You are on page 1of 7

32.

Analisis peranan institusi ekonomi Baitulmal, Cukai, Zakat dan pelaksanaaannya dengan merujuk kepada perkembangan yang berlaku pada zaman Khalifah Abbasiyah abad ke-9 hingga abad ke-11 *** peranan baitulmal dan pelaksanaannya pada zaman khulafa al-Rasyidin abad ke-1 hingga abad ke-8 dan Khalifah Abbasiyah abad ke-9 hingga abad ke-11 Khulafa al-Rasyidin Baitulmal merupakan institusi kewangan yang berfungsi menyelenggarakan harta umum. Tujuan penubuhannya ialah untuk meningkatkan perkembangan ekonomi Negara disamping menyediakan kemudahan asas dan juga membasmi kemiskinan. Pembahagian harta ini ditentukan secara adil berdasarkan prinsip Islam. Penubuhan baitulmal sebenarnya bermula pada zaman Khalifah Umar al-Khatab dan dipertingkatkan pelaksanaannya sepanjang zaman Khulafa al-Rasyidin. Penubuhan Baitulmal pada asalnya dicadangkan oleh Khalid al-Walid berikutan Islam berkembang dengan pesat dan banyak wilayah baru serta harta rampasan perang diperolehi pada zaman Umar al-Khatab. Cadangan Khalid agar menubuhkan Diwan atau Perbendaharaan Negara diterima oleh Khalifah Umar. Pusat pentadbiran Baitulmal pada peringkat awalnya terletak di kota Madinah manakala wilayah-wilayah naungan Kerajaan Islam pula terdapat cawangan-cawangan baitulmal bagi tujuan penyelarasan. Sumber kewangan diperolehi daripada beberapa sumber seperti zakat, kharaj, jizyah, ghanimah, al-fay dan usyur. Zakat dikenakan kepada semua penduduk Islam. Tujuan zakat ialah membantu golongan fakir, muallaf, miskin, amil, hamba yang hendak memerdekakan dirinya, musafir, orang yang berhutang dan untuk jalan Allah. Lebihan kutipan zakat akan disimpan di Baitulmal dan digunakan untuk pembangunan dan kebajikan awam. Kharaj pula merupakan cukai tanah yang dikenakan kepada semua pemilik tanah di wilayah-wilayah taklukan Kerajaan Islam. Kadar yang dikenakan ialah sebanyak 10 peratus. Bagi orang-orang bukan Islam yang tinggal di bawah naungan Kerajaan Islam atau mempunyai perjanjian perdamaian dengan negara Islam, mereka dikenakan cukai Jizyah atau cukai perlindungan. Kadar cukai yang dikenakan ialah sebanyak 12 hingga 48 dirham. Hanya mereka yang akil baligh, berupaya, masih hidup dan mereka yang merdeka dikenakan cukai ini. Ghanimah merupakan harta rampasan perang, manakala al-fay ialah harta rampasan tanpa perang, harta peninggalan orang mati yang tiada pewarisnya dan harta karun. Sebanyak 1/5 daripada harta ghanimah dan al-fay diperuntukkan kepada kerajaan pusat di Madinah. Harta yang selebihnya diberikan kepada tentera yang terlibat dalam peperangan.

