You are on page 1of 17

KES 1 Tajuk Tempat Tarikh : Dihempap Tailgate Lori : Bengkel, Kuala Lumpur : 25 Mac 2006

Ringkasan kemalangan: Seorang pekerja kimpalan telah maut akibat dihempap pintu tailgate lori sampah. Semasa kejadian, mangsa baru sahaja selesai melakukan kerja kimpalan ke atas lori tersebut di dalam bahagian kompaktor. Semasa hendak keluar daripada lori tersebut, mangsa terlanggar batang besi yang digunakan untuk menyangga pintu berkenaan menyebabkan ia tertutup menimpa mangsa. Berat pintu dianggarkan dua (2) tan. Mangsa telah dibawa ke hospital tetapi meninggal dunia sejam kemudian. Faktor-faktor penyebab: Mangsa tidak sepatutnya menggunakan penyangga besi yang di spotweld pada pintu dan lantai lori berkenaan tetapi menggunakan penyokong besi khas yang disediakan. Hasil pemerhatian: Menggunakan kelengkapan yang tidak sesuai menyebabkan kemalangan tersebut terjadi. Majikan seharusnya menyelia kerja-kerja yang dilakukan oleh pekerjanya. Klasifikasi kemalangan: Ditimpa objek

KES 2

Tajuk Tempat Tarikh

: Menumpang Dalam Jengkaut Jentolak Membawa Maut : Kuari, Sarawak : 9 Mac 2006

Ringkasan kemalangan: Seorang pekerja kuari maut akibat tercampak daripada jentolak yang ditumpangnya. Semasa kejadian, mangsa yang menumpang dalam jengkaut jentolak itu tercampak keluar setelah jentolak tersebut gagal dikawal menuruni bukit. Akibat daripada hilang kawalan, jentolak tersebut telah melanggar bongkah batu lalu mangsa telah tercampak ke atas batu tersebut. Pemandu juga tercampak keluar tetapi cuma cedera ringan. Mangsa dibawa ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia setibanya di situ. Faktor-faktor penyebab: Mangsa telah meletakkan diri sendiri dalam risiko kerana duduk di dalam jengkaut jentolak tersebut. Pemandu jentolak juga mengunakan gear tingi semasa menuruni cerun bukit. Hasil pemerhatian: Pemandu jentolak tersebut tidak menerima latihan mengenai penggunaan jentolak. Didapati bahawa pemandu sebenar ditugaskan memandu lori pada hari kejadian.

Klasifikasi kemalangan: Melanggar objek

KES 3
Tajuk : Guna Kayu Sebagai Penyangga, Pekerja Maut

Tempat Tarikh

: Kilang kayu, Sarawak : 5 Mac 2006

Ringkasan kemalangan: Seorang pengimpal yang sedang mengimpal Bulldozer Blade maut setelah struktur tersebut jatuh lalu menimpa kaki mangsa. Mangsa meninggal dunia akibat pendarahan yang banyak. Ketika kejadian, mangsa menggunakan kayu bulat berukuran lebih kurang dua (2) kaki tinggi diletakkan secara menegak untuk menyangga Bulldozer Blade berkenaan. Mangsa melakukan kerja dengan kedudukan kakinya di bawah struktur berkenaan apabila kayu yang digunakan terbelah dua (2) lalu struktur itu jatuh menimpa kaki mangsa. Pada hari kejadian, struutur tidak dapat dinaikkan secara automatik kerana hidraulik jack juga sedang dibaiki. Kaki mangsa hanya dapat dikeluarkan selepas setengah jam setelah dibantu oleh pekerja lain dan terus dikejarkan ke hospital tetapi malangnya mangsa meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Faktor-faktor penyebab: Kayu penyangga yang digunakan tidak mempunyai kekuatan yang mencukupi untuk menahan berat Bulldozer Blade berkenaan. Selain daripada itu, kedudukan mangsa semasa kejadian juga menyumbang kepada kemalangan tersebut. Hasil pemerhatian: Majikan gagal menyediakan penyangga yang sesuai untuk kerja-kerja menahan struktur berkenaan. Tiada seliaan sempurna yang dilakukan disamping prosedur kerja selamat yang lengkap tidak disediakan. Klasifikasi kemalangan: Ditimpa objek

