You are on page 1of 12

ELEMEN 2

MEREKOD FAKTA SEJARAH


BANGUNAN BERSEJARAH:

MENARA CONDONG TELUK INTAN


OBJEKTIF KAJIAN

Secara umumnya objektif kajian kerja kursus sejarah 21/2 dapat dibahagikan kepada dua

bahagian iaitu objektif khusus dan objektif umum.

Objektif umum adalah untuk mengenal pasti sumber sumber sejarah yang sahih. Ini akan

dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat.

a)Melalui Objektif khusus, saya dapat mengenal pasti fungsi dan latar belakang bahan binaan

serta dapat menambah pengetahuan saya saya tentang bangunan bersejarah yang ada di

Malaysia. Ia juga dapat memupuk perasaan bangga terhadap tanah air dalam diri saya.

b) Kajian ini juga dapat menyedarkan rakyat Malaysia betapa pentingnya bangunan

bersejarah di negara kita kerana ianya dapat menyedarkan kita untuk menjaga dan

mempertahankan bangsa serta memupuk semangat kekitaan dikalangan rakyat Malaysia.

c)Dengan membuat kajian ini, saya dapat mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku

di sebalik bangunan bersejarah. Misalnya seperti bangunan Menara Condong di Teluk Intan,

Perak ini, ianya menyedarkan saya bahawa kerjasama dan perpaduan sesama kaum akan

membawa kebaikan.tersebut. Saya juga dapat menanam semangat patriotisme di dalam diri

saya dan juga kalangan generasi muda melalui kajian ini. Saya begitu berbanga dan

bersyukur Negara kita bangunan bersejarah yang harus kita kaji.


KAEDAH KAJIAN

Dalam menyiapkan kajian saya, saya telah menggunakan tiga kaedah untuk

mendapatkan maklumat bangunan bersejarah Menara Condong di Teluk Intan, Perak.

Kaedah yang saya gunakan adalah seperti berikut:

Kaedah Menebual Orang Sumber.

Sebelum kaedah ini dilaksanakan, kami telah meneliti kehendak tugasan. Kemudian

kami telah membina soalan. Kami juga mendapatkan pandangan guru pembimbing. Setelah

beliau berpuas hati, barulah kami pergi ke tempat orang sumber untuk menjalankan sesi temu

bual.

Kaedah Penyelidikan Perpustakaan.

Saya telah membuat kunjungan ke Perpustakaan Awam dan sekolah di SMK Dato

Seri Maharaja Lela. Kami telah mencari buku-buku ilmiah yang berkaitan dengan Menara

Condong Teluk Intan di Perak yang berusia melebihi 100 tahun. Kami telah membuat

fotocopy pada bahagian yang mengandungi bahan-bahan yang releven dengan tugasan saya

untuk dinilai dan membaca isi kandungannya.

Kaedah Melayari Internet.

Kami telah menggunakan kemudahan internet di rumah untuk melayari laman web

yang memaparkan artikel tentang Menara Teluk Intan yang bersejarah di Malaysia. Kami

berjaya mendapatkan maklumat yang ditemui dan kami telah memuat turun bahan-bahannya

untuk dijadikan rujukan.


PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana

telah memberi petunjuk untuk menyiapkan Kerja Kursus Sejarah ini dengan sempurnanya.

Izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih yang

tidak berbelah bahagi kepada beberapa pihak yang selama ini membantu saya menyiapkan

Kerja Kursus Sejarah 21/2 saya yang sempurna. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih

kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Seri Maharaja Puan Haajah Ni

Shafiah Bt Abdul Moin yang memberi kebenaraan kepada saya dan rakan-rakan taulan

untuk menjalankan Kerja Kursus Sejarah. Ribuan terima kasih kepada Encik Khairul Azhar

Bin Yahya, guru Sejarah yang sentiasa memimpin saya, memberi dorongan serta memberi

keyakinan kepada saya bagi menjayakan Kerja Kursus Sejarah saya. Tidak lupa juga, ribuan

terima kasih kepada ibu bapa yang tersayang iaitu Mohammad Hisham Bin Mokhtar dan

Rubi Rusni Binti Mokhtar yang banyak membantu dari segi kewangan, pendidikan, moral

dan idea serta rakan-rakan seperjuangan saya iaitu Azmil Mahfuz Bin Abdul Rahim,

Zahidin Bin Mohd Tarmizi yang banyak memberi dorongan dan galakan sepanjang saya

menjalankan tugas ini. Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi

kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menyiapkan kerja kursus ini.

Hanya Allah sahaja dapat membalas budi kalian.

Sekian, Terima Kasih.Wassalam.


HASIL KAJIAN

Nama bangunan:

- Menara Condong Teluk Intan

Nama Lain:

- Jam Tinggi

LATAR BELAKANG

(i) ASAL USUL

Menara Teluk Intan telah dibina oleh seorang kontraktor Cina bernama Leong Choon

Chong. pada tahun 1885, ia dikenali sebagai Jam Tinggi. kerana memiliki sebuah jam yang

masih berperanan hingga ke hari ini. Apabila bangunan ini telah condong sedikit ke arah

barat laut, ia dikenali dengan jolokan Menara Condong lantas menempah gelaran menara

condong kedua didunia selepas Menara Pisa di Itali.

(ii) SEMASA PEMERINTAHAN JEPUN

Bangunan ini telah digunakan oleh askar-askar Jepun sebagai menara kawalan bagi

memerhatikan kedatangan musuh dan ianya telah merosakkan sebahagian bangunan tersebut

terutama di bahagian atasnya.

