alam ghaib, tentang soal wujud, Tuhan, roh, moral, hak manusia, minda dan otak manusia perbahasan mereka selalunya tidak pernah selesai dan sering kali begitu sukar, begitu kompleks dan begitu kabur sehingga tidak banyak orang yang tertarik untuk membaca karangan mereka. Namun mereka tetap disanjung sebagai manusia pintar, manusia geliga, walaupun mereka tidak dapat menyelesaikan masalah biasa manusia.

Tetapi inikah yang kita sebut kemajuan? Betapa maju sekali pun ilmu manusia dalam abad ke-20 ini moral manusia itu sendiri tidak berubah, tidak maju. Sementara manusia pandai menyelamatkan beberapa nyawa melalui pembedahan pemindahan organ manusia setiap hari ribuan manusia dan kanakkanak mati kerana penyakit biasa, kerana kebuluran, kerana peperangan antara kaum, peperangan antara etnik, peperangan yang dicetuskan oleh ideologi yang berbeza, oleh agama yang berbeza. Mengapa manusia (yang dimaksudkan manusia di Amerika Syarikat khususnya) mesti berbelanjakan wang berbillion dolar untuk mengkaji rahsia bintang di langit, merancangkan projek Star wars, dan membuat peluru berpandu dan mesin perang yang semakin hari semakin dahsyat kuasa pemusnahnya sedangkan di Amerika sendiri banyak masalah sosial, jenayah, moral dan kemiskinan yang tidak dapat diselesaikan dan di seluruh dunia masalah yang sama semakin meruncing. Manusia abad ke-21 ini pandai berperang tetapi tidak pandai berdamai. Beranilah saya berkata bahawa ilmu dan budaya perang ini dikembangkan di Barat kerana sejarah mereka sejak zaman dahulu kala lagi dicirikan oleh pelbagai peristiwa peperangan, baik peperangan antara orang putih dengan orang putih yang berbeza bangsa atau kerakyatan atau antara kuasa barat dengan bangsa-bangsa lain di luar kawasan Eropah, iaitu melalui penjajahan di Amerika Latin, di Afrika dan di Asia atau melalui perang ideologi yang dilakukan di- kawasan orang lain.

Hari ini budaya dan moral manusia bukan bertambah maju selari dengan kemajuan sains dan akal manusia bahkan semakin menjadi punca berlakunya berbagai-bagai krisis dan huru-hara. Maka teringatlah saya akan kata-kata Eienstein, manusia yang dianggap geliga otaknya. Beliau berkata, di dunia ini segala-galanya sudah berubah kecuali manusia. Contohnya, teknologi senjata semakin lama semakin canggih supaya kuasanya untuk membunuh dengan banyak sekali gus dan melakukan pemusnahan yang lebih dahsyat dan dipertingkat. Ini namanya perubahan. Yang tidak berubah ialah budaya manusia yang menciptakan teknologi senjata itu; budaya benci, budaya pemusnah, budaya ganas. Saya berasa seram memikirkan apakah yang berlaku di dunia ini dan pada anak cucu kita dalam abad ke-21 nanti atau dalam alaf mendatang sekiranya budaya dan moral manusia terus dimusnahkan oleh sains, mesin, dan teknologi, atau jikalau baka manusia dibentuk , melalui sains kejuruteraan genetik, untuk menjadi makhluk baru yang tidak mempunyai kepekaan budaya, perasaan, dan fitrah lagi. Bayangkan bagaimanakah rupanya kelakuan manusia masa depan jikalau segala organ yang ada di dalam badannya tidak lagi yang asli (ciptaan Tuhan) tetapi yang dibuat oleh jurutera organ manusia dan dijual beli di klinik barang ganti alat manusia. Barangkali manusia atau makhluk baru tidak akan mempercayai adanya yang lebih besar, lebih maha bijaksana, daripadanya. Apabila manusia tidak percaya kepada balasan akhirat orang tidak berasa bersalah dan berdosa membunuh manusia yang mereka benci.

Kuasa akan menjadi alat utama manusia untuk melakukan keganasan dan penjajahan. Tata cara dunia ala Darwin siapa kuat dialah yang menang dan kekalakan menentukan nasib manusia dan negara-bangsa abad akan datang. Teori Malthus bahawa penduduk yang terlalu banyak mesti dimusnahkan melalui peperangan dan boleh jadi juga melalui wabak penyakit yang virusnya disemburkan daripada jet pejuang kuasa besar ke kawasan penduduk dunia yang dibenci, boleh berlaku dalam abad ke-21 kerana pada zaman itu nanti manusia tidak berbudaya lagi, tidak berhati perut.
(Dipetik dan disesuaikan daripada Dewan Masyarakat, Jun 1999)

B B 1

BAHAGIAN A Berikan makna rangkai kata yang diberikan di bawah 1. 4. indera kayangan bidang wacana akliah 2. 5. kawasan strategik perang ideologi 3.