Bagi golongan peniaga pula dikenakan usyur atau cukai perniagaan. Cukai ini dikenakan kepada semua peniaga samada peniaga Islam atau bukan Islam. Bagi kafir Harbi dikenakan sebanyak 10 peratus. Mereka ini tidak ada perjanjian damai dengan Negara Islam. Bagi Kafir Zimmi pula yang bernaung di bawah kerajaan Islam, cukai yang dikenakan hanya 5 peratus. Bagi orang Islam pula cukai yang dikenakan sebanyak 2.5 peratus. Cukai usyur dikenakan apabila cukup nisabnya iaitu sebanyak 200 dirham. Pelaksanaan Baitulmal pada zaman khalifah Umar agak ketat. Beliau melarang tentera Islam memiliki tanah dan rumah-rumah sebagai harta rampasan perang. Kaum muslimin juga dilarang memiliki tanah di nagara jajahan. Beliau hanya membenarkan pemilik asal tanah jajahan takluk mengusahakannya. Sebagai ganti, tentera muslimin diberi elaun atau gaji daripada baitulmal. Jika seorang zimmi memeluk Islam, tanah miliknya akan diambil dan dibahagikan kepada penduduk negaranya. Elaun dan gaji mereka telah ditetapkan daripada baitulmal. Tindakan yang dibuat oleh Khalifah Umar ini sebenarnya bagi melindungi penduduk tempatan mendapat sumber pendapatan mereka sendiri. Tentera Islam pula dilarang memiliki tanah bagi mengelakkan daripada perselisihan soal tanah. Factor inilah yang membawa kepada kejayaan pemerintahan Umar al-Khatab. Pada zaman Khalifah Uthman al-Affan, pelaksanaan baitulmal dikatakan tidak berjalan dengan baik. Beliau dituduh meyalahgunakan harta baitulmal untuk kepentingan sendiri dan keluarga. Tuduhan tersebut sebenarnya tidak benar kerana beliau dikenali sebagai seorang hartawan dan dermawan sejak zaman Jahiliah lagi. Pada hakikatnya, khalifah Uthman terpaksa mengerahkan rakyatnya membayar cukai lebih bagi menampung perbelanjaan tertentu. Misalnya beliau memperkukuhkan angkatan tentera laut bagi menghadapi serangan musuh. Ini memerlukan perbelanjaan besar. Beliau juga mengambil keputusan agar tidak mengagihkan harta rampasan perang memandangkan keadaan ekonomi Negara yang agak lembab ketika itu. Ini adalah berikutan daripada aktiviti perluasan pembukaan kawasan baru agak perlahan pada ketika itu Pelaksanaan Baitulmal pada zaman khalifah Ali juga berjalan dengan baik seperti yang disyariatkan. Khalifah Ali telah menjalankan tugasnya dengan jujur. Beliau tidak pernah menggunakan harta baitulmal untuk kepentingan dirinya sendiri walaupun beliau disarankan oleh rakan-rakannya dalam menghadapi tentangan Muawiyah bin Abi Suffian. Keadaan ini jelas membuktikan bahawa pelaksanaan Baitulmal berjalan dengan baik pada zaman Khulafa al-Rasyidin berdasarkan syariat yang ditetapkan dan tidak berlaku penyelewengan. Peranan institusi baitulmal ialah bertanggungjawab secara langsung dalam menentukan pendapatan Negara dan mengagihkannya secara adil kepada mereka yang berhak dan untuk pembangunan Negara seluruhnya. Matlamat penubuhan institusi ini juga adalah untuk memberikan kemakmuran kepada umat Islam dan ia adalah lambing penyertaan setiap individu yang berada dengan mengeluarkan zakat, sedekah, wakaf

dan sebagainya untuk mengatasi masalah kemiskinan. Peranan seterusnya ialah untuk membina infrastruktur dan pelaburan dalam aktiviti-aktiviti social, perdagangan dan perindustrian. Kepentingan seterusnya ialah menyediakan keperluan-keperluan asas bukan sahaja untuk tujuan pembangunan Negara, bahkan ia merupakan tanggungjawab dari sudut kebajikan. SUmber-sumber daripada baitulmal juga digunakan untuk membayar gaji pegawai kerajaan dan golongan tentera yang berkhidmat secara tetap ataupun sukarela. Dengan adanya institusi ini, ia dapat mempertingkatkan pendapatan umat Islam melalui pinjaman subsidi dan mengeluarkan biasiswa untuk keperluan pelajar Islam. Dari penerangan diatas jelas sekali baitulmal memainkan peranan penting kepada perkembangan ekonomi Negara. Pelaksanaan Baitulmal zaman Khulafa al-Rasyidin merupakan asas kepada perkembangan ekonomi Negara Islam pada zaman selepasnya.