KES 4
Tajuk : Gagal Mengawal Traktor, Pemandu Terbunuh

Tempat Tarikh

: Ladang kelapa sawit, Negeri Sembilan : 6 Mac 2006

Ringkasan kemalangan: Seorang pemandu traktor telah maut akibat tercampak keluar daripada traktor yang dipandunya setelah traktor tersebut melanggar pokok kelapa sawit. Ketika kejadian, mangsa bersama dua (2) orang pekerja lain sedang mengutip buah kelapa sawit melalui jalan yang tidak berturap. Mangsa telah mengambil jalan pintas menuruni kawasan berbukit apabila mangsa gagal mengawal traktor. Menyedari kegagalan mangsa mengawal traktor, dua (2) pekerja lain segera melompat keluar tetapi mangsa tidak dapat keluar. Mangsa pengsan setelah tercampak keluar dan terus dihantar ke klinik dan meninggal dunia di klinik tersebut pada hari yang sama.

Faktor-faktor penyebab: Tindakan mangsa melalui jalan pintas yang berlubang dan berkecerunan meletakkan mangsa dan pekerja lain dalam situasi berbahaya. Jalan yang dilalui oleh mangsa tidak sesuai untuk traktor yang dipandu kerana jalan berkenaan hanya untuk traktor bersaiz kecil. Hasil pemerhatian: Tiada prosedur kerja selamat, latihan pemanduan traktor secara selamat dan arahan bertulis berkenaan penggunaan jalan yang boleh dilalui oleh traktor semasa bekerja di dalam ladang. Klasifikasi kemalangan: Melanggar objek

KES 5
Tajuk : Letupan Tangki, Tiga Terkorban

Tempat Tarikh

: Kilang, Pulau Pinang : 28 Februari 2006

Ringkasan kemalangan: Ketika melakukan kerja-kerja penukaran batang paip pada salah satu tangki yang digunakan untuk menyimpan methanol di kilang tersebut, berlaku satu letupan di tangki yang sedang disenggara dan juga tangki bersebelahan beberapa ketika kemudian. Akibat daripada kejadian itu, dua (2) orang pekerja mati di tempat kejadian manakala seorang lagi mati di hospital akibat terbakar hampir keseluruhan badannya. Kejadian juga menyebabkan kerosakan pada kedua-dua tangki terbabit dan juga struktur berdekatan dengan tempat kejadian. Api daripada kejadian hanya dapat dipadamkan 20 minit selepas kejadian.

Faktor-faktor penyebab: Masih terdapat methanol iaitu bahan yang mudah terbakar di dalam tangki yang disenggara tersebut. Ini menyebabkan letupan apabila kerja-kerja kimpalan dilakukan. Hasil pemerhatian: Pekerja syarikat penyenggara gagal mendapatkan kebenaran untuk aktiviti hot works daripada pihak kilang. Didapati Borang Kebenaran Bekerja masih berada di dalam bilik mesyuarat dan belum ditandatangani oileh pihak kilang. Selain daripada itu, pengurusan ke atas Work Permission Instruction adalah longgar tanpa kawalan khusus. Klasifikasi kemalangan: Letupan

KES 6
Tajuk : Tertimbus Akibat Tanah Runtuh

Tempat Tarikh

: Tapak bina, Negeri Sembilan : 26 Februari 2006

Ringkasan kemalangan: Dua (2) orang pekerja binaan telah mati setelah tebing bukit yang telah dicerunkan runtuh menimbus kedua-dua mangsa tersebut. Mangsa dan pekerja lain sedang melakukan kerja-kerja mengikat cerucuk besi bagi membina tembok penahan konkrit di bawah tebing berketinggian 25 kaki dan berkecerunan di antara 800 hingga 900. Tebing berkenaan telahpun dicerunkan sebulan sebelum hari kejadian dan tidak dilindungi dengan pelindung hakisan. Kejadian berlaku ketika hujan bergerimis mula turun menyebabkan tanah runtuh dan menimbus mangsa pertama sehingga paras atas lutut mangsa pertama. Melihat kejadian, pekerja-pekerja lain cuba membantu mangsa tetapi berlaku keruntuhan kedua yang menyebabkan mangsa pertama dan mangsa kedua, yang cuba membantu mangsa tertimbus. Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia setibanya di hospital.

