• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
DILEMA EKONOMI MELAYU
Oleh IBRAHIM ALIHari ini orang
Melayu
juga mengalami dilema ekonomi. Walaupun mulai 1970-an kerajaantelah melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB), dan kemudiannya Dasar PembangunanNasional (DPN), ekonomi orang
Melayu
masih tercorot dan amat ketinggalan.Malangnya, segolongan bukan
Melayu
asyik mengecam dan mengkritik kerajaan, kononnyakerajaan tidak bersikap adil bila memberikan keistimewaan kepada
orang Melayu
danBumiputera. Ada segolongan bukan
Melayu
juga mendesak agar kuota pemilikan sahamMelayu sebanyak 30 peratus dimansuhkan.Segolongan bukan Melayu juga mendesak supaya kuota biasiswa untuk pelajar bukanMelayu mesti ditambah. Kata mereka,
orang Melayu
wajar berlumba-lumba dalam halpendidikan dan ekonomi negara menerusi sistem meritokrasi, iaitu sistem siapa hebat diayang dapat, sistem siapa yang kuat, dia dapat semuanya. Kalau sistem ini dilaksanakan,
orang Melayu
akan terpinggir dan akhirnya lesap daripada bumi tercinta ini.Dalam hal ini, sekali lagi saya ulangi, suara-suara yang mengungkit-ungkit keistimewaan
Melayu
pada hari ini adalah suara orang yang sudah dapat betis, mahukan paha. Ini suaraorang tamak dan haloba, tidak menghargai kedudukan
orang Melayu
dan Bumiputera yangmundur akibat penjajahan British. Kepada kelompok ini, fahamilah maksud perangkaan ataustatistik di bawah.Akibat dasar British membawa masuk orang asing ke Tanah Melayu tanpa sebarangkawalan, banci penduduk Tanah Melayu pada tahun 1931 mendapati jumlah orang asingketika itu mengatasi pribumi di Tanah Melayu.Pada tahun 1932-1933 ada kemelesetan ekonomi dunia. Orang asing pun ramai yang balikke negara asal mereka. Biarpun begitu, banci penduduk Tanah Melayu pada 1947, punmasih mendapati orang asing mengatasi pribumi. Selepas Perang Dunia Kedua pada 1945,bancian penduduk Tanah Melayu, termasuk Singapura, mendapati daripada 5.7 jutapenduduk ketika itu,
orang Melayu
dan Bumiputera hanya 2.5 juta orang, bukan Melayuseramai 3.2 juta orang (Cheah Boon Kheng 2007).Perkembangan kependudukan seperti ini menyebabkan jumlah orang asing berbanding
orang Melayu
dan Bumiputera pada 1957 adalah hampir seimbang. Daripada keseluruhanrakyat Tanah Melayu ketika itu, 3.12 juta adalah
orang Melayu
dan Bumiputera. Orang Cinaseramai 2.33 juta, India 690,000 dan 120,000 daripada lain-lain etnik (Federation of MalayaYear Book 1959).Biarpun begitu, daripada segi ekonominya, keturunan Cina pada 1957 telah menguasaiekonomi negara secara kukuh sementara
orang Melayu
masih dalam kemiskinan.Contohnya, sejak 1937, pelaburan orang Cina di Tanah Melayu sudah pun menjangkauAS$200 juta berbanding pelaburan asing lainnya sejumlah AS$454.5 juta (Ling Liong Sik1995:3).Pada tahun 1950-an, syarikat-syarikat Eropah menguasai 65 peratus hingga 75 peratusperdagangan eksport dan 60 peratus hingga 70 peratus perdagangan import. Syarikat-syarikat milik orang Cina ketika itu menguasai 10 peratus agensi eksport. Syarikat-syarikatetnik India pula menguasai dua peratus perdagangan berkenaan. Pada ketika itu,
orangMelayu
langsung tidak memiliki sebarang ekuiti dalam mana-mana perdagangan. (Gomez &Jomo, 1997:14-15).
1
 
Pada tahun 2008, penduduk Malaysia adalah 25.056 juta.
Melayu
13.667 juta, Bumiputera2.963 juta, etnik Cina 6.256 juta, etnik India 1.880 juta, lain-lain etnik 290,000 dan bukanrakyat 2.826 juta (Unit Perancang Ekonomi:2008).Bagaimanapun, pemilikan modal saham pada 2008 adalah RM100 bilion atau 18.9 peratussahaja di tangan Bumiputera, RM215 bilion atau 40.6 peratus dikuasai oleh bukanBumiputera, RM42.3 bilion atau 8 peratus dikuasai oleh syarikat nomini, dan RM172.3 bilionatau 32.5 peratus dipegang oleh pemodal asing.Ekuiti Bumiputera sebanyak RM100 bilion pada tahun 2008 terbahagi kepada RM79.4 bilionatau 15 peratus milik individu, RM11.9 bilion atau 2.2 peratus milik institusi, dan RM8.7 bilionatau 1.7 peratus milik agensi amanah. Ekuiti milik bukan Bumiputera, RM207 bilion atau 39peratus dikuasai oleh etnik Cina, RM6.4 bilion atau 1.2 peratus dalam tangan etnik India,dan RM1.9 bilion atau 0.4 peratus kepunyaan lain-lain kaum. (The Star: 27.6.2008).Statistik di atas membuktikan jumlah penduduk Melayu dan Bumiputera berbanding lain-lainetnik yang hampir seimbang sewaktu kemerdekaan tanah air, meningkat secara prominenpada 2008. Tetapi, kenyataan mengenai kemiskinan serta lain-lain petunjuk ekonomi di erasebelum merdeka adalah manifestasi dan dampak dasar pecah dan perintah penjajahBritish yang memihak kepada bukan Bumiputera dan menindas
orang Melayu
danBumiputera.Petunjuk ekonomi di era sesudah merdeka, seperti pada tahun 2008, adalah realiti danmanifestasi bahawa sehingga hari ini,
orang Melayu
