You are on page 1of 8

SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR BAHASA MALAYSIA (SET 1) Kertas 1 Masa : Lima puluh minit Arahan Am: Tiap-tiap

soalan diikuti tiga pilihan jawapan A, B, dan C atau empat pilihan jawapa n A, B, C, dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan itu, Soalan 1 hingga Soalan 17 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1. Bagaimana keadaan adik _____________ yang sakit itu, Sarah? Saya harap ____________ akan cepat sembuh, kata Cikgu Asri. A. kitakamu B. kamikalian C. kamudia D. merekabeliau Soalan 2 2. Wanita itu sedang tekun _________________ songket A. menenun B. menganyam C. menyulam D. mengait 3. Puan Lian ________________ berbual dengan jirannya sehingga tidak sedar bahawa anak kecilnya sedang menangis. A. lancar B. petah C. hebat D. rancak 4. Mayat mangsa kebakaran dibawa ke hospital untuk _______________ A. uji kaji B. bedah siasat C. kaji selidk D. tunjuk ajar

5. _________________ minggu lalu, saya sekeluarga bercuti _____________

Pulau Langkawi selama tiga hari. A. Didari B. Sejakke C. Padadi D. Darihingga 6. Mak Siti memerah pakaian yang basah itu _______________ menyidainya di ampaian. A. lalu B. sambil C. kerana D. malahan 7. _____________________ kejadian itu, hubungan Adi dan Radzi semakin renggang. A. Sambil B. Semenjak C. Sekiranya D. Sementara

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8. Puan Siti Haida berasa cemas apabila menyedari bahawa ada seorang lelaki sedang ____________________nya. A. menjejaki B. mengekori C. mengiringi D. menyaingi 9. _______________ tidak mahu mengalah sugguhpun kejadian itu telah lama berlaku.

A. Masing-masing B. Seluruh C. Sekalian D. Tiap-tiap

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10. Budak itu __________________ apabila kehendaknya tidak dituruti oleh ibunya. A. seragam B. beragam C. meragam D. meragamkan 11. Encik Musa dinasihati oleh ketuanya supaya tidak ____________________ antara urusan pejabat dengan masalah peribadinya. A. mengemaskinikan B. menyatupadukan C. mencampuradukkan D. menggabungjalinkan 12. Puan Saida membeli senaskhah majalah Wanita _______________ bulan Ogos. A. keluar B. keluaran

C. terkeluar D. pengeluaran 13. Anak kecil yang berumur satu tahun itu berjalan ______________ mendapatkan ibunya. A. terhincut-hincut B. terhuyung-hayang C. terbongkok-bongkok D. terkedek-kedek 14. Hazmi ___________________ membuka pintu rumah apabila terdengar namanya dipanggil orang. A. terikut-ikut B. tergesa-gesa C. terbawa-bawa D. terpinga-pinga 15.Atikah menulis dua ______________ pantun di atas se______________ kertas. A. B. C. D. untai..............lembar buah.............bidang patah............keping rangkap......helai

16. Ibu berpesan kepada ayah supaya membelikannya dua ______________ roti dan se ______________ sayur bayam. A. bukuikat B. bijibatang C. butirbentuk D. kepinghelai 17. Jangan percaya _________________ cakap orang yang lidah bercabang itu, kata Ayu kepada adiknya. A. awal-awal B. bulat-bulat C. cepat-cepat D. benar-benar

18. Penduduk kampung membantah cadangan pembinaan loji kumbahan najis di kampung itu. Perkataan seerti bagi membantah ialah A. menyerang

B. menghalau C. menentang D. memberontak 19. Masalah kewangan yang dihadapinya cukup merunsingkan fikirannya. Perkataan berlawan bagi merunsingkan ialah A. meyakinkan B. menyatakan C. menerangkan D. menenangkan Soalan 20 hingga Soalan 21 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 20. I Walaupun budak itu kecil, tetapi akalnya tajam. II Jalan menuju ke puncak bukit itu sangat tajam. III Orang buta biasanya mempunyai pendengaran yang tajam. IV Jari kakak luka kerana terkena mata pisau yang tajam itu.

