• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
ARKIB : 16/12/2008
Wau, seni dan identiti negara
Oleh DIYANA ROSE KAMALLUDEEN
wau Burung, jenis wau yang popular di negara ini sejak kurun ke-15 lagi.
WAU (juga dipanggil layang-layang di negeri pantai barat Semenanjung) merupakan permainan tradisional yang juga warisan masyarakat Melayu sejak turun-temurun.Permainan itu yang bermula sekitar kurun ke-15 dimainkan oleh masyarakat Melayu sama ada rakyat biasamahupun golongan istana untuk memenuhi masa lapang.Kini, wau dianggap simbol kehalusan seni budaya yang menjadi identiti rakyat negara ini meskipun terdiridaripada pelbagai latar belakang dan kepercayaan.Terdapat ratusan jenis dan bentuk wau dicipta sejak dahulu sehingga kini. Antaranya Wau Burung, Wau Pari,Wau Katak, Wau Bayan, Wau Merak, Wau Kucing, Wau Jala Budi, Wau Lenggang Kebayan, Wau Sewah, WauBarat dan yang paling popular, Wau Bulan.Negeri Kelantan dan Terengganu pula masih mengekalkan tradisi pembuatan wau yang lebih teliti dan berwarna-warni.Tiga jenis wau diangkat martabatnya sebagai wau tradisional kebangsaan iaitu Wau Bulan, Wau Kucing dan WauJala Budi.Wau Bulan mempunyai saiz yang paling besar jika dibandingkan dengan jenis-jenis wau lain dan berbentukseperti bulan sabit di bahagian ekor.Wau Kucing pula berwarna lebih gelap dengan jurai-jurai halus pada ekornya. Pun begitu, ramai menganggapreka bentuk dan warna wau jenis ini kurang menarik, menjadikannya kurang popular.Sementara reka bentuk Wau Jala Budi diilhamkan daripada daun 'budi' dari negeri Kedah. Ekor wau ini hampir sama dengan bentuk daun berkenaan manakala strukturnya sekan-akan jala.Apabila dilayangkan, ia mengeluarkan bunyi degung dan menyerupai Layang-Layang Chulia dari Thailand.Lain-lain Wau Tradisi Negeri termasuk Wau Merak yang merupakan wau rasmi negeri Johor, Wau Puyuh(Kelantan), Wau Kikik (Melaka), Wau Cenderawasih (Pahang), Wau Seri Bulan (Perak) dan Wau Helang (Perlis).
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...