dan Bumiputera adalah golonganrakyat Malaysia yang jauh ketinggalan berbanding bukan Bumiputera dan berbandingkedudukan pemodal asing di negara ini.Hakikat ini jadi lebih ketara jika dikaji lain-lain petunjuk sosio-ekonomi seperti pendapatan isirumah, kadar kemiskinan relatif dan kemiskinan tegar, jumlah profesional Melayu danBumiputera dan sebagainya. Dikaji ikut perspektif mana sekalipun, adalah jelas Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Negara (DPN) terbukti belum berjayamengatasi jurang perbezaan ekonomi dan kadar kemiskinan antara
orang Melayu
danBumiputera dengan bukan Bumiputera di Malaysia.Oleh sebab itu, apakah asas yang menghalalkan segolongan orang bukan
Melayu
untukmempersoalkan DEB, DPN, keistimewaan
orang Melayu
, biasiswa untuk Bumiputera dansegala-gala dasar yang disifatkan memihak kepada
orang Melayu
dan Bumiputerakebelakangan ini?Apakah alasan kerajaan melayan desakan demi desakan, termasuklah dalam bidangpelajaran rendah, pelajaran menengah dan pendidikan tinggi, daripada sesetengahkelompok bukan Melayu pada hari ini?Kepada golongan ini, ingatlah bahawa di era penjajah, hanya 10 peratus sahaja anakMelayu masuk universiti. Bakinya yang 90 peratus semuanya dibolot oleh bukan Melayu.Dalam hal dilema ekonomi ini, saya juga merayu semoga kerajaan tidak akan berkompromidan tidak akan tunduk kepada tuntutan keterlaluan oleh sesetengah kelompok bukanMelayu.Saya juga menyeru segolongan pegawai Melayu yang selama ini kononnya kurang sensititerhadap kemajuan
orang Melayu
dan Bumiputera dalam bidang ekonomi, supaya insaf dan ubah sikap untuk membantu Melayu dan Bumiputera dengan lebih ikhlas dan dedikasi.
2
 
Kepada seluruh pegawai dan profesional Melayu dalam bidang korporat dan syarikat milikkerajaan (GLC), saya menyeru, fikirkanlah masa depan
orang Melayu
dan Bumiputeradalam ekonomi dan perniagaan.Janganlah bila sudah dapat tempat tinggi-tinggi, kelompok pegawai dan profesional Melayuini jadi seperti kacang yang lupakan kulit. Jangan di pandang hina usahawan dan peniagaMelayu dan Bumiputera.Ingatlah bahawa tanpa perjuangan Melayu terdahulu, para profesional Melayu dalam GLCdan mereka yang berada dalam sektor awam dan sektor korporat pada hari ini, belum pastidapat menikmati kedudukan yang mereka nikmati sekarang.Seluruh pegawai Melayu dalam sektor kerajaan dan GLC sewajarnya memberikan peluangperniagaan kepada
orang Melayu
dan Bumiputera. Jangan tergamak sesetengah pegawaimenafikan peluang perniagaan yang sepatutnya diberikan kepada usahawan dan peniagaMelayu serta Bumiputera.Badan-badan korporat dan GLC Melayu perlu turut memainkan tanggungjawab sosialkepada NGO dan pertubuhan Melayu yang mendukung perjuangan untuk memperkasakanaspirasi Melayu dan Bumiputera.Mereka perlu mempunyai keutamaan dan fokus yang tepat dan betul mengenai perkara ini.Janganlah kalau untuk hiburan yang melekakan, mereka sanggup menderma hinggaberjuta-juta ringgit jumlahnya. Janganlah pula untuk menggerak serta memperkasakanperjuangan Melayu dan Bumiputera, mereka sentiasa berdolak-dalik untuk membantuperjuangan ini.Saya sangat berharap, semoga golongan pegawai-pegawai Melayu dan eksekutif Melayudalam syarikat korporat dan GLC, tidak akan tergamak untuk mengkhianati aspirasiperjuangan Melayu. Jangan digadaikan masa depan
orang Melayu
dan Bumiputera dinegara ini di masa akan datang.Demikianlah penegasan semula saya mengenai perjuangan
orang Melayu
dan Bumiputerapada hari ini. Penegasan semula ini saya lahirkan semata-mata kerana saya tidak rela
orang Melayu
dan Bumiputera terus dilanda dilema politik dan dilema ekonomi di tanahairnya sendiri.Penegasan semula aspirasi perjuangan ini saya lakukan kerana saya tidak reda dagang laluditanakkan, anak di rumah mati kebuluran. Penegasan semula aspirasi perjuangan bangsaini saya lafazkan kerana saya mahukan majoriti
orang Melayu
dan Bumiputera kembalimemberikan sokongan serta keyakinan mereka kepada pemerintah.Penegasan semula aspirasi perjuangan Melayu ini juga saya lahirkan supaya pihakpemerintah juga sentiasa mempertahankan seluruh hak dan keistimewaan Melayu yangtermaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan yang termaktub dalam seluruh dasar afirmatif kerajaan.Marilah sama-sama kita memohon restu dan hidayat daripada Allah SWT semoga usahakita melakukan penegasan semula aspirasi perjuangan ini akan menghasilkan tindakanyang positif oleh semua pihak, rakyat jelata daripada semua keturunan, pemerintah,pemimpin politik, pemimpin masyarakat sivil, para pegawai kerajaan, pemimpin korporat danpara pendukung GLC di Malaysia.Datuk Ibrahim Ali ialah Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia.Utusan Malaysia, Selasa, 9 Jun 2009
3
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...