You are on page 1of 32

1

1.0) SEJARAH PENULISAN DAN PEMBUKUAN AL-QURAN BERMULA


SEJAK ZAMAN RASULULLAH S.A.W SEHINGGA ZAMAN KHULAFA
RASYIDIN.

1.1) SEJARAH PERKEMBANGAN AL-QURAN PADA ZAMAN
RASULULLAH S.A.W
Menurut Ahli Sejarah, penulisan al-Quran bermula dari zaman Nabi Muhammad
s.a.w. di mana sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. menerima wahyu, Baginda
mengarahkan penulis-penulis wahyu mencatatkan ayat-ayat al-Quran yang
diterimanya.
Antara penulis wahyu Baginda Rasulullah s.a.w. ialah Khulafa' al-
Rasyidin yang empat iaitu Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq, Saiyidina Umar bin al-
Khattab, Saiyidina Uthman bin Affan dan Saiyidina Ali bin Abi Talib r.a. serta
sahabat Baginda yang lain seperti Saiyidina Zaid bin Thabit, Ubai bin Ka'ab,
Thabit bin Qais r.a. dan lain-lain.
Oleh kerana pada masa itu ketiadaan kertas, maka para penulis wahyu
telah mencatatkan ayat-ayat al-Quran tersebut pada pelepah-pelepah tamar,
kepingan batu, tulang dan lain-lain bahan tulisan. Catatan tersebut disalin
semula oleh sebahagian sahabat walaupun kebanyakan mereka lebih
mengutamakan hafazan.

1.2) SEJARAH PERKEMBANGAN AL-QURAN ZAMAN PARA
SAHABAT
1.2.1) Zaman Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq R.A.
Selepas Rasulullah s.a.w. wafat, para sahabat telah melantik Saiyidina Abu
Bakar al-Siddiq r.a. menjadi khalifah yang pertama. Pada zamannya telah
berlaku beberapa peperangan antaranya ialah peperangan al-Yamamah yang


2

berlaku pada tahun 11 Hijrah. Dalam peperangan tersebut ramai tentera Islam
yang menghafaz al-Quran telah gugur syahid. Sejarah mencatatkan sehingga
700 orang yang menghafaz al-Quran telah gugur syahid dalam peperangan
tersebut."
Peristiwa berkenaan telah mendorong Saiyidina Umar bin al-Khattab r.a.
beberapa kali mencadangkan kepada Khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a. supaya
diadakan usaha pengumpulan al-Quran kerana dibimbangi al-Quran akan
terhapus dengan sebab ramai Qurra' yang gugur syahid. Akhirnya Khalifah Abu
Bakar al-Siddiq r.a. bersetuju dengan cadangan tersebut dan mengarahkan
Saiyidina Zaid bin Thabit r.a. menyalin al-Quran yang telah ditulis dan dihafaz
pada zaman Rasulullah s.a.w. dengan dibantu oleh beberapa orang sahabat
yang lain. Melalui usaha tersebut maka terkumpullah al-Quran yang pertama
dalam bentuk lembaran suhuf.
Setelah Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq r.a. wafat, suhuf tersebut telah
disimpan di rumah Saiyidina Umar bin al-Khattab r.a. dan apabila Saiyidina
Umar bin al-Khattab r.a. wafat, lembaran suhuf itu telah disimpan pula oleh
Ummul Mukminin Saiyidatina Hafsah binti Umar al-Khattab r.a.
1.2.2) Zaman Saiyidina Uthman Bin Affan R.A.
Pada masa pemerintahan Khalifah Saiyidina Uthman bin Affan r.a. Islam telah
berkembang dengan luas meliputi Semenanjung Tanah Arab dan lain-lain
wilayah termasuk Armenia, Arzabeijan dan Khurasan. Umat Islam di wilayah-
wilayah tersebut telah mempelajari dan membaca al-Quran menurut kaedah-
kaedah bacaan Rasulullah s.a.w. melalui riwayat bacaan para sahabat yang
masyhur antaranya:
Penduduk Mekah dan Madinah mengambil kaedah bacaan dari Ubai bin Ka'ab,
Zaid bin Thabit dan Saiyidina Umar bin al- Khattab r.a.
Penduduk Syam mengambil kaedah bacaan daripada Saiyidina Uthman bin
Affan dan Abu Darda' r.a.


3

Penduduk Basrah mengambil kaedah bacaan dari Saiyidina Umar bin al-
Khattab, Ubai bin Ka'ab, Zaid bin Thabit, Saiyidina Uthman bin Affan, Saiyidina
Ali bin Abi Talib dan Abu Musa al-Asha' ari r.a.
Penduduk Kufah mengambil kaedah bacaan daripada Abdullah bin Mas'ud,
Saiyidina Ali bin Abi Talib, Saiyidina Uthman bin Affan, Ubai bin Ka'ab dan Zaid
bin Thabit r.a.
Pada tahun 25 Hijrah, satu perbalahan yang hebat telah berlaku di kalangan
muslimin mengenai perbezaan kaedah bacaan dan seterusnya perselisihan dari
segi riwayat pembacaan al-Quran. Keadaan yang tidak begitu sihat ini telah
disampaikan oleh seorang sahabat yang bemama Huzaifah bin al- Yaman
kepada Khalifah Saiyidina Uthman bin Affan. Huzaifah telah mencadangkan
supaya Khalifah Saiyidina Uthman r.a. mencari jalan untuk menyatukan kaum
muslimin dengan cara menyelaraskan mushaf agar tidak berlaku lagi
perbalahan dan perselisihan tersebut. Khalifah Uthman bin Affan r.a. telah
membentuk satu Jawatankuasa Penulisan Al-Quran yang diketuai oleh Zaid bin
Thabit r.a. dan dibantu oleh beberapa orang anggota yang lain yang terdiri dari
Abdullah bin Zubair, Said bin al-' As dan Abdul Rahman bin Harith bin Hisyam
r.a.
Lembaran-lembaran suhuf al-Quran yang diambil dari simpanan Saiyidatina
Hafsah binti Umar r.a. untuk dijadikan mushaf. Ketika ahli-ahli Jawatankuasa ini
menjalankan tugas, Saiyidina Uthman bin Affan memberi nasihat dan
meletakkan panduan bahawa asas rujukan di dalam penulisan al-Quran ini
hendaklah berdasarkan bacaan para Qurra'. Jika terdapat perbezaan pada
bacaan mereka, maka hendaklah ditulis mengikut bahasa orang-orang Quraisy
kerana al-Quran itu diturunkan menurut bahasa Quraisy.
Menurut pendapat yang muktamad, Jawatankuasa tersebut telah menyusun
dan menyalin sebanyak enam mushaf al-Quran. Sebuah mushaf untuk
kegunaan Saiyidina Uthman bin Affan r.a. sendiri yang dinamakan "Mushaf al-