Khalifah Abbasiyah Awal abad ke-9 M menyaksikan keadaan politik kerajaan Abbasiyah agak tegang disebabkan berlkunya perebutan kuasa antara dua orang putera Khalifah Harun al-Rasyid, iaitu al-Amin dan al-Mamun yang mencetuskan perang saudara yang akhirnya telah mengorbankan al-Amin pada tahun 813 M. Semasa pemerintahan al-Amin, kewangan Negara telah mengalami kemerosotan disebabkan telah digunakan untuk membiayai peperangan dan pemberontakan dalam nagara. Namun begitu, oleh sebab Khalifah Harun al-Rasyid telah meninggalkan sumber baitulmal yang banyak, maka wang pada masa itu masih mencukupi bagi menampung keperluan Negara. Sewaktu pemerintahan Khalifah al-Mamun, sesuai dengan sikap khalifah tersebut yang mencintai ilmu pengetahuan, banyak sumber-sumber daripada baitulmal yang dimanfaatkan untuk membiayai kegiatan intelektual seperti menggalakkan aktiviti penulisan, pembukuan dan penterjemahan ilmu-ilmu pengetahuan asing. Pada zaman Khalifah al-Mustain, institusi baitulmal telah mengalami sedikit perubahan apabila baginda telah melantik Utamish sebagai wazir dan Ahmad al-Khasib sebagai katib. Cadangan Utamish agar gaji tentera dan kakitangan kerajaan dibayar dua bukan sekali dan menyatukan pentadbiran kewangan Negara dan pentadbiran ketenteraan untuk menjimatkan kos tidak dipersetujui ooleh Ahmad al-Khasib. Keadaan kewangan Negara semakin serius apabila berlakunya krisis antara tentera Syakiriyyah di Baghdad dengan tentera Samarra, apatah lagi pada tahun 836 M, tentera Abbasiyah telah tewas di tangan Byzantine. Sewaktu pemerintahan Khalifah al-Mutadid pula, baginda berusaha mempebaharui dasar baitulmal dengan merombak dasar yang diperkenalkan oleh Utamish, dengan

membayar gaji tentera dan pegawai awam sebulan sekali. Zaman pemerintahan Khalifah al-mutadid juga menyaksikan usaha untuk memulihkan kewangan Negara. Antaranya adalah dengan meminta kerajaan Saffariyah membayar cukai tahunan sebanyak 4 juta dirham dan sebagai balasan, kerajaan Saffariyah diberikan kuasa memerintah wilayah timur yang sebelum ini dikuasai oleh kerajaan Samaniyah. Selain itu, Khalifah al-Mutadid juga mewujudkan undang-undang pusaka Islam yang baharu dengan menubuhkan sebuah jabatan yang bertanggungjawab menguruskan soal harta pusaka. Melalui peraturan ini, sekiranya tiada pihak waris yang menuntut harta berkenaan, ianya akan menjadi milik perbendaharaan Negara. Pada zaman pemerintahan Khalifah al-Muqtadir, sumber baitulmal masih mencukupi disebabkan beberapa buah wilayah yang telah merdeka seperti Syam, Armenia dan Jazirah masih membayar cukai tahunan, sama ada dalam bentuk perak ataupun dinar. Melalui cukai-cukai ini, ianya dapat menampung perbelanjaan Negara. Walau bagaimanapun, dari semasa ke semasa ternyata maslah kewangan semakin meruncing, terutama berlaku peningkatan dari aspek kos menjaga kota Makkah dan Madinah pada musim haji, menjamin keselamatan para jemaah dan membayar gaji tentera istana. Oleh sebab itu, Khalifah alMuqtadir tepaksa mendapatkan bantuan kewangan daripada saudagar-saudagar yang kaya, malah terpaksa mencagarkan harta benda keluarga dan khalifah-khalifh yang terdahuu demi kepentingan Negara. Bermula zaman pemerintahan Khalifah al-Radi dan kekuasaan Bani Buwaih, keadaan kewangan semakin meruncing sehinggakan tidak mampu membayar gaji tentera, malah pada masa tersebut juga harga barangan melambung tinggi. Pada tahun 989 M, iaitu sewaktu pemerintahan Khalifah al-Qadir, sumber kewangan Negara mengalami sedikit pemulihan disebabkan kejayaan tentera Abbasiyah memenangi peperangan di Turki, Wasit dan Basrah. Kesannya, kerajaan memperoleh harta rampasan perang yang banyak. Selepas kekuasaan Bani Buwaih, antara tahun 1055 hingga 1242 M, pentadbiran kerajaan telah diambil alih oleh Bani Saljuk. Pada zaman ini, keadaan politik Negara agak stabil dan tidak berlaku masalah kewangan yang meruncing sehinggalah kerajaan Abbasiyah diserang dan dikalahkan oleh orang Mongol atau Tartar, sekali gus membolehkan puak tersebut menguasai perbendaharaan kerajaan pusat Abbasiyah.

