1.0 Definisi Kata Kerja BantuKata kerja bantu adalah kata kerja yang "membantu" sesuatu kata kerja utama dalammemberikan ciri-ciri aspek dan suasana. Dengan itu, maka terdapat dua subgolongan katakerja bantu, iaitu kata kerja aspek dan kata kerja modal. Kedua-dua kata kerja inimendahului kata kerja utama dalam ayat. Mengikut C.A. Mees, kata kerja bantu itumenyatakan sesuatu perbandingan yang t'ertentu terhadap kenyataan atau kejadian yangdisebut dalam istilah modaliti. Kata kerja yang ditambahkan itu tidak berdiri sendirimelainkan membantu sesuatu kata kerja lain. Didapati bahawa kebenaran ini amatlahsukar diterima memandangkan ada kata kerja bantu yang boleh berdiri sendiri sepertidalam ayat minimal seperti kata kerja modal "boleh" dan "sudah".E. M. F. Payne tidak memberikan definisi yang jelas tentang kata kerja bantu ini. Beliauhanya mengatakan kata kerja bantu mempunyai fungsi yang istimewa dalam frasa katakerja.34 Mengikut Othman Sulaiman pula, kata kerja bantu selalu diletakkan sebelumkata kerja utama.35 Pendapat ini sama dengan apa yang diperkatakan oleh Asmah danLutfi Abas. Lutfi Abas mengatakan kata kerja bantu adalah suatu kata yang bolehdiletakkan di muka suatu kerja dan tidak boleh sama sekali diletakkan di belakang suatukerja.36 Mengikutnya, di antara kata kerja bantu yang selalu digunakan adalah kata ada,akan, baharu, belum, bisa, boleh, dapat, habis, hanya, harus, hendak ingin/ jarang, kerap,lagi, mahu, memang, mungkin, sungguh, telah, tengah, tentu dan tetap.Kesimpulannya, daripada beberapa definisi yang diberikan di atas, dapatlah ditakrifkankata kerja bantu sebagai kata yang terdapat sebelum kata kerja utama. Fungsi kata kerja bantu adalah untuk membantu kata kerja utama dalam memberikan ciri masa (aspek) danharapan (modal).2.0 Kata Kerja Aspek dan Kata Kerja Modal dari Segi Semantik Dalam buku Bahasa Malaysia Kini I, Asmah telah mengkategorikan kata kerja aspek dankata kerja modal ke dalam kata kerja bantu I dan II. Kedua-dua jenis kata kerja bantu inidigolongkan ke dalam golongan kata karyaan. Kata kerja bantu mempunyai ciri-ciri yang berikut:la membentuk satu kumpulan tertutup, iaitu tidak menerima kata-kata daripada golonganlain menjadi kata kerja bantu.la tidak pernah memakai imbuhan karyaan dan tidak mengubah golongan.3)Tidak diikuti oleh objek (iaitu kata nama).Abdullah Hassan menggunakan kata adverba ragam dan adverba aspek untuk menunjukkan kata kerja bantu. Mengikut-nya, adverba ragam ialah kata-kata yangmenerangkan ragarh dalam sesuatu predikat atau ayat, misalnya kata patut dan mahu.Manakala adverba aspek ialah kata-kata yang menerangkan sama ada sesuatu perbuatanitu kompletif atau tidak kompletif atau dilakukan sebagai kebiasaan. Contohnya, sudah,kena, belum, sedang, kadang-kadang, selalu dan sebagainya. Manakala Arbak Othman pula menggunakan istilah kata keterangan aspek dan kata keterangan ragam untuk merujuk kepada kata kerja bantu. Mengikut beliau, kata keterangan dapatlah diertikansebagai perkataan yang menerangkan kata kerja, kata sifat, kata keterangan sendiri
1