4

Imam" dan mushaf yang lain dikirimkan ke Mekah, Syam, Basrah, Kufah dan
Madinah.
Mushaf tersebut bukan sahaja dijadikan rujukan tunggal bagi penduduk di
wilayah-wilayah berkenaan, bahkan dihantar bersama-samanya seorang imam
(qari) yang adil dan mutqin" di dalam bacaan al-Quran untuk mengajar
penduduk berkenaan. Mereka terdiri daripada:
Abdullah bin al-Saaib r.a. ke Mekah.
AI-Mughirah bin Abi Syahab r.a. ke Syam.
Abdul Rahman Abdullah bin Habib al-Sulami r.a. ke Kufah.
Amru bin Qais r.a. ke Basrah.
Zaid bin Thabit r.a. di Madinah.
Selepas itu, Saiyidina Uthman bin Affan r.a. memerintahkan supaya semua
lembaran al-Quran yang ditulis sebelum ini dikumpulkan untuk dibakar atau
dilupuskan. Walau bagaimanapun, perbezaan bacaan ( ) yang ada
hingga sekarang ini tidaklah berlawanan dengan apa yang terdapat di dalam
mushaf yang ditulis pada zaman Khalifah Uthman bin Affan r.a. kerana bacaan
itu telah diterima dari Baginda Rasulullah s.a.w. secara mutawatir.
Usaha-usaha pengumpulan al-Quran yang dilakukan pada zaman Khalifah
Uthman bin Affan telah mendatangkan faedah yang besar kepada umat Islam
terutamanya dari segi:
Dapat menyelamatkan umat Islam dari perpecahan.
Dapat menyelesaikan perselisihan kaum muslimin tentang penulisan al-
Quran.
Dapat menyatukan bentuk mushaf yang seragam melalui ejaan dan
tulisan.
Dapat menyatukan wajah-wajah qiraat melalui satu mushaf.
Dapat menyelaraskan susunan surah-surah menurut tertib seperti yang
ada sekarang ini.


5


2.0) RESM UTHMANI
2.1) PENGENALAN RESM UTHMANI

Mushaf Uthmani ialah mushaf atau naskhah al Quran yang ditulis semula
di zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan atas arahan beliau sendiri.
Oleh kerana usaha menulis mushaf ini dilakukan di zaman beliau maka
dipanggil Mushaf Uthmani iaitu disandarkan kepada nama beliau. Inilah mushaf
yang ada pada kita sekarang.
Al-Quran yang merupakan mukjizat teragung Nabi Muhammad s.a.w.
amat terpelihara dan dijaga dari segi bentuk penulisan dan bacaan. Bersama
bentuk bacaan mutawatir yang diturunkan melalui malaikat Jibril, Allah juga
menentukan kaedah-kaedah tertentu untuk membentuk kalimah Al-Quran. Para
ulama telah mengesan beberapa kaedah penulisan kalimah-kalimah Al-Quran
dan kaedah-kaedah tersebut dinamakan kaedah Resm Uthmani.
Resm atau bentuk tulisan dalam Mushaf Uthmani berlainan pada
beberapa tempat daripada tulisan biasa bahasa Arab. Jadi tulisan dalam
Mushaf Uthmani dipanggil Resm Uthmani. Dalam al Quran lama cetakan Pulau
Pinang, Singapura dan Thailand yang terdapat di Malaysia sebelum tahun 70an
dahulu yang bernama Quran Majid tulisannya dipanggil Resm Imlaei atau
Qiyasi.



2.2) SEJARAH DAN KONSEP RESM UTHMANI



6

Menurut ahli sejarah, penulisan al Quran bermula dari zaman Nabi
Muhammad s.a.w di mana sebaik sahaja Rasulullah menerima wahyu. Baginda
mengarahkan penulis-penulis wahyu mencatatkan ayat-ayat al Quran yang
diterimanya. Antara penulis wahyu tersebut ialah Khulafa al Rasyidin serta
sahabat baginda yang lain seperti Zaid bin Thabit. Mereka mencatat ayat-ayat al
Quran tersebut pada pelepah-pelepah tamar, kepingan batu, tulang dan lain-lain
bahan tulisan. Pada zaman khalifah Uthman bin Affan r.a memerintah, Islam
telah berkembang dengan luas hingga ke negeri Sham, Kufah, Iraq dan negara-
negara lain.Umat Islam yang berada di merata-rata tempat telah mempelajari
dan membaca al Quran menurut kaedah-kaedah bacaan daripada para sahabat
yang masyhur di kalangan mereka.
Khalifah Uthman telah membentuk satu jawatankuasa penulisan al
Quran yang diketuai oleh Zaid bin Thabit. Tugas mereka ialah membukukan al
Quran, iaitu menyalin lembaran-lembaran al Quran yang diambil daripada
Hafsah binti Umar untuk dijadikan mushaf. Sesudah itu, Khalifah Uthman bin
Affan memerintahkan supaya dikumpulkan semua lembaran al Quran yang
ditulis sebelumnya dibakar. Dengan demikian maka pembukuan al Quran pada
zaman Khalifah Uthman bin Affan itu memberi faedah yang besar kepada umat
Islam iaitu menyatukan kaum muslimin dalam satu bentuk mushaf yang
seragam menurut ejaan dan tulisannya. Ia jua menyatukan bacaan, walupun
masih terdapat kelainan bacaan tetapi bacaan tersebut tidak berlainan dengan
ejaan Mushaf Uthmani.
Kesimpulannya, ilmu Resm ialah ilmu yang membincangkan cara
menulis lafaz-lafaz atau ucapan untuk memelihara pengucapan huruf-hurufnya
dari segi lafaz, huruf-huruf asal dan ilmu yang membahaskan kaedah
menambah, mengurang, menyambung, memisah dan menggantikan huruf.
Penulisan ( Resm ) al Quran ini adalah satu sunnah Rasulullah s.a.w yang
diikuti secara ijma ( sepakat ) oleh seluruh ulama mujtahidin kerana tulisan ini
adalah berbentuk tauqifiyyah dan ia dibuat di bawah pengawasan Nabi s.a.w.
Maka penggunaan tulisan Imlaei atau Qiasi tidaklah diharuskan.