Faktor-faktor penyebab: Kerja-kerja pengorekan yang dilakukan menyebabkan tebing tersebut tidak stabil. Lebih daripada itu, tebing itu tidak disangga atau dilindungi untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh. Hasil pemerhatian: Pihak majikan gagal melantik orang bertanggungjawab terhadap pemeriksaan kawasan yang dikorek dan kawasan sekitarnya setelah berlaku hujan dan gelinciran tanah atau runtuhan. Tiada prosedur kerja selamat bagi kerja-kerja berisiko terutamanya kerja-kerja lerengan dan curam, kerja cerucuk dan kerja tempat tinggi. Klasifikasi kemalangan: Tertimbus

KES 7
Tajuk : Terjatuh Ke Dalam Tangki Berisi Bahan Kimia

Tempat Tarikh

: Kilang Paip, Pulau Pinang : 17 Januari 2006

Ringkasan kemalangan: Seorang pekerja kilang paip maut setelah terjatuh ke dalam tangki yang berisi campuran air panas dan Sodium Metasilicate Pentahydrate. Ketika kejadian, mangsa sedang berdiri di atas tangki tersebut sambil memegang alat kawalan kren kembara atas apabila mangsa terjatuh ke dalam tangki berkenaan. Mangsa lantas bangun dan mengadu rasa panas dibahagian badan. Rakan mangsa terus menyimbah mangsa dengan air dan menghantar mangsa ke hopital. Mangsa meninggal dunia di hospital pada keesokan harinya. Faktor-faktor penyebab: Tiada pengadang yang dipasang pada tangki tersebut. Selain daripada itu, mangsa tidak dibekalkan alat pelindung diri yang sesuai umtuk kerja-kerja pengendalian bahan kimia. Hasil pemerhatian: Tiada prosedur kerja selamat yang disediakan oleh majikan berkenaan kerja-kerja dibahagian tersebut. Klasifikasi kemalangan: Terdedah kepada bahan kimia

KES 8
Tajuk Tempat : Terjerut Tudung Di Leher

: Kilang Kayu, Sabah

Tarikh

: 12 Januari 2006

Ringkasan kemalangan: Seorang pekerja kilang kayu maut setelah kain tudung yang dipakainya menjerut leher pada shaft mesin. Ketika kejadian, mangsa bersama empat (4) pekrja lain sedang membersihkan sisa-sisa dan reja dari lebihan veneer yang jatuh di bawah mesin Veneer Back Composser yang masih beroperasi. Kejadian berlaku semasa mangsa bekerja bersendirian kerana pekerja-pekerja yang lain pergi mengetip kad masa. Faktor-faktor penyebab: Tudung yang dipakai oleh mangsa terjulur keluar dan tidak diikat kemas untuk mengelak daripada tersentuh dengan mana-mana bahagian jentera yang bergerak. Hasil pemerhatian: Tiada prosedur kerja selamat yang disediakan untuk aktiviti yang dilakukan. Lebih dari itu, majikan gagal menyediakan latihan kepada pekerja-pekerja. Klasifikasi kemalangan: Tersepit di antara objek

KES 9
Tajuk Tempat : Silo Meletup, Mangsa Terjatuh Dari Ketinggian Enam Kaki : Kilang Paip, Perak

Tarikh

: 11 Januari 2006

Ringkasan kemalangan: Seorang pekerja kilang paip maut setelah terjatuh dari ketinggian enam (6) kaki setelah silo yang sedang diselenggaranya meletup. Ketika kejadian, mangsa sedang mengikat penutup sub-silo yang mengandungi kaolin apabila tiba-tiba berlaku satu letupan yang menyebabkan mangsa terjatuh daripada platform tempat mangsa berdiri ke lantai. Letupan juga turut menyebabkan kaolin yang terkandung di dalam silo tersebut bertaburan dan penutup silo melayang lalu terkena kepala mangsa. Mangsa yang cedera parah dibahagian kepala meninggal dunia tidak lama selepas itu. Faktor-faktor penyebab: Paip yang mengandungi kaolin telah tersumbat akibat kaolin yang mengeras menyebabkan udara bertekanan lima (5) bar tidak dapat melalui paip. Hasil pemerhatian: Loji dibahagian kaolin filling section gagal diselenggara dengan baik menyebabkan letupan tersebut berlaku. Klasifikasi kemalangan: Di langgar objek

KES 10
Tajuk : Tempat Tarikh MautDigilis Tayar Treler : Ladangkelapa sawit, Sabah : 12September 2005