Semasa Perang Dunia Kedua, pihak pentadbiran bertujuan merobohkan menara ini kerana

bimbang ia akan menjadi petanda kepada serangan kapal terbang Jepun. Tetapi ia mendapat

tentangan dari penduduk tempatan, cadangan itu terpaksa dibatalkan dan kekal hingga ke hari

ini dibawah pemeliharaan pihak Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI).


(iii) PENGASAS

Orang yang bertanggungjawab membinanya ialah seorang pemborong bernama Choong

Cheong atau Ah Cheong yang mendapat inspirasi bangunan pagoda di negeri China.

(iv) TAHUN DIBINA

Menara Condong Teluk Intan atau dikenali sebelumnya sebagai Jam Tinggi dibina pada 1885

hingga 1892.

(v) LOKASI

Terletak di pertemuan dataran segiempat, iaitu Jalan Pasar dan Jalan Ah Cheong dengan Jalan

Selat dan Jalan Bandar di kiri dan kanan menara yang sudah berusia lebih satu abad.
TUJUAN PEMBINAAN

Menara Teluk Intan ini dibina untuk tujuan asal pembinaannya ialah bagi menempatkan

sebuah tangki air untuk penduduk Bandar Teluk Intan. Air daripada tangki Menara Teluk

Intan ini digunakan oleh penduduk setempat sekiranya berlaku kemarau atau sebagai

keperluan memadam api sekiranya berlaku kebakaran kerana pada waktu itu bandar ini tidak

mempunyai perkhidmatan bomba. Semasa pemerintahan Jepun, bangunan ini telah digunakan

oleh askar-askar Jepun sebagai menara kawalan bagi memerhatikan kedatangan musuh dan

ianya telah merosakkan sebahagian bangunan tersebut terutama dibahagian atasnya.

Melalui kajian yang dibuat terhadap Menara Condong yang dahulu dikenali sebagai

Jam Tinggi, tujuan dan motif pembinaannya adalah seperti berikut:

-Sebagai sebuah tangki air untuk penduduk Bandar sekiranya berlaku kemarau.

-Bagi memperingati jasa pentadbir (British)

-Bagi membekalkan air untuk memadam api sekiranya berlaku kebakaran.

-Sebagi penentu waktu “Time Keeper”

-Menjadi mercu tanda Bandar.

KOS PEMBINAN

- Tidak diketahui

PERASMI

- Tidak diketahui
KEISTEMEWAAN BANGUNAN

Setelah diteliti, didapati pengaruh senibina Cina begitu kuat pada bangunan ini. Ini adalah

kerana ianya berkonsepkan senibina “Pagoda”. Walaupun pembinaannya pada zaman

pemerintahan British, namun pengaruh Cina, penderma dan kontraktor telah berjaya dalam

memperjuangkan budaya itu untuk dihayati. Ini jelas didapati pada fasad bangunan menara

jam ini seperti gerbang, bumbung genting dan hiasan jubin dan sebagainya yang

menunjukkan kekayaan budaya dan senibina Cina. Dari luar kelihatan seolah-olah menara

jam ini adalah sebuah bangunan 8 (lapan) tingkat, tetapi sebenarnya hanya terdapat 3 (tiga)

tingkat sahaja. Menara jam ini memiliki 110 anak tangga yang

menghubungkan setiap aras yang tingginya 5 meter. Kekayaan senibina diperbuat daripada

struktur kayu dan batu. Setiap tingkat dilengkapi dengan lorong jalan 1.8 meter lebar

berdindingkan tembok rendah 0.6 meter tinggi yang dihiasi dengan batu berwarna

hijau Ketelitian senibinanya dan perancangan ruang dapat dilihat dari adaptasi

penggunaannya iaitu sebagai tangki air. Tangki air tersebut terdapat di tingkat 3 yang

diperbuat daripada kepingan keluli setinggi 5 meter dengan muatan 18.36 meter padu.

Lapisan bawah bangunan ini berukuran garis pusat 13 meter dan semakin menguncup ke atas

berukuran garis pusat 8.2 meter.


(i) HIASAN DALAMAN

Mempunyai 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 15.5 kaki.

Struktur bangunan ini diperbuat daripada batu dan kayu, setiap tingkat dilengkapi lorong

jalan enam kaki lebar berdindingkan tembok rendah dua kaki yang dihiasi dengan batu

berwarna hijau. Atap di bahagian atas dan tepinya pula menggunakan genting.

Mempunyai tangki air yang terletak di aras tiga, ianya diperbuat daripada kepingan keluli

setinggi 16 kaki dengan muatan 680 kaki padu. Lapisan bawah bangunan ini berukuran garis

pusat 43 kaki dan menguncup ke atas 27 kaki.

(ii) KEGUNAAN DAHULU DAN SEKARANG

Pada zaman dahulu, menara Condong Teluk Intan ini digunakan untuk menyimpan air

sekiranya berlaku kemarau dan juga berperanan sebagai penentu waktu “Time Keeper” untuk

penduduk bandar Teluk Intan, Perak.

ELEMEN 2
MEREKOD FAKTA SEJARAH

SENARAI KANDUNGAN

BIL TAJUK HALAMAN


1. TAJUK KAJIAN
2. SENARAI KANDUNGAN
3. PENGHARGAAN
4. OBJEKTIF KAJIAN
5. KAEDAH KAJIAN
6. HASIL KAJIAN
7. RUMUSAN
8. LAMPIRAN
9. RUJUKAN

ELEMEN 2

MEREKOD FAKTA SEJARAH

SENARAI SEMAK

BIL. SENARAI SUMBER TANDAKAN (/)

1. BUKU ILMIAH

2. JURNAL

3. AKHBAR
4. MAJALAH

5. ORANG SUMBER

6. MELAWAT TEMPAT KAJIAN

7. INTERNET

8. TELEVISYEN

9. RADIO

JUMLAH

.....................................
( Tandatangan Guru )
Penilai

You might also like