7



2.3) RESM UTHMANI DAN KELEBIHANNYA.

Sebagaimana yang telah diketahui bahawa Resm Uthmani ialah ilmu
yang membincangkan kaedah penulisan kalimah-kalimah ayat al-Quran yang
digunakan dan dipersetujui oleh Saidina Uthman ketika penyalinan dan
penulisan Al-Quran. Ini menunjukkan resm ini sangat penting dipelajari dan
dikaji apabila hendak membaca kitab suci al-Quran atau menulisnya.

Antara kelebihan Resm Uthmani ialah :

(1) Resm Uthmani Bersifat Tauqifi bukan Taufiqi
Resm Uthmani adalah berpunca daripada bimbingan dan tunjuk ajar
Rasulullah s.a.w secara langsung dan mengikut sunnah baginda s.a.w. Setiap
perkara yang dikhabarkan oleh baginda sudah tentu ia datang daripada Allah
s.w.t. Rasulullah s.a.w. tidak mengajar sesuatu kepada para sahabat melainkan
setelah mendapat perintah wahyu daripada Allah berpandukan hadis berikut
sebagai sandaran:



Bermaksud : Gunakan dakwat, tajamkan pena, sempurnakan penulisan huruf
ba, pisahkan penulisan huruf sin, sempurnakan bulatan pada penulisan huruf
mim, perindahkan kalimah Allah, panjangkan sebutan al-Rahmaan, dan lagukan


8

bacaan al-Rahiim, letakkan pena kamu di atas telinga kirimu, maka
sesungguhnya ia akan mengingatkan kamu
Kebanyakan para ulama sama ada salaf atau khalaf fakta di atas menjadi
pegangan untuk berhujah tentang keistimewaannya, Ia diyakini melalui
pegangan sahabat dan mereka sendiri tidak pernah sama sekali
mengingkarinya. Walaupun ada beberapa pendapat yang berbeza daripada
kenyataan di atas, pendapat ini perlu ditolak kerana kaedah penulisannya
terdedah kepada kesilapan disebabkan tiada sesuatu sandaran yang mantap.
Kaedah-kaedah lain juga sering berubah dan sekiranya berlaku kepada Al-
Quran pasti berlaku penyelewengan yang merosakkan kalimah-kalimah
seterusnya kefahaman terhadap tafsiran ayat-ayat Al-Quran yang mutawatir.
Ada juga sebahagian ulama yang menyatakan bahawa format penulisan
al-Quran dalam mushaf Uthmani hanya merupakan ijtihad para sahabat Nabi,
tidak bersifat tauqifi. Pada mereka tidak ada nas yang jelas baik berupa ayat al-
Quran atau pun as-Sunnah yang menunjukkan secara khusus adanya
kewajipan menulis al-Quran berdasarkan format atau pola penulisan tertentu.

(2) Resm Uthmani Menjadi Sebahagian Rukun Bacaan Al-Quran
Membaca Al-Quran adalah sesuatu yang digalakkan dalam Islam dan
akan mendapat ganjaran kepada yang membacanya. Setiap pembacaan yang
mendapat ganjaran ialah pembacaan yang menepati rukun. Ulama bersepakat
rukun bacaan Al-Quran ada tiga dan salah satunya ialah menepati salah satu
mushaf-mushaf Uthmani sama ada mushaf yang dihantar ke Madinah, Mekah,
Kufah, Basrah, Syam atau mushaf Imam yang disimpan oleh Saidina Uthman
sendiri. Pembacaan yang tidak menepati rukun dikira syaz atau bacaan yang
ditolak. Ulama bersepakat tidak mengakui quraniyyat (kequranan) qiraat
Syazzat dan lebih jelas qiraat syazzat dianggap sebagai tafsir atau penjelasan
terhadap qiraat yang terkenal diakui kesahihannya.



9

(3) Meliputi Tujuh Huruf
Antara keistimewaan sehingga menjadikan Resm Uthmani perlu diberi
keutamaan ialah berkaitan tujuh huruf al-Quran dan ini menjadikannya
bertepatan dengan wajah qiraat yang diajarkan Rasulullah kepada sahabat-
sahabatnya.Terdapat banyak hadis berkaitan tujuh huruf dan pelbagai pendapat
utama mengenai maksudnya. Salah satu pendapat yang disepakati oleh
kebanyakan ulama ialah tujuh cara bacaan yang merangkumi unsur-unsur
berikut; kata nama sama ada ia mufrad, muthanna atau jamak dan sama ada ia
muzakkar atau muannas, perselisihan pada cara ikrab (analisa nahu),
perselisihan cara tasrif, perselisihan mendahulu atau mentakhir sesuatu huruf
atau kalimah, perselisihan dari segi ibdal, perselisihan dari segi menambah atau
mengurangkan sesuatu huruf atau kalimah dan perselisihan pada lahjah sama
ada tebal atau nipis, imalah, tashil, isymam dan sebagainya. Sekiranya Resm
Uthmani tidak digunakan dalam penulisan Al-Quran pasti mushaf yang
dihasilkan tidak meliputi semua huruf dan seterusnya menjadi mushaf itu terhad
dan sesuai digunakan untuk membaca qiraat mutawattiroh tertentu sahaja dan
tidak bagi qiraat-qiraat mutawattiroh yang lain.

