You are on page 1of 1

Keluarga bahagia Setiap orang menginginkan sebuah keluarga yang bahagia.

Ciri keluarga bahagia ialah semua ahli keluara hidup dalam suasana ceria, gembira dan bertolak ansur. Keluarga bahagia mesti saling menyayangi dan menghormati antara satu sama lain. Nama ayah saya ialah Mohd Kamal bin Mohd Isa. Ayah saya seorang yang baik dan tabah. Ayah saya bekerja sebagai seorang pegawai kastam. Sebagai ketua keluarga, ayah saya telah membeli sebuah rumah yang indah sebagai tempat perlindungan kami sekeluarga. Nama ibu saya ialah Khalijah binti Ibrahim. Ibu saya seorang yang baik hati. Beliau selalu memberikan segala keperluan yang saya perlukan. Ibu saya bukan sahaja bekerja di pejabat, malah ibu saya bertanggungjawab menguruskan makan minum kami sekeluarga. Saya mempunyai empat orang adik-beeradik. Abang saya bernama Amirul, kakak saya bernama Amira dan adik saya bernama Aqeef. Saya amat menyayangi mereka. Mereka selalu membuatkan saya gembira. Nama saya ialah Ameer Hafiz. Saya berumur 10 tahun. Saya menghormati ibu bapa saya. Saya pergi ke sekolah dan belajar bersungguh-sungguh demi ibu bapa saya. Saya amat menyayangi keluarga saya. Saya bersyukur kerana diberikan sebuah keluarga yang bahagia.

You might also like