A. I dan II sahaja B. I dan III sahaja C. I, II dan III sahaja D. I, III, dan IV sahaja 21. I. Pada minggu lepas, saya mengunjungi pameran buku di Kuala Lumpur. II. Lepas makan jangan lupa cuci pinggan, pesan ibu kepada kakak. III. Kapal terbang itu sudah lepas ke Pulau Pinang. IV. Abang saya merupakan graduan lepas Universiti Malaya. A. I dan II sahaja B. II dan III sahaja C. I, II, dan III sahaja D. I, III dan IV sahaja

22. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah. Persembahan dikir barat diadakan selepas persembahan drama. A. Apakah acara yang dipersembahkan? B. Mengapakah persembahan dikir barat diadakan? C. Bilakah persembahan dikir barat diadakan? D. Di manakah persembahan dikir barat diadakan?

23. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah. Apakah punca yang menyebabkan projek perumahan itu terbengkalai? A. Pihak pemaju akan disaman oleh para pembeli. B. Para pembeli mengadukan masalah itu kepada pihak berkuasa. C. Pihak pemaju gagal mengurus projek itu dengan baik. D. Projek perumahan itu akan disambung oleh pemaju yang lain.

Soalan 24 dan Soalan 25 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi. 24. Wah, besarnya! Sabri menjerit apabila melihat seekor ikan melompat di dalam tasik. A. Sabri melompat kegembiraan apabila ternampak seekor ikan yang besar di dalam tasik. B. Sabri gembira apabila ikan besar yang dijeritnya melompat di dalam tasik. C. Sabri berteriak kerana berasa kagum apabila melihat seekor ikan besar melompat di dalam tasik. D. Sabri terkejut apabila seekor ikan melompat di dalam sebuah tasik yang besar. 25. Affendi sudah membuat keputusan untuk tidak berharap pada sesiapa lagi. A. Affendi berharap agar dia tidak akan membuat keputusan untuk sesiapa lagi. B. Affendi telah mengambil keputusan untuk tidak bergantung kepada orang lain. C. Sesiapa yang telah membuat keputusan perlu berharap kepada Affendi. D. Keputusan yang dibuat oleh Affendi tidak mengharapkan sesiapa lagi.

Soalan 26 hingga Soalan 28 Pilih ayat yang betul. 26. A. Setengah orang tidak suka membaca akhbar. B. Kakak merajuk bila ditegur oleh ibu. C. Burung itu dikandang di dalam sangkar. D. Anggota polis sering meronda di kawasan itu.

27.

I Atlet itu telah dipilih sebagai peragawan negara. II Puan Yusni amat menyayangi anak tunggalnya itu. III Selimut yang kotor itu perlu direndam sebelum dicuci. IV Pak Dolah menebang lalang di belakang rumahnya semalam.

A. I dan IV sahaja B. II dan III sahaja C. III dan IV sahaja D. II, III, dan IV sahaja 28. I. Acara sukan itu berlangsung selama tiga setengah jam. II. Masa yang diperuntukkan kepada kami terlalu singkat. III. Sekolah di kawasan pendalaman itu masih banyak kekurangannya. IV. Pesta jualan murah itu diadakan selama sebulan. A. I dan II sahaja B. II dan III sahaja C. II dan IV sahaja D. I, IIII, dan IV sahaja 29. Kejayaan abang menggenggam segulung ijazah telah _________________ adik-adiknya untuk berjaya dalam pelajaran. A. tanda tanya B. berat mulut C. perang mulut D. membuka mata

30. Aina melakukan kerja yang diberi oleh gurunya sambil lewa sahaja dan tidak bersungguh-sungguh ibarat _______________. A.mencurahkan garam ke laut B.melepaskan batuk di tangga C.bertanam tebu di bibir D.menangguk di air keruh

Skema Jawapan 1. C 2. A 3. D 4. B 5. C 6. A 7. B 8. B 9. A 10.C 11.C 12.B 13.D 14.B 15.D 16.A 17.B 18.C 19.D 20.D 21.A 22.C 23.C 24.C 25.B 26.D 27.B 28.C 29.D 30.B

You might also like