(4) Resm yang Bertepatan dengan Pembentangan Bacaan Al-Quran
Terakhir
Faktor ini juga penting kerana seperti dimaklumi secara pasti melalui
sejarah Islam, Rasulullah s.a.w. melakukan semakan terakhir bacaan Al-Quran
dengan Malaikat Jibril dan Zaid bin Thabit, seorang sahabat yang sangat rapat
dengannya turut berada bersamanya. Zaid bin Thabit diberi tanggungjawab
untuk menulis dan mengumpul Al-Quran oleh dua khulafa Ar-Rashidin iaitu
Saidina Abu Bakar dan Saidina Uthman menulis berdasarkan kepada
pembentangan tersebut.

(5) Keistimewaan Resm Uthmani yang lain ialah:


10

(i) Berdasarkan sunnah Rasulullah s.a.w.
(ii) Berdasarkan tulisan Al-Quran yang asal.
(iii) Pembentukan Resm sedemikian dapat memberi kefahaman makna yang
berlainan dan tidak pula terkeluar daripada maksud yang sebenar. Contoh yang
mudah ialah pada kalimah maliki dalam surah Fatihah ada yang membaca
dengan hazaf alif dan ada yang membaca dengan Ithbat Alif yang kedua makna
kalimah tersebut tidak terkeluar daripada maksud yang dikehendaki malahan ia
saling mengukuh dan meluaskan makna.
(iv) Membolehkan bacaan wajah-wajah qiraat mutawatir pada lafaz yang sama
seperti dalam firman Allah ( ), kalimah ( ) boleh dibaca
dengan dua wajah Qiraat iaitu ( ) dan ( ) dengan kha berbaris
dommah.
(v) Sebagai hujah kepada bahasa Al-Quran yang fasih.
(vi) Dipersetujui oleh 12,000 orang sahabat.
(vii) Salah satu daripada sudut gambaran mukjizat Al-Quran .
(viii) Bertepatan dengan riwayat bacaan mutawatir. Berdasarkan kepada dalil-
dalil yang kuat dan hujah-hujah yang jelas.
(x) Ditulis mengikut bacaan Rawi (riwayat).
(xi) Mengandungi rahsia tertentu dari segi mengekal dan menggugurkan huruf.
Contohnya dalam surah Zariyyat ayat 47 ( )
kalimah biayyidin ditulis dengan gandaan huruf ya kerana memberi petunjuk
kebesaran kekuasaan Allah khususnya dalam penciptaan langit dan alam
semesta.



11

2.4) DEFINISI SETIAP KAEDAH BERSERTA CONTOH-
CONTOHNYA

2.4.1) KAEDAH PEMBUANGAN ATAU PENGURANGAN (HAZAF)
Hazaf bermaksud membuang atau menggugurkan huruf-huruf hijaiah
tertentu dalam struktur kalimah tertentu Al-Quran. Huruf-huruf tersebut ialah alif
(), wau(), ya(), lam() nun() yang terdapat pada kalimah tertentu dan huruf-
huruf alif(), wau() dan ya() pada kata permulaan (fawatih) surah tertentu Al-
Quran.
+ Pembahagian Hazaf
Hazaf berlaku dalam tiga bentuk;
Hazaf isyarah bermaksud hazaf yang bertujuan menunjukkan wajah-
wajah qiraat
mutawatirah tertentu contohnya.
Hazaf ikhtisor bermaksud hazaf peringkasan seperti pembuangan alif
pada struktur kata jamak Muzakkar Salim dan Jamak Muannath Salim
contohnya pada;

Hazaf iktisor bermaksud hazaf pembatasan yang bermakna hazaf alif
pada kalimah-kalimah tertentu tanpa melibatkan kalimah-kalimah lain
contohnya hazaf alif pada kalimah miaad;


12


(1) Hazaf Alif
Hazaf alif pada tempat-tempat dan keadaan-keadaan berikut:
1. Alif pada kalimah basmalah samada lengkap atau tidak

Kecuali pada surah al-Alaq ayat 1:


(2) Hazaf Wau
Hazaf wau berlaku dalam keadaan-keadaan berikut;
1. Bila ia berturut-turut dalam satu kalimah.


(3) Hazaf Ya


13

Hazaf ya berlaku dalam keadaan-keadaan berikut;
1. Ya muatakallim pada kedudukan isim munada seperti;

(4) Hazaf Lam
Hazaf lam tidak begitu banyak di dalam al-Quran, hazaf lam berlaku pada
keadaan berikut;
1. Pada lam kedua dalam kalimah-kalimah

Kecuali kalimah-kalimah



2. Lam pada lafzul Jalalah.

(5) Hazaf Alif Wau Dan Ya Fawatih Suwar
Hazaf alif berlaku pada huruf alif, lam, ha kecil dan besar, ya, to sod, qaf, ro.
Hazaf wau pula pada huruf nun. Manakala hazaf huruf ya melibatkan huruf-
huruf mim, sin, ain dan sin. Huruf fawatih yang tidak terlibat dengan hazaf
fawatih hanyalah alif kerana selepas dieja tiada huruf mad yang terdapat
padanya.