Ringkasan kejadian: Seorang pekerja am ladang yang sedang melakukan kerja-kerja pemunggahan tandan dan buah sawit lerai ke dalam treler maut setelah digilis tayar treler tersebut. Ketika kejadian, mangsa bersama rakannya yang berada di atas treler terse but barn sahaja selesai memunggah buah sawit dilokasi pertama apabila rakan mangsa menyedari ketiadaan mangsa pada jarak 37 kaki kemudian. Mangsa ditemui terbaring di atas tanah sejauh lebih kurang 13 kaki dari tempat pemunggahan pertama. Mangsa disahkan meninggal dunia setibanya di klinik kesihatan yang berdekatan.

Faktor-faktor penyebab: Tiada penyeliaan yang sempurna ke atas kerja-kerja yang dibuat.

Hasil pemerhatian: Tiada prosedur kerja selamat yang lengkap bagi aktiviti yang dijalankan. Se1ain daripada itu, majikan gagal memberi latihan yang khusus berkaitan kerja-kerja pemunggahan buah sawit dan pengendalian traktor serta treler.

Klasifikasi kemalangan:

Tersepit diantara objek.

KES 11

Tajuk : Tempat Tarikh

KrenMenara Jatuh, Seorang Pekerja Maut : TapakPembinaan, Selangor : 17Ogos 2005

Ringkasan kejadian: Semasa melakukan kerja-kerja 'jacking up' sebuah kren menara, secara tiba-tiba 'jacking cage' melurut ke bawah lebih kurang 2.5 meter menyebabkan keadaan kren menara tersebut tidak seimbang. lni menyebabkan hujung 'boom' telah menghempap tanah manakala lima unit beban timbal (counter weight) telah terkeluar daripada kedudukan lalu jatuh menimpa formwork lantai tingkat satu bangunan terse but. Akibatnya formwork tersebut telah runtuh bersama-sama dengan seorang pekerja mengakibatkan mangsa telah maut di tempat kejadian. Faktor-faktor penyebab: Struktur 'jacking cage' melurut ke bawah kemungkinan disebabkan kegagalan komponen 'mast' untuk menyokong struktur tersebut.

Hasil pemerhatian: Pihak yang berkenaan gagal untuk memastikan bahawa tiada orang yang bekerja disekitar kawasan kren menara tersebut semasa kerja-kerja penyenggaraan dilakukan.

Klasifikasi kemalangan:

Terjatuh

KES 12
Tajuk : Tempat Maut dihempap Dumb Truck : Kuari,Terengganu

Tarikh

30 Mei 2005

Ringkasan kejadian: Seorang pemandu Dumb Truck telah maut setelah jentera yang dipandunya terbalik lalu meghempap mangsa. Ketika kejadian, mangsa sedang mengangkut ketulanketulan batu kuari daripada kawasan pemunggahan ke bawah bukit pada ketinggian 150 meter. Semasa menuruni bukit, secara tiba-tiba jentera yang dipandu mangsa bergerak laju menuruni bukit pada satu selekoh tajam lalu mangsa gagal mengawal jentera. Mangsa telah berpaut pada besi cermin dibahagian pemandu apabila jentera tersebut terbalik ke atas jalan pada sebelah pemandu. Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan rusuk akibat dihempap besi cermin tingkap.

Faktor-faktor penyebab: Jentera telah dipandu dengan laju melalui selekoh tajam menyebabkan jentera tersebut tidak dapat dikawal.

Hasil pemerhatian: Didapati bahawa tiada penyeliaan dibuat semasa kerja-kerja pemunggahan ketulan batu dijalankan. Tiada prosedur kerja selamat secara bertulis disediakan oleh majikan berkenaan kerja-kerja berkaitan.

Klasifikasi kemalangan:

Dihempap objek

KES 13
Tajuk : Tempat Tarikh Maut dilanggar jentolak : Kilang,Johor : 21 Mei 2005

Ringkasan kejadian: Seorang operator pengeluaran kilang telah maut setelah mangsa dilanggar jentolak di dalam kawasan kilang. Semasa kejadian, mangsa sedang berjalan ke arah gudang bersebelahan apabila jentolak yang datang dari arah bertentangan telah hilang kawalan lalu melanggar mangsa dan tembok bersebelahan. Pemandu jentolak berkenaan gagal mengawal jentera semasa sedang mengambil selekoh yang berada 14 meter daripada mangsa.