( 20 MARKAH )

boleh dibega -bega

BAHAGIAN B 1. 2. 3. 4. 1. 2. 3. 4. 1. 2.

( 30 MARKAH )

Mengapakah penulis berasa begitu kagum dengan kemajuan yang dicapai oleh manusia? Apakah yang dimaksudkan dengan " di dunia ini segala-galanya sudah berubah kecuali manusia""? Jelaskan Pada pandangan anda, Apakah rupa bentuk budaya dan moral manusia pada masa akan datang dan bagaimanakah cara-cara yang sebaik mungkin dapat disarankan dan dilaksanakan dengan jayanya.

3.

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN

PEPERIKSAAN KEFAHAMAN LKM 400 BAHASA MALAYSIA IV Semester Kedua, Sidang Akademik 2005/2006 Arahan : Baca petikan berikut dengan teliti dan jawab soalan di atas kertas jawapan yang disediakan. Barah Payu Dara SEGALANYA bermula dengan perasaan teruja untuk menikmati nasi ayam kampung di Kampung Baru. Ketika berada di situ, Prof Dr. Mazanah Muhamad mengambil keputusan ke hospital berhampiran untuk melakukan pemeriksaan mamogram. Itupun selepas puas didesak rakannya setelah seorang daripada teman sepejabat mereka disahkan menghidap barah payu dara. Kali terakhir saya menjalani pemeriksaan klinikal payu dara ialah 20 tahun sebelumnya. Waktu itu saya belum berkahwin dan masih menuntut di Amerika Syarikat (AS). Ketika pemeriksaan itu doktor mengesan satu ketulan di payu dara saya dan sudah pun menjalani pembedahan untuk membuangnya, katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Tanpa diduga, pemeriksaan kali kedua itu turut memberikan keputusan sama. Satu lagi benjol didapati pada payu dara kirinya. Namun, hasil keputusan negatif ujian biopsi melegakan apabila mendapati ketulan berkenaan benigna (tidak bersifat barah). Saya menjalani pembedahan untuk mengeluarkan ketulan itu tiga minggu kemudian. Selepas sedar daripada pembedahan saya dikejutkan dengan berita bahawa keseluruhan payu dara kiri sudah diserang barah,katanya. Wanita berusia 51 tahun itu berkata, penjelasan daripada doktor yang melakukan pembedahan mengenai berita yang mengejutkan itu mungkin ketika ujian biopsi dilakukan sel barah tidak ada dalam sampel, jadi ia tidak dapat dikesan. Doktor mengatakan saya perlu segera membuang keseluruhan payu dara kiri. Tuhan saja yang tahu perasaan saya. Kehilangan payu dara? Saya pernah berfikir, tidak mahu membuang payu dara dan meyakinkan diri bahawa tiada apa-apa akan berlaku. Bagaimanapun, selepas berfikir panjang, saya terpaksa akur dengan keadaan yang dihadapi, katanya yang juga pensyarah di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Pada usia 45 tahun, beliau menjalani pembedahan membuang payu dara kirinya, diikuti dengan kemoterapi dan radioterapi. Rawatan kemoterapi dilakukan enam kali, manakala radioterapi 25 kali. Malah, beliau berkata, seperti kebanyakan wanita yang pernah menjalani rawatan berkenaan, beliau turut mengalami kesan sampingan akibat kemoterapi dan radioterapi, tetapi berkat pembacaannya beliau berjaya menghadapinya. Semua kesan sampingan yang lazim dialami ketika rawatan seperti loya, muntah, lesu, dan mulut pecah berjaya saya atasi dengan mengamalkan panduan daripada bahan bacaan. Bahan ini saya peroleh daripada seorang kawan iaitu Dr Rosemary Caffarella, katanya. Prof Mazanah berkata, di Malaysia pada ketika itu tiada bahan bacaan lengkap mengenai barah payu dara dan buku terbitan American Cancer Society berkenaan dikongsi bersama beberapa orang teman seperjuangan ketika menjalani rawatan. Sedih bila kebanyakan mereka tidak faham kerana buku itu dalam bahasa Inggeris. Tambahan lagi bahasa perubatan agak sukar diterima bagi individu berpendidikan sederhana, kata wanita tabah itu.
Justeru, timbul kesedaran untuknya membantu insan yang memerlukan. Sebaik habis rawatan dan disahkan sembuh, beliau mengambil keputusan ke AS menguruskan perjanjian bagi mendapatkan hak penterjemahan daripada American Cancer Society. Sejak itu, beliau tidak berpaling lagi dan mengambil keputusan menubuhkan Projek Pendidikan Barah Payudara Malaysia (CaEd). Projek hasil kerjasama UPM dan Universiti Cornell itu merangkumi penterjemahan buku panduan bagi penghidap barah dan keluarga, kajian terbaru serta aktiviti sokongan lain. Selain itu, CaEd juga bakal mengadakan Persidangan Antarabangsa Pendidikan Kanser Payudara 2006 bermula 30 Jun hingga 2 Julai ini dengan tema Suara Pemegang Amanah. Tema berkenaan dipilih kerana selain menyampaikan ilmu yang ada, penganjur juga ingin mendengar suara semua pihak yang terbabit dalam isu barah payu dara. Persidangan berkenaan diharap dapat memberi kesedaran kepada wanita mengenai barah payu dara yang menyerang sesiapa saja tanpa mengira latar belakang dan kedudukan. Malah, beliau sedih kerana sehingga hari ini, wanita didapati masih kurang kesedaran terhadap diri sendiri, khususnya membabitkan kesihatan.