14

2.4.2) KAEDAH AL-ZIADAH DALAM PENULISAN AL-QURAN RESM
UTHMANI

Ziyadah bermaksud menambah huruf-huruf tertentu pada kalimah-kalimah
tertentu Al- Quran. Merupakan satu kaedah yang perlu diberi perhatian dalam
penulisan al-Quran Resm Uthmani. Jika diamat-amati kaedah ini juga terdapat
dalam Bahasa Inggeris yang diistilahkan sebagai silence pronoun. Huruf
tersebut ditulis tetapi tidak berfungsi pada semua keadaan pada bacaan. Dalam
penulisan mashaf-mashaf Resm Uthmani, huruf-huruf yang diziyadah ialah;
(a) Huruf Alif (b) Huruf wau. (c) Huruf ya

(1) Ziyadah Huruf Alif pada Tempat-tempat Berikut:
1. Selepas huruf wau ganti nama pada jamak muzakkar yang bersambung
dengan Fiil Madi Fiil Mudhari dan Fiil Amar yang berada di hujung kalimah.

(2) Ziyadah Huruf Wau pada:
1. Kalimah pada




15

(3) Ziyadah Ya pada Kalimah-kalimah:
1.


2.4.3) KAEDAH AL-IBDAL DALAM PENULISAN AL-QURAN RESM
UTHMANI
Al-Ibdal atau menukarkan suatu huruf kepada huruf yang lain adalah
merupakan satu kaedah yang perlu diberi perhatian dalam penulisan al-Quran
Resm Uthmani. Al-Ibdal ialah menggantikan sesuatu huruf kepada huruf yang
lain. Perlu diketahui bahawa huruf yang menggantikan sesuatu huruf itu tidak
boleh dibaca sama sekali, tetapi sebaliknya yang dibaca adalah huruf asal yang
digantikannya.Dalam penulisan mashaf-mashaf Resm Uthmani, huruf-huruf
yang digantikan itu terbahagi kepada lima bahagian iaitu:
(a) Ibdal huruf Alif kepada huruf Waw.
(b) Ibdal huruf Alif kepada huruf Ya.
(c) Ibdal huruf Nun kepada huruf Alif.
(d) Ibdal huruf Ta' al-Marbutah kepada huruf Ta al-Maftuhah.
(e) Ibdal huruf Thulathi Waw kepada huruf Alif.

(a) Ibdal Huruf Alif Kepada Huruf Waw


16

Dalam kaedah penulisan al-Quran Resm Uthmani, huruf Alif akan diibdalkan
kepada huruf Waw pada beberapa kalimah yang tertentu. Kalimah-kalimah yang
dimaksudkan itu ialah:
1. Empat kalimah yang selalu berulang-ulang iaitu:



(b) Ibdal Huruf Alif Kepada Huruf Ya'
Dalam kaedah penulisan al-Quran Resm Uthmani, huruf Alif pula akan
diibdalkan kepada huruf Ya' pada beberapa keadaan yang tertentu. Keadaan-
keadaan yang dimaksudkan itu ialah:
1. Apabila Alif terletak di hujung kalimah, sekalipun ia berhubung dengan
dhamir (ganti
nama) Contohnya seperti:



(c) Ibdal Huruf Nun Kepada Huruf Alif


17

Dalam kaedah penulisan al-Quran Resm Uthmani, huruf Nun akan
diibdalkan kepada huruf Alif pada beberapa keadaan yang tertentu. Keadaan-
keadaan yang dimaksudkan itu ialah:
Huruf Nun Tawkid Khafiyyah pada dua kalimah berikut:


(d) Ibdal Huruf Ta' Al-Marbutah Kepada Ta' Almaftuhah
Dalam kaedah penulisan al-Quran Resm Uthmani, huruf Ta' al-Marbutah akan
diibdalkan kepada huruf Ta' al-Maftuhah pada beberapa kalimah yang tertentu.
Kalimah-kalimah yang dimaksudkan itu ialah:
1. Semua kalimah ditulis dengan Ta' al-Marbutah melainkan pada tujuh
tempat
dalam al-Quran yang ditulis dengan Ta al-Maftuhah iaitu:


(e) Ibdal Huruf Thulathi Waw Kepada Huruf Alif
Dalam kaedah penulisan al-Quran Resm Uthmani, semua kata nama dan kata
perbuatan yang mempunyai tiga huruf dan asal huruf yang ketiganya ialah Waw
akan diibdalkan kepada huruf Alif pada beberapa kalimah yang tertentu.
Kalimah-kalimah yang dimaksudkan itu ialah:


18



Melainkan pada enam kalimah yang tetap ditulis dengan huruf Ya'. Kalimah-
kalimah yang dimaksudkan itu iaitu:



2.4.4) KAEDAH AL-WASL DAN AL-FASL DALAM PENULISAN AL-QURAN
RESM UTHMANI
Al-Wasl atau disebut juga sebagai al-Mausul ialah menulis sesuatu
kalimah serta menyambungkan dengan kalimah yang selepasnya, dan al-Fasl
atau disebut juga sebagai al-Maqtu' pula ialah menulis sesuatu kalimah serta
memisahkan dengan kalimah yang selepasnya. Dua istilah tersebut adalah
merupakan salah satu dari kaedah penulisan Resm Uthmani. Kaedah penulisan
ini hanya berlaku pada beberapa kalimah yang tertentu sahaja dalam mushaf-
mushaf Uthmaniah.
Secara keseluruhannya al-Wasl dan al-Fasl yang terdapat dalam mushaf-
mushaf Uthmaniah boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu:
(a) Bentuk penulisannya bersambung dalam semua mushaf Uthmaniah.
(b) Bentuk penulisannya berpisah dalam semua mushaf Uthmaniah.
(c) Bentuk penulisannya berbeza sama ada bersambung atau berpisah dalam
semua mushaf Uthmaniah.


19

(d) Bentuk penulisannya harus sama ada dengan bersambung atau berpisah
dalam semua mushaf Uthmaniah.