*****analisis peranan cukai dan pelaksanaannnya pada zaman Khalifah al-Rasyidin abad ke7 hingga abad ke-8 dan khalifah Abbasiyah abad ke-9 hingga abad ke-11

Khulafa al-Rasyidin

Cukai pada zaman Khulafa al-Rasyidin terdiri daripada kharaj dan jizyah. Kharaj merupakan cukai tanah yang diperoleh sewaktu penaklukan, sama ada secara berperang atau secara damai. Kharaj dikenakan ke atas pemilik-pemilik tanah tersebut, sama ada orang Islam atau bukan Islam.

Kharaj hanya diperkenalkan sewaktu pemerintahan Khalifh Umar bin al-Khattab. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, tanah-tanah yang dikuasai diberikan kepada pemilik asal dengan syarat membayar cukai dan bagi kawasan penganut Islam diwajibkan mengeluarkan zakat. Pada zaman pemerintahan Abu Bakar al-Siddiq pula, tanah-tanah yang diperolehi melalui peperangan akan diagih-agihkan kepada tentera yang terlibat. Pada zaman Khalifah Umar bin al-Khattab, tanah-tanah yang dikenakan kharaj terdiri daripada tanah yang ditakluki terutama di Iraq. Tanah bertuan tidak dikenakan cukai sekiranya pemilik tanah tersebut memeluk Islam. Tanah-tanah lain yang dikenakan cukai kharaj ialah tanah rampasan perang yang dimiliki oleh tentera Islam dan pengusaannya terdiri daripada golongan dhimmi dengan kebenaran pemerintah Islam, tanah terbiar yang dikerjakan oleh orang bukan Islam dan tempat tinggal golongan dhimmi yang diubah menjadi kawasan pertanian. Bagi golongan yang tidak bertuan, khalifah Umar al-Khattab memutuskan menjadikan milik bersama dan akan diusahakan oleh petani tempatan di bawah pengawasan dan pentadbiran satu badan induk yang dinamakan Pemegang Amanah atau golongan Ahl alAyyam. Golongan ini bertanggungjawab memungut cukai tanah berkenaan dan 1/5 daripada hasilnya dihantar kepada kerajaan pusat sementara bakinya diagihkan kepada yang terlibat dalam penaklukan Iraq. Kharaj pada zaman Khalifah Umar bin al-Khattab dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kharaj wazifah/masahah yang dikenakan mengikut keluasan kawasan tanah atau jumlah pokok yang ditanam. Seterusnya ialah kharaj muqasamah yang merupakan cukai yang dikenakan berdasarkan jumlah hasil yang diperoleh daripada tanaman. Penentuan kadar cukai dibuat berdasarkan banyak perkara bagi mengelakkan penganiaan kepada petani. Pada awalnya, kharaj dikenakan kepada pemilik tanah penduduk dhimmi sahaja, kharaj tidak akan dikenakan sekiranya hasil pertanian dimusnahkan oleh bencana alam. kharaj tetap dikenakan ke atas pemiliknya walaupun mereka tidak mengerjakan tanah tetapi mempunyai keupayaan untuk mengerjakannya. Sekiranya pemilik tanah berkenaan tidak berupaya, kerajaan akan menyerahkan tanah tersebut untuk diusahakan kepada orang lain. Sekiranya tanah kharaj dipajak atau disewa, kharaj akan dikenakan ke atas pemilik dan bukannya ke atas pemajak. Kharaj juga akan dikenakan ke atas tanah kediaman yang dijadikan kawasan pertanian. Pengutipan cukai ini dilakukan secara dil. Jika kharaj tidak dapat dibayar disebabkan masalah kewangan, mereka akan dibenarkan menangguhkan pembayaran sehingga mampu. Namun, seandainya pembayarannya enggan sedangkan dia mampu, tindakan boleh diambil menerusi undang-undang atau dijual oleh kerajaan. Di Iraq, Khalifah Umar bin al-Khattab menyerahkan tugas kutipan cukai ini kepada golongan Ahl al-Ayyam. Pelaksanaan dasar sebegini diteruskan oleh para Khulafa alRasyidin. Namun, pada akhir pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan, golongan Ahl alAyyam tidak lagi diberikan kuasa untuk menguruskan cukai di Iraq, sebaliknya diserahkan di bawah pentadbiran gabenor. Hasil yang diperoleh daripada sumber kharaj ini disimpan di dalam baitulmal dan akan dimanfaatkan untuk memperbaiki infrastruktur, prasarana, rancangan memajukan kegiatan pertanian, mewujudkan keamanan, memperbaiki system perhubingan, mengadakan rancangan pengairan dan memperbaiki saliran sedia ada.