Sehingga 2003, statistik Majlis Kanser Kebangsaan memperincikan satu daripada 20 wanita Malaysia dikesan menghidap penyakit berkenaan. Peratusan mengikut kaum pula menunjukkan kaum Cina mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 59.7 peratus daripada 100,000 orang, diikuti 55.8 peratus India dan 33.9 peratus Melayu. Walaupun orang Cina paling ramai dikesan menghidap penyakit ini, jumlah kematian dalam kalangan mereka rendah kerana mereka berikhtiar mencari penawar termasuk menjalani rawatan segera, katanya. Baginya yang kini disahkan sudah lima tahun bebas barah payu dara, Qada dan Qadar ditentukan Tuhan, namun usaha dan ikhtiar di tangan manusia. Justeru, mengapa rekod kematian akibat barah payu dara tertinggi dicatat oleh wanita Melayu yang sudah tentunya orang Islam? Ada dua cabang pemikiran bagi kenyataan ini, sama ada positif atau negatif. Menerima saja ketentuan Ilahi tanpa berusaha atau terus berputus asa atau mahu berusaha, tetapi malu membuka pekung di dada atau sudah tamat ikhtiar, tetapi Tuhan lebih menyayangi hamba-Nya? Yang mana satu golongan anda hampiri? Yang lebih menyedihkan Prof Mazanah, ramai rakan seperjuangan yang dikenalinya hilang ketika tempoh rawatan kerana ingin mendapatkan perkhidmatan bomoh. Bukan tidak boleh mencuba perubatan alternatif, tetapi mengapa sampai bergadai nyawa dan meninggalkan perubatan moden yang juga boleh membantu? Oleh itu, saya menyeru wanita Melayu datang ke persidangan ini supaya kita sama-sama mendapat manfaat daripadanya, katanya.
Dipetik dan disesuaikan daripada: Disediakan dan disemak oleh: M. Shahrul Imran Lim Abdullah @ MSIA

Soalan : ( Jawapan anda mestilah antara 100 hingga 120 patah perkataan )

Kesedaran dan kefahaman tentang bahayanya penyakit barah payu dara dikatakan masih rendah di negara kita yang sememangnya perlu diberi pendedahan yang sewajarnya. Berikan pendapat anda.

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA


PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN

PEPERIKSAAN KEFAHAMAN LKM 400 -BAHASA MALAYSIA IV Semester Kedua, Sidang Akademik 2005/2006 Arahan : Baca petikan berikut dengan teliti dan jawab soalan di atas kertas jawapan yang disediakan.

Perpustakaan Digital Dunia


Dalam ucapannya di Universiti Georgetown Amerika Syarikat, James Billington, Ketua Pustakawan Library Of Congress di Amerika Syarikat (AS), Perpustakaan terbesar di dunia telah mencadangkan penubuhan sebuah perpustakan digital dunia. Beliau melihat banyak manfaat yang besar dalam usaha ini. Perpustakaan itu kelak akan menjadi sumber rujukan terpenting dan pengumpulan bahan paling utama. Matlamatnya ialah untuk menjadi jambatan bagi dialog dan peradaban dan pemahaman sesama manusia.