BAHAGIAN AL-WASL DAN AL-FASL
(a) Kalimah yang Ditulis Bersambung dalam Semua Mushaf Uthmaniah
Ditulis dengan bersambung dalam semua mushaf Uthmaniah pada kalimah-
kalimah berikut:
1. Semua Ya al-Nida dengan kalimah yang selepasnya seperti:


(b) Kalimah yang Ditulis Berpisah dalam Semua Mushaf Uthmaniah
Ditulis dengan berpisah dalam semua mushaf Uthmaniah pada kalimah-kalimah
berikut:
1. Kalimah dengan pada dua tempat sahaja dalam al-Quran iaitu:





20

(c) Kalimah yang Berbeza Bentuk Penulisannya dalam Mushaf-mushaf
Uthmaniah
Terdapat beberapa kalimah dalam al-Quran yang berbeza cara penulisannya di
mana ia akan bersambung pada sebahagian tempat, tetapi akan bercerai pula
pada sebahagian tempat yang lain.
1. Kebanyakannya Ditulis dengan Bersambung
(a) Kalimah dengan seperti:

(d) Kalimah yang Harus Ditulis Sama Ada Bersambung atau Berpisah
dalam Semua Mushaf Uthmaniah
Terdapat beberapa kalimah dalam al-Quran yang harus ditulis sama ada
dengan bersambung atau berpisah. Ini bermaksud bahawa kalimah-kalimah
tersebut harus ditulis dalam semua mushaf Uthmaniah dengan menggunakan
salah satu atau mana-mana cara tersebut. Kalimah-kalimah yang dimaksudkan
itu ialah:
1. Kalimah dengan pada sepuluh tempat dalam al-Quran iaitu:





21

2.4.5) KAEDAH AL-HAMZ DALAM AL-QURAN RESM UTHMANI.
Kaedah al-Hamz atau penulisan huruf Hamzah adalah merupakan salah satu
dari enam kaedah yang telah digariskan oleh para ulama dalam penulisan al-
Quran Resm Uthmani. Sekiranya kaedah tersebut dibuat perbandingan dengan
Resm Qiyasi, maka kita akan dapati bahawa kaedahnya begitu berbeza sekali,
di mana ia ditulis dengan bentuk yang berbeza-beza antara satu sama lain.
Bagi kaedah ini, perkara yang perlu dibincangkan ialah bentuk penulisan
atau rumah Hamzah kerana itulah yang berkaitan dengan Resm yang
sebenarnya. Perkara ini perlu diperjelaskan terlebih dahulu kerana ramai yang
beranggapan bahawa perkara yang dibahaskan berkaitan dengan huruf
Hamzah ini adalah tandanya iaitu sama ada berbentuk huruf sad kecil ataupun
kepala huruf Ain, sedangkan perkara yang dibahaskan dalam Resm Uthmani
adalah berkaitan surah (rumahnya).

BAHAGIAN HAMZAH
Huruf Hamzah yang terdapat di dalam al-Quran terbahagi kepada dua bahagian
iaitu:
1. Hamzah al-Wasl
Iaitu huruf Hamzah tambahan yang hanya terletak pada permulaan kalimah-
kalimah tertentu. Ia hanya dibaca ketika memulakan bacaan sahaja dan gugur
ketika menyambungkan bacaan dengan kalimah sebelumnya.Dalam al-Quran
Resm Uthmani, huruf Hamzah Wasal ini ditulis dalam bentuk huruf Alif.
Contohnya seperti


2. Hamzah al-Qat'i


22

Iaitu huruf Hamzah yang terletak sama ada di permulaan, pertengahan ataupun
di hujung kalimah. Ia tetap dibaca sama ada memulakan bacaan padanya
ataupun menyambungkan bacaan dengan kalimah sebelumnya. Contohnya
seperti
Dalam al-Quran Resm Uthmani, huruf Hamzah Qata' ini ditulis dalam bentuk
yang berbagai-bagai iaitu sama ada dengan huruf Alif, huruf Waw atupun huruf
Ya'.


1. Kaedah Penulisan Hamzah Al-Wasl
Dalam al-Quran Resm Uthmani, Hamzah al-Wasl itu terbahagi kepada dua
bahagian iaitu sama ada dikekalkan ataupun dibuang bentuknya. Apabila
bentuknya dikekalkan, maka ia ditulis dengan surah huruf Alif seperti
Kalimah dan sebagainya. Akan tetapi terdapat juga
beberapa keadaan di mana surah Hamzah al-Wasl itu perlu dibuang. Keadaan-
keadaan yang dimaksudkan itu iaitu:
1. Hamzah al-Wasl yang terletak pada Fa' Kalimah (Fa' al-Fi'il)



2. Kaedah Penulisan Huruf Hamzah Al-Qat'i


23

Dalam mashaf-mashaf Uthmani, keadaan penulisan huruf-huruf Hamzah
tersebut adalah berbeza antara satu sama lain. Ia berpandukan kepada
kedudukannya sama ada ia terletak di permulaan kalimah atau di
pertengahannya ataupun di hujung. Penjelasan mengenainya adalah seperti
berikut:
1. Huruf Hamzah di Pangkal Kalimah
Semua huruf Hamzah yang terletak di pangkal kalimah sama ada pada isim
(kata nama), fi'il (kata perbuatan) atau pada huruf ditulis dengan bentuk Alif
(berumahkan huruf Alif), sama ada ketika ia fathah, kasrah atau dammah.
Contohnya seperti:

2. Huruf Hamzah di Pertengahan Kalimah
Huruf Hamzah yang terletak di tengah kalimah berbeza cara penulisannya
antara satu sama lain:
(a) Sekiranya Hamzah itu fathah dan sebelumnya terdapat satu huruf sukun,
maka ia ditulis tanpa surah. Contohnya seperti:

Melainkan tiga kalimah yang ditulis dengan surah iaitu:
1. (Al-Najm: 47) 2. (Al-Rum: 10)
3. (Al-Ahzab: 20)