Faktor-faktor penyebab: Jentolak yang digunakan tidak diselenggara dengan baik.

Hasil pemerhatian:

Daripada rekod yang diperiksa, didapati jentolak berkenaan tidak diselenggara dengan baik. Pemandu jentolak berkenaan tidak mendapat latihan yang sepatutnya diberi kepada pemandu. Selain daripada itu, majikan gagal menyediakan prosedur kerja selamat berkenaan cara-cara pengendalian jentolak.

Klasifikasi kemalangan: Dilanggar objek

KES 14 Tajuk : Tempat Tarikh MautDi Langgar Forklift : LahatDatu Sabah : 29Mac 2005

Ringkasan kejadian: Kejadian berlaku semasa seorang pekerja yang sedang memandu sebuah forklift dengan muatan kayu menuruni jalan berbukit di kawasan kilang terbabit dan telah melanggar seorang pekerja dari belakang. Ketika kejadian mangsa sedang berjalan menuju ke kilang dari rumah berhampiran dengan kilang tersebut. Mangsa mengalami kecederaan teruk pada bahagian belakang dan kaki. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Faktor-faktor penyebab: Forklift yang digunakan sudah lama tidak di selenggara dan terdapat bahagian penting seperti brek dan hon tidak berfungsi dengan sempurna.

Hasil pemerhatian:

Pihak majikan gagal menyediakan prosedur kerja selamat secara bertulis bagi kerja kerja mengangkut kayu dan pengendalian forklift tersebut.

Klasifikasi kemalangan:

KES 15
Tajuk : Tempat Tarikh MautTayar Shovel Meletup : BalingKedah : :16 Feb 2005

Ringkasan kejadian: Mangsa merupakan seorang pekerja penyelenggaraan shovel. Kejadian berlaku semasa mangsa sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaran shovel iaitu mengepam tayar. Setelah selesai mengepam tayar, mangsa seterusnya ke bahagian enjin untuk mencuci air filter sambil berdiri di belakang tayar yang baru di pam. Tiba-tiba tayar tersebut meletup dan mangsa terpelanting, kepala mangsa telah terhantuk pada rim forklift yang terletak berhampiran dengan shovel tersebut.

Mangsa mengalami kecederaan teruk di kepala dan telah meninggal dunia dua hari kemudian.

Faktor-faktor penyebab: Semasa melakukan kerja-kerja penyelenggaran, tiada pengawasan dan penyeliaan di buat oleh majikan bagi memastikan kerja kerja tersebut di buat mengikut prosedur yang betul.

Hasil pemerhatian: Pihak majikan tidak menyediakan prosedur kerja selamat bagi kerja-kerja penyelenggaran dan pengendalian shovel terutama kerja mengepam tayar shovel.

Klasifikasi kemalanganTerkena objek.

KES 16 Tajuk : Tempat Tarikh Maut Dihempap Excavator : CameronHighlands Pahang : 3Februari 2005

Ringkasan kejadian:

Seorang pekerja maut semasa dalam perjalanan untuk menyimpan mesin excavator di kawasan penyimpanan yang terletak agak tinggi dalam kawasan base camp. Di dalam perjalanan untuk naik ke tempat penyimpanan tersebut, tiba-tiba enjin excavator telah mati, ini menyebabkan excavator tersebut telah menggelungsur ke belakang. Mangsa gagal memberhentikan excavator tersebut kerana dipercayai mengalami kegagalan sistem brek, mangsa dalam keadaan panik secara tidak sengaja telah membelokkan excavator ke arah gaung. Mangsa telah terjatuh dan ditindih oleh excavator. Mangsa meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital.

Faktor-faktor penyebab: Enjin excavator telah mati semasa mendaki disebabkan kehilangan kuasa, ini mungkin disebabkan oleh mangsa terlupa menukar gear kepada gear rendah semasa mendaki. Mangsa juga didapati telah panik kerana brek tidak berfungsi menyebabkan excavator mengundur ke belakang.

Hasil pemerhatian:

Pihak majikan gagal menyediakan sistem kerja selamat dan pekerja pekerja juga tidak di beri latihan serta krusus berkaitan dengan kerja yang dijalankan.

Klasifikasi kemalangan:

Di hempap objek.

You might also like