You are on page 1of 4

KERTAS KERJA LAWATAN KE KOMPLEKS WARGA EMAS DARUL HANNAN

PENDAHULUAN Kelas SPA 206 - Pembangunan Diri 2 dari Kolej XXXX bercadang untuk mengadakan Program Masih Ada Yang Sayang di Kompleks Warga Emas Darul Hanan, Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Program ini merupakan salah satu daripada kriteria pemarkahan bagi penilaian berterusan pelajar Kursus Bakeri dan Konfeksioneri yang mengambil modul ini pada sesi Januari 2011. Di dalam program ini, pelajar-pelajar diterapkan dengan kemahiran dan teknik komunikasi yang telah mereka pelajari di dalam kelas. Maklumat lawatan adalah seperti berikut: Tajuk Program Tarikh Tentatif Masa Tempat Bil Pelajar Bil Pensyarah Bil Markah : MASIH ADA YANG SAYANG : 21 Mei 2011 : 9.00 pagi hingga 1.00 tgh : Kompleks Darul Hannan, Tasek Gelugor, Pulau Pinang. : 43 orang : 2 orang : 20 markah

PENGENALAN Darul Hanan adalah sebuah institusi yang dibina khas bagi menempatkan sebilangan warga emas yang tinggal sebatang kara atau tiada waris yang sanggup mengambil tanggung jawab untuk menjaga mereka. Institusi ini adalah institusi milik kerajaan negeri yang berfungsi menjaga kebajikan rakyat negeri yang kehilangan tempat pergantungan. Bersesuaian dengan hasrat kerajaan memupuk sikap prihatin di kalangan rakyat dan sejajar dengan kempen semakin hari semakin sayang, institusi ini bangkit membantu golongan yang terpinggir dari institusi keluarga yang sempurna. Selain itu, institusi ini juga secara tidak langsung mengekalkan budaya hormat menghormati terutamanya kepada warga tua yang merupakan teras masyarakat di negara ini.

OBJEKTIF Di akhir program lawatan ini, pelajar dijangka dapat: 1. Mempraktikkan teknik Komunikasi Berkesan yang dipelajari di dalam kelas SPA206 Kelas Pembangunan Diri 2. Bekerjasama dalam satu pasukan untuk mengendalikan kerja-kerja dan pertandingan yang memerlukan team work yang sempurna. Mempraktikkan Komunikasi Interpesonal dalam suasana yang mencabar di mana kumpulan sasaran praktikal adalah warga emas yang terputus hubungan kasih sayang dengan keluarga masing-masing. Menerapkan rasa simpati, empati, kasih sayang dan keprihatinan kepada golongan kurang bernasib baik dan terpinggir. Menanam rasa syukur kepada Tuhan atas segala nikmat yang telah dikurniakan melalui pemerhatian terhadap golongan kurang bernasib baik. Melalui pengalaman menarik yang dijangka dapat memberikan banyak faedah kepada para pelajar.

2.

3.

4.

5.

6.

7. 8.

Mengembirakan golongan tua yang kesunyian dengan aktiviti yang menceriakan. Menyambung silaturrahim dengan nenek dan datuk angkat mereka pada masa akan datang.

ATURCARA PROGRAM

TARIKH

AKTIVITI 09.00 pagi Bertolak menaiki bas ke Komplek Darul Hanan, Tasek Gelugor, Sebarang Perai Utara, Pulau Pinang.

21 Mei 2011 (Sabtu)

09.30 tgh Ucapan dan taklimat dari Pihak Darul Hanan.

10.00 ptg Sesi perkenalan dengan datuk dan nenek angkat (berkumpulan).

10.30 mlm Sesi Pertandingan Permainan Tradisional antara kumpulan. 1. Permainan Musang Berjanggut (Lelaki & Wanita) 2. Pertandingan Anyam Ketupat (Wanita sahaja) 3. Pertandingan Dam Aji (Lelaki sahaja) 4. Pertandingan Carrom (Lelaki sahaja) 5. Pertandingan Karaoke Nasyid dan Lagu Nostalgia. (Lelaki dan Wanita)

12.00 tgh Kenduri bersama warga tua diselangi penyampaian hadiah kepada

pemenang.

1.00 tgh - Program tamat.

ANGGARAN PERBELANJAAN Berikut adalah anggaran peruntukan yang dipohon untuk membiayai pelajar di sepanjang program di Kompleks Darul Hannan, Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara.

BIL 1

ITEM MAKAN

HARGA/PELAJAR (RM) 16.00

BILANGAN 43

BIL HARI

JUMLAH

1 HARI 688.00 Jumlah Keseluruhan 688.00

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM MASIH ADA YANG SAYANG PENAUNG EN TTTT PENGARAH PENASIHAT Pn YYY SETIAUSAHA GGGG BENDAHARI NNNNN AJK JAMUAN LLLL (K) Kumpulan 1 AJK AKTIVITI AAAA(K) Kumpulan 2 AJK KEBAJIKAN UUUU(K) Kumpulan 3 AJK KEBERSIHAN MMMM(K) Kumpulan 4

AJK TUGAS-TUGAS KHAS HHHH(K) Kumpulan 5 PENGACARA MAJLIS UUUU

PENUTUP Adalah diharapkan agar pihak tuan sudi mempertimbangkan permohonan peruntukan kami ini. Peruntukan ini amat diperlukan oleh pihak kami dalam membantu menjayakan program pelajar di Kompleks Darul Hannan, Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Segala bantuan dari pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

Disediakan oleh:

(FFFFFFFFF) Penasihat Program Masih Ada Yang Sayang Kolej XXXXX Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia _______________________________________________________________________

You might also like