24


3. Huruf Hamzah di Hujung Kalimah
Huruf Hamzah yang terletak di hujung kalimah juga berbeza cara penulisannya
di antara satu sama lain.
(a) Sekiranya sebelum huruf Hamzah itu kasrah, ia ditulis dengan surah Ya.
Contohnya seperti:





2.4.6) KAEDAH MA FIH QIRA'ATAANI DALAM PENULISAN AL-QURAN
RESM UTHMANI.
Kaedah yang terakhir dalam penulisan al-Quran Resm Uthmani ialah
sekiranya sesuatu kalimah itu mengandungi dua cara bacaan, maka ia ditulis
berpandukan cara bacaan qiraat-qiraat yang tertentu.
Kaedah ini secara tidak langsungnya akan menerangkan tentang perbezaan
cara bacaan antara qurra' kerana terdapat perbezaan kaedah penulisan yang
terjadi di antara mushaf-mushaf Uthmaniah itu di sebabkan perbezaan bacaan
antara mereka. Perbezaan bacaan yang dibincangkan dalam perbahasan ini
adalah tertumpu kepada Qurra' Sab'ah sahaja.
Sekiranya terdapat sesuatu kalimah yang mengandungi dua atau
beberapa wajah qiraat, maka kalimah itu ditulis dengan salah satu dari wajah-


25

wajah qiraat tersebut. Kaedah penulisan kalimah-kalimah yang termasuk dalam
bahagian ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
1. Mengandungi Dua Wajah Qiraat dan Ditulis Bertepatan dengan Cara
Bacaan Kedua-duanya
Terdapat beberapa kalimah yang harus dibaca dengan dua atau berbagai-bagai
cara bacaan (qiraat). Kalimah-kalimah yang seumpama ini ditulis dalam semua
mushaf Uthmaniah dengan satu bentuk yang sesuai dan harus dibaca oleh
semua perbezaan qiraat yang berlaku. Contohnya seperti:



2. Mengandungi Dua Wajah Qiraat dan Ditulis Berpandukan Salah Satu
dari Keduanya (wajah yang lebih masyhur)
Terdapat beberapa cara bacaan pada sesuatu kalimah dan ia ditulis dengan
menggunakan salah satu bentuk yang lebih mashyur dan banyak digunakan
oleh qiraat-qiraat yang mutawatirah. Contohnya seperti:



26

3. Mengandungi Dua Wajah Qiraat dan Ditulis Berbeza-beza antara
Mushaf Berpandukan kepada Cara Bacaannya Masing-masing
Terdapat beberapa perbezaan bacaan yang melibatkan penambahan
sesuatu huruf atau kalimah, dan ini menyebabkan kaedah tulisan yang
digunakan bagi sesuatu qiraat tidak sesuai digunakan bagi qiraat yang lain.
Oleh itu ia ditulis pada sebahagian mushaf dengan satu kaedah dan sebahagian
lagi mushaf dengan kaedah yang lain berpandukan kepada cara bacaannya.
Contohnya seperti:


3.0) DHABTUL AL-QURAN
Pengertian Dhabt Al-Quran:
Bahasa:
Sampai matlamat dalam memelihara sesuatu.
Istilah Ilmu Dhabt:
Suatu ilmu yang memberi tanda kepada huruf-huruf Al-Quran dan
harakah(baris), sukun(tanda mati), syaddah(sabdu), mad(panjang) dan lain-lain
lagi.

3.1) SEJARAH DHABTUL AL-QURAN.


27

Secara umumnya ia adalah ilmu yang berkait rapat dengan Resm Al-Quran.
Lebih tepat lagi ia adalah kesinambungan daripada Resmul Uthmani bagi
memudahkan umat akhir zaman membaca al-Quran tanpa sebarang kekeliruan
dan kesalahan.
Seperti mana yang kita maklum, al-Quran yang ditulis dan disalin dalam
mashaf-mashaf pada zaman khalifah saidina Uthman adalah tidak mempunyai
nuqat (titik), harakah (baris), alamat (tanda-tanda) yang menunjukkan bacaan
panjang, tanda sukun (mati), syaddah (sabdu) atau huruf hamzah tidak seperti
yang ada pada kita hari ini. Bagi masyarakat Arab persoalan-persoalan
mengenai titik, baris dan sebagainya tidak pernah menjadi pertikaian dan tidak
pernah berlaku kekeliruan dalam membaca al-Quran memandangkan Al-Quran
itu sendiri dalam bahasa Arab. Oleh kerana itu mereka tidak berhajat kepada
ilmu Dhabtul Quran. Namun, apabila semakin ramai yang memeluk agama
Islam dari segala ceruk dan rantau, dengan mashaf pada masa itu yang hanya
Resm semata-mata, ia amat sukar untuk membezakan kalimah-kalimah dan
huruf-huruf al-Quran kerana keadaannya tidak bertitik dan berbaris.
Oleh yang demikian, timbul rasa kebimbangan di hati pemerintah Islam,
keadaan itu akan menjejaskan sebutan-sebutan ayat Al-Quran dan melibatkan
perubahan makna kalimah dari tempatnya yang sebenar. Mereka telah
mengadakan beberapa usaha untuk menjamin kesucian Al-Quran iaitu
dimulakan dengan meletakkan titik dan baris.
Contoh seperti huruf ba, ta dan tha yang sama dari segi bentuk Resm
(3 dalam 1) cuma dibezakan dengan bilangan titik. Ataupun dalam contoh yang
lain seperti baris fathah, kasrah dan sebagainya. Bayangkan jika tidak ada
keperihatinan dan usaha para ulama' terdahulu bagaimana agaknya kita dapat
membaca Al-Quran? Masih samakah ayat-ayatNya seperti yang kita baca pada
hari ini. Adakah terjamin kesuciannya tanpa sebarang perubahan jika hanya
bersandarkan pada hafazan sahaja? Sesungguhnya benarlah firman Allah yang
dirakamkan dalam surah al-Hijr yang bermaksud:


