Professional Documents
Culture Documents
OBJEKTIF
Memberi kesedaran kepada semua pihak. Mencegah lebih baik daripada merawat. Mencari jalan penyelesaian. Tanggungjawab semua pihak dalam masyarakat. Mengurangkan kes-kes pembuangan bayi
ZULL AZNAM (kanan) membawa mayat bayi perempuan yang dipercayai dibuang dua remaja di Sungai Berembang, Simpang Empat, Kangar semalam. KANGAR Dua remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan kerana disyaki membuang bayi yang baru dilahirkan oleh seorang pelajar perempuan sekolah agama yang juga rakan sebaya mereka ke dalam sungai di sini malam kelmarin. Bayi perempuan yang cukup sifat itu dicampak dua remaja terbabit dari sebuah titi ke dalam Sungai Berembang di Kampung Behor Rotan Pahit, Simpang Empat di sini kira-kira pukul 9.20 malam. Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Zull Aznam Harun berkata, dua suspek tersebut iaitu seorang sepupu serta teman lelaki kepada pelajar perempuan yang melahirkan bayi itu dan ketiga-tiga mereka bersekolah di tingkatan lima sebuah sekolah menengah agama di sini.
PASANGAN LELAKI
Sewaktu bercinta semuanya indah belaka sehingga si wanita sanggup menyerahkan segalanya untuk membuktikan kesetiaan dan cinta kepada pasangan mereka. Mereka mudah lemah kepada pujuk rayu kekasih hati yang kononnya berjanji mahu sehidup semati dengan mereka. Setelah si wanita hamil maka berlakulah konflik dalam kehidupan kerana si lelaki mahu melepaskan diri daripada tanggungjawab. Wanita yang hamil tersebut dipaksa untuk membuang atau menggugurkan bayi dalam kandungan demi menutup aib kerana mengandungkan anak luar nikah.
PENDIDIKAN AGAMA
Kesedaran agama di kalangan anggota masyarakat hari ini begitu memberangsangkan, tetapi semangat itu tidak menyeluruh dan hanya tertumpu kepada golongan-golongan tertentu sahaja. Tidak dapat dinafikan bahawa, apabila kurangnya didikan agama, maka rohani akan sakit, keinginan hidup bertuhan itu akan menjadi kosong. Apabila perasaan bertuhan tidak ada lagi di dalam diri, maka nafsu dengan panduan syaitan akan mengambil tempat. Maka, apa yang positif dipandang negatif, dan apa yang negatif dipandang positif boleh menjamin keseronokan
RUMAH PERLINDUNGAN
. Lebih banyak rumah perlindungan di lokasi yang berlainan. Ibu bapa boleh menghantar bayi mereka ke rumah perlindungan jika mereka tidak mampu menjaga anak mereka. Meraka tidak patut membuangkan bayi mereka ke kawasan pedalaman atau kawasan yang ditinggalkan kerana rumah perlindungan dapat menyediakan kemudahan yang baik dan keselamatan bagi anak mereka. Mengurangkan kes pembuangan bayi.
PENGUATKUASAAN UNDANGUNDANG
Mengetatkan undang-undang negara. Sesiapa yang melibatkan masalah tersebut patut dihukum. Contohnya adalah masuk penjara selama sepuluh tahun atau denda wang sebanyak sepuluh ribu ringgit atau kedua-dua hukuman sekali. Ibu bapa atau penjaga pesalah haruslah dikenakan hukuman kerana merekalah yang patut mendidik dan mengajar anak mereka supaya mereka tidak melakukan perkara yang tidak bermoral seperti membuang dan membunuh bayi.
PENUTUP
Kesimpulannya,setiap bayi yang dilahirkan mempunyai hak untuk hidup. bekerjasama bergabung tenaga bagi membanteras dan mencegah. Tindakan bersepadu Angkatan Relawan Rakyat (RELA), Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) dan Rukun Tetangga (RT) . Menanggani pergaulan bebas mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Masyarakat perlu sedar bahawa bayi ini merupakan Anugerah Allah.
RUJUKAN
(Dr Abdul Karim Zaidan, Usul Dakwah, Muassasah ar Risalah, cet pertama, 2010, hal. 289) (Sumber : Dr Majdi Hilali, Min Fiqhil Aulawiyat, cet. pertama Maktabah Darul Andalus, 2008 dan Dr Yusof al Qaradhawi, Fi Fiqhil Aulawiyat, cet. kelapan, Maktabah Wahbah, 2008) (sumber : Dr Mustafa Khin, Dr Mustafa Bugho dan Syeikh Ali Syarbaji, Fiqh Manhaji Ala Mazhabil Imam Syafie, cet. ke 8, Darul Qalam, 2007, jilid 3, ms 538) ( Dr Wahbah Zuhaili, at Tafsir al Munir, Fil Aqidah Wasy Syariah Wal Manhaj, cet. 9 Darul Fikr, jilid 4 ms 450-451). (Sumber : http://www.tokobakso.com/wpcontent/uploads/2012/03/rPuhh1.jpg) ( Sumber :http://en.wikipedia.org/wiki/Baby_hatch )