Beliau membayangkan ruang virtual berteras Internet yang terkandung di dalamnya pelbagai bahan bertulis, imej, ucapan, filem, penghasilan ilmu, apa saja daripada pelbagai kebudayaan, agama dan tradisi. Yang terkumpul kelak ialah warisan ilmu dari segenap pelosok dunia yang boleh diakses melalui internet secara percuma. Bagi Billington, perpustakaan ini akan menjadi sumber rujukan terbesar yang menghubungkan AS dengan kekayaan budaya Cina dari Timur Asia, India dari Selatan Asia, dan Islam yang melampaui wilayah dari Asia Barat, Afrika hingga Asia Tenggara. Koleksi ilmu ini akan memperlihatkan kepelbagaian kebudayaan yang luar biasa. Projek ini sebenarnya projek yang hidup (work in progress) yang tidak ada titik henti selagi tamadun terbina dan tradisi keilmuan manusia berterusan.

Perpustakaan digital ini akan menjadi bukti sejarah kegemilangan dan ketamadunan manusia. Di tengah rasa kebencian, kecurigaan dan ektremisme, perpustakaan sedemikian akan membantu merapatkan manusia dan memungkinkan toleransi di antara agama yang lebih tinggi. Bagi saya, cadangan ini banyak kebaikannya. Malah perlu disokong. Billington mencadangkan pembabitan wilayah-wilayah terbabit dalam proses pembinaannya. Unesco, misalnya boleh mengambil inisiatif bagi memulakan projek ini. Pada masa ini pun banyak perpustakaan dunia yang mulai mendigitalkan koleksi mereka. Perpustakaan digital atau maya ini menjadi keperluan mendesak mengambil kira ruang yang semakin terbatas dan tabiat membaca yang semakin bertukar. Tabiat membaca dalam kalangan generasi muda hari ini harus juga difahami. Banyak pendidik dan pustakawan gelisah kerana perpustakaan semakin kurang dijejaki pelajar dan generasi muda. Ini bukan bermakna mereka tidak mencari bahan atau membuat rujukan. Revolusi teknologi maklumat telah mengubah bukan saja cara manusia berkomunikasi, berinteraksi, berurus niaga malah membaca dan membuat rujukan. Kita harus ingat telah lahir satu generasi yang hanya memahami satu bahasa sahaja bahasa internet. Mereka mulai menjadi tidak selesa dengan buku dalam bentuk yang tradisional. Lagipun bagi mereka bahan bacaan bukan datang dari buku teks sahaja. Rujukan bukan hanya terdapat di perpustakaan. Di dalam internet, yang perlu hanya hujung jari untuk menimba sebanyak mungkin ilmu dan maklumat. Banyak orang yang mencurigai internet kerana pelbagai musibah di dalamnya. Memang internet boleh menjadi laluan segala macam keburukan dan kejahatan. Seperti sebanyak mana bahan berguna sebanyak itulah sampah sarap yang merosakkan terdapat di dalamnya. Kita boleh menggunakan hujah yang sama pada TV dan ciptaan moden yang lain untuk membincangkan aspek positif dan negatifnya Dalam satu kajian yang dilakukan sebuah universiti di United Kingdom (UK) tidak lama dulu mendapati lebih 65 peratus pelajar dari 20 buah universiti utama yang ditinjau berpendapat perpustakaan dalam bentuk fizikal tidak relevan lagi masa ini. Malah daripada bilangan itu, 55 peratus mendakwa tidak lagi menjejakkan kaki ke perpustakaan untuk membuat rujukan. Lebih 90 peratus mendakwa mereka menggunakan internet untuk rujukan dan hanya 27 peratus yang secara aktif masih menggunakan perpustakaan sebagai sumber rujukan utama.