28

^^) }^4 4L^EO4^ 4O^g]~.-
^^)4 +O 4pOOgO4O ^_
"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Az-Zikr (al-Quran) dan
Kamilah yang akan memeliharanya"
Allah yang memelihara kalam-kalamNya dengan mengilhamkan usaha-usaha
ini kepada para ulama' agar kesuciannya terus terpelihara hingga ke hari
Qiamat.
3.2) KEPENTINGAN DHABTUL AL-QURAN
Kita dapat membaca al-quran dengan tepat dan betul menurut hukum
yang dikehendaki.
Dapat menghilangkan kesamaran di atas tanda baris yang tiga iaitu
Fathah, Dhammah, Kasrah.
Contohnya:
+ Huruf bersabdu atau bertashdid. ( (
Dibaca dengan berat
+ Alif Shoghirah (

)
Dibaca dengan kadar dua harakat.
+ Tanda panjang ( ~ )
Boleh dibaca lebih dari dua harakat
Di samping itu, kita dapat mengenal baris dua (fathatain, dhammatain,
kasratain) dan nun mati (sukun) kita juga dapat mengenal secara tidak
langsung huruf Izhar, Ikhfak, Idgham, Iqlab dan lain-lain lagi.
Kelebihan Dhabtul Quran
- Dapat memudahkan umat Islam mempelajari al-Quran
+ Dengan adanya ilmu Dhabtul Quran maka ianya memudahkan umat
Islam mempelajari al-Quran dengan cara yang lebih mudah dan senang.


29

Jika al-Quran tidak diberikan baris yang lengkap, maka agak sukar bagi
umat Islam mempalajari al-Quran.
+ Pada zaman Rasulullah dan para sahabat yang terdahulu, pengajian al-
Quran banyak berteraskan kepada kaedah hafazan. Selepas negara
Islam makin berkembang pesat keluar dari negara Arab, maka
bertambah ramailah penganutnya yang yang terdiri daripada mereka
yang bukan berketurunan Arab. Hal ini amat menyulitkan kerana bagi
mereka yang bukan Arab menghadapi sedikit masalah untuk mempelajari
al-Quran serta memahami isi kandungannya.
Namun dengan adanya ilmu Dhabtul Quran ini, secara tidak langsung pengajian
al-Quran menjadi lebih senang dan mudah dipelajari oleh umat Islam.


4.0) PERBANDINGAN KEBERKESANAN ANTARA KAEDAH
BAGHDADIAH DENGAN KAEDAH IQRA.
KAEDAH BAGHDADIAH KAEDAH IQRA
Murid dapat mengenal huruf hijaiah,
baris-baris dan tanda-tanda dalam al-
Quran dengan baik.
Pelajar cepat pandai dan faham
Murid diajar mengikut peringkat yang
tertentu dari mudah kepada sederhana
dan susah.
Mudah mengingat huruf dan kalimah

Murid diajar mengeja huruf yang
pelbagai baris sehingga betul-betul
fasih dan mahir.
Mengenal bunyi tanpa mengeja.

Pelajar senang faham dan dapat
mengeja serta membaca kalimah yang
mempunyai pelbagai baris dan tanda
Mudah mengingati dalam masa yang
singkat



30

kerana dipermulaan pembelajaran
murid diperkenalkan dengan huruf-
huruf hijaiyyah terlebih dahulu.
Kaedah ini dapat membentuk disiplin
pelajar kerana ia perlu kepada
tumpuan yang sungguh-sungguh
daripada pelajar.
Dapat menyebut dengan cepat dan
lancar.

Sesuai untuk semua peringkat usia
dan tahap kemampuan individu
Cepat menguasai dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran

Sesuai untuk pelajar yang lemah
kerana dia mengikut peringkat tertentu
iaitu dari pengenalan huruf, mengeja
dan membaca al-Quran
Cepat mengenal huruf, baris dan
tanda dalam al-Quran

Menguatkan daya hafazan terhadap
ayat-ayat lazim

Pengajaran berperingkat dari bacaan
asas hingga tajwid


Kaedah Baghdadiah
Menelusuri kaedah ini, murid dapat mengenal huruf hijaiah, baris-baris
dan tanda-tanda dalam al-Quran dengan baik. Murid juga diajar mengikut
peringkat yang tertentu dari mudah kepada sederhana dan susah. Kemudian
murid diajar mengeja huruf yang pelbagai baris sehingga betul-betul fasih dan
mahir. Tambahan pula, pelajar senang dan mudah untuk faham dan dapat
mengeja serta membaca kalimah yang mempunyai pelbagai baris dan tanda
kerana dipermulaan pembelajaran murid diperkenalkan dengan huruf-huruf
hijaiyyah terlebih dahulu.
Kaedah ini dapat membentuk disiplin pelajar kerana mereka perlu tumpu
sungguh-sungguh semasa belajar. Selain itu, kaedah ini sesuai untuk semua


31

peringkat usia dan tahap kemampuan individu. Lebih-lebih lagi kaedah ini
sesuai untuk pelajar yang lemah kerana dia mengikut peringkat tertentu iaitu
dari pengenalan huruf, mengeja dan membaca al-Quran. Berikutan daripada
kaedah ini juga mampu menguatkan daya hafazan terhadap ayat-ayat lazim.

Kaedah Iqra
Menyingkap kaedah ini, didapati pelajar cepat pandai dan faham
terhadap pembelajaran al-Quran. Mereka juga mudah untuk mengingat huruf
dan kalimah yang diajar oleh guru. Kaedah ini pula mengajar pelajar untuk
mengenal bunyi tanpa mengeja. Tambahan lagi kaedah ini menggunakan cara
mudah mengingati dalam masa yang singkat.
Selain itu, pelajar dapat menyebut dengan cepat dan lancar. Para pelajar
akan cepat menguasai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas. Mereka cepat mengenal huruf, baris dan tanda dalam al-Quran. Kaedah
ini menggunakan pengajaran secara berperingkat dari bacaan asas hingga
tajwid.











32

You might also like