Jizyah merupakan cukai politik yang dikenakan oleh kerajaan Islam terhadap orangorang kafir dhimmi sebagai balasan terhadap perlindungan atau jaminan keselamatan jiwa dan harta benda mereka. Walau bagaimanapun, bukan semua orang kafir dhimmi yang dikenakan jizyah, sebaliknya mereka yang wajib membayar jizyah mestilah sihat fizikal dan mental, akil baligh, berkemampuan, merdeka serta bukan ahli agama seperti paderi atau pendeta. Secara amnya, jizyah terbahagi kepada dua kategori, iaitu jizyah yang kadarnya ditetapkan secara bersama dan jizyah yang kadarnya ditetapkan oleh kerajaan Islam. Biasanya jizyah dibayar setiap awal tahun, paling minima kadarnya ialah 1 dinar, namun bagi sesetengah mazhab seperti Mazhab Hanafi dan Hambali, kadarnya ialah antara 12 hingga 48 dirham bergantung kepada status seseorang individu. Kewajipan membayar jizyah akan gugur seandainya seseorang itu menganut agama Islam atau kerajaan Islam gagal memberikan jaminan keselamatan nyawa dan harta benda orang-orang kafir dhimmi. Sumber pendapatan dari jizyah semakin meningkat pada zaman Khalifah Umar bin alKhattab berikutan bayak kejayaan dicapai dalam ekspidisi ketenteraan sama ada di Iraq, Syam, Mesir dan sebagainya. Pemimpin Baitulmuqaddis sendiri telah mengadakan perjanjian dengan Khalifah Umar bin al-Khattab dengan menyatakan persetujuan membayar jozyah selagi kerajaan Islam mampu memberikan jaminan keselamatan ke atas harta dan nyawa mereka. Penduduk Qibti yang menjemput Amru al-As menghalau orang-orang Rom pula bersetuju membayar jizyah 2 dinar setahun, di Syam pula dikenakan 1 hingga 4 dinar bergantung kepada status individu. Sementara penduduk Adzerbaijan pula, walaupun diberikan kelonggaran membayar jizyah pada tahun 22 H, namun pada tahun berikutnya dikenakan kadar tertentu. Pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan pula, jizyah dikenakan ke atas wilayah-wilayah yang dikuasai seperti Tripoli, Nubah dan Qairawan setelah termenterainya perjanjian damai. Pada zaman pemerintahan Ali bin Abi Talib pula, walaupun berlaku kegawatan politik, jizyah tetap dilaksanakan. Buktinya, surat yang dihantar oleh beliau pada al-Asytar al-Nakhaii supaya tidak menolak perjanjian damai yang dihulurkan oleh seorang kafir dhimmi yang bersetuju membayar jizyah. Pelaksanaan system jizyah pada zaman Abbasiyah, adalah sama seperti pada zaman Khulafa al-Rasydin dengan beberapa perubahan kecil.

