• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
 Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenalisebagai layang-layang di negeri-negeri sebelah pantai baratsemenanjung. Sebagai permainan masa lapang bagi kalanganrakyat biasa dan golongan istana. Sejak zaman-berzamansekitar kurun kelima belas, wau telah dimainkan oleh orangMelayu. Mereka telah mempercayai ada kaitan di antarasemangat angin dan langit.
 Jenis Wau
Wau bulan
Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Wau burung,wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah, wau barat danyang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan.Rekacorak bermotifkan awan larat pada kebiasaannya adalahmenghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dengan berwarna-warni. Kelantan dan Terengganu sehingga kini masihmengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik, selaindijadikan untuk permainan ianya juga sebagai hasil kraftangandan hiasan dinding.
Membuat Wau
Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakanmasa, dari kerja-kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka,
 
mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas padarangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap.Rangka buluh tulang belakang wau lebih besar daripadakepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan benangmengikut bentuk serta jenisnya.Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tigalapis kertas nipis dan lutsinar dengan berlainan warna. Lapisanpertama menggunakan kertas berkilat, lapisan keduamenggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan laratiaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telahditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telahditebuk ditampalkan.Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiridan kanan kepak, akan dihiasi dengan rambu-rambu halusyang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busulakan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agarianya mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkandiudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau mengkuangyang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Iaberbentuk seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antarabahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagimengimbangi wau - Teraju Tiga.
Cara Bermain
Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang,iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup makatali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulurdan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara.Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yangdihias berwarna-warni.Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempatdikalangan masyarakat Melayu tetapi layang-layang juga tidakkurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakattempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan coraklayang-layang telah dicipta, ada layang-layang yang berbentukorang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan denganmenggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau danlayang-layang masih mendapat tempat di Malaysia, terutama
 
ketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wauantarabangsa.
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...