You are on page 1of 24

Ujian merupakan kaedah yang digunakan untuk mengutip data bagi menilai dan mengesan kefahaman, pencapaian dan

keupayaan murid terhadap sesuatu pelajaran yang telah dipelajari. Ujian boleh dijalankan secara lisan ataupun bertulis (pada kertas atau komputer).

Ujian disediakan dalam pelbagai bentuk untuk menguji kognitif, afektif dan psikomotor.
Ujian yang biasa digunakan di sekolah ialah ujian pencapaian dan ujian diagnostik. Item dalam soalan ujian dibina mengikut tujuan ujian, objektif ujian, jenis ujian, kandungan ujian dan yang paling penting soalan berkenaan dibina untuk menjawab persoalan kajian.

Digunakan untuk membandingkan prestasi murid sebelum dan selepas sesuatu rawatan atau program intervensi dijalankan.
Jika keputusan Ujian Pos menunjukkan peningkatan yang signifikan berbanding Ujian Pra, maka objektif kajian tercapai.

Kedua-dua set soalan Ujian Pra dan Ujian Pos mestilah sama ataupun setara untuk membolehkan perbandingan dibuat. Responden akan menjawab dua set soalan yang sama atau setara sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Suasana peperiksaan kedua-dua ujian juga mesti tidak jauh berbeza.

Hasil perbandingan ujian pra dan ujian pos akan menentukan keberkesanan intervensi yang dijalankan ke atas responden
Keputusan yang diperoleh daripada ujian boleh menjadi satu indikator yang baik tentang pencapaian atau penguasaan terhadap sesuatu kemahiran atau pengetahuan yang telah diajar kepada murid.

Jenis Ujian
Jenis Ujian Ujian pencapaian Contoh Kuiz, Ujian bulanan, Ujian penggal Ujian untuk mengenalpasti kelemahan IQ, Ujian Binetsimon

Ujian diagnostik

Ujian kecergsan

Melibatkan kemahiran bahasa. Murid perlu memperolehi kemahiran membaca dan memahami, kemahiran menulis serta kemahiran mengira. Menggunakan kemahiran kognitif.

Contoh :

Ujian pencapaian boleh dikelaskan sebagai sebahagian daripada pakej keseluruhan penilaian murid secara beransur-ansur. Bentuk item ujian objektif biasanya mempunyai jawapan betul yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Pelajar diminta untuk memilih jawapan betul atau paling sesuai daripada pilihan.

Ujian pencapaian biasanya digunakan apabila sebilangan besar murid bersama-sama di satu lokasi dan sedang diuji pada masa yang sama. Membantu untuk mengenal pasti pengetahuan murid tentang bentuk bahasa dan keupayaan murid mendengar dan membaca.

Ia boleh digunakan untuk menilai proses mental yang lebih kompleks dan mencabar. Ia boleh merupakan Ujian Objektif atau Ujian Subjektif. Ia boleh digunakan untuk menilai proses mental yang lebih kompleks dan mencabar.

Ia memerlukan pelajar untuk membaca atau menulis secara bebas atau untuk menunjukkan pemahaman konsep. Ujian ini boleh menjadi kaedah yang berkesan untuk menilai pengetahuan utama, fakta, kemahiran dan prosedur. Pelbagai jenis ujian akan memberikan gambaran pencapaian murid dalam mata pelajaran yang berlainan.

CONTOH CARTA PERKEMBANGAN MURID: (KUANTITATIF)


CARTA PERKEMBANGAN MURID KEMAHIRAN MENGIRA NAMA: BALA 4

BAND

0 0 1 2 3 4 BULAN
14

CONTOH LAPORAN PERKEMBANGAN MURID: (KUALITATIF)


INSAN KAMIL 1 ZAHRAH

Boleh membaca dan memahami petikan / teks yang mengandungi 5 ayat mudah, Jelas : sebutan, Lancar : bacaan. Dapat menjawab soalan berasaskan petikan yang telah dibaca. Konsisten : Sebutan jelas, bacaan lancar dan memahami dengan betul.

Boleh membuat ayat dalam satu perenggan berdasarkan gambar/pengalaman/tajuk dengan konsisten, Tulisan yang boleh dibaca, Jarak antara perkataan yang sesuai, Tanda baca yang betul Boleh menggunakan kemahiran operasi asas Matematik tambah dan tolak untuk nombor bulat, wang, masa dan waktu Menyatakan semua kemungkinan hasil tambah dan tolak pasangan dua nombor
15

ADALAH SATU INSTRUMEN PENGUKURAN YANG MEMBOLEHKAN GURU PEMULIHAN KHAS MENGESAN PUNCA DAN KAWASAN KELEMAHAN SECARA SPESIFIK YANG DIHADAPI OLEH SESEORANG MURID PEMULIHAN KHAS.

Merupakan ujian secara langsung semasa proses P&P berjalan.

Membantu guru mengenalpasti secara khusus kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh murid. Membantu guru mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran.
Membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid.

Membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik.
Membolehkan guru merancang dan membina program dan bahan bantu mengajar yang bersesuaian mengikut tahap murid.

Ujian ini tidak melibatkan gred dan skor sebaliknya hanya ingin melihat kesediaan pelajar untuk memulakan pelajaran yang seterusnya. Membuat anggaran kekuatan dan kelemahan murid dan guru agar boleh diambil tindakan selanjutnya.

Membantu pengajaran.

guru

merancang

objektif

Membolehkan guru merancang dan membina bahan bantu mengajar yang bersesuaian mengikut tahap murid.

Sekiranya pelajar tidak memberi respond dan tidak dapat menjawab soalan daripada guru maka penyampaian guru pada hari itu mungkin tidak berkesan maka guru perlu melakukan penambahbaikan dalam pengajaran dan secara amnya pelajar tidak bersedia untuk memasuki fasa pembelajaran yang seterusnya.

Juga dikenali sebagai ujian IQ. Tidak mengukur apa yang diketahui oleh murid tentang sesuatu mata pelajaran. Menggambarkan tahap atau kadar perkembangan kebolehan mental individu. Hanya memberi panduan tetapi bukanlan kepastian mengenai murid.

Rujukan
Sue Clark Wortham (1995). Measurement and Evaluation in Early Childhood Education. New Jersey: Prentice Hall. Inc. Surayah Zaidon dan Haslinda Md. Ali (2009). Penilaian dalam Pendidikan Prasekolah. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd http://www.slideshare.net/SuriatiRaman/ujian-pra-danpasca-lampiran-c http://www.slideshare.net/DevakiChitra/proposal-kajiantindakan-5368723 http://www.scribd.com/doc/13888119/UJIAN-DIAGNOSTIK

Disediakan Oleh:

HU SHIAU HOOI 8 PISMP SN

You might also like