Beberapa buah syarikat carian internet seperti Google dan Amazon.com mulai mencari kaedah untuk memanfaatkan kecenderungan generasi baru ini. Juga sarjana dan ilmuwan yang celik komputer. Apa perlunya membaca (atau membeli) sebuah buku setebal 1,200 halaman semata-mata untuk merujuk sesuatu petikan atau mengesahkan satu fakta? Syarikat carian ini menawarkan bab, data, petikan malah frasa dalam mana-mana buku yang dirujuk oleh pengkaji. Pengkaji akan hanya memerlukan masa kurang satu minit dan menyelamatkan masa berjalan ke perpustakaan. Hari ini pun internet memberikan ruang luar biasa bagi proses pendemokrasian ilmu ini. Memang secara idealnya kita perlu membaca buku atau bahan lainnya. Tetapi manusia moden tidak punya masa sebanyak itu. Hari ini purata waktu membaca semakin berkurang. Waktu membaca bersaing dengan waktu menonton, melayari internet, bermain komputer dan macam-macam lagi. Tetapi itu tidak bermakna buku dalam bentuk tradisionalnya akan pupus dalam masa terdekat. Pada tahun 50-an apabila TV mula menampakkan kesannya, banyak yang meramalkan bahawa industri buku akan pupus. Malah hal yang sebaliknya berlaku. Purata judul bagi sejuta penghuni planet ini menjadi 100 buah dan angka ini bertambah menjadi 167 pada tahun 2000. Sayugia diingat bilangan penduduk dunia bertambah dari 2.5 bilion pada 1950-an menjadi enam bilion tahun 2000. Malah jikalau dilihat dari segi jumlah buku diterbitkan di dunia, peningkatannya semakin dramatik. Apabila mesin cetak Gutenberg muncul dan memungkinkan percetakan massa, hanya kira-kira 500 judul buku terbit dalam abad ke-15 itu. Seratus tahun kemudian, jumlahnya menjadi 2,300 judul baru. Pada 1750, angka itu menjadi 11,000 judul dan pada tahun 1850, mencecah 50,000 judul baru. Pada 2000, sejuta judul buku baru terbit di dunia. Secara mudah sebuah buku lahir setiap 30 saat di mana-mana di dunia. Sekiranya anda membaca sebuah buku sehari, ada lebih 4,000 buku lagi yang perlu anda baca. Sejak tahun 1450, lebih 50 juta judul buku diterbitkan. Sekiranya setiap buku secara purata tebalnya dua sentimeter dan 2000 naskhah buku dicetak bagi setiap judul, kita memerlukan rak sepanjang 24,000 kilometer untuk memuatkan semua buku yang pernah diterbitkan oleh manusia. Bayangkan logistik mengumpulkan buku sebanyak ini. Bayangkan sukarnya kita membuat rujukan atau semakan. Tidakkah mudah nanti, dengan hanya klik di web carian, kita boleh mendapat semua maklumat yang kita perlukan dalam masa kurang satu minit dalam mana-mana buku yang pernah terbit di dunia.

Carian melalui laman carian telah memungkinkan maklumat datang bagai tsunami. Proses itu boleh dipanjangkan pada khazanah ilmu yang lain. Mungkin ini caranya untuk memanjangkan ilmu pada generasi muda. Kita tidak boleh mengeluh kerana tabiat baru mereka. Mereka generasi internet yang kita cipta. Kita harus menerima tsunami baru yang namanya internet itu. Saya melihat potensi lain pada perpustakaan digital ini. Saya melihat kemungkinan mewujudkan perpustakaan digital untuk sejarah dan tamadun orang Melayu. Bayangkan semua maklumat, bahan, dokumen, karya sastera, penghasilan seni dan budaya Melayu yang dapat diakses oleh dunia. Mungkin Pusat Dokumentasi Melayu di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) harus memula langkah ke arah itu. Atau mungkin kerjasama dengan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia boleh dijadikan titik tolak bagi mewujudkan perpustakaan digital Alam Melayu. ATMA sudah menunjukkan jalannya. Mungkin jalinan kerjasama DBP, ATMA dan perpustakaan serta pusat sumber alam Melayu lainnya boleh memungkinkan Perpustakaan Digital Alam Melayu yang sehebat cadangan Billington untuk sebuah Perpustakaan Digital Dunia. Dipetik dan disesuaikan dari: Di luar lingkaran bersama Johan Jaafar, Berita Minggu 19 Mac 2006 Disediakan dan disemak oleh: Mohd Shahrul Imran Lim Abdullah @ MSIA

Soalan : ( Jawapan anda mestilah antara 100 hingga 120 patah perkataan )

Kewujudan perpustakaan digital dikatakan akan dapat meningkatkan budaya ilmu dan ketamadunan bangsa seiring dengan era perkembangan dan kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi masa kini.
Nyatakan pandangan anda berdasarkan penyataan di atas ?