****Analisis peranan zakat dan pelaksanaannya pada zaman Khulafa al-Rasyidin abad ke-7 hingga abad ke-8 dan khalifah Abbasiyah abad ke-9 hingga abad k-11.

Khulafa al-Rasyidin

Zakat daripada segi bahasa berasal daripada kata dasar zaka, iaitu bereti penambahan atau penyucian. Pada zaman Khulafa al-Rasyidin, amil dilantik untuk melaksanakan urusan pemungutan dan pengagihan daripada pihak yang layak berzakat mengikut ukuran dan kadar nisab tertentu. Zakat terbahagi kepada dua, iaitu zakat fitrah dan zakat harta benda. Khalifah Abu Bakar al-Siddiq bertindak tegas dengan memerangi orang yang enggan membayar zakat. Zakat disalurkan kepada lapan golongan asnaf, isitu orang fakir, hamba yang hendak memerdekakan dirinya, orang miskin, orang yang berhutang, orang yang berjihad, mualaf, musafir, dan amil. Kutipan zakat bertambah meningkat kesan dasar perluasan kuasa yang dijalankan pada zaman Khalifah Umar bin al-Khattab serta para khalifah berikutnya. Antara peranan serta kepentingan zakat ialah mendatangkan kesyukuran dan penyuburan pahala, mensucikan jiwa daripada kekotorandan dosa serta memperoleh keberkatan. Selain itu, zakt juga dapat mendamaikan dan mewijudkan kedaimaian. Umpamanya, ia dapat mengeratkan hubungan antara golongan kaya dan miskin serta merapatkan jurang sosial. Zakat juga dapat menyemai semangat bertanggungjawab serta tolong menolong antara satu sama lain. Zakat juga dapat mengikis sifat tamak dalam pemilikan harta. Dengan pengeluaran zakat berdasarkan kaedah yang ditetapkan membuktikan sifat mentaati hukum Allah SWT.

Khalifah Abbasiyah

Zakat diberikan tafsiran yang berbeza-beza mengikut mazhab yang berlainan, iaitu mazhab Hanafi, Syafie dan Hambali. Mazhab-mazhab inilah yang mempengaruhi urusan pentad biran dan pelaksanaan zakat. Pelaksanaan zakat pada zaman kerajaan Abbasiyah terbahagi terbahagi kepada dua, iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Zakat fitrah wajib ditunaikan setelah selesai mengerjakan ibadat puasa pada buan Ramadan. Orang yang berhak menerima zakat fitrah ialah hamba atau orang yang hendak merdeka tidak kira jantina dan klasifikasinya. Seseorang Islam wajib berfitrah untuk dirnya sendiri, setelah itu ahli keluarganya atau tanggungannya, iaitu isteri dan anak-anaknya. Zakat harta ialah harta benda yang diwajibkan zakat seperti hasil ternakan, zakt emas dan perak, zakat barang perdangangan dan zakat pertanian. Syarat-syarat wajib zakat ialah beragama Islam, mengetahui hukum wajib zakat, sementara tanah pertanian yang diusahakan handaklah daripada jenis tanah yang dikenakan cukai usyur , iaitu tanah milik sendiri.

You might also like