1. Anda sebaik-baiknya membaca sebanyak 2 kali petikan yang diberikan. Bacan Pertama Mengenali dan mengetahui isu dan persoalan Bacaan Kedua - Mencari kehendak soalan dan isi untuk menjawab 2. Rancang penulisan anda Perenggan 1 - Pengenalan dan takrifan tajuk Perenggan 2 2 & 3 isi utama dengan huraian dan hujah, Perenggan 3 - Penutup atau rumusan

3. Kepanjangan jawapan anda lebih kurang 100 hingga 120 patah perkataan
4. Peruntukkan masa untuk menjawab soalan kefahaman 45 minit Masa membaca petikan kefahaman 15 minit Masa menjawab soalan dan semakan -- 30 minit 5. Pemarkahan berdasarkan ketepatan isi, huraian, gaya bahasa, organisasi, idea bernas dan jitu dalam penghujahan.

ILMU: Sudahkah Anda Menguji Kelajuan Membaca?


Oleh: Ruslan Abdul Rahman Tahukah anda, Kim Peek yang berasal dari Korea dan dilahirkan pada tahun 1951 boleh membaca dua muka surat sekaligus (satu mata untuk satu muka surat) dan mampu mengingat fakta dari lebih 7,600 buku yang telah dibacanya sejak berusia tiga tahun? Juga seorang bernama Anne Jones mampu membaca 2,284 perkataan seminit dengan kefahaman 56.3 peratus daripada apa yang dibaca, sekaligus menjadi johan Speed Reading World Championships, UK 2003. Justeru dalam usaha untuk meningkatkan amalan budaya ilmu dan membaca, khususnya di kalangan pentadbir, Kerajaan Terengganu menganjurkan kursus Power Reading dengan pendekatan Speed Reading kepada pegawai-pegawai kanan dan dihadiri sendiri Menteri Besar, Dato Seri Idris Jusoh sebagai peserta. Kursus tiga jam yang diadakan di Wisma Darul Iman semalam (8 Oktober), dikendalikan Ungku Azlan Shah Ungku Chulan dari agensi Thinking Technologies, sebuah syarikat terkenal dalam bidang pengendalian kursus berkenaan. Antara lain para peserta kursus diperkenalkan dengan teknik dan pembinaan kemahiran membaca laju dan cara-cara mengatasi halangan membaca laju. Teknik-teknik berkenaan termasuk kawalan mata untuk menumpukan pandangan mata di tengah buku dan melihat di kiri kanan titik tengah tanpa menggerakkan mata ke kiri dan kanan. Juga teknik menetapkan rentak dan membaca secara blok dan pergerakan tangan (jari) sebagai bantuan melajukan pembacaan. Bagi mengatasi halangan membaca laju, para peserta diperkenalkan dengan kaedah mengimbas (preview), termasuk memeriksa apa yang terkandung pada kulit buku, melihat pengenalan, tajuk dan membuat kesimpulan. Seterusnya peserta dilatih serta diuji dengan keupayaan kelajuan membaca perkataan per minit, di mana pakar berkaitan mengatakan kelajuan maksimum boleh dicapai oleh kebanyakan orang ialah 900 perkataan seminit. Bagaimanapun, para peserta yang mengikuti kursus peringkat awal ini secara keseluruhannya mampu membaca dengan kelajuan antara 300 hingga 400 perkataan sahaja seminit dan terdapat seorang peserta yang berjaya membaca laju dengan kadar 500 perkataan seminit. Beberapa murid sekolah menengah dan rendah yang mengikuti program sebelum ini turut dijemput untuk menunjukkan kemahiran membaca laju kepada para peserta kursus. Di akhir kursus, Menteri Besar menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta kursus sekaligus membawa kesedaran baru terhadap amalan membaca dalam kalangan para pentadbir dan pegawai kanan agensi negeri dan Pusat.

1. Terlalu terikat/terikut-ikut dengan isu yang dikemukakan, Tidak fokus kepada kehendak soalan. 2. Tidak dapat mencari isi terpenting/idea utama dalam isu yang diperkatakan. Isi penting atau idea sampingan diketengahkan (sepatutnya menjadi sokongan atau huraian kepada kehendak soalan). 3. Peruntukan masa yang banyak untuk memahami teks. Pembahagian masa yang tidak seimbang.

4. Tidak menggunakan perkataan sendiri yang lebih padat, ringkas, berkesan dan tepat dengan kehendak soalan.

You might also like